 KUALA LUMPUR:
KUALA LUMPUR: Hasil desakan perwakilan Muktamar agar wartawan bertanya Datuk Seri Najib siapa dia, Deepak Jaikishan (
gambar) dengan sukarela menghubungi Harakahdaily untuk menceritakan siapakah dia sebenarnya.
Deepak
 J Tekwani, pengarah kepada Carpet Corporation menghubungi Harakahdaily 
untuk memberikan cerita sebenar di sebalik hubungan beliau dengan 
keluarga Datuk Seri Najib Razak.
Dalam pertemuan berdepan 
kira-kira setengah jam di sebuah hotel terkemuka itu, Deepak 
menceritakan apa sebenarnya hubungan beliau dengan keluarga Perdana 
Menteri khasnya Datin Seri Rosmah Mansor, isteri Najib.
Ia 
bermula apabila Rosmah menjadi pelanggan kedai karpet beliau di Jalan 
Tunku Abdul Rahman. Selepas itu hubungan mereka baik dan Deepak 
diperkenalkan kepada Najib.
Ketika itu, Najib adalah Menteri Petahanan.
Namun
 persahabatan mereka berakhir apabila Deepak diminta menolong keluarga 
Najib ekoran akuan bersumpah (SD) yang dibuat oleh penyiasat 
persendirian P Balasubramaniam.
Ia berakhir apabila Bala tidak berpuashati dan Deepak dipersalahkan oleh keluarga Najib.
"Cara
 dia bertindak bukan sebagai kawan yang menolong kawan, tetapi dia 
hantar 50 orang penguatkuasa datang ke ofis saya, rumah, dan kilang saya
 dengan niat memberi amaran untuk saya tidak mendedahkan perkara sebenar
 & menutup cerita sebenar SD," cerita Deepak kepada Harakahdaily.
Ikuti pendedahan siapa Deepak Jaikishan sebenarnya melalui temubual wartawan 
Harakahdaily dengan beliau.
 Apa tujuan saudara mahu bertemu dengan Harakah (daily)?
Apa tujuan saudara mahu bertemu dengan Harakah (daily)?Saya tertarik dengan pertanyaan Harakah (daily) minggu lepas, 
siapa saya (Deepak Jaikishan). Saya sebenarnya terlibat dalam perniagaan karpet dan perniagaan hartanah.
Saudara dikaitkan dengan Datuk Seri Najib. Sebenarnya bagaimana hubungan saudara dengan keluarga beliau?Hubungan...saya
 memang kenal Datuk Seri dan Puan Seri. Saya sebagai pembekal karpet dan
 terlibat dalam perniagaan. Kalau ada peluang bisnes, kita mintak 
sokongan dari pihak beliau.
Sudah lama hubungan itu. Bagaimana saudara kenal dia?Ia
 hanya bisnis karpaet. Mungkin 2004 atau 2005, Datin Seri (Rosmah) 
datang ke kedai kita di Jalan Tunku Abdul Rahman. Dia datang kedai beli 
karpet, so kita berkenalan dari situlah. Kamudian Datin Seri perkenalkan
 kepada suami dia. Masa itu dia (Najib) adalah Menteri
Pertahanan.
Bisnes apa yang saudara buat dengan dia?Mungkin
 tidak sesuai saya dedahkan hari inilah. Mungkin sessi lain. Sebab saya 
hanya mahu jawab apa yang saudara tanya dalam akhbar saudara. Apa 
hubungan saya dengan mereka. Bisnis saja, tidak ada yang bukan-bukan. Ia
 hanya bisnis sahaja. Dia isteri orang, tidak ada yang bukan-bukan, 
tidak baik. Ia benar-benar bisnes sahaja.
Ada laporan dalam Malaysiakini yang saudara berkata, ia hubungan kakak adik sahaja, tanpa lain-lain?Ya boleh dikatakan begitu.
Pada pandangan saudara, kenapa saudara dipopularkan sangat?Saya
 pun rasa. Dulu tidak ada macam itu. Mungkin kesalahan saya bila saya 
tolong dalam kes Bala (P Balasubramaniam). Semasa kita dengan tidak 
sengaja terlibat dalam kes Bala untuk menolong keluarga Perdana Menteri.
 Masa itulah nama kita naik.Sememangnya kita tidak suka, kita suka low 
profile.
Sebelum ini tidak ada apa-apalah?Takda, kita senyap-senyap buat bisnes kita. Di Malaysia, kalau kita high profile bukan senang kita nak buat bisnes.
 Macamana pulak saudara terlibat dalam kes Bala. Ia menjadi persoalan kepada orang ramai?
Macamana pulak saudara terlibat dalam kes Bala. Ia menjadi persoalan kepada orang ramai?Ini
 kes mahu tolong kawan. Pada kita dia kawan yang setialah. Jadi kita 
tolong. Contohnyalah, saya dengan saudara dekat kolam renang. Saya tidak
 tahu berenang. Tetapi saya lihat saudara jatuh ke dalam kolam dan 
tenggelam. Jadi saya pun masuk dalam kolam untuk menolong saudara. Jadi 
saya rasa pada masa itu, kita saja yang ada dan kita diminta menolong. 
Kita bukan terlibat secara langsung. Lawyer pun lawyer dia (keluarga 
PM), kita saja tolong koordinat. Reporter pun dia yang panggil. Kita 
fikir ketika itu ada kawan yang terdesak minta pertolongan. Dia pun dah 
ada hubungan baik dengan kita.  Kita tak anggap perkara ini akan 
menyusahkan kita dan melibatkan kita secara langsung dalam kes Altantuya
 inilah.
Maksuk Encik Deepak, saudara baik dengan Bala ke, saudara tolong Bala ke atau...Saya tolong keluarga Datuk Seri Najib.
Saudara memang kenal Bala?Saya
 tidak kenal secara langsung, ada kenalan melalui komuniti yang sama, 
perkara ini terjadi. Saya dipanggil waktu tengah malam, "You boleh tak 
selesaikan masalah ini...its a big problem". Saya pun ada seorang 
saudara yang kenal dia (Bala), seorang anggota polis juga. "Tanya dia 
boleh tak you uruskan orang ini, minta dia jumpa wakil keluarga Datuk 
Seri." Dia setujulah. Kita perkenalkan dia. Kita bukan terlibat dengan 
apa-apa proses lain, kita tidak terlibat.
Jadi selepas itulah nama saudara menjadi popular?Ya
 ini memang kesalahan kitalah. Kalau perkara ini terjadi sekali lagi, 
saya tidak boleh berenang, saya tengok saudara tenggelam, saya akan 
biarkan tenggelamlah. Saya tak boleh nak tolonglah sebab manusia tidak 
mengenang budi.
Adakah selepas itu hubungan dengan Bala bermasalah?Sebenarnya dia (Bala) bukan marah dengan kita. Dia marah orang yang telah janji dengan dia. Bukan saya.
Apa berlaku kepada hubungan saudara dengan Datuk Seri selepas itu?Saya
 rasa selepas semua inilah, apabila ia sudah terdedah, kita telah 
dianggap bersalah kerana tidak dapat memuaskan semua kehendak Bala. 
Sebenarnya bukan kita yang terlibat dalam masalah ini, bukan kita yang 
terlibat dalam kes Altantuya. Kita pada malam itu menolong saja tetapi 
dipersalahkan kerana tidak dapat memenuhi kemahuan-kemahuan Bala. Bala 
ini bekas Pi. Seminggu cerita itu, seminggu lagi cerita ini. Kita tidak 
mahu terlibat dengan semua itu. Kita orang bisnes tidak mahu terlibat 
dengan dunia James Bond inilah.
Apa berlaku selepas itu. Saudara dilihat senyap sedikit selepas itu?Kita
 pun mahu cerita ini senyap tetapi tidak begitu. Saudara juga terlibat 
bangkitkan lagi cerita ini. Saya rasa kes ini tidak akan senyap sehingga
 kes Altantuya selesai dengan adil. Bagi saya, dunia ini dikuasai oleh 
Tuhan Yang Maha Esa. Saya rasa selagi kes ini tidak selesai, perkara ini
 tidak akan terhenti. Kita tidak bersalah, tangan kita bersih. Kita 
tidak mahu dikaitkan dengan benda yang libatkan kes-kes yang sebegini 
kejam, Kita nak bercakap benar dengan semua orang. Memang satu masa dulu
 kita telah menolong kawan tetapi kita tidak bersalah. Kita tak terlibat
 dan tidak ada motif untuk melibatkan diri.
Selepas apa yang berlaku dengan Bala, adakah masih baik dengan keluarga Datuk Seri?Sebenarnya,
 selepas perkara ini berlaku, mereka telah mengambil tindakan cuba 
mensenyapkan saya. Cara dia bertindak bukan sebagai kawan yang telah 
menolong kawan, tetapi hadiah yang dihantar adalah hantar 50 orang 
penguatkuasa kerajaan datang melawat, masa kes Bala terdedahlah. Jadi 
kita pun tahulah pada ketika itu, Najib is sitting Prime Minister. 
Dihantar pula 50 orang penguatkuasa datang dan angkut lima enam lori. 
Jadi apa tindakan saudara?Kita
 tunjuklah ketidakpuasan hati kita, perniagaan kita terjejas. Kalau you 
anggap saya sebagai kawan, you besar atau kecil, kawan tetap kawan, kita
 mesti tolong. Kalau tidak boleh tolong, jangan susahkan. Jangan makan 
kawan. Jadi tindakan yang dibuat untuk kawal situasi dengan hantar 50 
penguatkuasa untuk menyeyapkan kita, supaya kita senyap, jangan cakap. 
Kita tahulah, ini bukan kawan. Kalau macam ini, baik hari itu bagi dia 
tenggelam.
Apa tindakan selepas itu?Kita
 duduk diam-diam. Yang hangus tidak boleh diganti. Jadi sekarang saja 
nak bersihkan nama saya. Kita pun tak libat bisnes dengan mereka lagi. 
Dah dua tahun tidak libat lagi bisnis dengan dia tetapi masih cerita ini
 keluar. Bagi saya cerita ini tidak akan selesai sehingga Altantuya 
dibicarakan dengan adil dan mendapat hak dia. Kita tidak mahu 
dilibatkan. Sangat jelas  penglibatan kita pada malam itu hanya tolong 
kawan dan SD itu sendiri dibuat oleh peguam mereka.
LAPORAN BERKAITAN