Isnin, 4 Oktober 2010
Posted by mso.im at
new Asset.css('http://www.harakahdaily.net/v2/plugins/content/ja_tabs/ja_tabs.css', {id: 'myTabs', title: 'myTabs'});
CCTV akan kawal 'tetamu' pusat maksiat di Selangor
Harakahdaily
SHAH ALAM, 5 Okt: Kerajaan negeri Selangor sedang menyusun semula pusat-pusat hiburan di negeri itu agar ia tidak disalahgunakan untuk menjadi tempat maksiat khasnya perjudian dan pelacuran.Antaranya adalah dengan membuat rekabentuk (design) semula tempat-tempat itu agar ia lebih terbuka dan bakal diletakkan kamera litar tertutup (CCTV) untuk merakam semua kegiatan dan pengunjung ke pusat-pusat itu."Kita sukar untuk menutupnya tetapi kita akan kawal dia agar tidak disalahgunakan untuk kegiatan yang tidak baik," kata Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim dalam wawancara khas dengan Harakahdaily, Harakah dan Siasah di pejabatnya petang semalam.Beliau mengulas serangan bertubi-tubi dari Umno dan umat Islam berikutan pertambahan yang ketara pusat-pusat hiburan dan kesihatan yang disalahgunakan dengan menjadikannya pusat perjudian dan pelacuran serta kegiatan tidak sihat yang lain."Kita mahu lihat juga sebenarnya apa yang boleh dibuat oleh kerajaan BN dalam menghadapi gejala ini dan kita akan ikut. Misalnya apa yang kerajaan Negeri Sembilan dan Perak boleh buat di tempat masing-masing."Namun mereka tak buat apa-apa juga. Kita sendiri telah berbincang dengan beberapa universiti untuk merekabentuk semula tempat ini agar lebih transparen. Bila begitu, kita harap kegiatan yang tidak baik tidak akan berlaku."Bila kita siap, kita akan pastikan semua operator pusat-pusat sebegini mematuhi peraturan yang kita tetapkan. Jika tidak lesen tidak akan dikeluarkan dan tindakan boleh kita ambil," katanya.Khalid mengaku, agak sukar untuk membanteras pusat-pusat sebegini begitu sahaja kerana ia bergantung kepada permintaan."Kalau orang ramai datang, permintaan tinggi, ia akan bertambahlah," kata Khalid.Beliau juga tidak mahu menyalahkan polis atau pihak-pihak berkuasa lain kerana tidak bertindak ke atas pusat-pusat sebegini."Kita tahu bilangan polis kita amat terhad. Tak mampu mereka mengejarnya. Jadi kita kena ada inovasi dalam menghadapi perkara ini. Sebab itu bagi saya, kita kena design semula dan kawal dari situ."Kalau kita hanya tutup sahaja, yang haram pula akan tumbuh macam cendawan, lagi susah untuk dikawal," kata Khalid.
Sebelum ini, exco beliau, Ronnie Liu dalam wawancaranya dengan Harakahdaily mendakwa polis dan imigresen labih berkuasa untuk bertindak ke atas pusat-pusat hiburan dan kesihatan yang disalahgunakan di negeri itu kerana bidang kuasanya lebih luas berbanding dengan kerajaan tempatan di bawah kerajaan negeri.
Dalam wawancara kali ini, Khalid berharap, melalui rakaman CCTV untuk semua pusat ini akan mencegah orang-orang yang ada maruah untuk datang ke tempat sebegitu.Ketika ditanya bila ia akan dilaksanakan, Khalid berkata, ia berada di peringkat kajian dan bila ianya selesai, kerajaan negeri Selangor akan melaksanakannya segera.
new Asset.css('http://www.harakahdaily.net/v2/plugins/content/ja_tabs/ja_tabs.css', {id: 'myTabs', title: 'myTabs'});
Buang bayi: Kerajaan hilang punca, kontang idea
Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 5 Okt: PAS berpandangan hajat Datin Seri Rosmah Mansor hendak ke Centrum voor Integrale Gezinsgorg (CIG) di Brussels, Belgium pada 5 Oktober (hari ini) bagi mendapatkan pelbagai input untuk menangani permasalahan buang bayi adalah tindakan yang tidak munasabah, seolah-olah kerajaan sudah hilang punca dan kontang idea.
“Fenomena ini sepatutnya dirujuk kepada mereka yang arif di negara ini sahaja bukannya di negara yang, iklim dan sosial budayanya berbeza,” kata Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad.
Tambahnya, tindakan yang dibuat oleh Datin Seri Rosmah untuk merujuk negara Brussels bagi mengatasi masalah anak luar nikah, seolah-olah anak yatim yang kaya dengan harta peninggalan bapanya, tetapi masih lagi meminta sedekah kepada orang ramai.
“Begitulah juga tindakan Datin Rosmah ibarat memohon sedekah dan ehsan daripada orang lain, sedangkan kita mempunyai rujukan iaitu Islam,” katanya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.
Soalnya, kenapa begitu takut hendak merujuk kepada pendekatan Islam yang lebih menyeluruh dan telah terbukti berjaya.
Katanya, kaedah yang perlu digunakan mestilah merujuk kepada apa yang diajar oleh Rasulullah s.a.w. iaitu pendekatan mencegah dan mendidik.
Beliau menjelaskan, Baginda s.a.w. telah berjaya membetulkan masyarakat jahiliah yang rosak dalam masa 23 tahun yang menjadi kekaguman ahli kaji masyarakat barat yang berpandangan kerosakan masyarakat jahiliah hanya dapat dirawat dalam masa 100 tahun lebih.
new Asset.css('http://www.harakahdaily.net/v2/plugins/content/ja_tabs/ja_tabs.css', {id: 'myTabs', title: 'myTabs'});
Galas: Buruk sungguh Umno layan Razaleigh
Abdul Aziz Mustafa
KUALA LUMPUR, 5 Okt: Umno menjadikan Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah tidak ubah seperti kukur kelapa yang dipergunakan apabila perlu dan diperosok di ceruk dapur apabila tidak perlu.
"Buruk sungguh cara para pemimpin Umno melayan pemimpin veteran mereka yang selama ini mereka sanjung-sanjung jasa dan sumbangannya kepada parti itu, orang-orang Melayu dan negara.
"Orang-orang Umno memperlakukan Tengku Razaleigh seperti kukur kelapa. Nak pakai, ditunggangi, kalau mereka terluka ketika mengukur kelapa, kukur dimaki dan setelah habis dipergunakan, basuh pun tidak terus diperosok di ceruk-ceruk dapur," kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.
Ahli Parlimen Pokok Sena itu yakin, rakyat tentulah menerima layanan yang jauh lebih buruk lagi dari Umno kalau pemimpin veteran mereka pun dilayan seburuk itu.
"Apa yang mesti disedari oleh rakyat terutama para pengundi di Galas ialah keghairahan melampau-lampau Umno untuk menghina Tengku Razaleigh.
"Para pemimpin Umno kini seolah-olah berlumba-lumba untuk menghina bekas Menteri Kewangan itu," kata beliau sambil mengingatkan rakyat bahawa mereka juga tidak akan terlepas dari penghinaan seburuk itu dari Umno.
Mahfuz berkata, jika hari ini para pemimpin Umno berebut-rebut menghina bekas Naib Presiden parti mereka, suatu hari nanti mereka akan berebut-rebut menghina rakyat pula.
"Hari ini mereka membalas dendam terhadap Tengku Razaleigh apabila cuba memaksa beliau bertanding di Galas tanpa mempedulikan kedudukan bekas Naib Presiden Umno itu, selepas ini para pemimpin Umno akan membalas dendam kepada rakyat," katanya.
Para pemimpin Umno berdendam kepada Tengku Razaleigh kerana tidak mahu menjadi pak turut mereka termasuk dalam isu royalti minyak kepada negeri-negeri termasuk Kelantan, kata beliau.
"Sama seperti mereka berdendam kepada Tengku Razaleigh, Umno juga berdendam kepada rakyat kerana memalukan parti itu dan Barisan Nasional (BN) yang dikepalainya dalam pilihan raya umum 2008 lalu," katanya.
Mahfuz walau bagaimanapun yakin tidak mudah bagi para pemimpin Umno menganiaya Tengku Razaleigh yang sudah begitu matang dan mahir dengan sepak terajang mereka.
Ahad, 3 Oktober 2010
new Asset.css('http://www.harakahdaily.net/v2/plugins/content/ja_tabs/ja_tabs.css', {id: 'myTabs', title: 'myTabs'});
Selangor beri buku teks agama percuma
Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 4 Okt: Para pelajar sekolah rendah agama (SRA) seluruh Negeri Selangor mulai sesi persekolahan 2011 akan menerima buku teks agama percuma di bawah Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT).
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam negeri, Datuk Dr Hassan Mohamed Ali berkata, seramai 125,250 pelajar yang melibatkan 206 SRA akan menerima kemudahan itu.
Katanya, jumlah implikasi kewangan yang terlibat adalah sebanyak RM4,261,738 yang diluluskan melalui sumber Lembaga Zakat Selangor.
“Kerajaan juga bercadang untuk melebarkan skim dan kemudahan ini ke sekolah agama menengah, kelas al-Quran dan fardu ain dan prasekolah Jais di masa depan,” ujarnya yang juga Adun Gombak Setia.
(Gambar: Dr Hassan bersama tetamu veteran pada Rumah Terbuka Hari Raya di kediamannya, kelmarin.)
Selain itu, tambahnya, kerajaan negeri juga telah meluluskan kenaikan elaun pembersih kawasan di SRA gred B dari RM100 kepada RM500 dan SRA gred C dan prasekolah Jais dari RM100 kepada RM300.
“Sementara untuk keceriaan dan membersihkan kawasan di semua SRA gred A telah diswastakan,” katanya pada sidang media di kediamannya di Pinggiran Taman Tun Dr Ismail, dekat sini, kelmarin.
Beliau berkata, kerajaan negeri menyediakan peruntukan sebanyak RM621,600 setahun untuk tujuan menaikkan elaun SRA gred B, gred C dan prasekolah Jais.
Sabtu, 25 September 2010
Friday, September 24, 2010
Renungan Dari Jakarta
Siapa Yang Perlu Diragui Sebenarnya?BILA ada individu rakyat Kelantan yang mengambil inisiatif untuk membawa 40 orang ulamak ke Makkah untuk mengadakan munajak khas berhubung royalti minyak ada orang yang tidak berkenaan dan bersetuju angin. Katanya peruntukan sebanyak RM400 ribu adalah terlalu banyak dan sepatutnya wang itu dibelanjakan kepada fakir miskin.
Kata orang itu kalau bawa fakir miskin sekurang-kurangnya sudah lepas tanggungjawab fardu ain mereka.
Saya tidak fikir orang berkata demikian dan meragui mengenai projek itu tidak faham dan dapat membezakan antara ulamak dengan fakir miskin. Tujuan munajak itu adalah untuk mendapat hak Kelantan yang dinafikan oleh kerajaan Persekutuan. Kalaulah wang royaliti sebanyak RM800 juta itu dibayar ia bukan saja dapat menringankan beban fakir miskin tetapi seluruh rakyat Kelantan.
Saya juga tidak tahu apakah munajak fakir miskin lebih afdal daripada munajak para ulamak? Rasanya orang berkenaan lebih cerdik daripada Umno. Umno menerima kemasukan 40 ulamak dan bukan 40 fakir miskin. Sepatutnya Umno juga perlu menerima 40 fakir miskin.
Apakah matlamat dan tujuan ini pun tidak dapat dibaca oleh orang berkenaan. Bagaimana anda menjadi seorang wakil rakyat kalau perkara seperti ini tidak dapat difahami akan maksud dan tujuannya. Atau membezakan antara si fakir dengan ulamak.
Saya tidak mahu mengulas mengenai kebebalan dan kebodohan orang berkenaan yang menentang usaha untuk membawa 40 ulamak itu. Pada saya orang itu hanya sengaja menunjukkan kebodohannya tanpa diminta sesiapa. Saya hanya tersenyum bila mana orang itu melahirkan rasa bimbang mengenai tabung berkenaan. Kononnya beliau seorang jujur dan ikhlas dan membenci perkara mungkar seperti menyonglapkan wang.
Ujar orang itu yang syok sendiri kononnya dia jujur dan ikhlas, dermawan dan budiman, pasal wang ini budak pun berebut yeop. Ertinya dia tidak percaya wang itu diuruskan dengan betul mencapai tujuannya itu. Saya cukup tahu kenapa orang itu berkata begitu dan bimbang dengan masalah keselamatan wang, sebabnya orang berkenaan cukup memahami dan ada tawarikh mengenai hal-hal mungkar begitu.
Orang berkenaan banyak pengalaman dan arif mengetahui kisah penggelapkan wang. Dia juga tahu kisah bagaimana orang menggunakan agama, beri ceramah agama, baca hadith dan ayat Quran atas mimbar masjid untuk dapagkan wang. Dia juga tahu bagaimana cerita orang menjalanlan kutipan derma untuk seorang anak kawan yang sakit, kemudian wang itu hilang begitu saja.
Orang itu juga ada pengalaman dan mengetahui bagaimana seorang calon ilihan raya menghantar SMS meminta wang untuk perbelanjaan pilihan rayanya tetapi akhirnya wang berkenaan tidak sampai satu senpun dan orang lain yang membayar segala perbelanjaan.
Mungkin kerana orang itu ada pengalaman, tahu segala kisah menyebabkan dia bimbang dengan penganjur munajak berkenaan akan melakukan penyelewengan seperti mana diketahuinya.
Di sini saya tidak mahu mengatakan penganjur tabung munajak itu seorang malaikat. Tetapi dia inilah yang pernah membantu seorang wakil rakyat yang dikenakan tindakan petisyen di mahkamah. Pernah menghabiskan wangnya sendiri membantu seorang kawannya yang bertanding dalam pilihan raya. Malahan pernah diajak menjadi saksi kepada petisyen terhadap seorang wakil rakyat.
Beliau diajar supaya bercakap bohong, menupu mahkamah dengan menjadi saksi atas pembelaan dalam kes petisyen berkenaan. Allah Al Azim ... petisyen berkenaan tidak berlaku disebabkan ada perundingan. Kalau tidak kawan yang budiman itu akan turut sama terjebak melakukan kejahatan dan penipuan kepada mahkamah.
Justeru orang ramai yang membaca laporan mengenai kebimbangan orang berkenaan berhubung dengan projek membawa 40 ulamak ke Makkah itu boleh menilai sendiri siapa yang korup, siapa yang penipu dan siapa yang hipokrit dalam hidupnya. [jkt 7:00 am 24/09/10]
Khamis, 23 September 2010
PAGI ini saya menerima satu e mail dari seorang penjenguk yang menamakan dirinya Hero yang memberi alamat sebuah blog yang dibangunkan oleh syarikat I'DA WorldGroup Sdn Berhad syarikat dimana orang bernama Abdul Rahim Abdul Wahab menjadi pengerusi eksukutifnya.
Apa yang tertera dalam blog ini ialah beberapa keping gambar Abdul Wahab dalam majlis perlancanran Misi Perdana de Everest - Tibet 2011 yang berlangsung di Dewan Felda, Jalan Gurney yang dilancarkan Perdana Menteri, Najib Razak pada 25 April lalu.
Gambar beliau dalam majlis berkenaan mungkin boleh menyingkap misteri pemberian replika cek bernilai RM4 billion atas nama Pas Malaysia yang kini menjadi buah mulut di Kelantan. Jika diperhatikan juga gambar lelaki bertongkat dan juga sebelah kakinya tertutup dengan kaki seluar yang meleret ke lantai. Semacam rahsia besar di sebalik kaki seluar labuh sebelah itu.
Tafsirkanlah dengan mata kepala kita sendiri apakah yang berlaku itu (penyerahan replica chek RM4 B) sebuah realiti atau pun satu ilusi semata-mata dan jangan mudah mempercayai laporan media penghasut. Kata orang gambar mempunyai seribu makna dan tidak dapat diterjemahkan dengan kata-kata. Hanya jauhari yang mengenali maknikam seperti mana juga hanya Mat Maslan mengenali Felda! [wm.kl.7:00 am 23/09/10]
0597 - Razman bersama pimpinan PAS dan DAP Lenggong edar risalah di tengah-tengah Pekan Sabtu Lenggong.
0602 - Mariam turut mengambil bahagian mengedar risalah kepada pengunjung-pengunjung Pekan Sabtu lenggong.
0603 - Razman beri risalah kepada pemandu di tengah-tengah pekan Lenggong.
0615 - Ngeh dan Razman dan pimpinan PAS serta DAP bertemu pengunjung-pengunjung Pekan Sabtu Lenggong.
0632 - Ngeh (2 kiri), Chang Meng Kai (3 kiri) dan Razman (4 kiri) bersama tauke kedai di pekan Lenggong.
0640 - Sivakumar sempat bersalaman dengan salah seorang pimpinan PKR Lenggong, Yusni Yahaya yang sedang bersiap untuk ke dewan pemilihan pimpinan parti itu di Bandar Baru Lenggong.
Risalah - ada gambar.
Oleh Mohd Syamil Azhar.
LENGGONG: Pimpinan dan ahli PAS Kawasan Lenggong menyambut hari raya Aidilfitri ke-9 dengan mengedar risalah membongkar pelbagai penyelewengan Umno (Barisan Nasional) kepada pengunjung-pengunjung pasar hari di sini.
Program sepagi dengan kerjasama pimpinan dan ahli DAP Lenggong itu diketuai Yang DiPertua PAS kawasan, Haji Razman Zakaria dengan dibantu puluhan anggota Jabatan (Unit) Amal Malaysia yang berbaju merah.
Ketua Penerangan PAS kawasan, Saudara Saidi Sobri, ketika ditemui, berkata program bermula jam 9 pagi itu adalah antara aktiviti sempena Jamuan Hari Raya Aidilfitri YDP (PAS) Lenggong yang dihadiri hampir 6,000 pengunjung.
Katanya, pengedaran risalah berjalan lancar dengan kerjasama puluhan pimpinan dan ahli PAS dan DAP kawasan, di mana ribuan risalah berjaya disampaikan kepada orang ramai yang berada di Pekan Sabtu di sini 18 September lalu.
"Kita lihat penerimaan masyarakat sangat memberangsangkan apabila ribuan risalah yang kita cetak berjaya disampaikan, manakala orang ramai kelihatan menerimanya dengan baik.
"Selain kepada pengunjung-pengunjung kita juga berjaya menyampaikan risalah kepada pemandu-pemandu di pekan selain kepada peniaga-peniaga, terutama peniaga Cina," katanya.
Saidi berkata, risalah kepada peniaga-peniaga Cina disampaikan sendiri oleh pimpinan DAP negeri yang hadir kira-kira jam 11 pagi, iaitu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Beruas, Datuk Ngeh Koo Ham, ADUN Canning Darden, Chang Meng Kai dan juga Bekas Speaker negeri, V Sivakumar dengan kerjasama Razman sendiri.
Katanya, program itu bagaimanapun tidak dapat disertai pimpinan dan ahli Parti KeADILan Rakyat (PKR) kerana tarikh yang sama ada pemilihan pimpinan parti berkenaan.
Program sepagi itu berakhir jam 12 tengahari, manakala bermula jam 1 hingga 6 petang jamuan raya Aidilfitri YDP (PAS) Lenggong diadakan di Dataran Jambatan Kampung Luat dengan kehadiran ramai pimpinan PAS negeri, termasuk Pesuruh Jaya negeri, Ustaz Abu Bakar Husain dan Timbalannya, Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin.
Selasa, 21 September 2010
Wednesday, September 22, 2010
Ulasan Kejadian
SEMALAM saya agak sibuk sedikit dan tidak dapat memberi reaksi kepada kejadian satu 'letupan bom' di Kota Bharu tentang pemberian wang sebanyak RM4 billion kepada kerajaan negeri dan Pas Kelantan oleh sebuah syarikat yang berhati murah. Ramai yang bertanya saya sejauh mana kesan letupan bom berkenaan. Apakah ianya menyebabkan banyak kematian dan kecederaan serta kesan kepada negeri Kelantan. Semalam sepanjang hari melayani seorang wakil rakyat dan rombongan yang mengadakan kunjungan peribadi ke atas saya. (Macam pembesar pulak).
Beberapa orang dan penjenguk blog menelefon secara personal meminta saya memberi ulasan dan mencari punca kenapa bom berkenaan meletup atau diletupkan. Rata-rata kesal atas apa yang berlaku walaupun jauh di sudut hati ianya sukar untuk dipercayai dan menganggap pemberian itu satu taktik murahan yang hanyir.
Kelantan negeri Serambi Makkah yang mana ketua pentadbirannya Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat manakala Sultannya pula, Sultan Mohamad ke V yang warak, zuhud dan berjiwa rakyat. Persoal itu tidak percaya dengan apa yang berlaku itu namun kerana ia disiarkan dalam akhbar sedikit sebanyak meresahkannya.
