PARTI ISLAM SEMALAYSIA

PARTI ISLAM SEMALAYSIA
PAS KAWASAN LENGGONG

Selasa, 15 Januari 2013

Panas!! Dari Sumber Dalaman Umno

Kemasukan ulamak – satu lagi letupan. www.umno-reform2.com sebelum ini telah memaklumkan 5 kejutan yang akan dilakukan oleh Pakatan Rakyat sebelum PRU 13 yang bagi mereka akan menyempurnakan misi mereka ke Putrajaya.
Kami telah maklum mengenai pendedahan Deepak Jaikrisna. Kejutan seterusnya adalah kemasukan intelektual agama serta tokoh intelektual pendidik dalam Pakatan Rakyat.
Mereka dijangka akan menyertai Pakatan Rakyat dalam masa terdekat bagi menguatkan persepsi bahawa Pakatan Rakyat sudah mula diterima secara keseluruhan.
Dalam pada itu, beberapa tokoh agama akan bertindak agresif berkempen pada saat-saat pembubaran parlimen – sehingga PRU 13 berlaku untuk memberi loncatan kekuatan kepada Pakatan Rakyat.
Kami juga dimaklumkan strategi yang di rancang khas untuk memukul gendang – mencanangkan kemasukan mereka akan dilaksanakan bagi mengukuhkan kedudukan mereka.
Letupan ini dibuat berstrategi agak kesan kemasukan mereka akan menguatkan lagi beberapa negeri untuk terus diperintah dan beberapa negeri akan jatuh ke tangan Pakatan Rakyat. Isu lain seperti isu Najib dan Rosmah pada ketika itu akan memasuki pusingan gegaran ke 2.
UMNO perlu segera mengubah strategi agar jangan ketinggalan pada saat-saat terakhir ini. Pembangkang sudah seakan menyiapkan plan utama dalam menuju PRU 13 dan sikap defensif UMNO akan mengikat UMNO dari bertindak dan ini memberi kesan kepada persepsi negatif yang akan terbentuk buat UMNO.~ kerabubersuara

Isnin, 14 Januari 2013

Akhbar Luar Negara Menelanjangkan Najib

KUALA LUMPUR 14 Jan: Akhbar Australia, The Age meramalkan skandal pembunuhan Altantuya Shaariibu yang dikaitkan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akan menjejaskan peluang Umno BN dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang.“Najib menafikan penglibatannya, tetapi dakwaan tersebut tidak akan hilang. Internet di Malaysia sedang ‘panas’ dengan pendedahan seorang ahli perniagaan yang tidak berpuas hati dengannya, Deepak Jaikishan, yang mempunyai hubungan dengan Umno,” tulis portal akhbar itu semalam.Menurut akhbar berkenaan, pendedahan Deepak juga merupakan sebahagian usaha untuk membongkar misteri pembunuhan warga Mongolia itu pada 2006.Akhbar itu turut mengaitkan pembelian dua kapal selam dianggarkan bernilai USD2 bilion pada 2002, ketika Najib menjadi Menteri Pertahanan.

The Age turut mengaitkan hubungan Abdul Razak Baginda, yang dituduh membunuh Altantuya namun dibebaskan mahkamah pada 2009.“Antara tuntutan yang dibuat oleh Deepak seperti dinyatakan kepada pembangkang dan laman web bebas adalah bukti akuan bersumpah pada 2008 oleh penyiasat, (P) Balasubramaniam yang menyatakan Najib mempunyai hubungan seksual dengan Altantuya.

"Terdapat perbalahan dalam Umno yang berkuasa dalam negara selama lebih 50 tahun, kaji selidik terbaru menunjukkan populariti Najib menurun pada paras paling rendah dalam 16 bulan.“Sebahagian penganalisis berkata, PRU kali ini akan menjadi cabaran terbesar kepada pemerintahan Umno. Najib sendiri mengatakan ia sebagai ‘titik penentu nasib rakyat dan negara’,” akhbar itu dipetik. ~kd

Komen Pedas Pembaca Sinar Buat Najib Dan Umno


Sebahagian  daripada komen dan reaksi pembaca Sinar Harian dan Sinar Harian Online semalam berhubung liputan Himpunan Kebangkitan Rakyat di ibu negara kelmarin.

Mohamad Hafizudin: "Tahniah kepada Sinar Harian kerana membuat liputan yang telus & adil"

Amin Yasimin: "Sebenarnya tahniah kepada Sinar Harian"

Zahriezan Jamaludin: "Tahniah Sinar Harian... kali ini laporan dah betul"

Tg Azura Tg Ahmad: "Sinar... teruskan beri keadilan kepada rakyat... perhimpunan yang aman... tabik pada polis sebab tak buat hal... kan elok macam tu... hikhik... rakyat mahukan sesuatu yang baru... terimalah hakikat pada yang tak boleh terima lagi tu"

Khairul Anuar: "Tahniah Sinar Harian tak menjadi media menjilat... tahniah juga PDRM tak ikut guna water canon... aman... takziah buat Umno BN yang akan rebah secara aman dalam PRU13"

Muhammad Izzuddin Mohd Tahir: "Alhamdulillah, ada juga nampak SINARnya"

Ruslina Nawi: "Sinar, you are the best, report benda yang betul"

Syed Zachry Al Jeffri: "Sinar boleh sold out hari ni.. tahniah pada sinar"

Mohammad Azlan Raiman: "Alhamdulillah, masih ada surat khabar yang melaporkan kebenaran dengan tepat. Bukan hanya disogok pemerintah. Dan kejayaan HKR adalah bukti bahawa Bersih yang dianjurkan dulu menjadi huru-hara kerana provokasi dan perhimpunan seperti ini sememangnya akan damai tanpa provokasi"

Aziema Jiema: "Terima kasih Sinar Harian. Teruskan memberi informasi yang telus dan adil"

Angah Jakrie: "Wah... telus dan tulus demo gini ler membawakan yang terbaik untuk negara..."

Izzat Kedah: "Sinar Harian 'best'... tak macam surat khabar BN tak habis-habis nak fitnah... Sinar Harian akan menjadi surat khabar No 1 negara.. sebab dua belah pihak ada.. PR dan Umno... jadi... orang senang nak nilai dan bandingkan.. syabas Sinar Harian"

Zul Al-Amin: "Tahniah Sinar Harian"

Faizul Husin: "Terbaik Sinar... itu baru betul... nak dapat untung, kena berkata benar... baru laku paper"

Joe Faris: "Pehh terbaik Sinar... telus"

Noor Haslina Abdullah: "Pah ini ramai beli akhbar Sinar Harian... terima kasih Sinar atas kejujuran dan ketelusan"

Razali Yusof: "Tahniah buat Sinar Harian yang lebih berani"

Niklodeon Arts: "Baru sinar-benar, kan kalau semua media adil dan telus cam ni kan bagus, Alhamdulillah, tahniah Sinar!"

Kanyet Kunyit: "Comfirm aku beli Sinar"

Mohd Hazrul: "Tahniah untuk kamu Sinar"

Md Malik: "Wajib aku beli Sinar hari ini"

Azudeyn Yusoff: "Tahniah buat Sinar Harian
juga... telus & tulus"

Dolli Jaafar: "#KL112 Himpunan Kebangkitan 1 Juta Rakyat... terbaik"

Aminuddin Shuhaidi: "Dulu ada satu akhbar yang melaporkan berita yang adil macam Sinar Harian yang bernama Eksklusif, malangnya tidak dibenar menyambung permit sebelum PRU 1999.. harap Sinar Harian tak disekat sebegitu. Sinar Harian adalah akhbar terbaik di Malaysia setakat ini"

Farizal Abd Rashid: "TQ Sinar... laporlah perkara yang benar, kebangkitan rakyat... anak muda bersama PR"

Shukri Fadzil: "Tahniah Sinar Harian. Inilah Cakna yang sebenar. Rakyat diberi berita asli"

Akmy My: "Media arus perdana seharusnya menyiarkan dan melaporkan perkara yang benar untuk mengembalikan kepercayaan rakyat... tahniah Sinar Harian!"

Adam Hassan: "Sinar Harian telus dan tulus! Tahniah!!"

Syed M Zubair: "Nampak dah media mana yang kuat menipu. Tahniah Sinar Harian kerana adil dalam membuat laporan"

Tom Yam Gong: "Aku lama dah beli Sinar ni. aku tau Sinar memang bukan berpihak mana-mana parti... tapi kini aku tak dapat baca Sinar lagi sebab aku tak duduk Semenanjung lagi. Tahniah kepada Sinar... moga terus bersinar, telus dan memberi keadilan untuk semua..

Jang Isran Ahmad - Sinar terbaiiik! Syabas!"

Muhammad Hazrol Hassan: "Tahniah sinar..Respect!"

Hishamuddin Hisham: "Sekali lagi "like" untuk Sinar!"

Abdul Wahab - "Tabikkkkk Sinar Harian"

Malik Shaiful: "Saya gagal dapatkan Sinar Harian hari ni... banyak kedai habis"

Piyan Yan: "Syabas Sinar yang telus semoga berjaya"

Muhammad Hazim Mohamad Yusoff: "... thumbs up to Sinar Harian"

Aimilfandi Ahmad Yazid: "Paper SH hari ini semua habislah... menyesal tak online subuh tadi"

Che'gu Jijan: "Sinar Harian terbaik!"

Shue Uemura: "Terima kasih Sinar atas ketelusan"

Apis Blur's Waow: "Tahniaah... sat nk g beli..."

Muzammil Mohd Adawi: "Semoga dimurahkan rezeki pada orang yang jujur dan telus dalam memberi laporan ini..respect Sinar Harian"

Syazwan Wan: "Hari ini laku betul Sinar... pergi semua kedai habis dijual"

Dewi Kekenyangan: "Terima kasih Sinar... I Love You"

Aswady Mohamed: "Ya... akhbar Sinar adalah akhbar yang telus, tidak memihak dan sentiasa memberi ruang kepada semua golongan... tahniah"

Asy-Shahrir Ar-Ramadhani: "Terima kasih melaporkan kebenaran!"

AL Farisi: "Ini yang nampak... yang tak berkesempatan nak join masih berjuta juta rakyat lagi... jadi Umno kali ini pasti tumbang dengan teruk dan sadis sekali. Kali ini parti tukar"

Muhammad Amin: "Kerja baik Sinar Harian!"

Jye Qassem: "Terima kasih Sinar Harian sebab pandai membuat liputan dan berpijak pada kenyataan"

Deno Haizal Mohamed Hassan: "Susah nak cari Sinar Harian hari ni banyak kedai dah abis jual... jap lagi kena pergi Kuala Lumpur, cari, harap-harap jumpalah"

Mohd Nor Norman: "Sinar terus menyinar..."

Ismail JoEy Fikri: "Tahniah kepada peserta perhimpunan kerana tidak menimbulkan kekacauan kali ni"

Fadhil Ahamad: "#Respect"

Ibrahim Abd Rahim: "Akhirnya terbukti bahawa demonstrasi tidaklah mencetuskan huru-hara seperti yang dikatakan oleh PM"

Muhd Asri Termeze: "Terbaik Sinar Harian... telus dan tulus..."

Din Tokey: "Pergh, habissss cepat gila"

Moftah Jaafar: "Thank you so much to Sinar"

Ahmad Nadi Karusan: "Sebuah akhbar yang bertindak secara adil kepada semua, tahniah Sinar! Di saat masyarakat dihidangkan dengan info yang tidak benar, sarat dengan penipuan, seronok bercerita gosip dan rektorik, akhbar ini menjadi medium masyarakat mencari info untuk wadah pemikiran yang lebih positif. Rakyat Malaysia sangat memerlukan akhbar seperti ini" ~sinar

Polis Mula Cari Pasal Dengan Penganjur HKR #KL112


KUALA LUMPUR - Polis hari ini membuka kertas siasatan berhubung pelanggaran tiga syarat Himpunan Kebangkitan Rakyat, anjuran Pakatan Rakyat, yang berlangsung di Stadium Merdeka, di sini semalam.

Dipetik Bernama, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Zainuddin Ahmad berkata, polis akan menjalankan siasatan berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) serta memanggil beberapa individu.

Melalui rakaman CCTV, polis ada bukti penganjur melanggar syarat yang ditetapkan, katanya ketika dihubungi Bernama, di sini.

Tiga syarat itu ialah larangan membawa kanak-kanak berusia bawah 15 tahun; membawa plakad, sepanduk dan kain rentang berunsur hasutan serta peserta perhimpunan yang melebihi 30,000 orang.

Syarat terbabit adalah antara 27 yang dipersetujui penganjur dan polis, mengikut Seksyen 15 (1) Akta Perhimpunan Aman 2012.

Mengulas lanjut, Zainuddin berkata, rakaman CCTV antara lain menunjukkan ada ibu bapa membawa anak-anak kecil ke perhimpunan itu yang dianggar polis disertai 45,000 orang.

Penganjur mendakwa lebih 100,000 orang menyertai perhimpunan semalam.

Sementara itu, pemilik stadium, Merdeka Heritage Trust ketika dihubungi Bernama berkata, pihaknya akan mengeluarkan kenyataan berhubung keadaan stadium selepas perhimpuan semalam tidak lama lagi.

Merdeka Heritage Trust merupakan anak syarikat Permodalan Nasional Berhad. ~sinar

Ahad, 13 Januari 2013

Panas!! PDRM Tarik Balik Jumlah Kehadiran HKR #KL112 Seramai 80,000

‎#KL112 #HKR112: RALAT: Berhubung dengan jumlah peserta yang diumumkan awal tadi, ia adalah satu kesilapan teknikal. Jumlah sebenar akan diumumkan oleh KP KL atau KPD..FB PDRM
Mula mula Twitter PDRM membuat laporan seramai 80,000 telah hadir ke Perhimpunan HKR , selepas sejam , menarik balik laporannya atas alasan teknikal..atau ? jawab sendiri ye

Ini akhbar cina yang telus dalam menyiarkan laporam HKR..terima kasih

Komen Bernas Piere Andre Berkenaan HKR #KL112


Inilah bila orang berakal memberikan pandangan, penuh makna dan bernas. Bukannya macam pencacai Umno. Bila lihat rakyat bangkit memberi alasan bodoh dan dangkal.
Apabila orang berakal melontarkan pandangan dengan di lihat dengan mata hati. Bukan setakat yang tersirat tetapi juga yang tersurat.
Moga Piere Andre sama-sama mencatat sejarah berjuang untuk menumbangkan rejim zalim Umno BN..

Mazidul Akmal Meroyan Kerana HKR #KL112 Dapat Sambutan

Mazidul Akmal pada tulisan terkini dalam blognya memperlekeh Pakatan Rakyat di mana Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) tidak mendapat sokongan rakyat. Dalam tulisannya dengan merujuk gambar awal perarakan yang menuju ke Stadium, Mazidul meramalkan hanya 6000 orang sahaja yang turut berarak.
Dalam nada sinis, dia bertanya mana pergi yang lain? Mana sejuta?? Mazidul merujuk kepada laman PAPAGOMO sebagai sandaran.
Mengakhiri tulisan Mazidul menyindir


Tanyakan kepada diri, mengapakah tidak menyertai HKR? Nyatakan pendapat di sini, mungkin ramai ingin mengetahui, silakan...
Manakala kawan rapat Mazidul pula (papagomo) dalam tulisan mengatakan hanya 20, 000 sahaja yang hadir dengan memampar gambar stadium padamasaawal. Tujuannya nak manipulasi..

Ini tulisan perlinya..



1 juta akan memenuhi stadium kata Mat Sabu sejak berhari hari yang lalu. Bagi rakyat ataupun penyokong yang kurang cerdik pastinya akan percaya kata kata Mat Sabu untuk 1 juta dalam Stadium Merdeka. Hakikatnya secara logik akal stadium Olimpik pun tak mampu muatkan 1 juta orang. Hahaha.

Sebenarnya pencacai Umno ni terasa amat kecewa kerana Himpunan Kebangkitan Rakyat menjadi sejarah himpunan paling besar dalam sejarah negara kita. Dengan sokongan padu rakyat membuatkan mereka meroyan tak tentu pasal..

Pakar Matematik Anggarkan 700,00 Di HKR #KL112.. Apa Komen Rais Yatim?

KUALA LUMPUR 13 JANUARI: Pakar matematik, Prof Dr Shahrir Md Zain menganggar lebih 700,000 orang menyertai Himpunan Kebangkitan Rakyat di Stadium Merdeka, semalam.Memetik Penang Insight, bekas profesor Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) itu dilapor membuat anggaran itu di laman facebook beliau.“Kalau berjalan 20 orang melebar sepanjang satu kilometer (km), jumlahnya 100,000.“Andaiannya ialah 10,000 kaki sama dengan satu kilometer, seseorang memerlukan dua kaki persegi untuk bergerak dengan selesa.“Jadi, lebar jalan 40 kaki dan 5,000 orang boleh memanjang jalan. 
Lalu, 5,000 (orang) darab 20 (orang) ialah 100,000 (orang per kilometer).“Pertanyaan saya, berapa kilometerkah seluruh orang yang datang HKR. Jawapannya ialah 700,000,” katanya dengan mengambil kira pandangan dari atas pada lingkungan tujuh kilometer.
Nyata, ia bertentangan dengan kenyataan Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad dalam Buletin Utama TV3 yang hanya menganggar 40,000 orang sahaja menyertai HKR.Sedangkan twitter rasmi PDRM pula menyebut 80,000 orang menyertai HKR tetapi kemudian membuat pembetulan. ~kd


Addin :

Addin bersetuju kenyataan prof. dr. shahrir.Addin yang bersama-sama berarak dari masjid menggangarkan tidak kurang 200,000. Kita lihat pula selepas ini apa pula komen menteri kira-kira umno iaitu rais yatim.

Ahad, 6 Januari 2013

Gambar Pesta Fesyen Kondom Di Melaka Tersebar


Kalau tengok gambar ni ingat dekat Paris atau Bangkok..rupanya di negeri Melaka. Buat pencacai Umno tolong komen berkenaan" Pesta Fesyen Kondom " ni. 

Mana mufti dan ulamak Umno yang kalut pasai isu amanat Haji Hadi terutamanya si Fathul Bari? Tolong komen pasal pertunjukan ni.
Jangan pasal buat kat Melaka dan Ali Rustam jadi Ketua Menterinya ko orang buat-buat tak nampak pulak.

Panas!! Undian Terbaru FB BN Selangor, Majoriti Rakyat Pilih Pakatan Rakyat


Selepas penganjuran Karnival Sayangi Selangor oleh UMNO/BN Selangor yang dikepalai oleh Zin Badak, maka satu survey diadakan untuk mendapat maklum balas dan reaksi dari rakyat siapa yang mereka akan memberikan sokongan pada PRU 13 nanti.

Dengan mengajukan soalan berbunyi:...' DIANTARA PR DAN BN, YANG MANA SATU ANDA YAKIN BANYAK MEMBANTU RAKYAT' Punyalah terkejut beruk UMNO Selangor bila dapati jauh berganda lebih ramai rakyat memberikan sokongan padu kepada Pakatan rakyat untuk menerajui negara ini.

Akibat dari respon yang tidak mereka duga ini maka terus posting tersebut yang dipaparkan di muka Facebooknya SAYANGI SELANGOR dipadamkan. Tetapi ada pihak yang sempat buat print screen kerana telah menduga insiden memadamkan terus kaji selidik itu akan pasti berlaku apabila keputusan tidak memihak kepada UMNO.

PRU 13 adalah PRU anak-anak muda....Anak-anak muda yang bakal menentukan siapa yang harus diberi mandat dan amanah untuk mentadbir urus negara.

Kelompok ini hanya percaya kepada media ketiga.. INTERNET, bukannya media arus perdana sama ada cetak maupun elektronik milik dan kawalam UMNO.

Sudah pasti hasil kaji selidik ini akan menambah pening kepala UMNO dalam menghadapi PRU 13.

INI KALILAH TUKAR... JOM UBAH... SELAMATKAN MALAYSIA. ~omakkau