PARTI ISLAM SEMALAYSIA

PARTI ISLAM SEMALAYSIA
PAS KAWASAN LENGGONG

Selasa, 20 November 2012

Doa hancur Umno demi selamatkan agama dan negara

Tok Janggut,
Pada mulanya tersentak juga penulis apabila membaca kenyataan beberapa pihak akan doa yang dibaca dalam solat hajat anjuran PAS di Kelantan baru-baru ini. Antara yang didoakan ialah minta agar Allah tumbang dan hancurkan Umno kerana kezaliman yang lakukan sudah sampai ke kemuncaknya tanpa boleh dinasihat atau sudah tidak nampak tanda-tanda yang Umno ini akan insaf dan kembali ke jalan Allah dan Rasul.

Tidak timbul PAS mendoakan kehancuran kepada saudara seagama denganya. PAS hanya berdoa terhadap orang yang zalim dan PAS adalah golongan yang dizalimi dan ditindas selama ini. Bukankah Nabi pernah bersabda “takutilah kamu akan doa orang yang dizalimi kerana doa mereka tidak ada hijab dengan Allah”. Hal ini bermakna jika kita dizalimi, kita boleh berdoa kepada Allah untuk dihancurkan golongan zalim itu demi untuk keamanan, keselamatan dan kemakmuran kita.

Islam tidak pernah membenarkan kita melakukan kezaliaman sesama sendiri hatta dengan orang bukan Islam pun kita dilarang melakukan kezaliman.  Tetapi Umno tidak peduli semua itu, apatah lagi mereka sentiasa dibela dan dipertahankan oleh ulama upahan, puak mufti dan tok guru mereka sedangkan  golongan agama mereka ini tidak pernah pun dilihat menegur Umno melakukan kezaliman dan penindasan terutamanya terhadap PAS dengan merampas royalti dan menafikan hak yang sepatutnya dimiliki oleh rakyat yang meyokong PAS.

Dalam al-Quran Allah telah memberi amaran “Janganlah kamu cenderung kepada golongan yang zalim, kelak kamu akan disambar api neraka”.  Ini bukan sahaja membuktikan bahawa bukan sahaja golong yang zalim akan ke neraka bahkan sesiapa yang cenderung, menyokong dan menjadi sebahagian daripada mereka juga akan disambar api neraka.

Zalim hendaklah dilihat daripada kaca mata Islam, bukan daripada kacamata parti atau menggunakan logik akal. Kazaliman yang paling besar dan nyata ialah apabila sesebuah kerajaan yang mengaku beragama Islam itu tidak melaksanakan syariat Allah sebagai undang-undang tertinggi negara malahan mereka mempersendakan, memperlekeh dan mempermain-mainkan pula syariat Allah itu.

Selain itu, kezaliman dalam menafikan hak rakyat atas alasan tidak menyokong kerajaan yang memerintah juga adalah satu kezaliman. Hal ini kerana apa-apa sahaja rezeki yang ada di muka bumi adalah milik Allah, bukan milik kerajaan yang memerintah. Antaranya menafikan hak royalti minyak yang sudah pun mempunyai perjanjian dan persetujuan bersama tetapi telah dikhianati atas dasar dendam dan iri hati.  Dalam Islam, mungkir janji yang telah dibuat melalui lisan sahaja pun sudah dianggap melakukan kezaliman, apatah lagi yang telah pun dibuat perjanjian yang melibatkan hak sejumlah besar rakyat yang berhak ke atas royalti itu.

Bagaimana pula penafian dari segi peruntukan yang telah disahkan dalam undang-undang negara, menafikan hak mendapatkan biasiswa, tanah, rumah dan berbagai-bagai lagi.  Semua itu termasuk dalam istilah zalim yang Allah janjikan neraka kepada mereka yang melakukanya. Tidak timbul isu berdoa seperti ajaran sesat atau tidak boleh berdoa untuk kehancuran terhadap saudara seagama kerana doa ini terpaksa dilakukan terhadap golongan yang sudah terlalu jauh sesat dan juga tidak mungkin mereka akan melakukan kezaliman jika mereka merasakan mereka itu adalah saudara seagama.

Apabila sudah banyak nasihat, teguran dan kritikan diberikan agar Umno kembali ke jalan Allah tetapi mereka tetap dengan kesombongan, bongkak dan dengan sikap takburnya, maka tiada jalan lain kecuali berdoa kepada Allah agar Umno ini tumbang dan hancurkan demi untuk menyelamatkan lebih 20 juta rakyat.

Selasa, 13 November 2012

PM Bubar Parlimen Jumaat Ini


Berita yang pastinya membuatkan seluruh pengamat politik tempatan dan antarabangsa kini terarah kepada pengumuman yang dibuat hari ini!

Bagaimanapun ia bukannya berlaku di Malaysia, tetapi nun jauh di negeri matahari terbit yang merupakan gergasi ekonomi kedua terbesar dunia, Jepun!Perdana Menterinya, Yoshihiko Noda mengumumkan sudah memutuskan untuk membubarkan Parlimen yang selewat-lewatnya Jumaat ini bagi memberi laluan kepada pilihan raya umum yang dijangka bulan depan.

Laporan media tempatan, Nikkei dan Asahi Shimbun berkata, Noda akan memanggil pilihan raya seawal-awalnya 16 Disembar atau selewat-lewatnya 20 Januari tahun depan. “Perdana Menteri sudah putuskan untuk membubarkan Parlimen tahun ini," kata laporan muka depan akhbar harian berpengaruh, Nikkei, hari ini.

Mainnichi Shimbun pula berkata, Perdana Menteri akan membubarkan Parlimen Jumaat ini manakala pilihan raya umum diadakan 9 Disember.Pilihan raya umum Jepun mesti diadakan musim panas depan berikutan mandat empat tahun penggal Parlimen sekarang akan berakhir tidak lama lagi. - AP

Addin :

Beranikah Najib sepertimana PM Jepun untuk umum awal tarikh bubar parlimen?

UMNO Lenggong bersetuju dengan kenyataan Pemimpin MCA???


LENGGONG, jumaat- 9 Nov - Kira-kira 300 umat Islam mewakili NGO Pertubuhan Kumpulan Islam Selamatkan Aqidah (PERKISA), berhimpun dan berarak dari masjid Jame' di sini menuju ke pejabat Umno Bahagian dan pejabat khidmat masyarakat Parlimen L
enggong untuk menyerahkan memorandum kepada pemimpin umno bagi membantah kenyataan pemimpin MCA menghina Islam.

Himpunan dan perarakan itu bermula sejurus selepas umat Islam selesai menunaikan solat jumaat yang turut disertai oleh pimpinan Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Perak, Ah Beh dan S. Naliraja.
Himpunan dan perarakan aman untuk menghantar memorandum ini berjalan dengan lancar dengan kerjasama baik daripada pihak polis. Namun begitu, tiada seorang pun pimpinan atau wakil daripada parti Umno dan Bn yang berani tampil untuk menerima memorandum bantahan tersebut.
Menurut wakil NGO PERKISA, Saidi Sabri, 40, Sikap yang ditunjukkan oleh pemimpin Umno dan Bn di Parlimen Lenggong terhadap suara masyarakat Islam di sini hari ini, jelas membuktikan mereka tidak melaksanakan slogan rakyat didahulukan.
Dalam ertikata lain, pimpinan parti Umno Bahagian langsung tidak peka dengan sensitiviti umat Islam atau tidak mengendahkan langsung suara rakyat. Walaupun bantahan yang diadakan oleh pihak PERKISA ini sangat berkaitan dengan kesucian agama Islam.
Hero Umno Lenggong, boleh di calonkan sebagai wakil rakyat dari MCA.
Menurutnya lagi, Umno dan Bn terbukti gagal menunjukkan keikhlasan sebenar mereka didalam isu agama yang sedang dicanangkan oleh rakan parti komponen mereka (MCA). sedangkan dalam masa yang sama, Umno mendakwa merekalah parti orang melayu yang memperjuangkan AGAMA,BANGSA.
Apalah gunanya masyarakat melayu memilih mereka sebagai Wakil Rakyat, sekiranya kecaman umat Islam terhadap rakan komponen Umno (MCA) supaya menghentikan penghinaan keatas kesucian Islam tidak di endahkan langsung oleh Yang Berhormat Umno di sini.
Untuk pengetahuan masyarakat Islam di sini, Sikap tidak bertanggungjawab pemimpin Umno (Melayu/ Islam) di Parlimen Lenggong pada hari ini juga, sudah jelas menunjukkan pendirian dan keikhlasan mereka mengenai kesucian agama Islam itu sendiri.
Persoalannya di sini;
1. Mengapa Wakil Rakyat Umno tidak mahu menerima Memorandum bantahan menghina agama daripada umat Islam, sedangkan rakyat telah melantik mereka sebagai pemimpin???
2. Mengapa tidak menentang MCA yang sudah terbukti anti Islam???
Adakah kerana;
1. MCA rakan parti komponen Umno maka, pemimpin Umno membenarkan sahaja Kesucian Agama Islam terus dihina dan seterusnya langsung tidak mahu mendengar bantahan daripada umat Islam???
2. Apakah lantikan jawatan YB oleh rakyat itu suatu kebanggaan dan kesombongan???
3. Apakah tugas dan tanggungjawab sebenar YB sebagai seorang pemimpin kaum muslimin khususnya dalam hal-ehwal agama sehingga sanggup berdiam diri apabila Islam di caci-maki oleh rakan komponen Umno sendiri???
"OLEH KERANA YB-YB SEKELIAN, SEDANG BERKUASA MEMIMPIN KAUM MUSLIMIN DAN MENJADI WAKIL RAKYAT LENGGONG, MASYARAKAT ISLAM DI SINI MAHUKAN PENJELASAN DARIPADA YB MENGENAI TAPAK PENDIRIAN SEBENAR DALAM ISU INI DENGAN PENUH KEIKHLASAN DAN KEINSAFAN."

2 Ahli Parlimen Keluar BN 24 Nov Ini?

Sejak kebelakangan ini, kedai mamak dan warung-warung kopi telah menjadi tumpuan ramai ahli-ahli politik untuk menjual air liur dan memancing pengaruh. Antara berita paling hangat yang dijaja ialah bakal kemunculan dua lagi Ahli Parlimen BN di Majlis Ceramah Perdana Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 24 November ini di Tawau, Sabah.

Menurut beberapa sumber yang boleh dipercayai dan kini dijaja dari bibir ke bibir, sms ke sms, facebook ke facebook, twittter ke twitter dan segala media elektronik dan ICT, telah hangat diperkatakan bahawa '2 MP' yang sebelum ini disebut-sebut Anwar akan muncul pada 24 November ini

Antara dua nama yang dijaja termasuklah Rakan Karib Anwar ketika menjadi Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden UMNO; iaitu 'Brother Ghapur', nama jolokan kepada Ahli Parlimen Kalabakan ketika Anwar di kemuncak kegemilangan.

Seorang lagi Ahli Parlimen yang dijangka berani menunjuk muka ialah yang pernah digossipkan dengan artis.

Menurut sumber, kedua-dua Ahli Parlimen daripada UMNO itu masih samar-samar menyertai parti Pakatan Rakyat dan mungkin mengikut jejak Bumburing dan Lajim yang bersetinggan di luar BN; tetapi bibit perpecahan dengan pucuk pimpinan UMNO Sabah sudah ketara kerana sejak akhir-akhir ini tidak sehaluan.

Sejak kebelakangan ini, Sabahkini.net Wilayah Sandakan banyak menerima dan mengumpul maklumat mengenai tingkah laku beberapa orang Ahli-Ahli Parlimen dari UMNO yang akan keluar daripada kengkangan UMNO/BN secara bergilir-gilir pada masa terdekat ini.

Menurut satu sumber, semakin ramai Ahli-Ahli Parlimen di Sabah akan meninggalkan BN jika senarai calon telah diumumkan Perdana Menteri; kerana sudah pastinya 10 daripada 25 Ahli Parlimen akan digugurkan pada PRU-13.

Walaupun tidak banyak isu yang boleh menjadi senjata pembangkang pada PRU 13, namun 'pemuja politik' masih mengharapkan untuk mengitar semula isu 20 Perkara, Perjanjian Malaysia, Royalti Minyak, PTPTN; namun yang agak menyengat ialah tanah adat (NCR) dan PATI.

Seolah-olah tidak nampak isu pembangunan dicanangkan kerana tradisi 'Gambar Agong' akan menjadi katalis kepada pemangkin undi di Sabah. Kata-kata kapitalis bahawa "Wang Adalah Tuhan Manusia. Tiada kata-kata yang berjaya menakluki manusia selain wang!"; mungkin akan menyebabkan Pakatan Rakyat berputih mata sekali lagi untuk mendapatkan sekurang-kurangnya 10 Kerusi Parlimen untuk memudahkan mereka mencapai Visi Tawan Putrajaya!

Salam Hormat,

SAIMON S JUMADI

Najib Buat Kerja Gila Lagi..


Umpama meludah ke langit, terpercik ke muka sendiri, begitulah perumpamaan paling tepat bagi menggambarkan pengumuman terbaru presiden Umno dan pengerusi Barisan Nasional (BN) yang dilihat semakin terdesak dan semakin sesak.

Setelah meluluskan pembinaannya pada 2007 sebelum BN tumbang di tangan Pakatan Rakyat Selangor, pihak yang sama kunun akan membatalkannya pula!Perdana Menteri, Najib Altantuya hari ini mengumumkan akan membatalkan projek kondominium 29 tingkat di Batu Caves sekiranya BN berjaya menawan Selangor."Kompleks Batu Caves ini mesti kita kekalkan dan kita pertahankan daripada berlaku sebarang perkara yang boleh merosakan kedudukannya sebagai satu tempat mulia bagi orang Hindu.

"Saya nak katakan, kerajaan BN akan pertahankan kompleks Batu Caves. Kita beri jaminan bahawa seandainya BN berjaya ambil alih Selangor, projek kondominium 29 tingkat akan dibatalkan."Pembangunan di kawasan ini boleh ancam Batu Caves. Pengakuan saya buat ini merupakan satu pengakuan kerajaan BN, sebuah kerajaan janji ditepati," kata Najib Altantuya.Najib Altantuya berkata demikian semasa berucap pada majlis rumah terbuka Deepavali anjuran MIC di perkarangan kompleks Batu Caves hari ini.

Dalam reaksi balas selepas pengumuman Najib Altantuya itu, Kerajaan Selangor tampil dengan penjelasan sebenar status isu kontroversi tersebut.Exco kerajaan negeri, Xavier Jayakumar menyifatkan pengumuman Najib Altantuya tersebut satu tindakan terdesak cuba meraih sokongan politik dari masyarakat India di saat penganut agama Hindu sedang ceria menyambut perayaan Deepavali.

Menganggapnya satu lagi "rasuah politik", Xavier juga mengulangi komitmen kerajaan negeri membatalkan pembinaannya seperti yang telah diumumkan menteri besar, Khalid Ibrahim, Ahadlalu.Tambahnya, kerajaan negeri telah mengeluarkan notis henti kerja kepada pemaju pembinaan kondo Dolomite Park Avenue dan kini melihat satu tindakan muktamad bagi menyelesaikan polemik yang melanda penduduk sekitar kawasan tersebut.

Mengulas sama, ahli parlimen Puchong, Gobind Singh Deo turut bersetuju dengan kenyataan Xavier sambil menempelak Najib Altantuya seakan mengugut rakyat Selangor khususnya kaum India.Dengan nada sinis, Gobind menyindir Najib Altantuya dengan mengungkapkan kata-kata "Saya tolong kamu, kamu tolong saya".

Ungkapan tersebut pertama kali disebut presiden Umno itu semasa satu ceramah yang diadakan ketika pilihanraya kecil parlimen Sibu dua tahun lalu.Kondominium tersebut menjadi kontroversi ekoran empat pemimpin MIC sendiri bersetuju meneruskannya semasa menjawat jawatan ahli majlis tempatan, Majlis Perbandaran Selayang (MPS) pada 2007.

Fakta Menarik Berkenaan Kroni Umno Yang Menguasai AES


Kenapa AES perlu dilaksanakan oleh UMNO...kerana UMNO ada kepentingan disebalik perlaksanaan AES...Apa komen ANDA?

Pemimpin Umno Mengamuk Di Johor

Benarlah kata-kata Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim, bukan setakat Sabah dan Sarawak kini goyang dek kemaraan Pakatan Rakyat, bahkan di negeri tiang seri Umno pun, perubahannya sudah semakin kuat dirasakan.Malam tadi, satu ceramah Pakatan Rakyat diadakan di Dataran PAS Parit Yaani, dalam parlimen Sri Gading yang diwakili oleh ahli parlimen yang terkenal dengan 'peluru kosong' di parlimen, Mohamad Aziz.

Merasakan tergugat dengan sambutan hebat penduduk sekitar, seorang pemimpin setempat dipercayai pemimpin Umno cawangan tiba-tiba meluru dan cuba menyerang ke arah penceramah yang sedang berucap.Menurut Pengarah Pusat Aduan Rakyat (PAR) DUN Parit Yaani, Aminolhuda Hassan, tindakan pemimpin Umno peringkat akar umbi ini tidak menggambarkan sikap demokratik mereka.

"Bagi saya, Umno ketika ini sangat tertekan dengan sambutan rakyat terhadap ceramah dan program-program yang dianjurkan oleh PAS dan Pakatan Rakyat sehingga mengganggu ceramah dan program-program yang dianjurkan Pakatan Rakyat."Mereka mengganggu ceramah yang dianjurkan semalam apabila pemimpin mereka cuba untuk merampas mikrofon ketika mana ceramah dijalankan. Ini menunjukkan mereka langsung tidak demokratik", ujar beliau lagi ketika dihubungi.

Tambahan beliau lagi, selain ceramah yang diganggu, Umno juga telah menganggu program edaran sumbangan bantuan banjir di Sekolah Kebangsaan Seri Teluk."Mereka juga turut mengganggu program edaran bantuan kepada mangsa banjir yang kami lakukan. Saya bersama Yang DiPertua PAS Kawasan Sri Gading, Hasim Jusoh cuba dihalau sedangkan kami sudah mendapat kebenaran daripada pihak Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan pihak Ikatan Relawan Rakyat (RELA) untuk hadir ke sekolah terbabit bagi menyampaikan sumbangan""Saya melahirkan rasa kecewa dengan tindakan Umno ini.

Sepatutnya mereka harus lebih terbuka kerana kita menyampaikan sumbangan kepada orang-orang susah yang sangat memerlukan bantuan ketika ini. Ini jelas menunjukkan kepada orang ramai bahawa pemimpin Umno bersikap tidak rasional sebagai pemimpin masyarakat di sini", jelas beliau lagi. ~ Nusajayakini

Petanda Umno Johor Bakal Bungkus.. Ini Buktinya


BATU PAHAT - UMNO cawangan Kampung Mohd Noor dilaporkan akan dibubarkan akibat kekecewaan penduduk kampung khususnya ahli UMNO terhadap wakil rakyat dan pemimpin masyarakat mereka.
Penduduk Kampung Mohd Noor mula merasa muak dengan sikap pemimpin UMNO yang tidak mahu turun padang dan tidak mengambil endah tentang masalah mereka.

Kekecewan penduduk kampung ini berpunca daripada isu pembuangan sampah untuk daerah Batu Pahat dan Yong Peng yang dibuat berhampiran kampung tersebut oelhe sebuah konsultan yang dilantik oleh pihak berkuasa tempatan tanpa mendapat persetujuan daripada penduduk.
Difahamkan, penduduk kampung tersebut telah mengadakan satu sesi dialog bersama konsultan yang menguruskan projek tersebut dan kebanyakkan penduduk yang ahdir menyatakan bantahan mereka terhadap projek tersebut atas faktor tempat yang tidak bersesuaian.
Menurut Penyelaras Pusat Aduan Rakyat DUN Parit Yaani yang juga merupakan Timbalan Pesuruhjaya PAS Johor, Tuan Haji Aminolhuda Hassan, bau busuk yang terhasil daripada tapak pembuangan sampah tersebut bakal mendatangkan masalah kepada penduduk kampung.
"Saya ambil serius berkenaan isu ini. Penduduk kampung jelas tidak bersetuju dengan tapak pembuangan sampah yang berhampiran dengan kampung mereka.

Pihak berkuasa tempatan juga tidak dapat hadir dalam dialog bersama penduduk ini seolah-olah mereka tidak ambil kisah tentang untung rugi nasib penduduk.
"Kita mempersoalkan kenapa projek ini hendak dibuat di kawasan yang mempunyai penempatan penduduk dna kenapa tidak dibuat dikawasan yang jauh daripada penduduk?. Saya bimbang kesihatan penduduk kampung akan terjejas sekiranya isu pembungan sampah ini terus dilaksanakan.

Saya mencadangkan kepada pihak konsultan agar tapak pembuangan sampah itu dipindahkan ke Dusun Damai yang jauh daripada penempatan penduduk", jelas beliau lagi ketika dihubungi.

Sementara itu, ketika diminta mengulas berkenaan pembubaran UMNO cawangan Kampung Mohd Noor, beliau menyatakan bahawa tindakan penduduk kampung tersebut tepat kerana wakil rakyat mereka sudah tidak lagi memperdulikan nasib mereka.
Beliau juga menyatakan bahawa penduduk kampung tersebut sudah mula membuka ruang kepada PAS yang dilihat lebih baik menyantuni penduduk kampung untuk membuat ceramah di kampung tersebut. Selain itu, hasrat untuk mewujudkan cawangan PAS di kampung tersebut akan berhasil dalam masa terdekat. ~nusajayakini

Isnin, 12 November 2012

Gila!! Umno Berkempen Secara Terbuka Dalam Kem Tentera.. Surat Ni Sebagai Bukti

SEREMBAN -  PKR hari ini merasa pelik dengan tindakan Umno menggunakan kem tentera untuk satu program anjurannya dan kesal kenapa pihak tentera yang sepatutnya berkecuali dan ‘apolitical’ membenarkan premis mereka digunakan oleh parti politik. Ahli Dewan Undangan Negeri Sikamat dari PKR, Aminuddin Harun dalam sidang akhbar tengahari tadi, mendedahkan kepada media sepucuk surat pekeliling yang dipercayai ditandatangani dan dikirimkan oleh Ketua Bahagian Umno Seremban, Datuk Ishak Ismail kepada semua penduduk Sikamat.

Beliau menjemput penduduk hadir ke ‘Majlis Jamuan Mesra Rakyat bersama Warga Kem Sikamat’ pada malam ini di Perkarangan Kem Rejimen Ke-4, Artileri DiRaja Malaysia, Sikamat (Kem Sikamat).

“Saya kesal kerana Umno dibenarkan mengadakan program dalam kem tentera itu sendiri. Surat jemputan mempunyai kepala surat (letter head) berlambang Umno.


“Apa yang mengejutkan Pegawai Pemerintah Kem Sikamat turut dijadualkan memberi ucapan pada program tersebut malam ini. Sikap kecuali ‘apolitical’ tentera sudah tidak ada lagi.

“Selain itu Ketua Umno Bahagian Seremban juga dijadualkan berucap. Bagi pihak PKR dan Pakatan Rakyat, saya amat risau dengan cara kempen dalam kem tentera.

Sepatutnya tentera bersikap berkecuali.

“Saya mahu Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang turut dijadualkan berucap pada malam ini memberi penjelasan apakah parti politik dibenarkan menganjurkan program dalam kem tentera.

“Jika dibenarkan maka saya selaku ADUN di kawasan ini juga ingin mengadakan program mesra rakyat bersama warga Kem Sikamat dan semua penduduk Sikamat dalam perkarangan Kem Sikamat,” kata Aminuddin dengan nada sinis.

Aminuddin juga mempersoalkan apakah kem tentera yang sepatutnya menjadi kawasan larangan boleh membenarkan orang awam hadir.

“Apakah rahsia dan keselamatan kem tentera tidak terdedah kepada umum? Saya harap Pegawai Pemerintah tentera memikirkan semula aspek ini,” kata Aminuddin. ~fmt


Addin :

Umno sudah terdesak dan panas punggung.. PRU13 makin hampir.. hayat mereka makin hampir. Sanggup buat apa sahaja bagi mengekalkan kuasa, jika tiada kuasa pemimpin yang bermasalah pasti di sumbat ke penjara..

Kerana Bengang!!.. Facebookers Edit Gambar Rosmah Di Majlis Perkahwinan Lee Chong Wei


Hasil kecanggihan teknologi kini memungkinkan segala benda yang sebelum ini kita menyampah, boleh menjadi suka kembali.

Seperti mana yang terjadi ke atas isteri perdana menteri, Rosmah Mansor yang terselit di antara pasangan pengantin badminton negara, Lee Chong Wei dengan isterinya Wong Mew Choo, sungguh ramai yang meluat dengan tindakan Rosmah yang dikatakan melanggar protokol selain menjadi bahan ketawa di laman sosial Facebook dan Twitter.

Rosmah yang hadir kelmarin di majlis resepsi pasangan mempelai pada malam kedua persandingan mereka bukan setakat dicemuh, malah mengelirukan para penonton yang menyaksikannya secara langsung di kaca televisyen selama sejam bermula 8.30 malam Sabtu lalu.

Seorang pengguna Facebook yang bengang dengan tindakan tersebut sempat mengambil beberapa keping gambar Rosmah dan pasangan pengantin secara terus dari hadapan televisyen lalu dengan usahanya itu, maka terhasillah apa yang kita semua lihat pada gambar di atas.

Walaupun mengakui ia tidak dapat memuaskan hatinya sendiri dan orang lain, sekurang-kurangnya dengan ketiadaan Rosmah di dalam gambar tersebut sedikit-sebanyak perasaan marah melihatkan Rosmah menganggu majlis bahagia orang lain terubat.

Ramai juga yang memberi komen positif di atas tindakannya membuang gambar isteri Najib Altantuya itu sambil mengucapkan tahniah kerana berani menyiarkannya selepas diedit menggunakan perisian Adobe Photoshop.

Mungkin ini satu kerja remeh dan dianggap sia-sia, tetapi sebenarnya ia memberi kesan langsung terhadap rakyat terutama kaum Cina yang majoritinya menonton upacara tersebut yang semakin meluat dengan susuk tubuh Rosmah mencari publisiti murahan dalam majlis orang! ~jalanpulang