PARTI ISLAM SEMALAYSIA

PARTI ISLAM SEMALAYSIA
PAS KAWASAN LENGGONG

Sabtu, 30 Jun 2012

Dr. Asri Bidas Umno

Isu pilihan raya musim haji Umno telah menemuramah tokoh ilmuan dari dalam dan luar negara kununnya siapa yang yang tak pergi mengerjakan haji adalah salah.Lalu isu ini di perbesarkan oleh media kerajaan untuk menyokong tindakan kerajaan mahu melaksanakan pada musim haji ini.Didalam satu forum Mantan Mufti Perlis Ustaz Asri telah menyindir Umno bagaimana pula hukum kerajaan yang sengaja membuat pilihanraya dalam waktu haji. 

Beliau telah membuat kias dalam isu sengaja membuat pilihanaraya dalam musim haji seumpama seseorang yang sengaja bersolat di tempat orang melintas.
Katanya ” Kita tahu ada ruang sembayang ditempat yang lain tapi kita dengan sengaja bersolat ditempat orang keluar, lalu ada orang melintas di depan orang yang sembahyang maka dosa itu akan balik kepada orang yang bersembahyang bukannya orang yang melintas.

Padat dan kemas kiasan dari Ustaz Asri , maka tidak ada isu atau tidak ada alasan bagi kerajaan untuk melaksanakan pilihanraya di musim orang nak mengerjakan haji, carila waktu yang lain yang a lebih sesuai.
Lihat video di SINI.

Rupa-Rupanya Selama Ini Najib Syok Sendiri..

KUALA LUMPUR - Secara tidak rasminya, Datuk Seri Najib Razak tidak boleh mengatakan rakyat memberikannya mandat selama lima tahun untuk menerajui negara memandangkan beliau bukannya dipilih melalui pilihan raya lalu.Sebaliknya, selepas BN memenangi pilihan raya umum ke-12, Mac 2008 lalu, Najib dilantik oleh Tun Abdullah Badawi untuk menerajui BN, sekaligus membentuk kerajaan."Kalau diikutkan, rakyat beri mandat melalui pilihan raya kepada Abdullah, bukan Najib.

Dia tidak boleh berkata demikian, kononnya dia diberi mandat oleh rakyat," tegas Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar kepada Harakahdaily.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Najib yang berhasrat untuk menunggu tempoh lima tahun sebelum memanggil pilihan raya umum bagi membolehkan beliau meneruskan mandat yang diberikan rakyat.Bagaimanapun, kata Mahfuz, pihaknya bersetuju dengan hasrat tersebut, dan meminta Najib menyatakannya secara 'akujanji' tentang tempoh lima tahun tersebut.

"Jika benar beliau berhasrat untuk mengadakan pilihan raya umum selepas tamat tempoh penggal yang diberikan, adalah lebih baik jika ia memberi jaminan secara akujanji," tegas beliau lagi.Tambah ahli parlimen Pokok Sena itu lagi, dengan hasrat Najib itu juga dilihat mampu menguruskan soal peruntukan negara membabitkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) secara lebih berkesan.

Sebelum ini, dalam bajet tambahan yang dibentangkan di parlimen, kerajaan memperuntukkan sejumlah wang kepada badan pengendali pilihan raya itu."Kalau ditetapkan tarikh pilihan raya seperti tepat pada tempoh mandatnya, banyak perkara boleh dilakukan dengan lebih mudah, termasuk wang peruntukkan yang diberikan kepada pihak berkaitan," tegas Mahfuz.Dalam pada itu, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali turut menyambut baik hasrat Najib itu, walaupun ia sebenarnya menunjukkan sikap serba salah beliau yang sehingga kini tidak boleh menetapkan tarikh pembubaran parlimen.

Bagaimanapun, apapun alasan beliau, kita terima kerana ia lebih memudahkan semua pihak untuk persiapan menghadapi pilihan raya," kata beliau yang dihubungi, hari ini.Najib, dalam kenyataannya malam tadi menegaskan kerajaan BN sekarang berhasrat untuk menggunakan sepenuhnya mandat lima tahun untuk berkhidmat kepada rakyat selepas memenangi pilihan raya tahun 2008. ~harakahdaily

Sinar Harian Perli Rosmah Dan Najib


Akhbar Sinar Harian pula hari ini di lihat mengeluarkan berita yang terang-terang perli Rosmah Mansor. Mungkin Rosmah yang tak sedar diri untuk menyuruh memanggil dirinya first lady sedangkan beliau hanya isteri PM. 

Berbanding pula dengan isteri Presiden Mesir, Naglaa Ali Mahmoud yang hanya digelar Ummu Ahmed.


Isteri Mursi enggan dipanggil wanita pertama

KAHERAH - Isteri Presiden Mesir, Naglaa Ali Mahmoud enggan digelar 'wanita pertama Mesir' sebaliknya lebih selesa dipanggil Ummu Ahmed bermaksud ibu kepada Ahmed iaitu anak lelaki sulung pasangan itu.

Wujud perbezaan di antara Naglaa dan isteri bekas presiden terdahulu, Suzanne Mubarak yang disifatkan sebagai elegan, berpendidikan tinggi dan dari keluarga Britain tetapi dikritik kerana memiliki sifat pentingkan diri, melampau dan suka menguasai  orang lain.Sebaliknya, Naglaa adalah wanita Islam konservatif yang memakai hijab dan tidak pernah menjejakkan kaki ke universiti ataupun kolej. 

Pengkritik menyifatkan gayanya sebagai lambang kepada kestabilan pimpinan Islam konservatif di  Mesir.Manakala penyokong suaminya berkata, tingkah laku sederhana dan latar belakang wanita itu membangkitkan semangat revolusi dalam demokrasi dan disenangi rakyat."Saya hanya mahu dipanggil isteri presiden. Siapa kata isteri presiden adalah 'wanita pertama?'," katanya. ~sinarharian

Tamrim Tidak Pedulikan Ugutan...

Lintas Langsung

Hari ini merupakan tamat tempoh yang diberikan kepada anak negarawan bekas TPM Tun Ghafar Baba, Tamrin Ghafar supaya membuat keputusan sama ada ingin meneruskan kembara dan gelajah mencerahkan iman di seluruh negara serta menyedarkan rakyat betapa busuk dan jahatnya Umno ataupun beliau akan menerima padah. Kata dua telah diberikan kepada Tamrin untuk membuat perhitungan terakhir menerusi satu panggilan telefon.

Tamrim Ghafar
Dua tiga hari lepas Tamrin telah menerima panggilan misteri yang memberi kata dua kepadanya supaya tidak meneruskan kembara menyadarkan rakyat agar meninggalkan Umno dan menjatuhkan kerajaan BN. Panggilan itu diterima semasa dalam perjalanan untuk berceramah di Bukit Gantang, Perak. Pemanggil itu membuat ancaman sekiranya Tamrin tidak berganjak beliau akan menerima nasib sama seperti dialami Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali dan Anwar Ibrahim, yang diaibkan.

Baru sekejap saya menghubungi Tamrin untuk bertanya khabar mengenai ancaman berkenaan dan juga tuntutan yang dibuat pemanggilan yang dikenali rapat dengan tokoh Umno atasan. Tamrim yang ketika ini berada di lapangan terbang bersama Mohd Sobree Shafei dalam perjalanan ke Kelantan, memberi tahu beliau tidak pun mempedulikan ancaman berkenaan dan menganggap ia hanya kerenah budak nakal berkepala botak.

"Iya hari ini genap tempoh yang diberikan kepada saya, tetapi InsyaAllah saya akan meneruskan hajat saya kerana saya yakin apa yang saya buat kini adalah terbaik dan berada di jalan benar - Marditillah," katanya.

Menurutnya pendirian beliau terhadap ancaman itu sudah dijelaskan dalam ceramah-ceramahnya sebelum ini termasuk di Johor Baharu kelmarin. Katanya saya akan tetap dengan apa yang saya lakukan sekarangh ini kerana Umno jahat. Saya pernah duduk dalam reban bernama Umno setidak-tidaknya saya juga teena bau busuk itu dan saya sudah insaf.." tegasnya.

Tegasnya beliau juga berjanji dengan dirinya selagi Allah meminjamkan nyawa kepadanya beliau akan menggunakan nyawa itu untuk berjuang menegakkan keadilan dan kebenaran dan waktu ini beliau melihat hanya Pas berjuang ke arah itu.

Sehubungan itu bila saya ajukan apakah beliau berniat untuk bertanding atas tikit Pas, cepat beliau mengelak dengan berkata; "Sayuti saya tidak fikir itu, bagai saya wakil rakyat sudah berlalu... lagi pun saya pernah berada dalam Parlien. Yang peting macam mana saya dapat menyumbang sisa-sisa usia ini untuk membantu Islam khasnya Pas."

Mengenai ancaman itu ditanya apakah kemungkinan ancaman itu Tamrim tidak dapat mengagaknya cuma berkata kalau mengenai wanita beliau tidak kisah isu itu kerana wanita dalam Umno samalah dengan bunga dan tangkai, akrab. Beliau kini katanya sudah tidak percaya Umno lagi. "Saya tidak kisah kalau isu wanita sebab saya dulu Umno. Tetapi ingat... saya juga ada menyimpan banyak kisah pemimpin Umno dengan wanita... yang setengahnya gambar ada dengan saya," katanya sedikit mengancam.

Diminta gambar-gambar itu atau menceritakan kisah korapnya pemimpin Umno dengan wanita beliau berkata; tak usahlah kita bermain secara gentlemen dan profesional.

Tamrim yang juga bekas Exco Pemuda Umno dizaman Anwar, berkata beliau tidak fikir Umno berani bermain buruk dengannnya mengenai isu wanita atau apa-apa, sebab apa yang beliau lakukan sekarang ini, atau melawan Umno kini bukan menggunakan isu peribadi tetapi lebih kepada realiti dan hakikat yang beliau alami sendiri.

Jelasnya juga rakyat hari ini tidak dapat menyembunyikan apa yang berlaku dan beliau bersama rakan Umno yang insaf hanya mengesahkan saja kerana kebetulan beliau adalah saksi hidup yang tahu mengenai sebahagian besar kesalahan dan kemungkaran pemimpin Umno termasuk Najib.

Malam ini Tamrim akan berceramah di parlimern Pasir Mas bersam Abby Abadi dan Mohd Sabree Shafee iaini rakan baik Inchek Ibrahim Ali. Sudah tentu apa yang bakal diperkatakan Tamrim khususnya ulasan mengenai ahli parlimen bebas itu yang rapat dengannya dinanti-nantikan oleh masyarakat di Pasir Mas. Dan jangan lupa dengar apa persepsi Sabree terhadap Inchek Ibrahim Ali... apakah dia mencela atau pun masih memberi muka. [wm.kl.12:08 t/hari 01/07/12]

TAMRIN GHAFAR `RABA CELAH KELANGKANG UMPORNO' ?





Oleh: WFAUZDIN NS
BETULLAH kata ramai orang bahawasanya Umporno kini semakin nazak yang amat sangat.  Umporno tidak lagi bertaring dan semakin hilang jati dirinya.  Maruah Umporno juga semakin tercemar dek kerana pemimpin mereka sendiri.
Umporno bukan sahaja tidak mendapat sokongan orang-orang Melayu yang bijak pandai, bahkan yang berada di dalam Umporno sendiri sudah mula memperbodohkan parti sekular legasi penjajah ini.  Jika sewaktu Umporno gagah, seandainya terdapat seorang sahaja ahli Umporno yang `jeling' pemimpin mereka nescaya sertamerta akan dipecat dari menjadi ahli.  Itu lah hebatnya Umporno dahulu.
Kini, bukan setakat jeling, jika ada ahli-ahli Umporno yang `berak' atas kepala pemimpin mereka atau memijak-mijak bendera Umporno, Umporno diam menikus umpama Najib menikus bila diketuk kepala oleh Rosmah.

Kadir Syeikh Fadzir puas mengutuk dan menghina parti beliau sendiri, namun parti yang tidak bertaring ini terus menikus.  Helah Kadir adalah untuk melihat adakah parti ini mempunyai `jantan'nya lagi, malangnya memang sahih parti ini tiada kejantanannya tambahan pula Presiden parti usang ini kini menjawat Menteri Wanita.  Kadir Syeikh Fadzir tidak dipecat, akhirnya beliau memecat dirinya sendiri setelah melihat parti yang ditubuhkan oleh Mahdey Kutty ini sememangnya tidak `bertelor'.
Sejak kebelakangan ini pula, seorang lagi tokoh veteran anak bekas Timbalan Perdana Menteri, Tamrin Tun Ghafar sering `menjolok-jolok celah kelangkang' partinya.  Tujuannya tetap sama iaitu untuk melihat adakah partinya berjantinakan `jantan' atau `betina' jika pun tidak `pondan'.  Di Arau, Tamrin lantang berkata kepada ahli-ahli partinya agar tidak perlu takut untuk meninggalkan parti itu kerana pimpinan parti itu telah lari dari matlamat asal perjuangan mereka.

Berucap di program Himpunan Hijau Ke Putrajaya Peringkat Negeri Perlis 22 Jun lalu, beliau berkata parti itu ditubuhkan untuk berjuang demi rakyat tetapi selepas lebih 54 tahun parti ini memerintah, rakyat telah diperkotak-katikkan, ditipu dan diperbodohkan.  " Tak perlulah takut dan tak berdosapun kalau tinggal parti ini. Kita jangan fikir dunia saja, akhirat pun kena fikir sama," kata Tamrin yang masih menjadi ahli parti Assobiyyah tersebut.
Apakah Tamrin akan menerima nasib seperti Kadir Syeikh Fadzir iaitu tidak akan dipecat walaupun terang jelas beliau telah memijak-mijak parti yang semakin nazak itu?  Tidak mungkin Tamrin akan dipecat kerana parti beliau sekarang ketandusan ahli dan paling utama parti tersebut kini `nyawa-nyawa ikan'.  Tidak pelik jika parti ini nanti akan terpaksa menguatkan jemaahnya dengan beberapa `ahli import' dan bertukar nama kepada `United Myanmar Nepal Organisation" (UMNO).
Benarlah kata orang, yang bijak sertai PAS, yang pintar memasuki KEADILAN, yang pandai bersama DAP.  Maka tinggallah yang bengap berotakkan lembu kondo yang kekal bersama Umporno.

Selasa, 19 Jun 2012

LENGGONG BAKAL MENJADI HUB PENGAJIAN ISLAM.

(PROGRAM 23 JUN 2012)

PAS kawasan Lenggong gigih berdakwah dalam usaha mewujudkan Lenggong sebagai hub Islam didaerah ini.
Yang Dipertua PAS Kawasan, merangkap Timb. Pesuruhjaya PAS Perak. Tn Hj Razman Zakaria, merupakan anak kelahiran Kg. Luat berkata, beliau bersama-sama rakan seperjuangan sedang berusaha mengembalikan semula lembah Lenggong yang pada suatu masa lalu terdapat banyak pusat pengajian pondok dan guru agama terkenal.
Diantaranya, Allahyarham Tok Guru Hj Idris, Hj Nasruddin @ Hj Nasir, Hj Yahya, Tok Lebai Johan dan Ust Zahid anak kelahiran kg. Luat yang telah menjadi tonggak membangunkan sekolah agama di Paya Lintah, Padang Rengas, Perak.
Ketika ini, usaha  pembangunan sekolah pengajian pondok di Banggol Batu dan Kg. Tawai sedang dalam pembinaan. Sementara sebuah pusat tahfiz al-Quran di Kg. Luat dijangka siap pembinaannya pada bulan November ini.

PAS kawasan Lenggong komited untuk menjadikan lembah Lenggong sebagai sebuah hub melahirkan ilmuan Islam, usaha dakwah menghidupkan suasana agama disini dilakukan berterusan.
Bagi merealisasikan hasrat ini, PAS Kawasan telah mengatur dua program bagi menghidupkan syiar dakwah disini dengan menjemput Tn Guru Hj Salleh Musa dalam program; Munajat Perdana “Memohon Pertolongan Allah.” Pada 23 Jun 2012, bermula solat maghrib berjemaah diikuti solat hajat dan tazkirah yang akan diadakan di dataran rumah Kak Yam, Pekan Lenggong.

(PROGRAM 29 JUN 2012.)
Manakala pada 29 Jun 2012, Ust Azhar Idrus akan menyampaikan ‘Kuliah Dhuha’ pada jam 9 pagi, di Surau Ibnu Zakaria, Dataran Jambatan Kg. Luat, Lenggong.
Kami mengharapkan semua masyarakat didalam dan disekitar daerah ini datang beramai-ramai untuk mengimarahkan program agama yang telah diatur pada 23 dan 29 Jun, 2012 ini nanti. Kata, Tn Hj Razman Zakaria.
Tambah Tn Hj Razman, kami juga menyeru, sesiapa yang ingin memberi sumbangan atau infaq untuk pembangunan insan mengikut acuan Rasulullah bagi pembinaan sekolah pondok ‘MADRASAH AL-IBTIDIAH AD-DINIAH AL-KAMALIAH.’ Kg. Banggol Batu, Lenggong, Perak. Sila hubungi; 019-437 2065 (Ust Rahmat Abd Rahman.)

Dan sumbangan atau Infaq bagi menyiapkan pembinaan sekolah pengajian pondok Kg. Tawai, Gerik. Sila hubungi; 019-910 5220 (Tn Hj Zulkifli bin Awang Kechil.)
(PONDOK AL-IBTIDIAH AD-DINIAH AL-KAMALIAH, BGGL BATU LGG.)

Tarbiah Harakiah Menjana Kemenangan PRU 13


Tarbiah Harakiah Menjana Kemenangan PRU 13
Idris Haji Ahmad
Pengarah Jabatan Tarbiah
21/6/12
Sebagai sebuah sebuah Harakah Islamiah dan gerakan politik, Pas  bergerak dijaluran dakwah dan politik yang dibenarkan oleh Perlembagaan negara. Inilah satu keunikan Pas di negara ini yang bergerak sebagai sebuah  gerakan Islam dan gerakan politik di negara ini. Sekiranya Pas hanya bergerak sebagai sebuah parti poliitk sahaja maka sudah lama Pas tersungkur di pertengahan jalan, sebagai nasib parti-parti politik pembangkang di negara ini. Namun alhamdulilah Pas mampu bergerak dan menjadi pencabar utama kepada Umno di negara ini terutamanya. Walaupun Pas belum lagi mendapat kuasa di peringkat  pusat, namun ia telah berjaya melakarkan politik yang ternama di negara ini.
Satu kelebihan yang ada kepada Pas ialah ketika Pas menggerakkan tenaga parti ia hanya berbekalkan tarbiah kepada ahlinya. Mereka bekerja tanpa diupah dan dipaksa. Bekerja atas kerelaan hasil lonjakan iman yang membara di dada.
Pengertian Tarbiah Harakiah
Tarbiah harakiah bererti tarbiah  yang menjuruskan kepada pembinaan peribadi dan jamaah. ia bukan sekadar untuk menjadi fardu Muslim (individu Muslim) yang baik malahan ia menjadi mujtamak muslim ( masyarakat Muslim). Tidak dinamakan Tarbiah Harakiah jika hanya untuk memperbaiki dirinya sedangkan masyarakat sekeliling berada di dalam kefasadan. Tarbiah  harakiah mengharungi dan mempengaruhi semua manusia dengan fikrah dan dakwahnya, sekalipun mereka terdiri daripada berbagai latar belakang. Apabila mereka ini bersama dengan kita maka di sini berlakulah proses pembinaan mereka dalam jamaah
Kepentingan Tarbiah Harakiah
@Tarbiah Harakiah akan melahirkan ahli yang mengutamakan jamaah dan perjuangan berbanding dengan kepentingan peribadi.
@Tarbiah Harakiah melatih individu yang kental supaya dapat berhadapan dengan berbagai tribulasi dan mehnah
@Ia berusaha untuk membawa manusia mengenal Allah dan sistemnya yang lengkap

@ Ia akan melahirkan rijaluddakwah (lelaki dakwah) supaya jamaah kaya dengan petugas untuk menarik manusia lain bersama dengan kita . Sekiranya kita mampu melahirkan petugas yang bekerja kearah ini maka untuk melihat suasana Islam akan dapat dijelmakan dalam masyarakat. Sebaliknya kalau kita miskin dan faqir orang yang berkerja kearah itu maka kita sukar untuk menggerakkan parti dan jentera.
Oleh kerana kerja pilihanraya memerlukan kemampuan dan semangat yang waja, kerana kerja ini memerlukan beberapa pra syarat untuk Berjaya.  Nature pilihanraya memerlukan beberapa perkara asas,  jentera, tenaga, strategi dan bantuan Allah SWT
@ Jentera

Pilihanraya memerlukan kepada jentera parti yang kemas daripada Peringkat Pusat hingga kepada lokaliti (kampung). Ini adalah perkara asas di dalam gerak kerja parti. Walau pun kadang-kadang berlaku tsunami politik dan faktor penolak, ketika itu tidak perlu lagi kepada panduan bilik gerakan dan cula. Faktor ini hanya kadang- kadang bukan kebiasaan. Walaubagaimana pun teras kepada kejayaan masih lagi faktor jentera. Kerana jenteralah yang akan berusaha untuk mengubah persepsi pengundi. Menjadi kelaziman di dalam satu lokaliti yang terdapat 100 pengundi, yang menjadi pengundi tegar antara Pas dan Umno hanya 40 orang, sedangkan 60 lagi mereka yang berada di atas pagar. Goloangan inilah yang perlu diubah untuk beralih sokongan kepada Pas. Jikalau Pas lemah dari segi jentera macam mana ia boleh untuk menarik sokongan.
 @ Strategi
Pilihanraya ialah seni dan strategi untuk menguasai pengundi. Sebagai sebuah Parti Islam yang berpegang kepada Al-Quran dan Sunnah, Ijamak dan Qias, kita tidak pernah lari daripada asas ini. Walaupun matlamat kita hendak menang,  strategi yang kita atur masih tidak lari daripada perkara tersebut. Segala permasalahan hukum dan strategi mesti diluluskan oleh Majlis Syura Ulamak yang bertindak sebagai Lembaga Penapis. Contohnya ijtihad politik seperti Tahalluf Siasi dan penubuhan Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP). Pas bertahalluf siasi kerana hendak menentang perkara zalim dan memperjuangkan maslahah umum tanpa mengorbankan prinsip Islam.
Pas berdalilkan dengan apa yang pernah dilakukan oleh Rasulullah SAW mengiktiraf Half al-Fudul yang berlaku pada zaman jahiliah apabila terbentuk satu persefahaman menentang kezaliman. Perkara ini terjadi  setelah seorang lelaki dai kabilah Zubaid dizalimi oleh Aas bin Wail, lalu dia minta pertolomgan. Tidak ada siapa yang sanggup menolongnya, lalu beberapa orang daripada bangsawan Makkah yang bersimpai degannya telah mengadakan persefahaman di rumah Abdullah bin Juod’an untuk menentang kezaliman tersebut. Berhubung dengan peristiwa ini Rasulullah SAW telah bersabda Bermaksud
” Sesungguhnya aku telah menyaksikan Hilfu al-Fudhul di rumah Abdullah bin Jud’an satu pakatan yang amat aku sukai kepadanya seperti sayang kepada unta merah ( barang yang sangat berharga), kalau aku diajak kepadanya di zaman Islam nescaya aku menyahutinya”
Setakat hari ini tidak ada yang rugi apabila Pas bertahaluf. Mereka yang jahil Feqh Politik  sahaja yang mengatakan Pas sudah tergelincir. Mereka hendak menyamakan Pas dengan Umno yang berkawan dengan MCA, MIC (BN). Sedangkan Pas di dalam Pakatan Rakyat bertahaluf tidak menggadaikan Islam, sedangkan Umno bersama rakan bukan Islam gagal untuk memberi kefahaman kepada orang bukan Islam. Boleh dikatakan setiap hari pemimpin MCA menghina Islam, Umno membisu. Ini adalah petanda aras Umno merestui tindakan MCA yang biadab dengan Islam. Semua orang menilai antara ucapan dua pemimpin bukan Islam di dalam satu forum yang diadakan pada 18 feb 2012.
Presiden MCA Datuk Seri  Chua Soi Lek dengan bangga mengatakan “Kita orang cina.berani menentang-menentang dan melawan  Umno terutama dalam bab hudud, adakah DAP berani dalam hal ini…?. Ini pula jawapan YAB Lim Guan Eng. “Kita orang DAP tidak boleh menghalang kepercayaan orang Islam dalam hal Agama mereka, begitu juga orang Pas tidak pernah menghalang dalam bab agama kita”.
@Tawakkal dan Nusrah Daripada Allah
Setelah berusaha dan melaksanakan dengan sebaik mungkin, kemudian penyerahan diri kepada Allah SWT adalah perkara kemuncak dalam gerak kerja pilihanraya. Maksud Firman Allah SWT “Apabila kamu berusaha , maka Tawakkal kepada Allah SWT”
Unsur-Unsur Tarbiah Harakiah
@ Kefahaman yang mendalam kepada perjuangan
@Manhaj yang tersusun
@Pemimpin yang berkualiti
@Persekitaran yan baik
@Ahli yang istiqamah
@Organisasi yang kukuh
@Program yang teratur
@Wala dan Taat
@Syura
Ciri-Ciri Petugas PRU Haraki
@Sentiasa wala dan taat
@Berilmu
@Bertawakkal kepada Allah SWT
@Beriman bahawa kerja adalah ibadah dan menjadi amal soleh
@Bersedia untuk menerima ilmu-ilmu baru dalam gerak kerja pilihanraya
@Bersedia menerima arahan
@Berwawasan
@Multazim dengan akhlak Islam
@Thabat
@Amanah
@Sabar ketika menjalankan tugas
@Berkemahuan
@Mencari kerja bukan hanya tunggu kerja
@Optimis
@Yakin pembalasan Allah SWT
@Tidak ada rasa kecewa.
@Banyak bertindak daripada bercakap
@Elak bertengkar
@Meraikan kelemahan sahabat dan tampung kekurangannya
@Bijak memilih mana keutamaan, yakni penting perlu disegerakan, penting tidak perlu disegerakan.
Program Tarbiah Untuk Petugas Pilihanraya
@Usrah bincang tajuk jihad, uslub dakwah, wala, kerahsiaan
@Tamrin tajuk pengisian “Kerja Pilihanraya Satu Jihad”, “Pendekatan Dan Strategi Pilihanraya”, “Tahalluf Siasi”
@Al-Quran wajib dibaca walaupun sibuk
@Solat hajat cara fardiah atau jamaah
@Zikir dan doa mathur
@Qiamullail kerana ini adalah masa yang paling terbaik untuk bermunajat
Kesimpulan
Walaupun kita hendak menghadapi pilihanraya, masalah tarbiah jangan dikesampingkan

Gambar TGNA, PAS Dan PR Di Fitnah Teruk..


Banner-banner provokasi macam nih dah selalu sangat bertebaran hanya bertujuan untuk memburukkan PAS. Namun rakyat yang semakin cerdik dari Umno BN, tahu menilai kebenaran di sebalik tersebarnya banner fitnah macam nih.

Ini menunjukkan betapa terdesaknya parti pemerintah dan pencacai-pencacainya untuk memenangi hati rakyat walaupun jalan yang di gunakan jalan yang kotor lagi jijik. Namun rakyat yang semakin bijak memberikan komen-komen pedas bekenaan isu nih.

Kat bawah nih print screen dari FB TGNA untuk tatapan umum..

Najib Makin Kecut Perut, Orang Kanan Razak Baginda Setuju Beri Kerjasama Perbicaraan Scorpene

Perdana menteri Najib Razak boleh menyembunyikan perasaan gementarnya apabila SUARAM memberitahu bahawa ia telah Berjaya mengumpul lebih RM 200,000 daripada makan malam amal yang telah diadakan pada hari Jumaat. Namun, berita tentang orang kanan yang juga teman rapat Baginda yang telah dipanggil oleh mahkamah Perancis untuk memberi keterangan dalam kes pembelian Scorpene yang bernilai RM 7.3 bilion oleh Malaysia dan juga telah berjanji memberi kerjasama sepenuhnya dalam siasatan itu telah menjadikan Najib seperti cacing kepanasan.

“Dia telah mengesahkan akan memberi kerjasama kepada kami,” kata penyelaras SUARAM, Cynthia Gabriel kepada para tetamu yang hadir pada makan malam tersebut.

Dia merujuk kepada Jalbir Singh Chahl, yang merupakan orang kanan Baginda dalam Perimekar, sebuah firma yang menerima sekurang-kurangnya 114 juta euro atau RM 570 juta dalam bentuk komisen.

Berjalan dengan lancar
Jalbir merupakan saksi pertama yang akan dipanggil oleh hakim di mahkamah Perancis itu sejak perbicaraan dimulakan pada awal April. Menjadi kesalahan di sisi undang-undang di Perancis untuk mana-mana pihak menerima atau menawarkan komisen untuk mencapai perjanjian.

Dua buah kapal Scorpene ini telah dibeli oleh Najib semasa dia menjadi menteri pertahanan dan ia disokong kuat oleh parti pemerintah, Umno walaupun ia ditentang hebat oleh rakyat awam.

Walaupun Najib telah menafikan apa-apa jenayah yang terlibat dalam perjanjian itu, Umno-BN, agensi-agensi kerajaan yang lain termasuk polis dan SPRM enggan melakukan apa-apa siasatan ke atas kes itu.

Ini memaksa SUARAM untuk memfailkan kes terhadap DCNS di Paris pada tahun 2010, dimana jika didapati bersalah, mereka terpaksa membayar semula wang itu kepada rakyat Malaysia kerana harga yang terlalu tinggi dikenakan akibat daripada rasuah. Ini juga akan memaksa kerajaan Malaysia untuk menjalankan siasatan terbuka terhadap tuduhan itu.

“Sedang kita menikmati makanan diatas meja ini, satu sepina telah dikeluarkan terhadap Encik Jalbir Singh Chahl. Kes ini sedang berjalan dengan lancer,” kata Cynthia yang disambut dengan sorakan gemuruh.

Kemarahan rakyat dengan korupsi jangan diambil ringan

SUARAM juga telah Berjaya mengumpul lebih RM 200,000 daripada makan malam yang dihadiri oleh lebih 1000 orang. Jumlah itu telah membuktikan bahawa begitu ramai yang memberi maklum balas dan menderma dengan ikhlas untuk membayar yuran guaman dari Perancis dan perasaan mereka terhadap pembelian penuh kontroversi Najib itu.

Bukan sahaja kapal-kapal selam itu didapati tidak sesuai untuk perairan Malaysia, tetapi jumlah rasuah yang besar didakwa telah diterima oleh DCNS daripada pegawai-pegawai Malaysia, termasuk Najib dan Baginda melalui perjanjian itu telah menghairankan rakyat.

Turut terlibat dalam skandal rasuah ini adalah pembunuhan warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu yang dilaporkan dibunuh apabila cuba mengugut Baginda untuk mendapatkan bahagian komisyennya, dan ini mungkin juga telah menjadi penyebabnya.

Dua bekas pengawal peribadi Najib telah dijatuhkan hukuman mati kerana pembunuhan kejam itu, tetapi ramai di Malaysia yang yakin bahawa mereka hanyalah orang suruhan dimana tuannya masih lagi belum tertangkap.

Dokumen-dokumen yang disita oleh polis Perancis juga telah membocorkan maklumat yang boleh mengaitkan Altantuya dengan perjanjian kapal selam dan ini mungkin boleh memberitahu kita kenapa sebenarnya dia dibunuh.

Siapa selepas Jalbir?

Walaupun majlis makan malam pada hari jumaat berjaya, pegawai-pegawai SUARAM memberi amaran bahawa perbicaraan di Perancis ini baru sahaja bermula dan lebih banyak lagi dana yang bakal diperlukan untuk memastikannya tamat.

Selepas Jalbir, semua akan menunggu bila mahkamah Perancis akan memanggil Baginda, Najib dan menteri pertahanan semasa iaitu Zahid Hamidi untuk memberi keterangan dan bersetuju untuk memberi kerjasama ini demi membersihkan nama mereka terutamanya Baginda dan Najib.

“Kami menyokong apa jua usaha demi membanteras rasuah,” kata ketua pengarah SUARAM, E Nalini. ~malaysiachronicle

MB Johor Pasti Ketar Lutut Lihat Gambar-Gambar Nih

Pelakon Hairi Othman serah borang keahlian Pas kepada TGNA
JOHOR BAHRU - Puluhan ribu rakyat Johor membanjiri Dataran Dahlia malam tadi bagi menyertai Himpunan Hijau ke Putrajaya yang turut membariskan Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Sambutan ini disifatkan oleh pelbagai pihak sebagai kesediaan PAS untuk membentuk kezahiran bermakna parti Islam itu di Johor dan membantu Pakatan Rakyat ke Putrajaya.
Majlis yang bermula 7 malam dengan solat Maghrib dan solat Munajat dan Tahlil itu turut menyaksikan penyerahan borang menyertai PAS oleh Hairie Othman, pelakun filem Bukit Kepong.Majlis ini menjadi tumpuan kerana sebelum ini isu Bukit Kepong menjadi momokan Umno di Johor kononnya timbalan presiden PAS, Haji Mohamad Sabu menyokong Komunis apabila beliau memuji peranan Mat Indera dalam satu ceramahnya.
Ia menjadi sebaliknya apabila pihak yang membuat laporan polis terhadap kes ini memohon maaf kepada Mohamad di mahkamah dan mengaku laporan polis yang beliau buat berdasarkan laporan media Umno iaitu Utusan Malaysia semata-mata.Himpunan Hijau kali ini disertai juga Jamuan Anak Kelantan di Perantauan yang diadakan di Taman Kempas Permai.Turut diadakan adalah jamuan makan malam bersama masyarakat Cina yang diadakan di sebuah restoran terkenal di Danga Bay dekat sini.
Di pentas utama di Dataran Dahlia, anggota Parlimen Kubang Kerian, Salahudin Ayub;secara rasmi diserahkan kepada Johor kembali apabila Tuan Guru NIk Aziz melakukan upacara penyerahan rasmi itu.Dengan ini, segala berita-berita angin menjadi sahih, Salahudin akan bertanding di Johor dalam pilihan raya umum akan datang dengan diserahkan sendiri oleh Menteri Besar Kelantan kepada Pesuruhjaya PAS Johor, Datuk Dr Mahfodz Mohamad.
Para pemerhati politik berpendapat, dengan lambatnya pilihan raya umum membolehkan mementum PAS malam tadi dikembangkan ke seluruh Johor.Ini kerana, jika Pakatan Rakyat mahu ke Putrajaya, sumbangan sekurang-kurangnya 10 kerusi Parlimen diperlukan Pakatan dari Johor. ~harakahdaily













Rupa-Rupanya Sebab Nih DS Nizar Jamaluddin Tidak Pertahan Parlimen Bukit Gantang

IPOH -  Timbalan Pesuruhjaya Pas Negeri, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin menyatakan hasrat untuk tidak mempertahankan kerusi Parlimen Bukit Gantang pada pilihan raya umum akan datang bagi memberikan peluang kepada calon Pas lain.Menurut beliau, keputusan berkenaan dibuat berdasarkan pengalaman sepanjang berkhidmat sebagai Ahli Parlimen Bukit Gantang dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pasir Panjang selama kira-kira 4 tahun.
"Selepas saya dicalonkan di Pasir Panjang dan menang menentang MIC, saya dilantik menjadi menteri besar selama 11 bulan ekoran kemenangan itu dan ia satu pengalaman yang cukup mencabar.
“Kemudian, menang di Bukit Gantang dan mentadbir di tiga Dewan Undangan Negeri (Dun) di bawahnya, saya merasakan ini cukup berat kerana Dun Pasir Panjang pun nak jaga dan tiga lagi Dun di Parlimen Bukit Gantang pun perlu ditadbir,” katanya kepada Sinar Harian ketika mengadakan kunjungan mesra di Pejabat Sinar Harian Edisi Perak, di sini, semalam.
Hadir sama dalam kunjungan berkenaan, Ketua Penerangan Pas Negeri, Ahmad Nuri Al-Amin; Setiausaha Pemuda Pas Negeri, Salman Salleh dan Penolong Setiausaha Pemuda Pas Negeri, Safarizal Saleh. ~sinarharian

'Masuk PAS kerana prinsip, rezeki Allah tentukan



9 Syaaban 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Menyertai parti PAS bukanlah satu keputusan yang mudah bagi hero filem Leftenan Adnan, Hairie Othman malah beliau mengakui tindakan yang diambilnya itu mengundang risiko dalam dunia lakonannya yang diceburi selama 20 tahun ini.

Bagi Hairie, keputusannya hari ini adalah keputusan yang paling tepat walaupun beliau yakin akan hilang pekerjaan selepas menyertai PAS.

"Nak masuk Umno ramai yang berani, nak masuk PAS satu keputusan kena fikir lama-lama. Kalau nak masuk Umno tidak jadi isu. Kalau masuk PAS habis!!

"Masuk PAS? Nak makan apa? Saya yakin yang bagi rezeki kepada saya bukan BN tetapi Allah Taala. Saya dapat rasa dan saya yakin," ujar beliau ketika berucap dalam forum Artis Berpolitik: Sekadar Glamor atau Kerana Prinsip? anjuran Akademi Pak Sako di Dewan Himpunan Cina KL-Selangor.

Malah Hairie mengakui sejak menyertai PAS beliau tidak lagi menerima tawaran berlakon dan keadaan ini seperti sudah dijangka namun tidak sekali-kali mematahkan semangatnya untuk bersama-sama parti pimpinan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Justeru, pelakon berusia 41 tahun ini memberitahu beliau mungkin tidak akan meneruskan kerjaya sebagai pelakon selepas ini.

"Saya tanya orang ramai dalam Himpunan Hijau, selepas ini saya nak buat apa? Nak mana apa? Mereka ramai-ramai jawab, apa lagi ceramahlah!" ujarnya.

Hairie juga tidak bimbang kehilangan kerjayanya sebaliknya beliau kini sedang giat aktif memenuhi undangan-undangan ceramah di merata tempat.

"Dari hari ini hingga bulan puasa, jadual ceramah saya penuh. Dan lepas raya pun saya ada 'job' (ceramah) lagi," katanya.

Bagaimanapun, Hairie menolak dakwaan bahawa penyertaan artis dalam dunia politik hari ini kerana tidak dapat projek dan kerjaya yang semakin malap.

"Sekarang ini saya rasa lebih popular, kalau dulu rakan 'facebook' saya hanya 4000, hari ini rakan saya mencecah 12 000, naik mencanak dan orang lawat laman saya itu dekat 200,000. Tidak popularkah itu?" tegas beliau.

Turut hadir sebagai panel ialah Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Parit Sulong yang juga merupakan penulis lirik lagu Awan Nano, Hasmi Hashim atau popular dengan nama pena, Budi Hikayat. Serta wakil daripada parti UMNO iaitu Presiden Persatuan Seniman, pelakon Zed Zaidi.

Bercakap di hadapan hampir 100 hadirin, Hairie yang mewakili parti PAS berkata keputusannya untuk menyertai parti berkenaan bukan kerana meraih populariti sebaliknya ia adalah prinsip.

Jelasnya, untuk mengejar glamor lebih sesuai berada dalam bidang seni bagaimanapun ia menjadi satu kelebihan memandangkan beliau adalah seorang pelakon.

"Secara dasarnya kalau kita bercakap soal politik mestilah atas dasar prinsip. Saya ni masih baru jer lagi dalam dunia politik. Saya pilih untuk menyertai parti atas dasar prinsip. Perjuangan PAS berlandaskan Islam. Pada mulanya tujuan saya adalah mahu mengubah diri daripada kurang baik kepada menjadi seorang insan yang lebih baik. Jadi saya merasakan parti PAS sesuai dengan jiwa saya", hujah Hairie.

Hairie juga merelakan PAS menggunakan khidmatnya untuk berkempen bagi menarik ramai undi dalam pilihan raya nanti.

"Saya rela membenarkan rakyat menggunakan khidmat saya untuk tawan Putrajaya," tegasnya yang merasakan tidak timbul isu artis dijadikan alat politik.

BB Plaza: Hilang satu lagi aset bumiputera



9 Syaaban 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) berasa kesal dan kecewa dengan tindakan kerajaan yang ingin merobohkan bangunan Bukit Bintang Plaza (BB Plaza) bagi memberi laluan kepada projek pembinaan stesen MRT.

Ketuanya, Kamaruzaman Mohamad berkata, BB Plaza merupakan aset kepada UDA Holding yang rata-ratanya mempunyai 60 peratus penyewa di kalangan orang Melayu.

Apatah lagi, ujarnya UDA itu sendiri bertujuan untuk membantu golongan usahawan bumiputera.

Menruutnya, BB Plaza yang telah berusia 33 tahun ini juga bukan sahaja sebagai pusat beli belah yang berkedudukan strategik malahan menjadi tumpuan pelancong samada tempatan mahupun antarabangsa.

“DPPWP melihat dengan perobohan bangunan BB Plaza ini, bagaikan menabur pasir ke dalam periuk nasi para peniaga Melayu/Bumiputera di sini.

“Bagaimanakah nasib para peniaga ini nanti?,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Tambahnya, tempoh pembinaan Stesen MRT di tapak BB Plaza itu pula memakan masa selama 5 tahun.

Katanya, walaupun terdapat cadangan usaha beberapa pihak untuk membangunkan semula BB Plaza, persoalannya ialah mampukah para peniaga Melayu menampung kos sewa yang mahal.

Sebelum ini, ujar beliau UDA telahpun menjual 2 asetnya paling bernilai iaitu Plaza Warisan dan UO Superstore.

Aset-aset itu, tambah Kamaruzaman telah memberikan keuntungan kepada UDA yang menjaga golongan usahawan Melayu.

Kini, katanya BB Plaza pula ingin dilupuskan.

“Di manakah peranan kerajaan UMNO BN yang kononnya ingin menjaga hak dan keistimewaan orang Melayu?” tanya beliau.

DPPWP, katanya difahamkan bahawa laluan pembinaan stesen MRT yang asal tidak melibatkan bangunan BB Plaza.

Hanya apabila tidak mampu membayar pampasan, maka aset orang Melayu ini dikambinghitamkan, ujarnya.

Justeru, kata beliau DPPWP mendesak agar kerajaan mengkaji semula dan menarik balik cadangan merobohkan bangunan BB Plaza demi survival pengusaha-pengusaha Melayu di Kuala Lumpur.

“Kita tidak menolak sebarang usaha untuk membangunkan dan memajukan bandar Kuala Lumpur ini tetapi janganlah sehingga menindas sesetengah pihak terutama peniaga-peniaga bumiputera yang masih memerlukan bantuan untuk terus bersaing dengan peniaga-peniaga lain,” katanya.

Jumaat, 29 Jun 2012

Bakal Besan Najib Seorang Penjenayah.. Lihat Bukti Nih

Sejak semalam kita dikejutkan bakal besan Najib dan Rosmah Mansor itu dikhabarkan telah ditangkap oleh Polis Antarabangsa, Interpol mewakili pihak berkuasa Kazakhstan atas dakwaan jenayah culik dan peras ugut. Bagi menguatkan lagi berita tersebut, di bawah ini disiarkan salinan waran tangkap beliau yang berbahasa Kazakhstan. Perempuan itu didakwa memiliki enam kes jenayah.



Panas!! Pemuda Umno Johor Desak Ketuanya Letak Jawatan


Umno kini makin parah, perpecahan demi perpecahan berlaku dan kini tidak boleh di sorok lagi. Terbaru Pemuda Umno Johor telah hilang kepercayan ke atas ketuanya Mohd Fadil Muskon.
 Ini berlaku dakwaan kononnya Mohd Fadil Muskon adalah daripada kem Khairy sedangkan majoriti Pemuda Umno Johor berada kem Razali Ibrahim merupakan Timbalan Ketua Pemuda Umno. Sama-sama kita saksikan drama Pemuda Umno Johor di penghujung hayatnya..
Pemuda Umno Johor Alami Krisi Dalaman Serius

Umno Johor terus dilanda krisis dalaman parti dan terbaru membabitkan sayap pemuda negeri itu. Menurut Ketua Pemuda PAS Johor Suhaizan Kaiat, beliau mendapat maklumat dalam satu mesyuarat Pemuda Umno Johor di sebuah hotel di ibu negara malam tadi, 16 daripada 26 ketua pemuda Umno bahagian menolak secara terang-terangan kepimpinan ketua Pemuda Umno Johor Mohd Fadil Muskon.
Kesemua 16 mereka juga menurut Suhaizan mendesak Mohd Fadil meletak jawatan dengan kadar segera. "Bermakna 61% Ketua-ketua Pemuda UMNO bahagian menolak kepimpinan Pemuda Umno Negeri sekarang.

"Antara Ketua-ketua Pemuda Umno yang terlibat dalam usaha untuk menjatuhkan Mohd Fadil adalah Ketua Pemuda Umno bahagian Pontian, Batu Pahat, Pagoh, Tebrau, Johor Bahru dan lain-lain lagi," katanya.

Menurut Suhaizan lagi, terdapat juga Ketua-ketua Pemuda Umno Bahagian yang tidak hadir dalam mesyuarat tersebut kerana tidak mahu terlibat dalam masalah yang sedang dihadapi.

Difahamkan antara alasan penolakan Mohd Fadil Muskon adalah kerana beliau daripada kem Khairy Jamaluddin sedangkan 16 ketua pemuda yang menolaknya adalah dari kem Datuk Razali Ibrahim.

Selain daripada itu, terdapat juga pandangan menyatakan bahawa Mohd Fadil ‘budak baik’ dan kurang senang dengan pemuda-pemuda Umno bahagian yang mengambil kesempatan daripada projek-projek kerajaan.

"Perpecahan ini telah membuktikan bahawa Umno Johor sudah berada dalam keadaan tenat. "Ini telah menjadi sebab mengapa Datuk Seri Najib tidak berani membubarkan parlimen sehingga hari ini," ujar Suhaizan lagi.

Bakal Besan Najib Di Tangkap Di Dubai

Maira Nazarbayev, ibu kepada bakal menantu Najib dan Rosmah, Daniyar Nazarbayev dipercayai telah ditahan di Dubai semasa beliau sedang dalam perjalanan ke Eropah untuk bercuti. Sumber-sumber yang rapat dengan penyiasatan terhadap wanita berumur 50 tahun itu memberitahu bahawa Maira ditahan pada hari Jumaat lalu oleh polis Dubai berikutan satu waran tangkap yang dikeluarkan oleh Interpol yang bertindak bagi pihak Menteri Dalam Negeri Kazakhstan.
Bagaimanapun, penahanan Maira masih belum dapat disahkan oleh pihak berkuasa Dubai. Sumber juga memberitahu bahawa Maira sekarang ditahan di Dubai. 
Beliau diwakili oleh tiga syarikat peguam yang berpengkalan di Amerika.Maira ditangkap pada 22 Jun 2012 yang lalu ketika dalam perjalanan ke New York bersama keluarga dan rakan-rakan untuk bercuti.

Untuk berita lengkap layari di Freemalaysiatoday.

Rabu, 27 Jun 2012

Mayat pejuang Palestin, As-Syahid Syahib Ahmad Muhammad 19 tahun dikebumikan tidak reput

Zionis Israel pada Khamis, 31 Mei lalu menyerahkan 91 cebisan mayat syuhada’ Palestin kepada keluarga masing-masing. Semua mayat tersebut adalah mereka yang melakukan serangan bom berani mati di kawasan-kawasan tumpuan bagi membunuh penduduk Israel beberapa tahun lalu. Islammemo.cc melaporkan, dari kalangan mayat tersebut, seorang daripadanya, As-Syahid Syahib Ahmad Muhammad yang terkorban 19 tahun lalu masih terpelihara dan sedikitpun tidak terdapat kesan reput atau rosak pada mayatnya seolah-olah baru meninggal dunia beberapa minit yang lalu.
Syahib meninggal dunia pada 24 April 1993 ketika melakukan serangan berani mati dan menemui syahid dalam operasi tersebut. Lihat di sini. Mengulas keadaan mayat Syahib, seorang ulamak tempatan yang juga Pengerusi Majlis Tertinggi Hakim Syar’ie, Syeikh Yusuf Ad’is berkata, “Demikian adalah petanda kemuliaan dari Allah ke atas mereka yang syahid bahawa jasad mereka tidak akan hancur. Ia juga tanda amalan soleh yang dilakukan olehnya diterima di sisi Allah.” 
Menurut SAFA, 79 dari cebisan mayat syuhadak Palestin dibawa ke Ramallah untuk tujuan upacara sambutan pada jam sekitar 3 petang, kemudian akan dihantar ke wilayah-wilayah asal mayat syuhada’. Manakala, 12 dari cebisan syuhada’ akan dibawa pulang ke Semenanjung Gaza. Kita yakin kemuliaanNya juga diberikan kepada sekalian syuhada’ di Syria. Kalian juga wajar menyemai cita-cita untuk syahid kerana kurniaan Allah amat luas buat para syuhada’ Nya. "Syahid cita-cita tertinggi kami!"

Siasatan skandal Scorpene menyukarkan Najib dengan PRU makin hampir

Oleh Mohd Farhan Darwis
KUALA LUMPUR, 26 Jun – Kerajaan Malaysia akan menjawab dakwaan berkenaan pembelian dua buah kapal selam Scorpene pada Selasa, sebagai maklum balas terhadap skandal tersebut yang dilihat cubaan untuk mencalarkan imej Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memandangkan pilihan raya bakal dilaksanakan tidak berapa lama lagi.
Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dijangka akan memberikan jawapan terhadap dakwaan penjualan dokumen rahsia tentera laut negara ini kepada syarikat pembinaan kapal selam Perancis DCNS bagi memudahkan mereka memenangi bidaan tersebut dengan harga €1 billion (RM4 bilion) pada 2002.
Dipetik laporan Reuters, Najib yang pada masa itu merupakan menteri pertahanan, telah menafikan dakwaan tersebut. Tiada bukti yang mengaitkan beliau dengan rasuah berhubung proses jual beli berkenaan, dan penyokong beliau berkata pihak pembangkang sengaja menimbulkan perkara itu semata-mata mahu mencalarkan imejnya selaku perdana menteri memandangkan pilihan raya umum ke-13 semakin hampir.
Agensi berita itu juga mengatakan, kerajaan pimpinan Najib sedang berhadapan tekanan untuk memberikan penjelasan selepas dokumen itu didedahkan di mahkamah di Perancis oleh kumpulan hak asasi manusia Malaysia (Suaram) dan disebarkan secara meluas di media online.
Dokumen yang turut mengandungi rekod rampasan pihak berkuasa Perancis dalam serbuan di pejabat DCNS menunjukkan bukti pembayaran yang dibuat dua syarikat yang dimiliki oleh bekas penganalisis politik, Razak Baginda, yang juga merupakan bekas pembantu Najib yang bertanggungjawab menguruskan pembelian tersebut.
Dokumen berkenaan yang turut dipaparkan di laman media online, Asia Sentinel turut memaparkan laporan yang disediakan DCNS yang menyatakan kontrak pertahanan yang besar memerlukan “pemindahan wang yang besar kepada individu dan / atau organisasi”.
“Di Malaysia, biasanya ... kerajaan pemerintah adalah pihak yang lebih banyak memperolehi manfaat,” kata dokumen terbabit, merujuk kepada pemerintahan Umno, yang kini diketuai oleh Najib.
Dokumen lain pula menyebut, bekas ketua eksekutif DCNS berkata, Perimekar, salah satu daripada syarikat Razak Baginda berperanan sebagai tidak lebih daripada “agensi pelancongan” yang diwujudkan bagi mencetuskan “pengkayaan yang tidak adil kepada pemegang sahamnya.”
PEMBUNUHAN ALTANTUYA
Joseph Brahan, peguam yang mewakili Suaram di mahkamah di Perancis memberitahu Reuters bahawa dokumen berkenaan adalah asli dan itu adalah salinan asalnya.
“Kami tidak boleh membuktikan wang itu disalurkan kepada Umno. Namun kami boleh membuktikan wang itu wang rasuah. Jika tidak kerana rasuah, untuk apa mereka dibayar,” kata Breham.
Pegawai-pegawai di DCNS, yang dimiliki oleh sebahagian syarikat pertahanan elektronik kumpulan Thales, bagaimanapun tidak dapat dihubungi. Pegawai kerajaan Malaysia juga tidak akan bertindak balas terhadap permintaan untuk memberikan komen berhubung perkara itu.
Satu sumber yang rapat kepada kerajaan Malaysia berkata bahawa Suaram telah banyak dikaitkan kepada pembangkang, yang mana bertujuan untuk menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya, yang mana Najib mesti lakukan Mac depan.
Penyokong kerajaan mengatakan bahawa pendakwaan sivil, seperti yang dibawa oleh Suaram, adalah perkara biasa di Perancis dan tiada tanda-tanda bahawa jenayah telah dilakukan.
Breham berkata kepada kepada pemberita pada sidang akhbar di Bangkok bulan lepas bahawa dokumen sulit tentera laut Malaysia telah dijual kepada DCNS oleh satu firma Razak Baginda, Terasasi, pada harga €36 juta. Ahli-ahli politik pembangkang telah mengatakan bahawa jika dakwaan itu benar, ia menunjukkan pengkhianatan kepada negara.
Kerajaan Malaysia telah mengakui bahawa Perimekar menerima €114 juta bagi perkhidmatan sokongannya, tetapi masih belum memberikan kenyataan berhubung peranan Terasasi yang berpangkalan di Hong Kong.
Dokumen berkenaan juga menyebut hubungan Razak Baginda dengan Altantuya Shaariibuu, jurubahasa dan model Mongolia yang dibunuh menggunakan bahan letupan gred tentera di Kuala Lumpur pada tahun 2006.
Razak Baginda telah dibebaskan daripada tuduhan tersebut, namun dua pengawal peribadi Najib telah disabitkan kesalahan dan dipenjarakan atas kesalahan membunuh wanita itu. Razak Baginda dipercayai telah berpindah ke Eropah dan tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan kenyataan.
Dakwaan-dakwaan yang muncul daripada mahkamah Perancis telah membantu pembangkang merangsang Malaysia. Gabungan itu dijangka untuk memenangi pilihan raya tetapi kemenangan adalah jauh dari yang dijangkakan selepas pembangkang telah memperolehi kemenangan mengejut pada tahun 2008 yang menggemparkan cengkaman kuasa BN yang telah memerintah lebih separuh abad.
“Mana-mana implikasi bahawa perjanjian Scorpene adalah satu tindakan rasuah cukup untuk menggagalkan beliau (Najib),” kata Ahli Parlimen pembangkang, Tony Pua kepada Reuters dalam satu majlis makan malam baru-baru ini untuk mengumpul dana untuk perbelanjaan guaman Suaram.

Bekas Pengarah Jabatan Perpaduan Sabah sertai PAS



7 Syaaban 1433H. [MOD] -

BEAUFORT: PAS Sabah mencatatkan sejarah tersendiri apabila bekas Pengarah Jabatan Perpaduan Negeri Sabah dan Labuan, Ahmad Kambar (baju hijau) menyertai parti itu dan menerima bendera PAS sebagai simbolik panji-panji bagi membebaskan negeri ini daripada cengkaman Umno Barisan Nasional.

Beliau menerima bendera berkenaan daripada Ketua Pemuda PAS Sabah merangkap Yang Dipertua PAS Kawasan Beaufort, Lahirul Latigu di kediamannya, dekat Lumadan, di sini sambil disaksikan Ketua Pemuda PAS Kawasan Azlan dan ahli jawatankuasanya.

Ahmad berkata, beliau menyertai PAS atas pilihan sendiri dan yakin bahawa PAS bukan hanya sebuah parti politik semata malah bertindak sebagai badan dakwah dan tarbiyah yang memberi penekanan berdasarkan agama Allah.

"Kehidupan kita ini merupakan kehidupan yang bermakna dan kita perlu membawa ummah ini kearah Islam.

"Kita juga perlu untuk menjaga nasib rakyat dan mendidik rakyat untuk takut kepada Allah semata-mata,” kata beliau ketika ditemui selepas itu.

Beliau yang juga pernah menjawat Pengarah Dakwah Bersepadu Negeri Sabah dan Penolong Pengarah Perancangan dan Penyelidikan di Ibu Pejabat Jabatan Perpaduan Negara serta berperanan penting dalam Jawatankuasa PsyWar semasa usaha Kerajaan Persekutuan menjatuhkan Kerajaan Sabah di bawah Parti Bersatu Sabah (PBS) pada awal 90an.

“Saya melihat banyak kelompongan dalam Umno dan BN. Mereka bercakap soal pembangunan tetapi apa yang berlaku di Sabah jauh dari apa yang mereka perkatakan.

“Masalah asas seperti elektrik, jalanraya pun masih banyak belum selesai seperti di kawasan pedalaman di Parlimen Sipitang ini. Kampung Weston contohnya walaupun mempunyai jumlah pengundi yang besar majoriti muslim tetapi tidak mendapat bekalan air bersih yang sewajarnya. Ini cukup memalukan,” ujarnya dalam nada kecewa.

Beliau turut bertekad untuk memastikan PAS lebih dikenali ramai terutama di kawasan sekitar Sipitang dan seluruh Sabah.

“Sebab itu saya tekad. Rakyat pun sudah mula membuka mata dan sudah dapat menerima PAS terutamanya di Lumadan, salah satu Dun di bawah Parlimen ini,” jelasnya.

Beliau yang juga merupakan bapa saudara kepada Lahirul turut yakin dengan berdasarkan perkembangan terkini akan lebih ramai lagi bekas pegawai-pegawai tinggi kerajaan Sabah yang akan menyertai perjuangan PAS dan Pakatan Rakyat.

Dr Mursi Umum 4 Langkah Pertama Sebagai Presiden Mesir



7 Syaaban 1433H. [MOD] -

Presiden Mesir yang baru, Dr.Muhammad Mursi mengumumkan empat langkah pertamanya sebaik saja beliau dengan rasminya diisytiharkan sebagai Presiden.

Keempat-empat langkah itu ialah:

Pertama: Menyumbangkan wang gaji Presidennya untuk kebajikan rakyat Mesir


Kedua: Mengeluarkan arahan tidak menggantungkan gambarnya di bangunan kerajaan atau menerbitkan apa-apa iklan ucapan tahniah di dalam akhbar.

Ketiga: Semalam beliau menerima kunjungan ibu kepada Khaled Said dan keluarga mereka yang terbunuh pada perhimpunan 25 Januari, di Istana Presiden dan mengarahkan pengawal istana untuk tidak menghalang keluarga mereka yang syahid itu dari menemuinya pada bila-bila masa. Beliau juga berjanji untuk menghukum mereka yang membunuh para peserta perhimpunan dengan mendakwa semula bekas Presiden Hosni Mubarak dan menteri dalam negeri, Habib al-Adli, serta lain-lain defenden di atas kes membunuh para demonstran. (Lebih 800 orang terbunuh dan 6,000 cedera semasa perhimpunan 25 Januari Hizbut-Tahrir.)

Keempat: Mengarahkan pihak keselamatan mengurangkan bilangan kenderaan bagi mengiringinya bertujuan tidak mahu mengganggu pergerakan lalulintas rakyat awam dan rkata, pihak tertinggi pasukan keselamatan juga meminta Mursi dan menolak permintaan pihak keselamatan yang meminta keluarga beliau berpindah ke Villa As-Salam bersebelahan Istana Itthadiyah akan tetapi Mursi tetap mahu kekal tinggal di kediamannya sebelum ini di Tajammuk.

"Saya Tidak Mahu Rakyat Benci Saya Hanya Kerana Kenderaan Saya"- Mursi

Presiden Mesir, Dr.Muhammad Mursi ketika memasuki Istana Presiden Isnin semalam bagi meninjau keadaan istana yang dikosongkan lebih setahun lalu meminta pihak keselamatan mengurangkan bilangan kenderaan bagi mengiringinya bertujuan tidak mahu mengganggu pergerakan lalulintas rakyat awam.

Memetik sumber "Al-Masryl Youm" bahawa sewaktu melawat Istana Ittihadiyah semalam, Mursi meminta pihak keselamatan mengurangkan kenderaan pengiringnya. Beliau dipetik berkata, "Saya tidak mahu rakyat bencikan saya dengan sebab kenderaan Presiden."

Sumber dipetik sebagai berkata, pihak tertinggi pasukan keselamatan juga meminta Mursi dan keluarga beliau berpindah ke Villa As-Salam bersebelahan Istana Itthadiyah akan tetapi Mursi tetap mahu kekal tinggal di kediamannya sebelum ini di Tajammuk Khamis.

Sementara itu, Dr. 'Isom 'Iryan, Naib Presiden Parti Kebebasan dan Keadilan (FJP) dalam satu temuramah berkata, Dr.Mursi juga akan menyumbangkan gajinya untuk kebajikan rakyat Mesir.

Ulasan: Kepada mereka yang sempat di zaman Mubarak, bagaimana keadaan jalan raya jika Mubarak hanya akan melalui jalan tersebut?

1) Dua jam sebelum Mubarak tiba, jalan raya akan ditutup.
2) Amnu Daulah akan turun berkawal dan mereka akan berada di atas bumbung di tepi jalan bagi memastikan keselamatan Mubarak terjamin.
3) Polis dan tentera akan berdiri di sepanjang jalan dalam keadaan membelakangi jalan raya, tidak boleh melihat Presiden.

Ulasan GB

Demikian sikap seorang "pemimpin Islam" lebih kurang sama kisahnya dengan MB Kelantan dan Kedah. Itulah "wasatiyyah".

Mungkin Najib, Jamil Khir dan lain-lain pemimpin UMNO perlu belajar lagi apa itu wasatiyyah dengan mengunjungi Presiden baru Mesir selepas ini jika enggan untuk belajar dari MB Kelantan dan Kedah.

(Gambar) Syabas!! Setelah 54 Tahun Memerintah.. Umno Mampu Bina Jambatan Secanggih Ini

Bayangkan seramai 500 penduduk Kampung Mambang Berulang dan Sungai Dingin, berhadapan risiko kemalangan berikutan menggunakan jambatan gantung yang terlalu uzur.
Jambatan gantung 'maut' ini yang digunakan bagi menghubungkan kampung berkenaan dengan bandar Mentakab dikatakan kerap mengalami kerosakan.

Setelah negara kita telah merdeka 54 tahun masih ada lagi jambatan seperti ini. Apa pemimpin Umno buat selama ini? Adakah hanya bila hampir pilihanraya, wakil rakyat datang menabur janji yang tidak pernah ditepati.
Selepas menang pilihanraya wakil rakyat hilang entah ke mana, dan senario ini akan berlaku lagi bila pilihanraya tiba. Akhirnya masalah rakyat tidak selesai.. rakyat terus di tipu oleh Umno.

Samseng Umno Pukul Peserta Himpunan Royalti Di Kenalpasti.. Lihat Gambar Nih, Sebarkan!!


Samseng SEDAR...
Sesiapa ada maklumat, boleh salurkan pada pihak kami di Pages https://www.facebook.com/RoyaltyOfficialPages

(Gambar) Ceramah Nizar Jamaluddin W'pun Di Kebun Getah Tetap Ramai Yang Datang

"Kenapa bawa Dato Seri Nizar ke kampung kamu..??? kamu tahu..!! kalau Nizar turun kesesuatu tempat... maka habislah UMNO" - kata YB Rosli Terong kepada salah seorang penduduk kampung di Parlimen Bukit Gantang Perak.