PARTI ISLAM SEMALAYSIA

PARTI ISLAM SEMALAYSIA
PAS KAWASAN LENGGONG

Rabu, 3 November 2010

Perkembangan Mutakhir

10:00 am: Insiden yang tidak mahu dilihati dikatakan sudah berlaku pagi ini. Penyokong BN dan penyokong Pas bergaduh di antara satu sama lain. Kejadian pertama berlaku di Taman Wangi di mana kedua penyokong bertumbuk dipercayai kerana provokasi.

Kejadian kedua berlaku di bandar baru Gua Musang. Kejadian bermula seawal pagi bila mana penyokong Pas dikatakan memasuki kawasan UBN. Ekoran kejadian menyebabkan polis terpaksa campur tangan.

Sementara itu peratus keluar mengundi sehingga jam 9:30 pagi ini sebanyak 9.9% atau kira-kira 1,147 pengundi. Pengundian sedang rancak berkalan dan dijangka akan bertambah rancak menjelang tengah hari. Sama-sama doakan semoga pilihan raya Galas akan mencatat rekod pilihan raya paling bersih. [gmusang 04/11/10]

Wednesday, November 3, 2010

Galas Sebelum Tidur

Pengundian Di Galas dan Batu Dan Batu Sapi Sudah Bermula

[kemaskini] TEPAT jam 8:00 pagi tadi semua 12 pusat pengudian telah dibuka. Petugas atau perayu kedua-dua pihak sejak awal pagi lagi sudah memenuhi bangal panas untuk membantu para pengundi mendapat butiran mengenai diri masing-masing. Sementara perayu undi pula yang siap dengan bendera parti sudah berjujutan jalan-jalan menunju ke pusat pengundian.

Pusat pengundian akan ditutup jam 6:00 petang. Adalah dijangka selepas jam 7:00 petang keputusan awal sudah dapat diketahui. Persoalan kini berapa peratuskan yang keluar mengundi? Peratus keluar mengundi akan memberi bayangan parti mana menawan kerusi berkenaan. InsyaAllah saya akan mencatat dari masa ke semasa perkembangan di Galas untuk penjenguk blog ini.

Sementara itu sesuatu yang menyenangkan sepanjang malam terakhir menjelang hari mengundi pagi ini tidak ada kejadian tidak diingini berlaku. Nampaknya pilihan raya Galas masih mengekalkan sebagai pilihan raya yang aman, mesra dan menyerlahkan pilihan raya anak beranak.

Beberapa Butiran Mengenai Galas

1. Ada dua faktor menolak terhadap BN yang menyebabkan parti itu tenat. Pertama penolakan oleh ahli Umno baru terhadap Tengku Razaleigh Hamzah. Mereka ini tidak berkerja sepenuh hati, datang hanya tunjuk muka saja. Selain itu Tengku Razaleigh juga yang optimis menang tidak suka kepada ahli Umno baru datang membantu calonnya.

2. Pekerja BN yang datang dari luar baik Kelantan atau luar Kelantan tidak diberikan tugas khas. Mereka datang untuk meramaikan pos-pos sahaja. Kempen dari rumah ke rumah tidak berjalan seperti biasa. Sementara ada kelihatan Pajero atau van yang membawa kotak yang tertera gambar Najib dan Shahrizat yang di dalamnya mengandungi maggi, beras, gula, serbuk dan air mineral. Sebahagian besar peninjau politik BN sudah pulang.

3. Dalam satu kes kotak yang dibahagikan itu diberikan kepada beberapa orang Pas. Mereka menerima seadanya dan menganggap kotak itu dibeli dengan wang kerajaan. Apabila ditanya apakah mereka akan menyokong BN, mereka menjawab mereka orang Pas asal. Jawaban ini menunjukkan kotak berkenaan tidak membawa banyak kesan untuk BN.

4. Pas masih dengan keadaan merendah diri. Pengarah pilihan raya, Abdul Halim Abdul Rahman mengakui BN mempunyai kekuatan untuk menang. Sekali lagi dengan pengakuan ini menandakan Pas akan kalah, tetapi dari sisi strategi kenyataan atau pengakuan itu untuk menggerakan jentera Pas agar berkerja lebih keras. Ini tektik lama yang rasanya sudah tidak relevan lagi.

5. Sekumpulan penjudi Melayu di sebuah pekan di luar Gua Musang sudah membuat pertaruhan dengan kadar 'sali' - sama, iaini bayaran sama kalau masuk RM100 akan dibayar RM100. Penjudi ini berpihak kepada Pas.

6. Apakah pandangan atau pemerhatian kaki judi ini benar?

7. Di pihak Pas kalau Galas mereka berjaya tawan, mereka berjaya membunuh dua ekor burung dengan sebutir batu. Membunuh Tengku Razaleigh dan Umno Baru sekaligus. Sebaliknya kalau kalah ia tidak menjejaskan apa-apa.

8. Terbaru maklumat dari bilik gerakan BN (Baru) sehingga jam 10:00 malam ini BN memerlukan kira-kira 200 undi lagi untuk menjamin kemenangan. Maklumat itu juga selari dengan maklumat beberapa agensi rasmi dan tidak rasmi kerajaan.

9. Kemenangan kepada Pas bergantung kepada jumlah peratus keluar mengundi. Kalau peratus keluar mengundi tinggi mencecah 85% ke atas Pas akan kalah tipis di bawah 300 undi. Kalau peratus mengundi rendah sekitar 82% ke bawah Pas akan menang. Menurut perkiraan Pas dari hasil culaan mereka sehingga petang ini mereka sudah mempunyai 3,547. Ini bermakna Pas memerlukan kira-kira 1,000 undi lagi untuk menafikan BN di Galas. [gmuasang 12:00 t/malam 04/11/10]

Langsung Dari Galas

Tok Guru Ziarahi Puteri Umno

MENJELANG Asar tadi Tok Guru Nik Abdul Aziz masuk ke kampung Sungai Teka, Galas untuk mengunjungi seorang puteri Umno, Nirmila Mohamad yang baru saja telah menukar perjuangan dari Umno kepada Pas. Kedatangan Nik Aziz itu disambut oleh suami Nirmila, Nik Azmin Nik Man, anak-anak dan sanak saudaranya.

Kedatangan Tok Guru itu sebagai rahmat kepada Nirmila dan keluarga berkenaan. Orang kampung itu yang kebanyakan waris warasnya juga turut sama mengambil kesempatan untuk menatap wajah Tok Guru dari dekat.

Beberapa hari lalu Tok Guru Nik Aziz telah pun datang ke kampung berkenaan. Kedatangan yang sekejap itu menyebabkan mereka tidak puas untuk bermesra dengan MB itu. Sebaik berita mengatakan Tok Guru akan berkunjung sekali lagi ke kampung itu mereka keluar beramai-ramai.

Bagi mereka yang pertama kali menatap wajah MB itu dan juga melihat persiapan menyambut kedatangannya mungkin tidak percaya. Ianya terlalu simple dan bersahaja. Kedatangan itu tak ubah seperti kedatangan seorang datuk ke rumah anak cucunya. Apa lagi Tok Guru begitu melihat kanak-kanak melintas dan mendekatinya dipegang dan gosok kepalanya satu persatu penuh kasih sayang dan mesra.

Dalam kunjungan ringkas itu Nirmila sempat menceritakan kepada MB Kelantan itu mengenainya rumahnya yang daif. "Wanita Umno sudah berjanji berberapa kali untuk bantu tetapi tak ada apa-apa. Gambar juga sudah diambil," jelas Nirmila dan didengar Tok Guru dengan penuh prihatin.

Memahami maksud puteri Umno berkenaan Tok Guru menjelaskan kerajaan Kelantan tidak berapa banyak duit, tetapi adalah sikit-sikit. "Kerajaan kita tidak banuak duit macam BN, tetapi boleh sikit-sikit," katanya samblo menekankan apa yang diperjuangkan oleh Pas yang utamanya untuk mendekati diri kepada Allah.

"Apa yang kita kena pastikan bahawa hidup kita ini kerana Allah. Kita kena ingat selepas mati kelak kita akan ditanya oleh Allah. Itu yang penting," nasihatnya.

Sebelum MB itu memberi apa-apa jaminan kepada puteri berkenaan, Adun Lombongan Drs Zainuddin Awang Hamad yang ikut serta dalam rombongan itu memberi menjelaskan pihaknya sudah pun berusaha untuk membantu meringankan beban Nirmila. [gmusang 10:00 pm 02/11/10]

Ketibaan Tok Guru disambut oleh semua Nirmila, Nik Azmin dan anak lelalakinya, bersalaman dan mencium tangan Tok Guru.
Tok Guru menanyai nama anak Nirmila sambil diperhatikan oleh Nik Azmi dan ayahnya.

Kata Tok Guru: apa yang menjadi keutaman Pas ialah mendekati umat kepada Islam. Nirmila dan suaminya mendengar penuh prhatin tazkirah ringkas itu.

Nirmila bersama suami dan anak-anak serta bapa mertuanya bergambar kenangan dengan Tok Guru.

Tok Guru pulang kelihatan Rusdhan Mustafa ahli Pas seumur hidup mengiringi Tok Guru.

Inilah rumah puteri Umno, usur dan tidak melambangkan kekayaan parti yang diikutinya itu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan