PARTI ISLAM SEMALAYSIA

PARTI ISLAM SEMALAYSIA
PAS KAWASAN LENGGONG

Selasa, 13 Julai 2010

Usrah di rumah Bendahari PAS Cawangan Luat semalam (14 Julai 2010) dihadiri kira-kira 30 ahli termasuk muslimat dan anak-anak.
Seperti biasa selepas ma'thurat baca tafsir, masih surah al-Fatihah.
Isu semasa semalam bincang isu DSAI Anwar Ibrahim. YDP PAS Lenggong merangkap Ketua PAS Cawangan Luat mulakan dengan dedahan perancangan Zionis Yahudi untuk menjatuhkan Anwar.
Saya pun turut mendedahkan perancangan sejak awal usaha menjatuhkan Sdr Anwar apabila beliau sangat menonjol dalam ABIM. Sdr Anwar ditarik ke dalam Um... no atas tujuan mengukuhkan kedudukan Um... no sendiri bagi menghalang kemaraan PAS yang semakin berkembang setelah berlaku pertukaran kepimpinan daripada era Datuk Asri kepada era kepimpinan ulamak dengan dimulai oleh Haji Yusof Rawa dan kemudiannya Al-Marhum Ustaz Fadhil Noor.
Zionis Yahudi yang mengusai hampir seluruh negara dalam dunia selepas era kejatuhan kerajaan Islam Othmaniah tidak sekali-kali akan memberi ruang (khususnya di negara-negara umat Islam) kepada mana-mana pemimpin/gerakan Islam yang berjuang untuk memerdekakan negara atas dasar Islam.
Saya sebut sedikit petikan dari buku Moden Egyp (salah ejaan) yang ditulis Lord Cromer, seorang orientalis Barat yang ditugaskan di Mesir. Lebih kurang dia kata: "Barat tidak akan memberi sedikit pun ruang kepada golongan/parti yang berjuang untuk menuntut kemerdekaan atas dasar Islam dan untuk menegakkan negara Islam..." Begitu lebih kurang.
Sebab itulah, contohnya di Malaysia dan Indonesia, yang pasti PAS dan Masyumi tidak diberi ruang langsung untuk memerintah negara. Hizbul muslimin yang lahir di Gunung Semanggol hanya berjaya hidup selama beberapa bulan sahaja.
Tidak setakat parti yang dianggotai jamaah yang ramai, kalau ada tokoh pemimpin pun yang ada peluang naik sampai ke jawatan tertinggi (Presiden/Perdana Menteri) dalam negara, Zionis Yahudi akan uji terlebih dahulu fikrah mereka supaya tidak naik yang benar-benar berfikrah Islam tulin.
Sdr Anwar akhirnya menjadi mangsa apabila dijatuhkan dalam keadaan yang sangat memalukan setelah melalui ujian terakhir berada dalam jawatan Pemangku Perdana Menteri ketika Dr Mahadhir bercuti ke luar negara.

Bersambung nanti...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan