PARTI ISLAM SEMALAYSIA

PARTI ISLAM SEMALAYSIA
PAS KAWASAN LENGGONG

Isnin, 13 September 2010

PAS Kelantan jemput 100 ketua agama
Wartawan Kita

KOTA BHARU, 9 Sept: Kebiasaan hari terbuka sempena Aidilfitri yang diadakan di mana-mana sekali pun, mereka yang ramai hadir hanya orang Islam dan segelintir sahaja bukan Islam.

Namun kelainan dicetus Badan Perhubungan PAS Kelantan kali ini apabila menjemput lebih 100 ketua agama dan pemimpin masyarakat bukan Islam di negeri ini hadir pada program Rumah Terbuka PAS Kelantan.

Mereka terdiri daripada ketua-ketua agama Buddha, Kristian, Sikh dan Hindu di samping pemimpin-pemimpin masyarakat bukan Islam dari seluruh Kelantan.

Setiausaha Badan Perhubungan PAS Negeri, Mohd Zaki Ibrahim berkata, program tersebut akan diadakan pada 9 Syawal (18 September) di Dataran Stadium Sultan Mohammad Ke IV.

Katanya, program itu bermula jam 12 tengah hari hingga 3 petang.

”Ketua-ketua agama bukan Islam dan pemimpin masyarakat bukan Melayu dijemput hadir pada jam 12 tengah hari. Mereka merupakan tetamu yang dijemput khas,” katanya di sini, semalam.

Pelbagai juadah disediakan pada program berkenaan di mana ia disediakan setiap PAS kawasan, Badan Perhubungan PAS Negeri dan beberapa agensi kerajaan.

Badan Perhubungan Negeri menyediakan ais krim dan kuetiau, sate dan nasi himpit (PAS Kota Bharu, Ketereh, Pengkalan Chepa dan Tanah Merah), nasi dagang (Bachok, Pasir Mas, Tumpat dan Machang), nasi gulai kawah (Pasir Puteh).

Nasi Bukhori (Rantau Panjang), lemang dan rendang (Kuala Krai, Jeli dan Gua Musang), Nasi Arab (Dewan Ulamak), minuman sejuk, panas dan buah-buahan (Dewan Pemuda), ketupat dan tapai (Dewan Muslimat), kek dan biskut (Nisa’).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan