PARTI ISLAM SEMALAYSIA

PARTI ISLAM SEMALAYSIA
PAS KAWASAN LENGGONG

Khamis, 29 April 2010

TANDING MASAK TEPUNG TALAM...

Jumpa lagi...
Sabtu ni (1 Mei - Hari Buruh) Muslimat PAS Lenggong buat program yang agak ke depan, iaitu pertandingan memasak dan gubahan. Bagus juga tu, program bersama Ahli Parlimen Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmud. Dr Mariah yang akan merasmikan penutupannya sebelum pada sebelah malamnya beliau akan berceramah di tapak sama, iaitu di pekarangan rumah Kak Yam (Ketua Penerangan DMP Lenggong).
Yang DiPertua PAS Lenggong akan merasmikan pembukaan program itu dan pada malamnya beliau juga akan berceramah.
Apa yang menarik perhatian Tok Kadim ialah insyaAllah ada penyertaan dari kalangan ahli Umno. Menurut Kak Yam la... Ok la tu...
Hehehe... Pertandingan masak TEPUNG TALAM, macam orang dulu-dulu je... Tapi tak apa, bagus dah program tu. Kemudian masak puding dan gubahan daripada kain tuala.
Tok Kadim nak komen sikit mengenai program tu... Bagi Tok Kadim la, program seumpama itu sangat baik, kerana menerusinya kita akan dapat menarik perhatian ramai tanpa mengira fahaman politik. Tapi syaratnya bila perasmi berucap, jangan la sentuh isu-isu semasa yang pedas-pedas telinga pendengar sebelah sana...
Ingatlah bahawa Umno/BN berjaya menarik perhatian rakyat melalui program-program seumpama itu, di mana perasmi ketika berucap memperkatakan tentang pembangunan dan isu-isu yang tidak menghentam pembangkang.
PAS pun boleh buat program seumpama itu lebih banyak lagi.
Cukup dulu...

Selasa, 20 April 2010

Entahkan jadi pengundi hantu pun...

LENGGONG: Ada warga emas perempuan hilang di daerah Hulu Perak (Lenggong) sejak beberapa hari lalu, tapi masih belum ditemui walaupun usaha menjejakinya dilakukan orang ramai termasuk oleh beberapa pasukan beruniform.
Entahlah, kenapa payah sangat nak jumpa...
Hehe... Jangan-jangan dah kena kidnap dan dibawa ke Hulu Selangor... Maklumlah warga emas tu... orang lain boleh tolong undikan untuk dia - UNDI HANTUUUuuu...

Gurau senja.

Isnin, 19 April 2010

Assalamu'alaikum...

Nak komen sikit mengenai politik di Hulu Perak. Hulu Perak ni kubu kuat Umno(BN). Pembangkang tak pernah menang di Hulu Perak. Punyalah ta'subnya rakyat yang ahli dan pro Umno di Hulu Perak ni sampai pemimpin-pemimpin tak payah bekerja kuat untuk menangkan BN dalam setiap kali pilihan raya.
Dah tu punyalah selesanya sehinggakan YB2 BN di Hulu Perak yang di dalamnya terdapat dua kawasan Parlimen dengan empat DUN, tak payah bersusah payah nak turun padang melihat pelbagai masalah rakyat. Dan tak perlu turun padang pun mereka tetap akan menang selesa.
Tapi selepas rampasan kuasa, nampaklah mereka sering-sering bersama rakyat - baru agak kebimbangan.
Dan apa yang nak saya perkatakan di sini ialah setelah PAS Lenggong diterajui oleh Haji Razman Haji Zakaria sebagai Yang DiPertua (YDP) sejak hampir setahun lalu - baru separuh penggal pemilihan, Umno (BN) Bahagian Lenggong dah mulalahlah kelam kabut dan terkejut beruk.
Ahli Parlimen Lenggong dah kelam kabut hingga terpaksa turun padang pagi petang siang malam.
Apabila PAS anjur program ceramah jelajah Lenggong dua tiga kali setiap bulan, Umno pun terpaksa ikut rentak gendang PAS dengan mengadakan 29 siri ceramah seluruh kawasan Parlimen Lenggong. Tak cukup tv, tak cukup radio, tak cukup akhbar-akhbar arus perdana, terpaksa buat ceramah macam PAS, PKR dan DAP (PR) dok buat ceramah.

Berenti dulu... Tunggu siri lain.

Aston Martin punya cerita da.....

Assalamualaikum...

Hoi, mika jangan terkejut tau... Tengok gambar kereta di atas... Manalah tau takdirnya saya pakai kereta tu nanti... Hehe ...
Berangan ...
Bukan berangan laa, test catatan pertama untuk blog saya yang baru kawan saya tolong buka ni.
Ok...
Jumpa lagi.
Salam.

Pengenalan dari blogger baru

Salam,mengalu-alukan semua visitor yan g duk tengah memnyengkang mata view posting yang bakal dicatatkan untuk tatapan dan penambah maklumat dialam media maya/baru ini..

NANTIKAN POSTING YANG PANAS LAGI MEMANASKAN