Jumpa lagi...
Sabtu ni (1 Mei - Hari Buruh) Muslimat PAS Lenggong buat program yang agak ke depan, iaitu pertandingan memasak dan gubahan. Bagus juga tu, program bersama Ahli Parlimen Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmud. Dr Mariah yang akan merasmikan penutupannya sebelum pada sebelah malamnya beliau akan berceramah di tapak sama, iaitu di pekarangan rumah Kak Yam (Ketua Penerangan DMP Lenggong).
Yang DiPertua PAS Lenggong akan merasmikan pembukaan program itu dan pada malamnya beliau juga akan berceramah.
Apa yang menarik perhatian Tok Kadim ialah insyaAllah ada penyertaan dari kalangan ahli Umno. Menurut Kak Yam la... Ok la tu...
Hehehe... Pertandingan masak TEPUNG TALAM, macam orang dulu-dulu je... Tapi tak apa, bagus dah program tu. Kemudian masak puding dan gubahan daripada kain tuala.
Tok Kadim nak komen sikit mengenai program tu... Bagi Tok Kadim la, program seumpama itu sangat baik, kerana menerusinya kita akan dapat menarik perhatian ramai tanpa mengira fahaman politik. Tapi syaratnya bila perasmi berucap, jangan la sentuh isu-isu semasa yang pedas-pedas telinga pendengar sebelah sana...
Ingatlah bahawa Umno/BN berjaya menarik perhatian rakyat melalui program-program seumpama itu, di mana perasmi ketika berucap memperkatakan tentang pembangunan dan isu-isu yang tidak menghentam pembangkang.
PAS pun boleh buat program seumpama itu lebih banyak lagi.
Cukup dulu...
Throwback 2025
-
1.Khatam hafazan Quran Alhamdulillah, umi dapat habiskan hafazan pada 14
Jamadil Akhir 1447h bersamaan hari Sabtu 6 Disember 2025 di Bahau Neg
Sembilan dal...

Tiada ulasan:
Catat Ulasan