Jadi pagi ini saya akan memberi reaksi dan mengulas kejadian letupan bom berkenaan. Sebenarnya mereka yang waras akan menolak dengan mudah terhadap apa yang dilaporkan itu. Bagi mereka yang ada akal dan sisa otak bersih dan masih berfungsi tidak pun perlu mempersoalkan mengenai iya atau tidak tentang perkara itu. Ia boleh tolak secara automatik tanpa banyak mencari masa dan ruang mempersoalkannya.
Tetapi bagi mereka yang cenderong dan ada niat buruk kepada kerajaan negeri Kelantan dan Tok Guru akan cuba 'mengogeh-ogehkan' perkara itu supaya ia nampak benar dan betul. Pada saya pemberian replika itu tak ubah sebagai bom palsu saja digunakan oleh orang yang putus ikhtiar.
Secara logik apakah ada manusia yang akan memberi derma kepada sebuah kerajaan dan parti sebanyak itu. RM4 billion bukan jumlah yang kecil. Lagipun proposal yang dikemukakan oleh syarikat berkenaan untuk mendapatkan projek di Tumpat itu masih pun belum ditengok oleh Nik Aziz sebagai MB Kelantan. Memang katanya proposal itu ada di atas meja Tok Guru dan Tok Guru tidak pun membacanya jauh sekali meluluskannya.
Munasabahnya, seperti mana jelas Nik Aziz, dia tidak tahu, kerajaan tidak tahu dan surat cat pun tidak dibuat macam mana derma itu boleh diberikan atas maksud hendak membalas budi? Kerja ini samalah kerja seorang budak yang tergila Siti Nurhaliza si penyanyi itu satu masa dulu. Kerana dia tergila-gilakan kepada Siti Nurhaliza dicetakkan kad undangan kahwin mengatakan dia nak kahwin dengan Siti. Walhasil Siti Nurhaliza usahkan bertunang dengannya, kenal pun tidak dengan budak lelaki itu. Nah begitu jugalah orang yang memberi derma itu lebih kurang budak lelaki yang tergilakan Siti Nurhaliza itu saja. Hukum dan nilailah sendiri.
Negara Malaysia atau mana-mana kerajaan negeri dan parti politik di dunia tidak pernah menerima pemberian sebanyak itu. Begitu juga tidak ada raja dan orang kaya yang 'ngor' - ngor ini gak yang tolol bodoh dan bebal - di dunia ini yang membelanjakan wang sebanyak itu. Tiba-tiba ada seorang manusia bernama Abdul Rahim Abdul Wahab Melayu asal Malaysia sanggup menghulurkan derma sebanyak itu ia satu yang aneh bin ajaib binti tak masuk akal dan s/o gila.
Siapa dia Abdul Rahim pengerusi Eksekutif I' DA World Group Sdn. Bhd (I'DA World) ini? Apakah dia seorang terkaya Malaysia yang disenaraikan bersama Ananda Krishnan atau Robert Quok, ataupun Lim Goh Tong dan lain-lain? Rasanya tidak. Jadi kalau dia bukan orang kaya, apakah logik dan munasabah orang yang entah dari mana datang itu boleh mendermakan wang sebanyak itu?
Itu sebab saya kata dia ini kurang empok. Sekiranya dia memiliki wang sebanyak itu beliau tidak perlu menderma kepada Kelantan untuk mendapat projek, cukup dia gunakan wang itu untuk makan dia bersama anak beranaknya. Peruntukan tahunan negeri Kelantan untuk masa 10 tahun pun tidak mencecah ke angka itu. Kalaulah dia menjadi saya dengan wang sebanyak itu saya tidak akan dermakan kepada Nik Aziz atau Pas sebaliknya saya gunakan untuk mengambil kerajaan negeri Kelantan, lagi bagus.
Hanya orang yang tidak waras dan tidak sihat saja akan mempercayai perkara berkenaan. Bagi mereka yang waras akan tergelak dan ketawa dengan apa yang berlaku. Bahawa ada satu lagi drama ataupun babak badut di Kelantan. Entah kenapa di Kelantan sejak akhir-akhir ini pun banyak berlaku perkara yang aneh manih.
