PARTI ISLAM SEMALAYSIA

PARTI ISLAM SEMALAYSIA
PAS KAWASAN LENGGONG

Isnin, 12 November 2012

'Polis Hantu' Dalam PDRM

KULIM - Setelah berkhidmat dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) selama 32 tahun, seorang lans koperal terkejut apabila dia menerima surat pihak berkuasa, mengatakan dia tidak memiliki kewarganegaraan Malaysia.

Lelaki berusia 55 tahun itu, yang hanya mahu dikenali sebagai Mat, mendakwa masalah berkenaan timbul apabila dia diarahkan memohon kad pengenalan awam oleh Bahagian Perjawatan di Bukit Aman, di mana dia bertugas.

Kad pengenalan awam itu penting kerana dia dijadualkan bersara dua tahun lagi. Dia terkejut dan kecewa apabila  permohonannya ditolak Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Menurutnya, dia menunjukkan sijil asal kelahirannya kepada pegawai JPN selepas penolakan itu, tetapi masalahnya masih tidak dapat diatasi.

Mat menunjukkan surat beranaknya kepada Sinar Harian yang menunjukkan dia dilahirkan di Kulim pada 1955. Dia mendakwa memasuki Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada 24 April 1980.

Katanya, mengikut penjelasan JPN kepada Bukit Aman, dia tidak miliki kewarganegaraan Malaysia dan disebabkan itu, dia bimbang ia akan menimbulkan pelbagai permasalahan apabila dia bersara.

“Sepanjang 32 tahun saya bertugas dalam PDRM, masalah ini tidak pernah timbul. Saya sudah enam kali mengundi melalui pos, menggunakan kad kuasa. Sekiranya saya bukan rakyat Malaysia, bagaimana saya boleh mengundi?" katanya.

Dia mendakwa surat daripada Bukit Aman itu bertarikh 23 Oktober dan salinan surat itu dihantar kepada beberapa pengarah dan penolong pengarah yang bertugas di Bukit Aman.

"Sudah lima kali saya memohon kad pengenalan awam tetapi gagal. Saya bimbang disebabkan masalah ini, wang pencen dan lain-lain (yang terkumpul) sepanjang saya berkhidmat dengan PDRM dibekukan,” katanya.

Dia bercadang membuat laporan polis dan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang didakwa cuai hingga mengakibatkan dia tidak mempunyai taraf kewarganegaraan Malaysia.

“Saya akan saman pihak terlibat. Kerana kecuaian merekalah saya berhadapan dengan masalah ini. Pihak itu tidak seharusnya hukum saya dengan menyatakan saya tidak layak menyertai PDRM.

"Kalau saya tidak layak, bagaimana saya boleh bertugas dengan PDRM selama 32 tahun, menerima BR1M dan banyak kemudahan lain daripada kerajaan?" katanya. ~sinar


Addin :

Bukannya pengundi hantu je ada.. polis hantu pun ade.. kredibiliti JPN terus di persoal..

Jumaat, 9 November 2012

Murid retak tulang kaki disepak rakan


E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
TAMPIN: Seorang murid lelaki tahun tiga di Gemencheh, dekat sini, mendakwa dibuli beberapa rakan sebaya yang bertindak samseng menyepak kaki kirinya hingga retak tulang buku lali.
Difahamkan, kejadian berlaku di kawasan sekolah, tengah hari Isnin lalu menyebabkan mangsa kini kesakitan untuk berjalan.

Ketua Polis Daerah Tampin, Superintendan Wooi Kooi Cheang berkata, mangsa kemudian memberitahu keluarga yang membawanya ke Hospital Tampin untuk menjalani pemeriksaan.
Katanya, doktor yang merawat mangsa mengesahkan kanak-kanak itu mengalami keretakan tulang pada bahagian bawah buku lali.

“Keluarga mangsa yang tidak berpuas hati menghubungi pihak sekolah mendapatkan penjelasan berhubung insiden itu.

“Bagaimanapun, hingga hari ini (semalam), keluarga mangsa mendakwa tiada tindakan diambil. “Bimbang sesuatu yang buruk menimpa anaknya, ibu bapa mangsa membuat laporan kejadian itu di Balai Polis Gemencheh tadi (semalam),” katanya ketika dihubungi.
Nik Aziz: 'Itu tak betul, kalau itu ucapan Nurul Izzah'

9 November 2012
Nik Aziz
Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
KOTA BHARU - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata jika benar Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar mengeluarkan kenyataan mengenai kebebasan beragama yang menimbulkan kontroversi, ia adalah suatu perkara yang tidak betul.
"Itu tak betul, kalau itu ucapan dia (Nurul Izzah)," katanya kepada Bernama selepas menunaikan solat Jumaat bersama Sultan Kelantan Sultan Muhammad V di Masjid Ketereh di sini, hari ini.
Bagaimanapun, Nik Aziz menyatakan, beliau bimbang kemungkinan wartawan terbabit tidak melaporkan sepenuhnya kenyataan Nurul Izzah mengenai perkara itu, menyebabkan berlakunya kontroversi.
Menteri Besar Kelantan itu berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Nurul Izzah, yang juga anggota Parlimen Lembah Pantai, yang dilaporkan sebuah portal berita pro-pembangkang sebagai berkata kebebasan beragama seharusnya terpakai kepada semua termasuk Melayu.
Portal itu memetik Nurul Izzah sebagai berkata: "Rakyat tidak seharusnya dipaksa menganut agama tertentu dan perkara ini juga patut terpakai kepada orang Melayu".
"Apabila anda bertanya saya, tiada paksaan dalam beragama... bagaimana seseorang itu boleh berkata, maaflah, ini (kebebasan beragama) hanya terpakai kepada orang bukan Melayu, ia sepatutnya diguna pakai secara sama rata," katanya.
Beliau berkata demikian pada forum bertajuk "Negara Islam: Versi Mana; Tanggungjawab Siapa?" di Subang Jaya pada 3 November.
Sementara itu, ditanya mengenai kenyataan Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya beliau berani untuk menyatakan kebenaran apabila terdapat pemimpin pakatan pembangkang membuat kenyataan yang bercanggah dengan Islam dan prinsip perjuangan Pas, Nik Aziz berkata, perkara itu tidak berbangkit.
Semalam, Timbalan Perdana Menteri dilaporkan berkata Nik Aziz tidak sepatutnya mengenepikan soal kebenaran terutama yang melibatkan agama Islam, semata-mata untuk kepentingan politik. - Bernama

PAS jangka PRU13 diadakan tahun ini

Khairul Azlam Mohamad, 09 Nov 2012
MARANG: PAS menjangkakan Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 kemungkinan akan diadakan pada tahun ini.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata jangkaan itu dibuat berdasarkan maklumat yang diperolehi beliau.

Bahkan, katanya jangka masa akan dibubarkan parlimen serta diadakan pilihan raya itu terlalu dekat dalam masa beberapa minggu lagi.

“Ada maklumat kata pilihan raya tahun ini juga. Maka, kita (PAS) kena bersedia untuk tahun ini juga. Bahkan, ada yang kata Barisan Nasional nak bubar dalam masa dua minggu lagi…walau pun ada yang kata (spekulasi) tahun hadapan (2013).

“Tapi persediaan SPR sekarang untuk pilihan raya pada bila-bila masa. Maka, kita (PAS) juga kena bersedia pada bila-bila masa untuk pilihan raya (PRU13),” tegasnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Ijtima’ Tarbawi Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu bertemakan “Tarbiyah Tunjang Kekuatan Pemuda” di Dewan Tok Guru, Rusila, Marang 8 November lalu.

Antara pimpinan pemuda yang hadir Setiausaha Pemuda PAS Pusat, Khairul Faizi Ahmad Kamil, Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Ridhuan Mohd Nor dan Ketua Pemuda PAS Terengganu, Ustaz Mohd Nor Hamzah.

Namun begitu, kata Datuk Seri Abdul Hadi, Barisan Nasional kini teragak-agak hendak mengadakan pilihan raya kerana bimbang dengan perubahan orang muda.

“BN kini teragak-agak hendak adakan pilihan raya (PRU13) kerana takut pada undi orang muda. Mereka sangat takut dengan perubahan orang muda ini.Saya dapat maklumat terkini, jika dibiarkan lama (lambat pilihan raya) bahaya lagi.

“Mereka (BN) beri BR1M, tapi ambil balik melalui saman dan orang (rakyat) faham, orang ‘reti’. Mereka (kerajaan) boleh ambil balik melalui macam-macam saman dan kenaikan. Tipu atas darat dan jika dibiarkan akan terus (kerajaan BN) dalam bahaya,” jelasnya.

Ustaz Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang menyifatkan golongan muda merupakan sayap penting dalam perjuangan sama ada lelaki mahu pun wanita.

Menurutnya, tenaga orang muda sangat penting apa lagi dalam konteks pilihan raya demokrasi berparlimen.

Katanya, hasil lawatan kerja parti ke seluruh negara dilaporkan lebih 30 peratus dari jumlah pengundi pada PRU13 ini adalah golongan muda.

“Orang muda adalah sayap penting dalam perjuangan, orang muda lelaki dan wanita, muslimin dan muslimat sama sahaja. Tenaga (muda) yang penting, apa lagi dalam konteks pilihan raya demokrasi berparlimen.

“Satu undi lelaki, satu undi perempuan dan mereka (Pemuda PAS) perlu menarik orang muda terutamanya.

“Dalam lawatan saya di negeri Terengganu dan negeri-negeri lain di seluruh negara. Saya dapati lebih 30 peratus pengundi-pengundi muda yang boleh jadi undi penentu pada PRU13 akan datang,” ujarnya di hadapan lebih 1000 hadirin.

Selain itu, Presiden PAS turut mengingatkan para pemimpin serta ahli parti disemua peringkat agar tidak terlalu ‘over confident’ dengan perkembangan politik semasa.

Beliau menasihatkan agar tidak berlaku sifat keji yang ditegah oleh Allah SWT iaitu sifat ‘ujub’ atau rasa kagum pada diri sendiri.

Menuurtnya, jumlah sokongan yang ramai kadang-kala melahirkan sifat ujub, bangga diri serta hilang kebergantungan kepada Allah SWT.

“Kagum (bangga) dengan diri sendiri, ‘over confident’, terlalu yakin kita ramai dan boleh menang dengan mudah. Ramai doh (sokongan), boleh pergi ke Putrajaya bila-bila masa.

“Jangan galak sangat sebab ada di kalangan kita ini galak sangat…memang kita (PAS) hendak ke Putrajaya tetapi jangan ‘ujub’ (bangga diri).

“Saya minta kepada pemimpin kita (PAS) disemua peringkat, surat khabar kita..Harakah samalah juga jangan ujub sangat. Tuhan ajar Nabi saw jangan ujub.

“Kita (Pakatan Rakyat) ceramah ramai dah, himpunan ramai dah boleh menang..ini jangan ujub. Berarak sahaja tetapi tidak buat kerja, tidak jadi apa,” tegasnya.

Tambah beliau, proses tarbiyah sangat penting dalam pengisian perjuangan Islam sama ada sebelum menang atau selepas kemenangannya.

Hadir sama meraikan majlis tersebut Pengerusi dan Timbalan Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Terengganu, Dr Bala Chandran GK dan Encik Jefri Chua.

UMNO Lenggong bersetuju dengan kenyataan Pemimpin MCA???


LENGGONG, jumaat- 9 Nov - Kira-kira 300 umat Islam mewakili NGO Pertubuhan Kumpulan Islam Selamatkan Aqidah (PERKISA), berhimpun dan berarak dari masjid Jame' di sini menuju ke pejabat Umno Bahagian dan pejabat khidmat masyarakat Parlimen L
enggong untuk menyerahkan memorandum kepada pemimpin umno bagi membantah kenyataan pemimpin MCA menghina Islam.

Himpunan dan perarakan itu bermula sejurus selepas umat Islam selesai menunaikan solat jumaat yang turut disertai oleh pimpinan Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Perak, Ah Beh dan S. Naliraja.
Himpunan dan perarakan aman untuk menghantar memorandum ini berjalan dengan lancar dengan kerjasama baik daripada pihak polis. Namun begitu, tiada seorang pun pimpinan atau wakil daripada parti Umno dan Bn yang berani tampil untuk menerima memorandum bantahan tersebut.
Menurut wakil NGO PERKISA, Saidi Sabri, 40, Sikap yang ditunjukkan oleh pemimpin Umno dan Bn di Parlimen Lenggong terhadap suara masyarakat Islam di sini hari ini, jelas membuktikan mereka tidak melaksanakan slogan rakyat didahulukan.
Dalam ertikata lain, pimpinan parti Umno Bahagian langsung tidak peka dengan sensitiviti umat Islam atau tidak mengendahkan langsung suara rakyat. Walaupun bantahan yang diadakan oleh pihak PERKISA ini sangat berkaitan dengan kesucian agama Islam.
Hero Umno Lenggong, boleh di calonkan sebagai wakil rakyat dari MCA.
Menurutnya lagi, Umno dan Bn terbukti gagal menunjukkan keikhlasan sebenar mereka didalam isu agama yang sedang dicanangkan oleh rakan parti komponen mereka (MCA). sedangkan dalam masa yang sama, Umno mendakwa merekalah parti orang melayu yang memperjuangkan AGAMA,BANGSA.
Apalah gunanya masyarakat melayu memilih mereka sebagai Wakil Rakyat, sekiranya kecaman umat Islam terhadap rakan komponen Umno (MCA) supaya menghentikan penghinaan keatas kesucian Islam tidak di endahkan langsung oleh Yang Berhormat Umno di sini.
Untuk pengetahuan masyarakat Islam di sini, Sikap tidak bertanggungjawab pemimpin Umno (Melayu/ Islam) di Parlimen Lenggong pada hari ini juga, sudah jelas menunjukkan pendirian dan keikhlasan mereka mengenai kesucian agama Islam itu sendiri.
Persoalannya di sini;
1. Mengapa Wakil Rakyat Umno tidak mahu menerima Memorandum bantahan menghina agama daripada umat Islam, sedangkan rakyat telah melantik mereka sebagai pemimpin???
2. Mengapa tidak menentang MCA yang sudah terbukti anti Islam???
Adakah kerana;
1. MCA rakan parti komponen Umno maka, pemimpin Umno membenarkan sahaja Kesucian Agama Islam terus dihina dan seterusnya langsung tidak mahu mendengar bantahan daripada umat Islam???
2. Apakah lantikan jawatan YB oleh rakyat itu suatu kebanggaan dan kesombongan???
3. Apakah tugas dan tanggungjawab sebenar YB sebagai seorang pemimpin kaum muslimin khususnya dalam hal-ehwal agama sehingga sanggup berdiam diri apabila Islam di caci-maki oleh rakan komponen Umno sendiri???
"OLEH KERANA YB-YB SEKELIAN, SEDANG BERKUASA MEMIMPIN KAUM MUSLIMIN DAN MENJADI WAKIL RAKYAT LENGGONG, MASYARAKAT ISLAM DI SINI MAHUKAN PENJELASAN DARIPADA YB MENGENAI TAPAK PENDIRIAN SEBENAR DALAM ISU INI DENGAN PENUH KEIKHLASAN DAN KEINSAFAN."

(Gambar) Siapa Ulamak Di Sebelah Kanan Dan Kiri Najib Ni?

Malam tadi TV3 dalam berita asyik duk tunjuk Najib bersama -sama Tok guru pondok, dengan penuh bangga Najib berucap isu Islam Pluralisme dan entah apa apa bala lagi..
Cuma aku duk terfikir, siapalah yang bodoh sangat duk karang skrip itu semua suruh Najib berucap, seolah-olah memperdayakan diri nya seniri. Nasib baik Rosmah tak ikut bersama-sama Najib.. rasanya Rosmah pun tak sanggup nak ikut.. bertemu dengan ulama-ulama pondok...
Cuba lihat siapa disebelah kiri Najib tu,, Othman Muhammdi janggut inai tu.. he he.. tokoh penentang Wahabi no 1, selain Zamihan alGari, no dua di sebelah kanan Najib, berserban dan ketayap merah.. rasa-rasanya Abu Syafiq yang baru-baru ini mengkafirkan Ustaz Zahazan... orang-orang macam ini yang duk keliling Najib..dan aku yakin.. geng-geng ini memang tak akan sokong PAS...

Aku duk ingat Najib akan jadi imam..alahai.. sembahyang asar.. bukannya sembahyang magrib atau Isya...
Tengok sendirilah.. belakang imam pun tak boleh beb..
Janggut inai duk belakang tok imam.. dan kenapa ye, takut nanti imam terkentut Najib kena ganti... macamana tu.. bolehke.. Najis Mughalazah pun tak boleh jawab... ~manjungmari

Baca berita berkaitan di sini.

Bumi Akan Bergelap 23,24 Dan 25 Disember Ini?


Pihak NASA menjangkakan akan berlaku fenomena bumi akan gelap selama 3 hari iaitu bermula pada 23, 24 dan 25 Disember 2012. Apakah ini satu bencana atau anugerah? Entah benar atau ke tidak hanyalah jangkaan manusia sahaja.

Para Saintis NASA menjangkakan perubahan alam semesta dengan kegelapan penuh pada bumi selama 3 hari bermula pada 23 Disember 2012 bukanlah akan berakhirnya usia dunia, tapi ini adalah “Penyejajaran Alam Semesta“, di mana matahari dan bumi akan berada pada satu garis lurus untuk pertama kalinya.

Bumi akan bertukar tempat dari dimensi ke 3 ke dimensi 0, lalu bertukar lagi ke dimensi ke 4.

Semasa proses pertukaran ini, seluruh alam akan menghadapi perubahan besar, dan kita akan melihat dunia yang baru (Dark of the Earth). Dunia gelap tanpa sinar, tanpa cahaya matahari.

Semasa kejadian ini berlaku, bersedialah, ketenangan amatlah diperlukan, saling berhubung antara satu sama lain, berdoa, dan terus berdoa.

Banyak perbahasan tentang apa yang akan terjadi 3 hari tersebut tapi ramai yang tidak percaya. Gini je lah!, kita tunggu dan lihat je lah nanti pada 23, 24 dan 24 Disember 2012 tu, ni hanyalah jangkaan atau ramalan manusia je, tak pasti.

Tapi kalau benar-benar terjadi, sekurang-kurang kita dah tahu dan bersedia menghadapi dunia baru selama 3 hari tu nanti. Hanya Allah yang Maha Mengetahui segalanya, wallahu ‘alam.

Addin:

Nak percaya atau tidak ??...kita yakin dan kuatkan saja iman kita pada Allah... kerana Allah saja Maha Mengetahui...

Rabu, 7 November 2012

CEGAH SEBELUM PARAH SEBELUM KUDIS MENJADI BARAH.


SEBARKAN KEPADA SEMUA UMAT ISLAM MALAYSIA

Rakyat malaysia ditakut-takutkan kepada DAP yang kononnya menolak Islam..Tapi UMAT ISLAM LUPA BAHAWA MCA ADALAH PARTIYANG PALING LANTANG MENOLAK ISLAM DI MALASIA INI.... SEBARKAN BUKTI2 DI BAWAH SUPAYA RAKYAT MALAYSIA TAHU KEJAHATAN MCA KEPADA ISLAM...

BUKTI2 MCA MENENTANG ISLAM DI MALAYSIA
1. Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek sejak kebelakangan ini dilihat begitu ketara mempamerkan sikap prejudis terhadap Islam dan syariatnya. Lebih malang, UMNO sebagai parti sekutunya pula kelihatan tidak bertindak bagi mempertahankan kesucian Islam mahupun mengambil tindakan tegas ke atas Presiden MCA tersebut.

2. Antara sikap prejudis Presiden MCA terhadap Islam ialah:

• Mengaitkan negara Islam sebagai negara teokratik.
• Mencerca dan menghina ajaran Islam yang melarang perempuan dan lelaki yang bukan mahram dari bersentuhan.
• Memprovokasi dan menyindir sambutan Aidil Adha dengan menggambarkan seolah-olah pihak berkuasa tempatan di Kelantan memaksa supaya kedai-kedai di tutup pada Hari Raya.
• Mengaitkan Islam sebagai punca kepada negara yang mempunyai majoriti rakyat beragama Islam menjadi tidak demokratik, mundur, tidak mencapai taraf pembangunan global, dipalit rasuah dan lain-lain lagi.

3. Semasa Berkempen dalam Pilihanraya Kecil DUN Tenang, Presiden MCA pernah menyebut:

• “What’s so great about knowing Muslim values?”
“Apa baiknya untuk mengetahui tatasusila/nilai orang Islam?”


4. Presiden MCA, Chua Soi Lek. Dalam ucapannya pada satu majlis di sebuah Tokong cina di Dun Tenang, Labis, Johor.

• “Normala will not come here to Chinese temple, she doesn’t even shake hands with the people. I have received complaints about this. She like Anwar Ibrahim’s wife. She wears gloves when she shakes hands. If you can accepts this kind of Islamis value, go ahead and vote for PAS”

“Normala tidak akan datang ke Kuil Cina, dia juga tidak akan berjabat tangan dengan orang. Saya menerima aduan tentang ini. Dia (Normala) seperti Isteri Anwar Ibrahim yang memakai sarung tangan. Jika anda boleh terima nilai Islam yang sebegini silakan mengundi PAS”

5. Sebelum ini, pada 6 Ogos 2010 di Konvensyen Tahunan ke-33 MCA Kedah di Alor Star Dr Chua telah mendakwa bahawa Umno dan PAS menggunakan agama bagi meraih sokongan di kalangan masyarakat Melayu. Apabila dua parti Melayu yang dominan itu bersaing. Dr Chua mendakwa bahawa kesannya akan wujudlah dasar yang tidak progresif lalu menyebabkan negara terperangkap dalam kategori penduduk berpendapatan sederhana untuk lebih 10 tahun.(tidak maju)

6. Akhbar MCA Hina Islam: “Undang-undang itu (Enakmen Jenayah Syariah Selangor) jika dilaksanakan adalah langkah kebelakang dan terlampau bodoh untuk digambarkan” The Star.

7. “MCA sedia keluar BN jika HUDUD dilaksanakan”- Presiden MCA Chua Soi Lek 23 September 2011. Keesokkan harinya pula pada 24 September Datuk Seri Najib mengeluarkan kenyataan berikut untuk menjaga hati MCA : “Hudud tidak akan dilaksanakan di Malaysia, Hudud tidak berpaksi kepada realiti”

8. Pengerusi MCA Selangor, Datuk Donald Lim Siang Chai tegas menghalang sebarang usaha penubuhan kerajaan Islam di Selangor . Penegasan dibuat kepada ahli-ahli MCA pada Konvensyen MCA Negeri Selangor bertarikh 18 Ogos 2012

9. Ng Kiam Nam seorang peguam dan ahli seumur hidup MCA membantah laungan azan yang berkumandang di Masjid Khadijah Pantai Dalam. Kononnya azan itu dengan suara yang kuat Lalu JAWI mengarahkan masjid perlahankan Azan.

10. Pada 16 Januari 2012- Menteri Pelancongan, merangkap naib presiden MCA, Dato' Sri Dr. Ng Yen Yen, memperlekeh dan 'menghentam' langkah Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) yg melarang pekerja muslim dari bekerja di tempat - tempat hiburan yang terlibat dgn arak. Katanya langkah itu mesti dibatalkan kerana bertentangan dengan hak asasi manusia. (sedangkan Kerajaan Selangor berusaha dapatkan pekerjaan alternatif kepada orang Islam yang sedang bekerja di premis arak)

11. Bekas ADUN MCA Subang Jaya, Lee Hwa Beng telah menulis dalam Twitternya bahawa negara Islam seperti dicanangkan oleh PAS akan mengharamkan semua agama. Katanya, "Sebagai penganut Kristian, kita seharusnya takut akan negara Islam daripada perkara yang lain. Mengapa DAP menolong PAS mencapai tujuan itu." soal Lee kepada penyokong DAP. Katanya lagi "Salah satu Perintah Tuhan ialah menentang negara Islam.

12. The Star [ Akhbar MCA ] adalah antara akhbar yang kerap mempersendakan Islam. Sebagai contoh :

• Pertama ialah tulisan seorang editor The Star yang mempertikaikan tindakan Mahkamah Syariah di Pahang yang menjatuhkan hukuman sebat terhadap seorang wanita yang meminum arak.

• Kedua adalah kes daging babi panggang untuk berbuka puasa yang disiarkan bulan Ramadhan. (The Star pada 10 Ogos 2011. Di bawah tajuk tersebut ada ditulis penerangan iaitu "Authentic prime pork ribs will certainly delight your taste buds".)

• Ketiga penyiaran gambar penyanyi Amerika, Erykah Badu yang bertatoo nama Allah pada dadanya yang terdedah.

13. Terkini Pengerusi MCA Negeri Kedah Datuk Chong Itt Chew mempertikai dan memperkecil usaha Majlis Bandaraya Alor Star memperkenalkan Kod Pakaian model Papan Tanda Iklan yang meletakkan pakaian yang menutup aurat bagi model Muslim dan berpakaian sopan bagi non muslim.


14. Sekali lagi, apa yang malang ialah sikap membisu sejuta bahasa oleh UMNO sebagai sekutu rapat MCA dalam Barisan Nasional berdepan sikap pemimpin MCA yang konsisten memperlekeh dan mempersenda Islam dan syariatnya..

Ular Romi jadi gergasi

Oleh Maria Uffa Zulkafeli
am@hmetro.com.my
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
JINAK...Pak Atan membelai ular sawa peliharaannya diberi nama Gaban.
JINAK...Pak Atan membelai ular sawa peliharaannya diberi nama Gaban.
JITRA: Seekor ular sawa diberi nama timangan Gaban kini mampu digelar ‘ular gergasi’ apabila beratnya mencecah lebih 130 kilogram dengan panjang lapan meter selepas dipelihara sejak 11 tahun lalu.
Reptilia milik Nor Hizan Abd Ghani, 55, atau Pak Atan mula dipelihara dari saiz sepanjang 60 sentimeter pada 2001 selepas anak saudaranya, Romi Nor Izham, (kini 21 tahun) meminta hadiah berkenaan ketika mahu berkhatan.

Pak Atan yang mengusahakan inap desa Kampung Pulau Pisang, Tunjang, di sini, berkata dia berminat memelihara reptilia berkenaan yang diperoleh dari pihak tertentu di Perlis bagi menunaikan hasrat Romi ketika berusia 10 tahun sebagai hadiah.
“Romi meletakkan syarat mahu ular sawa sebagai hadiah sebelum berkhatan, jadi sebagai tanda kasih kepadanya, saya berusaha mendapatkan reptilia berkenaan.

“Ia hanya sepanjang 60 sentimeter ketika diambil dan boleh diletakkan atas tapak tangan serta boleh dibawa ke mana-mana, namun selepas itu saya mengambil tanggungjawab memelihara ular sawa berkenaan memandangkan Romi masih bersekolah ketika itu,” katanya ketika ditemui, di sini, semalam.

Pak Atan berkata, ular sawa itu terpaksa diletakkan dalam pelbagai saiz akuarium di rumahnya hingga berusia enam tahun sebelum dimasukkan dalam sebuah sangkar khas dibina di luar rumahnya ketika berusia tujuh tahun hingga sekarang.
Menurutnya, dia memperuntukkan RM200 membeli 10 ayam daging untuk makanan Gaban setiap bulan dan mengambil masa antara 30 hingga 45 minit untuk makan seekor ayam.

“Saya tidak rasa hobi ini satu bebanan kerana turut menjadi minat seluruh ahli keluarga, malah mereka sudah tidak takut dengan Gaban selain menjadi daya tarikan kepada inap desa kami yang sering dikunjungi pengunjung dalam dan luar negeri setiap hari.
“Setiap hari hampir 40 pengunjung datang melihat sendiri ular sawa berkenaan, namun ada juga pengunjung inap desa yang membatalkan niat menginap selepas mengetahui terdapat ular sawa dipelihara di sini,” katanya.

Dia bercadang membuat ‘roadshow’ dengan mempamerkan Gaban kepada orang ramai di mana-mana karnival bermula tahun depan.
Hutan simpan semakin hilang
SAIFULLAH AHMAD
7 November 2012
Hutan simpan semakin hilang
Peta lokasi hutan-hutan simpan di seluruh negeri ini.
Hutan simpan semakin hilang
Meor Razak menunjukkan senarai HSK yang telah dimansuhkan tetapi tidak diganti.
IPOH -  Sahabat Alam Malaysia (SAM) meluahkan kebimbangan terhadap nasib kawasan Hutan Simpan Kekal (HSK) yang semakin berkurangan kerana pemansuhannya tidak diganti.

Pegawai Penyelidiknya, Meor Razak Meor Abdul Rahman berkata, sejak 21 Mei 2009 hingga 2 Mac 2012, seluas 8548.83 hektar kawasan HSK telah dimansuhkan.

Menurutnya, sehingga kini, tiada usaha-usaha dibuat untuk menggantikan kawasan itu selaras dengan Seksyen 12,  Akta Perhutanan 1984.

“Jumlah yang saya nyatakan itu berdasarkan pewartaan yang dibuat oleh Kerajaan Negeri dan jumlah itu belum lagi diganti.

“Pemansuhan HSK seharusnya dikaji dari segi kesan kerana setiap kawasan HSK itu mempunyai fungsi yang tersendiri,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Meor Razak berkata, sebagai contoh pemansuhan HSK Pondok Tanjung sebelum ini memberikan impak kepada kawasan Kerian apabila daerah itu kerap dilanda banjir.

Katanya, HSK Pondok Tanjung berkenaan pada asalnya kawasan tadahan hujan dan selepas ia dimansuhkan tasik Bukit Merah menjadi cetek dan tidak mampu menampung jumlah air jika hujan lebat.

Menurutnya, tindakan pemansuhan HSK yang dibuat memberikan impak kepada alam sekitar dan penduduk setempat.

“Ini merupakan salah satu contoh jika HSK dimansuhkan tanpa ada sebarang kajian dan penggantian dibuat.

“Kita faham dan tidak menolak pembangunan yang dilaksanakan kerajaan. Tetapi sebaik-baiknya ia dikaji dengan teliti sebelum dilaksanakan,” katanya.

Beliau berkata, pemansuhan HSK juga hanya memberikan keuntungan sementara kepada Kerajaan Negeri sebaliknya jika ia dipelihara, hasil hutan itu boleh dinikmati untuk kepentingan generasi akan datang.

Katanya, isu pemansuhan HSK ini lebih besar daripada isu pencerobohan haram HSK kerana pemansuhan akan memusnahkan keseluruhan hutan sebaliknya pencerobohan boleh dikawal dengan penguatkuasaan.

“Kita harap Kerajaan Negeri bertindak segera menggantikan HSK yang telah dimansuhkan itu mengikut Seksyen 12, Akta Perhutanan 1984,” katanya.