PARTI ISLAM SEMALAYSIA

PARTI ISLAM SEMALAYSIA
PAS KAWASAN LENGGONG

Rabu, 3 September 2014


Mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR pada malam Selasa menyaksikan PKR masih menantikan keputusan Istana Selangor untuk beri perkenan presiden parti Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon menteri besar yang baharu.

Menurut sumber dalaman PKR, parti itu difahamkan akan memanggil satu lagi mesyuarat MPP Khas sebaik sahaja menerima jawapan daripada Istana, termasuk kemungkinan mengesahkan nama Timbalan Presiden Azmin Ali sebagai calon alternatif. ‎

"Sebaik sahaja istana memberi jawapan, nama Azmin sebagai alternatif menteri besar akan 'dinaikkan'. "Ia akan disahkan sebaik sahaja mesyuarat khas diadakan," katanya ketika menghubungi Astro AWANI di sini hari ini.

Majlis Pimpinan Pusat Keadilan yang bermesyuarat semalam mengeluarkan kenyataan menegaskan keputusan sebulat suara pencalonan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu.

Sayap Wanita PR sebelum ini telah menyatakan sokongan tanpa syarat kepada Presiden PKR itu sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu.

Dalam perkembangan berkaitan, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dilapor akan mengeluarkan kenyataan berhubung kedudukannya sebagai menteri besar hari ini lapor AstroAwani

Berikut adalah kenyataan media dari Saifuddin mengenai laporan ini...

KENYATAAN MEDIA  
Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) merujuk kepada berita yang disiar di dalam AstroAwani “MB Selangor: PKR calonkan Azmin jika Istana tolak Azizah – Sumber” yang kononnya memetik sumber parti berhubung keputusan mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat 2 September 2014 yang berlangsung malam tadi.  
Untuk kesekian kalinya AstroAwani melaporkan berita dalam isu menteri besar secara tidak bertanggungjawab tanpa memetik sumber rasmi dari KEADILAN.  
Mesyuarat Majlis Pimpinan malam tadi hanya memutuskan dua perkara yakni  
a) menegaskan sokongan parti kepada YB Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon menteri besar Selangor dari Parti Keadilan Rakyat. KEADILAN pada mesyuarat 21 Julai 2014 telah sebulat suara menamakan YB Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan mesyuarat malam tadi merupakan mesyuarat pertama oleh barisan kepimpinan baru.  
Persetujuan yang dicapai ialah mengukuhkan sokongan parti kepada pencalonan YB Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.  
b) Cadangan KEADILAN Kelantan untuk KEADILAN bertanding pada pilihanraya kecil DUN Pengkalan Kubur akan diputuskan melalui perbincangan bersama pimpinan pusat KEADILAN dan Pas dalam masa terdekat.  
Amalan AstroAwani yang secara berterusan melaporkan isu Menteri Besar Selangor tanpa memetik sumber rasmi KEADILAN amat dikesali.

Saifuddin Nasution Ismail 
Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat 
3 September 2014

Tiada ulasan:

Catat Ulasan