Baru-baru ini ada seorang gadis mengaku keturunan Puteri Saadong. Riuh randah orang Kelantan dibuatnya sampai para kerabat raja Jembal berhimpun untuk mencari "DNA" terhadap gadis berkenaan. Walhal awal-awal lagi ia sudah nampak lucu dan bohong tetapi tetap juga dipedulikan. Inilah satu kelemahan orang Kelantan tidak mudah hendak menolak sesuatu yang tahyul, bidaah walaupun nas dan dalil pembohongannya sudah terang benderang.
Jadi dakwaan oleh orang bernama Abdul Rahim memberi wang kepada kerajaan Kelantan dan parti itu juga salah satu lagi babak aneh yang melucukan di Kelantan. Ia tidak lebih daripada babak untuk mencukupkan senarai pelbagai keanehan di Kelantan.
Siapa dia Abdul Rahim ini? Dari maklumat yang diperolehi beliau seorang yang bercita-cita besar untuk jadi seorang usahawan berjaya. Dia sudah lama mendekati keluarga Tok Guru. Katanya dia mendakwa dan memberi tahu kepada orang ramai yang dia baik dengan semua keluarga Tok Guru. Dia juga mendakwa kenal rapat dengan para menantu Tok Guru.
Katanya satu masa dia mendakwa dia adalah keluraga Che Yah.. cik Yah.. cik Yah ni gat isteri Tok Gurulah, Datin Sabariah Ishak. Katanya dia pernah meminta projek tertentu kononnya untuk kepentingan anak menantu Tok Guru. Dia menggunakan nama Tok Guru dan keluarganya untuk kepentingan dirinya. Beliau pernah meminta bantuan seseorang untuk mendapatkan tanah seluas ratusan ekar daripada kerajaan Kelantan.
Selain dari itu dia ini juga dikatakan menjadi alat dan diperalatkan untuk menjauh dan merenggangkan hubungan Tok Guru dengan seorang Exco Kelantan. Ahli keluarga Tok Guru hendaklah faham peranan orang ini bagi mengelakkan keburukan lebih teruk.
Senario ini boleh memberi faham siapa dia ini dan apa jenis orang ini. Senario ini juga akan menjawab kenapa berlaku kejadian yang tidak masuk akal itu tetapi boleh mengejutkan orang ramai dan menyebabkan Umno tersenyum?
Sebenarnya tidak Nik Aziz perlu cemas dan tidak perlu jelas mengenai kejadian itu kerana orang ramai boleh fikir secara logik mengenai kejadian dan laporan terhadap kejadian itu.
Masakan wang sebanyak itu yang hendak diberikan kepada kerajaan Kelantan dan parti, ketua kerajaan dan ketua parti tidak tahu. Anih bukan? Apa pula peranan dan fungsi Nik Din untuk menerimanya sebagai mewakil kerajaan dan parti? Di sini saja bagi mereka yang tahu sistem pentadbiran dan tatsusila hidup sudah merasa janggal dan pelik.
Apa yang boleh difahami di sini babak itu adalah satu perangkap untuk memburukkan imej Tok Guru dan kerajaan Kelantan. Jelas di sini adik Nik Abdul Aziz bernama Nik Din Nik Mat itu sudah menjadi alat dengan tujuan tertentu. Alangkah dayusnya mereka yang memperalatkan adik Nik Aziz kerana beliau seorang yang jujur, ikhlas dan tidak tahu sepak terajang politik. Salahnya di sini orang menganjurkan majlis berkenaan.
Apa yang saya nampak di sini ianya sudah diplankan demikian rupa. Buat replika cek besar-besar tulis derma untuk Nik Aziz atau Pas atau kerajaan negeri kemudian 'pukul gambar' dan masukan dalam surat khabar. Tujuannya biar Umno dan musuh Pas ulas. Dan itulah nampaknya yang berlaku pagi ini bila baca akhbar penjilat punggung. Abdul Rahim bukan saja berjaya memperdayakan Nik Din dan mempermainkan Nik Aziz tetapi ikut sama mempermainkan akhbar-akhbar tertentu yang menyiarkan berita berkenaan. Seharusnya Editor memeriksa dan menilai sejauh mana logiknya kejadian itu sebelum ianya disiarkan apa lagi bagi memberi gambaran Nik Aziz dan kerajaan korup.
Sekali lagi, kalau kita melihat dan menilai wibawa beberapa oknum yang mengulas dan mempersoalkan perkara itu dalam akhbar ia wajar ditolak awal-awal lagi. Orang yang mengulas atau cuba memainkan isu itu juga tidak mempunyai kecerdikkan dan pengetahuan secukupnya dalam hidup mereka. Mereka ini sebenarnya sudah 'dawas'. Kalau mereka ini jenis haiwan mereka tak ubah macam biawak saja boleh libas dan memakan apa benda yang melintas di depan asalnya perut mereka membuyut.
Begitulah selalunya menimpa orang bodoh yang cuba hendak bercakap menunjukkan kecerdikan... ia jadi tambah bodoh. Dia akan cakap apa saja walaupun apa yang dicakapkan itu diketawakan orang. Ada yang meminta SPRM menyiasat pemberian itu kononnya hendak menceritakan kepada dunia kerajaan Kelantan dan Pas sebuah kerajaan yang korup dan parti korup.
Kalau pencadang itu cerdik ada sedikit ilmu ataupun lulus Empat Thanawi tentu dia akan merasa malu untuk membuat desakan demikian. Apakah dia faham bahawa replika itu sudah mempunyai nilai sebanyak RM4 billion. Replika ialah tiruan cek saja yang biasanya dibuat daripada kertas atau polistrim yang harganya tidak sampai RM50.
Rasanya SPRM tidak jadi sebodoh mereka yang suruh menyiasat kes berkenaan. Tidak tahulah kalau sewaktu penambahbaikkan ke atas SPRM yang dibuat baru lalu boleh memsabitkan pemberian replika seperti itu tidak pula saya tahu. Dan kalau ianya boleh disabitkan sangatlah melucukan dan jadilah taraf SPRM itu sama rendah mutu dan darjat dengan orang yang mendesak agar kerajaan Kelantan di siasat ekoran babak lucu dan anih itu.
Melihat kepada maksud perbuatan orang bernama Abdul Rahim itu jelas ia cuba memberi imej buruk kepada Kerajaan Kelantan dan ada unsur-unsur jenayah. Barang kali dalam proses untuk menyapu arang yang dilakukan itu kerajaan Kelantan, Pas dan Nik Aziz sendiri wajar membuat laporan polis ke atas kejadian itu. [wm.kl.8:15 am 22/09/10]
Isnin, 20 September 2010
Posted on Monday, September 20 @ 17:22:34 PDT
Dilulus untuk paparan oleh CyberSniper
"
Assalamualaikum,,..
Kita memandang serius kejadian kejadian jenayah yang melanda negara muktakhir ini.Kes Dato Sosilawati masih dalam siasatan tetapi maklumat maklumat yang terdedah sehingga kini menakutkan.Jika diperincikan maklumat yang sudahpun terdedah, Kita akan dapati berpuluh puluh atau mungkin juga beratus ratus senarai perbuatan mungkar dan maksiat yang terjadi sepanjang kes ini berjalan, dari permulaan kes sehinggalah berlakunya pembunuhan malah selepas pembunuhan masih berlaku lagi kejadian mungkar yang ada kaitan dengan mangsa utama, dato Sosilawati(kes dilaprukan sebagai kes bunuh diri).
Kita bimbang dengan kejadian kejadian mungkar seperti yang didedahkan oleh maklumat yang ada dan kita bimbang tiada usaha untuk menjadikan kes ini sebagai pengiktibaran kepada yang masih hidup.
Lantaran itu, kita menganjurkan dan mencadangkan kepada seluruh umat Islam yang sayangkan kehidupan yang sementara ini agar sama sama bangkit bersolat hajat dan berqunut nazilah memohon ALLAH menunjukkan kebenaran dan menghapuskan kebathilan ke akar umbinya.Kita pohon agar siapa jua yang terlibat, yang mebunuh, yang merancang pembunuhan jika ada, yang melindungi pembunuh, yang bersubahat dengan pembunuh dan yang membela pembunuh secara bathil ditunjukkan ALLAH kepada kita semua.Kita pohon agar bukan sahaja kambing hitam(atau unta hitam) yang dihukum tetapi semua yang terbabit dihukum.
Itulah doa kita agar ALLAH menunjukkan kebenaran dan menghapuskan kebathilan ke akar umbinya.
Amin.



