PARTI ISLAM SEMALAYSIA

PARTI ISLAM SEMALAYSIA
PAS KAWASAN LENGGONG

Isnin, 13 Januari 2014

PUTRAJAYA: Kerajaan perlu menguatkuasakan undang-undang menghalang penyebaran agama bukan Islam kepada orang Islam jika bimbang penggunaan kalimah Allah disalahguna agama lain.

Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa berkata, orang Melayu Islam yang bimbang penggunaan kalimah Allah dalam kalangan penganut Kristian akan mengelirukan orang Islam adalah kerana mereka tidak memahami perlembagaan.

"Isu kalimah Allah bukan isu agama ia lebih kepada isu politik. Bagi setengah orang Melayu mereka bimbang jika guna kalimah Allah orang Melayu terkeliru dan masuk Kristian.

"Sebahagian kebimbangan itu adalah kerana mereka tidak tahu peruntukan perlembagaan negara kita yang telah menjelaskan pihak agama lain tidak boleh sama sekali menyebarkan agama mereka kepada orang Islam. Jadi perlindungan perlembagaan begitu kuat.

"Dari segi kebimbangan digunakan untuk mendakyah orang Islam kerajaan perlu menguatkuasakan kehendak perlembagaan yang menghalang orang lain menyebarkan agama mereka kepada orang Islam," kata beliau pada sidang media selepas program minum petang dan sembang santai bersama warga Putrajaya di Medan Selera Presint 9, semalam.

Beliau juga berkata, jika kerajaan membenarkan orang Kristian di Sabah dan Sarawak, kebenaran yang sama haus diberikan kepada negeri-negeri lain.

"Malaysia ada 14 buah negeri, 2 daripadanya dibenar guna kalimah Allah, 12 tak dibenarkan. Boleh kita bayangkan dalam satu negara ada dua undang-udnang yang berbeza?

"Teman-teman di Sabah dan Sarawak dari kecil mereka baca bible terjemahan Melayu di mana kalimah Allah ada dalam bible tersebut.

"Ini agak sensitif bagi orang Kristian. Mengapa mereka masuk Islam? Kerana bila disebut Allah maknanya Allah, Tuhan yang satu. Jadi macam mana tuhan yang satu boleh ada anak? akhirnya mereka masuk Islam," jelasnya yang juga Pengerusi Lajnah Ekonomi PAS Pusat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan