PARTI ISLAM SEMALAYSIA

PARTI ISLAM SEMALAYSIA
PAS KAWASAN LENGGONG

Selasa, 27 November 2012

Gambar Pelik Ketika Bersolat.. Saksikanlah!!


Gambar ni Addin copy paste dari fb aktivis terengganu. Menurutnya gambar ni adalah geng-geng wanita Umno ketika solat berjemaah.

Mungkin logo yang terpapar pada beg tu yang mereka simpulkan bahawa yang bersolat ni wanita Umno. Mungkin penyokong je boleh jadi jugak.

Tak kiralah sesiapa pun, waima muslimat PAS ke, wanita Keadilan ke..Yang menjadi persoalannya ialah kenapa di antara saf ada beg.

Adakah mereka menjadikan beg sebagai 'makmum' dan 'saf' ketika solat? Kepada ustaz dan alim ulama boleh tolong berikan penjelasan? Apakah hukumnya..

Cerita sebenar Deepak Jaikishan kawan Rosmah

Harakahdaily, 27 Nov 2012
KUALA LUMPUR: Hasil desakan perwakilan Muktamar agar wartawan bertanya Datuk Seri Najib siapa dia, Deepak Jaikishan (gambar) dengan sukarela menghubungi Harakahdaily untuk menceritakan siapakah dia sebenarnya.

Deepak J Tekwani, pengarah kepada Carpet Corporation menghubungi Harakahdaily untuk memberikan cerita sebenar di sebalik hubungan beliau dengan keluarga Datuk Seri Najib Razak.

Dalam pertemuan berdepan kira-kira setengah jam di sebuah hotel terkemuka itu, Deepak menceritakan apa sebenarnya hubungan beliau dengan keluarga Perdana Menteri khasnya Datin Seri Rosmah Mansor, isteri Najib.

Ia bermula apabila Rosmah menjadi pelanggan kedai karpet beliau di Jalan Tunku Abdul Rahman. Selepas itu hubungan mereka baik dan Deepak diperkenalkan kepada Najib.

Ketika itu, Najib adalah Menteri Petahanan.

Namun persahabatan mereka berakhir apabila Deepak diminta menolong keluarga Najib ekoran akuan bersumpah (SD) yang dibuat oleh penyiasat persendirian P Balasubramaniam.

Ia berakhir apabila Bala tidak berpuashati dan Deepak dipersalahkan oleh keluarga Najib.

"Cara dia bertindak bukan sebagai kawan yang menolong kawan, tetapi dia hantar 50 orang penguatkuasa datang ke ofis saya, rumah, dan kilang saya dengan niat memberi amaran untuk saya tidak mendedahkan perkara sebenar & menutup cerita sebenar SD," cerita Deepak kepada Harakahdaily.

Ikuti pendedahan siapa Deepak Jaikishan sebenarnya melalui temubual wartawan Harakahdaily dengan beliau.


Apa tujuan saudara mahu bertemu dengan Harakah (daily)?

Saya tertarik dengan pertanyaan Harakah (daily) minggu lepas, siapa saya (Deepak Jaikishan). Saya sebenarnya terlibat dalam perniagaan karpet dan perniagaan hartanah.

Saudara dikaitkan dengan Datuk Seri Najib. Sebenarnya bagaimana hubungan saudara dengan keluarga beliau?

Hubungan...saya memang kenal Datuk Seri dan Puan Seri. Saya sebagai pembekal karpet dan terlibat dalam perniagaan. Kalau ada peluang bisnes, kita mintak sokongan dari pihak beliau.

Sudah lama hubungan itu. Bagaimana saudara kenal dia?

Ia hanya bisnis karpaet. Mungkin 2004 atau 2005, Datin Seri (Rosmah) datang ke kedai kita di Jalan Tunku Abdul Rahman. Dia datang kedai beli karpet, so kita berkenalan dari situlah. Kamudian Datin Seri perkenalkan kepada suami dia. Masa itu dia (Najib) adalah Menteri
Pertahanan.

Bisnes apa yang saudara buat dengan dia?

Mungkin tidak sesuai saya dedahkan hari inilah. Mungkin sessi lain. Sebab saya hanya mahu jawab apa yang saudara tanya dalam akhbar saudara. Apa hubungan saya dengan mereka. Bisnis saja, tidak ada yang bukan-bukan. Ia hanya bisnis sahaja. Dia isteri orang, tidak ada yang bukan-bukan, tidak baik. Ia benar-benar bisnes sahaja.

Ada laporan dalam Malaysiakini yang saudara berkata, ia hubungan kakak adik sahaja, tanpa lain-lain?

Ya boleh dikatakan begitu.

Pada pandangan saudara, kenapa saudara dipopularkan sangat?

Saya pun rasa. Dulu tidak ada macam itu. Mungkin kesalahan saya bila saya tolong dalam kes Bala (P Balasubramaniam). Semasa kita dengan tidak sengaja terlibat dalam kes Bala untuk menolong keluarga Perdana Menteri. Masa itulah nama kita naik.Sememangnya kita tidak suka, kita suka low profile.

Sebelum ini tidak ada apa-apalah?


Takda, kita senyap-senyap buat bisnes kita. Di Malaysia, kalau kita high profile bukan senang kita nak buat bisnes.

Macamana pulak saudara terlibat dalam kes Bala. Ia menjadi persoalan kepada orang ramai?


Ini kes mahu tolong kawan. Pada kita dia kawan yang setialah. Jadi kita tolong. Contohnyalah, saya dengan saudara dekat kolam renang. Saya tidak tahu berenang. Tetapi saya lihat saudara jatuh ke dalam kolam dan tenggelam. Jadi saya pun masuk dalam kolam untuk menolong saudara. Jadi saya rasa pada masa itu, kita saja yang ada dan kita diminta menolong. Kita bukan terlibat secara langsung. Lawyer pun lawyer dia (keluarga PM), kita saja tolong koordinat. Reporter pun dia yang panggil. Kita fikir ketika itu ada kawan yang terdesak minta pertolongan. Dia pun dah ada hubungan baik dengan kita.  Kita tak anggap perkara ini akan menyusahkan kita dan melibatkan kita secara langsung dalam kes Altantuya inilah.

Maksuk Encik Deepak, saudara baik dengan Bala ke, saudara tolong Bala ke atau...
Saya tolong keluarga Datuk Seri Najib.

Saudara memang kenal Bala?

Saya tidak kenal secara langsung, ada kenalan melalui komuniti yang sama, perkara ini terjadi. Saya dipanggil waktu tengah malam, "You boleh tak selesaikan masalah ini...its a big problem". Saya pun ada seorang saudara yang kenal dia (Bala), seorang anggota polis juga. "Tanya dia boleh tak you uruskan orang ini, minta dia jumpa wakil keluarga Datuk Seri." Dia setujulah. Kita perkenalkan dia. Kita bukan terlibat dengan apa-apa proses lain, kita tidak terlibat.

Jadi selepas itulah nama saudara menjadi popular?

Ya ini memang kesalahan kitalah. Kalau perkara ini terjadi sekali lagi, saya tidak boleh berenang, saya tengok saudara tenggelam, saya akan biarkan tenggelamlah. Saya tak boleh nak tolonglah sebab manusia tidak mengenang budi.

Adakah selepas itu hubungan dengan Bala bermasalah?

Sebenarnya dia (Bala) bukan marah dengan kita. Dia marah orang yang telah janji dengan dia. Bukan saya.

Apa berlaku kepada hubungan saudara dengan Datuk Seri selepas itu?

Saya rasa selepas semua inilah, apabila ia sudah terdedah, kita telah dianggap bersalah kerana tidak dapat memuaskan semua kehendak Bala. Sebenarnya bukan kita yang terlibat dalam masalah ini, bukan kita yang terlibat dalam kes Altantuya. Kita pada malam itu menolong saja tetapi dipersalahkan kerana tidak dapat memenuhi kemahuan-kemahuan Bala. Bala ini bekas Pi. Seminggu cerita itu, seminggu lagi cerita ini. Kita tidak mahu terlibat dengan semua itu. Kita orang bisnes tidak mahu terlibat dengan dunia James Bond inilah.


Apa berlaku selepas itu. Saudara dilihat senyap sedikit selepas itu?


Kita pun mahu cerita ini senyap tetapi tidak begitu. Saudara juga terlibat bangkitkan lagi cerita ini. Saya rasa kes ini tidak akan senyap sehingga kes Altantuya selesai dengan adil. Bagi saya, dunia ini dikuasai oleh Tuhan Yang Maha Esa. Saya rasa selagi kes ini tidak selesai, perkara ini tidak akan terhenti. Kita tidak bersalah, tangan kita bersih. Kita tidak mahu dikaitkan dengan benda yang libatkan kes-kes yang sebegini kejam, Kita nak bercakap benar dengan semua orang. Memang satu masa dulu kita telah menolong kawan tetapi kita tidak bersalah. Kita tak terlibat dan tidak ada motif untuk melibatkan diri.


Selepas apa yang berlaku dengan Bala, adakah masih baik dengan keluarga Datuk Seri?


Sebenarnya, selepas perkara ini berlaku, mereka telah mengambil tindakan cuba mensenyapkan saya. Cara dia bertindak bukan sebagai kawan yang telah menolong kawan, tetapi hadiah yang dihantar adalah hantar 50 orang penguatkuasa kerajaan datang melawat, masa kes Bala terdedahlah. Jadi kita pun tahulah pada ketika itu, Najib is sitting Prime Minister. Dihantar pula 50 orang penguatkuasa datang dan angkut lima enam lori.

Jadi apa tindakan saudara?


Kita tunjuklah ketidakpuasan hati kita, perniagaan kita terjejas. Kalau you anggap saya sebagai kawan, you besar atau kecil, kawan tetap kawan, kita mesti tolong. Kalau tidak boleh tolong, jangan susahkan. Jangan makan kawan. Jadi tindakan yang dibuat untuk kawal situasi dengan hantar 50 penguatkuasa untuk menyeyapkan kita, supaya kita senyap, jangan cakap. Kita tahulah, ini bukan kawan. Kalau macam ini, baik hari itu bagi dia tenggelam.


Apa tindakan selepas itu?


Kita duduk diam-diam. Yang hangus tidak boleh diganti. Jadi sekarang saja nak bersihkan nama saya. Kita pun tak libat bisnes dengan mereka lagi. Dah dua tahun tidak libat lagi bisnis dengan dia tetapi masih cerita ini keluar. Bagi saya cerita ini tidak akan selesai sehingga Altantuya dibicarakan dengan adil dan mendapat hak dia. Kita tidak mahu dilibatkan. Sangat jelas  penglibatan kita pada malam itu hanya tolong kawan dan SD itu sendiri dibuat oleh peguam mereka.


LAPORAN BERKAITAN

Tanya Najib siapa Deepak dan K Eswaran

Ahad, 25 November 2012

Tiba-Tiba Je Dataran Merdeka Di Tutup Serta Merta..


Dewan Bandaraya Kuala Lumpur sekali lagi menutup Dataran Merdeka – kali ini dengan alasan kerja naiktaraf yang diadakan di kawasan berkenaan.

Perkembangan itu berlaku ketika kumpulan peserta perarakan Himpunan Hijau dijadualkan akan menamatkan perarakan jalan kaki 300km mereka di lokasi berkenaan hari ini.


Pada masa sama, dianggarkan seramai 100 orang anggota polis dan 30 penguatkuasa DBKL turut berada di kawasan berkenaan awal pagi ini.

DBKL juga mengadakan sekatan jalan raya di kedua-dua bahagian jalan di hadapan Dataran Merdeka – yang menghubungi Jalan Tun Perak dan Lebuh Pasar Besar – tindakan sama yang diambil semada perhimpunan BERSIH 3.0 pada 28 April lalu.


Satu notis yang dikeluarkan Datuk Bandar DBKL Datuk Ahmad Phesal Talib, turut ditempatkan di tengah-tengah sekatan jalan raya itu – menyatakan bahawa kawasan tersebut ditutup untuk semua aktiviti.

Menurut DBKL, penutupan itu ekoran kerja pembaikan dan naiktaraf yang dijalankan di Dataran. Datu kain rentang yang digantung di kawasan tersebut menyatakan, kerja-kerja berkenaan bermula pada 13 September dan akan berlarutan sehingga 11 Februari tahun depan.

Kerja berkenaan hanya membabitkan kawasan padang dan air pancut, namun DBKL bertindak menutup keseluruhan jalan di hadapan padang berkenaan .

Pihak berkuasa bagaimanapun tidak menyekat pelancong daripada melawat dan merakam gambar di kawasan tersebut. ~mkini

Jumaat, 23 November 2012

Tak tahu baca Jawi tapi nak fitnah PAS.. hasilnya Pencacai UMNO malukan diri sendiri


Berbekalkan sebuah button yang punya tulisan jawi, seorang lelaki yang dipercayai pencacai UMNO cuba memperlekehkan Perwakilan PAS pada Muktamar yang ke 58 lalu..

Menurutnya sesiapa sahaja boleh menjadi Perwakilan PAS pada Muktamar yang lalu ini dengan membeli ‘Button’ yang berharga RM5 ke RM10 dan dengan pembelian tersebut anda bebas berada dalam dewan seperti Perwakilan yang sah.

Oleh itu menurutnya lagi Ahli PAS sepatutnya merasa malu kerana untuk menjadi perwakilan ke Muktamar itu ianya boleh dibeli.


Khamis, 22 November 2012

Sebab Utama Yahudi Laknatullah Bunuh Kanak-Kanak Palestin

Perang antara Israel dan Palestin tidak akan ada penghujungnya. Entah sampai bila puak Yahudi Israel akan melakukan kekejaman terhadap warga Palestin, tidak dapat diketahui.

Jumlah mangsa yang telah menjadi korban keganasan perang Israel telah meningkat kepada ribuan nyawa dan 75% dari mereka adalah kanak-kanak dan wanita. Ramai dari kita yang mempersoalkan kenapa Israel sering menjadi kanak-kanak Palestin sebagai sasaran mereka?

Ada pihak yang mengatakan itu memang tabiat puak Yahudi Israel yang kejam dan biadab sejak azali dan ada juga yang mengatakan mereka (Israel) takut akan perkembangan kanak-kanak Palestin.

Mungkin pendapat yang kedua ada benarnya dan lebih masuk akal. Itulah alasan mengapa Israel sering menjadikan kanak-kanak Palestin sebagai sasaran operasi mereka selain kelompok pejuang Hamas tentunya.

Salah seorang pimpinan Hamas, Ismali Haniya mengatakan, kanak-kanak yang sudah menghafal 30 juzuk Al-quran ini sesungguhnya menjadi sumber utama ketakutan puak Zionis Yahudi.

“Jika dalam usia semuda itu mereka sudah boleh menguasai Al-quran, bayangkan 20 tahun lagi apa yang akan dikuasai oleh mereka?” demikian cara pemikiran yang berkembang pada fikiran masyarakat Yahudi. Tidak hairan jika kanak-kanak Palestin menjadi para penghafal Al-quran.

Keadaan Semenanjung Gaza yang dipagari dari segala arah oleh Yahudi Israel menjadikan mereka berterusan cenderung untuk berinteraksi dengan al-Qur’an. Tidak ada istilah bermain permainan PlayStation dalam kamus kehidupan mereka.

Seperti yang kita ketahui, pihak HAMAS menyatakan syarat-syarat yang amat berat untuk menjadi anggota pejuang mereka, diantaranya seseorang itu perlu lah menjadi Hafiz Al-Qur’an dan tidak pernah meninggalkan ssolat fardu terutama sekali solat subuh. Peperangan panjang antara Yahudi mungkin akan berlanjutan entah beberapa generasi lagi.

Oleh itu, hendaklah kita belajar dari Palestin, walaupun mereka dikurung oleh penjajahan Zionis, nyawa mereka terancam setiap masa, setiap minit bahkan setiap detik, tapi itu semua tidak sedikit pun menjadi kesan kepada niat mereka untuk dekat dengan Al-quran dan mendalami lebih dalam dan lebih jauh mengenai agama Islam.

Yahudi Israel memang hebat dalam memiliki segala jumlah pasukan dan kelengkapan tempur yang berteknologi paling tinggi. Tapi rakyat Palestin memiliki semangat juang yang lebih tinggi, mereka berani untuk mati syahid demi kebebasan mereka dan anak cucu mereka. ~myberita

Rayuan Bantu Rakyat Palestin

KUALA LUMPUR 21 NOVEMBER: Pasukan Bantuan Pertubuhan Penyayang Islam Malaysia (Muslim Care) akan ke Gaza pada 27 November ini bagi menghantar bantuan asas kepada rakyat Palestin yang menjadi mangsa serangan terbaru Israel.

Muslim Care merayu rakyat Malaysia memberi bantuan kewangan ke Tabung Bantuan Untuk Gaza yang dilancarkannya bagi meringankan beban rakyat Palestin.

Presidennya, Zulkefli Mohd Nani berkata, pihaknya mensasar kutipan sekurang-kurangnya RM100,000 untuk membeli keperluan makanan, khemah dan ubat-ubatan.

“Pasukan bantuan akan serah bantuan kewangan kepada rakan NGO di Gaza dan keperluan asas akan dibeli di sana. Kalau bawa dari sini, lebih banyak kos diperlukan,” katanya.

Beliau dipetik Harakah Daily sebagai berkata demikian pada sidang media di Masjid As-Syakirin, KLCC hari ini.

Orang ramai yang ingin menghulurkan bantuan boleh menyalurkan sumbangan ke Akaun Maybank Muslim Care (Viva Palestin) 5644 902 111 59 atau ke Akaun RHB (Muslim Care) 2621 2000 004747. ~harakahdaily

Siapakah Gerangan Dalam Liang Lahad Ni?


Siapakah gerangan yang memakai berbaju putih, berkopiah putih yang turut membantu lakukan pengebumian seorang hamba Allah di dalam gambar ni? 
Langsung tidak kisah baju berwarna putih itu kotor terkena tanah? Jangan terkejut! Kerana dia adalah... Sultan Muhammad V (Tuanku Muhammad Faris Petra) !!! Allahuakhbar!

Rais Yatim Bakal Panas Punggung?

Kedutaan Besar Indonesia dan polis republik itu akan membuka siasatan kes pemerkosaan dan rasuah oleh Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Seri Rais Yatim terhadap bekas pembantu rumahnya, Robengah dalam masa terdekat.

Ketua Koordinator Jingga 13, Fariz Musa berkata, laporan tersebut diterima oleh kedutaan tersebut sebagai informasi baru untuk memulakan siasatan.

“Kementerian Kaunselor Kedutaan, Suryana Sastradiredja dan Polis Kerjasama Antarabangsa Kedutaan, Benny Iskandar telah mengesahkan untuk membuka siasatan terhadap Robengah dan juga majikannya iaitu Rais Yatim yang juga ahli parlimen Jelebu.“


Menurut mereka, kes ini akan dirujuk kepada pihak berkuasa anti rasuah di Indonesia,” katanya selepas menyerahkan laporan permohonan penyiasatan dan tindakan undang-undang di Kedutaan Besar Indonesia, Jalan Ampang, hari ini.Fariz berkata, Jingga 13 akan memantau perkembangan siasatan sehingga Rais dibawa ke muka pengadilan.
“Kita akan berhubung dari masa ke semasa dengan kedutaan tersebut, sama ada siasatan dibuat atau tidak.“Kita juga tidak akan teragak-agak mengemukakan kes ini kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) jika tidak ada sebarang tindakan diambil,” katanya.
Menurut Fariz, laporan tersebut juga dibuat berhubung kemungkinan wujudnya ugutan terhadap Robengah.“Jingga 13 mengesyaki wujud ugutan terhadap Robengah sehingga terpaksa berdiam diri kerana bimbang keselamatan beliau dan keluarga, walaupun hakikatnya telah diperkosa dan maruahnya dinodai.

“Robengah sendiri menyatakan bahawa beliau telah diberi amaran oleh orang besar di Malaysia yang melarang beliau dari membicarakan perkara ini,” tegas Fariz.Pada awal 2011, Malaysia digemparkan dengan pendedahan mengenai penglibatan Rais dalam kes rogol melibatkan pembantu rumahnya, Robengah yang berasal dari Indonesia.

Robengaj sebelum ini mendakwa diperkosa majikannya di Malaysia, sepertimana laporan NGO Migrant Care pada 23 Julai 2007.Bagaimanapun, beliau menafikan perkara itu dalam surat ditandatangani bertarikh 7 Januari 2011, menyatakan tidak menghadapi masalah sewaktu bekerja di Malaysia.

Dalam lawatan Jingga 13 ke Banjanegara Oktober lalu mendapati Robengah hidup mewah dengan rumah dianggar bernilai RM100,000, walaupun beliau dan suami tidak bekerja.Pelbagai pihak termasuk KEADILAN sebelum ini membuat laporan polis berhubung kes itu namun sehingga kini, tiada siasatan dilakukan. ~jalanpulang

Rabu, 21 November 2012

Muhyiddin Mengakui Sabah Bukan Lagi Deposit Tetap BN

KOTA KINABALU - Barisan Nasional (BN) akan berusaha habis-habisan untuk mempertahankan Sabah pada pilihan raya umum akan datang, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di sini hari ini.

Beliau berkata, ada pihak tersalah faham dengan menyifatkan Sabah sebagai 'deposit tetap' BN, sedangkan sebenarnya negeri ini sama pentingnya dengan negeri lain.

"Sabah sangat penting bagi kita (BN). Kita tidak boleh kehilangan Sabah. Kita perlu pertahankannya dengan sedaya upaya," katanya pada majlis sarapan pagi dengan anggota Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak) dan veteran Umno di sini. Turut hadir Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman.

Muhyiddin melahirkan harapan agar Mubarak akan terus memainkan peranannya untuk membantu kerajaan BN melaksanakan dasar dan program pembangunan dengan sering turun padang untuk merapatkan lagi hubungan dengan rakyat, terutama di peringkat akar umbi.

"Walaupun sekarang anda (anggota Mubarak) ada banyak masa untuk bersama keluarga, tapi saya percaya ingin terus berkhidmat kepada rakyat dengan sedapat mungkin dan kerajaan menghargai serta mengucapkan terima kasih atas usaha murni anda ini.

"Saya yakin anda terus mengikuti perkembangan politik semasa dan bimbang jika berlaku sesuatu yang tidak diingini. BN sudah berkhidmat kepada rakyat selama lebih 50 tahun dan rakyat semakin meyakini kita. Oleh itu, kita tidak boleh menghampakan mereka sekarang," katanya.

Muhyiddin juga mengingatkan Mubarak bahawa kini rakyat meletakkan harapan tinggi terhadap kerajaan berikutan kemajuan teknologi komunikasi maklumat.

"Ada orang yang menjanjikan bulan dan bintang. Mubarak boleh memainkan peranannya dalam menangkis pembohongan dan janji kosong itu agar ia tidakmemberi kesan negatif terhadap rakyat.

"Kita sedar kita dipilih oleh rakyat. Oleh itu, sambil mengajak rakyat menghakimi kita, kita juga perlu pastikan kita memberi yang terbaik kepada mereka agar mereka terus menyokong kita dan memberi kemenangan kepada kita pada pilihan raya kelak," katanya. ~bernama