PARTI ISLAM SEMALAYSIA

PARTI ISLAM SEMALAYSIA
PAS KAWASAN LENGGONG

Jumaat, 29 April 2011

ESKAY TIADA PILIHAN, TERPAKSA BERSUMPAH JUGA, KERANA APA?

Oleh: WFAUZDIN NS

SYABAS dan tahniah kepada sebilangan besar jemaah Masjid Amru Al-As, Bandar Baru Sentul hari ini kerana berani meluahkan kebenaran dan hak agar kelakuan sesat dapat dihindarkan berlaku di dalam Rumah Allah itu. Sejurus selepas Solat Jumaat, wajah Eskay tidak kelihatan untuk mengadakan perbuatan karut iaitu Sumpah Laknat, melainkan yang lebih awal muncul adalah Pengarah JAWI.

Petikan dari Malaysiakini, keadaan di Masjid Amru Al-As, Bandar Baru Sentul menjadi kecoh apabila penyokong PKR pimpinan ketuanya, Shamsul Iskandar Mat Akin mula melaungkan takbir serta ungkapan "kami mahu qazaf, bukan sumpah" selepas solat Jumaat hari ini (Malaysiakini).

Meskipun difahamkan Eskay tetap akan hadir bersumpah selepas Jumaat kemungkinan lewat tiba, apa yang penting kita patut bersyukur masih ramai yang sedar dan insaf bahawa perkara sumpah di dalam Islam tidak boleh dipersendakan. Masih ramai yang tidak sejahil puak mereka yang mahu agar tuduhan zina ini boleh diatasi dan diselesaikan dengan sumpah. Eskay sedar, beliau tidak mampu untuk menghadapi kes Qazaf kerana hukum tersebut akan memberi keadilan yang sebenar. Adakah Eskay mahu kepada keadilan Islam ataupun hanya mahu mengaibkan musuhnya?

Pelik bin ajaib, permohonan untuk membicarakan kes Qazaf terhadap isu ini lebih awal dipohon bagi pihak DS Anwar melalui Ketua AMK, Sdr Shamsul Iskandar bahkan beliau telah pun dipanggil untuk memberi keterangan di Pejabat JAWI. Tetapi, mengapa Pengarah JAWI memilih untuk hadir lebih awal ke Masjid berkenaan semata-mata untuk upacara sumpah tersebut? Mengapa beliau memilih membelakangkan kes Qazaf tetapi segera malah lebih awal dari Eskay untuk menyaksikan sumpah laknat?

Kita masih ingat kes sumpah laknat oleh Saiful dahulu, siapakah Pengarah dari Jabatan Agama Islam yang terlibat memaksa Imam Raml;an Poringgi mengadakan sumpah laknat buat Saiful? Alhamdulillah, akhirnya Imam Ramlan sedar betapa beliau telah dipergunakan oleh bosnya yang berkepentingan politik. Apa jadi pada Imam Ramlan selepas itu? Beliau digantung dan akhirnya ditamatkan perkhidmatan. Itulah cabaran bagi sesiapa sahaja yang ingin menegakkan kebenaran. Seandainya Eskay tetap mahu bersumpah hari ini kita merasa sedih kerana berkemungkinan ada Imam lain yang turut menjadi mangsa politik lagi.

Saya tetap yakin Eskay akan terus bersumpah kerana beliau tahu tiada jalan lain untuk beliau menghilangkan rasa malu akibat fitnahnya yang kini ditertawakan orang. Siapa mahu percaya cerita Eskay yang pada awalnya menyebut beliau tahu kes zina tersebut apabila terjumpa kamera tersembunyi sewaktu beliau ingin mengambil jam DS Anwar yang tertinggal. Beliau pun memanggil beberapa rakannya terlebih dahulu untuk menontonnya bagi memastikan kebenaran siapa pelaku di dalam video yang kununnya beliau jumpai itu sebelum ditayangkan kepada para wartawan. Tetapi semalam, beliau membuat pengakuan berbeza dengan menyebut bahawa beliau tahu watak lelaki tersebut adalah DS Anwar kerana beliau ada bersamanya ketika kejadian.

Dari segi fakta fizikal lelaki di dalam klip video siri I hingga setakat Siri II yang disiarkan oleh youtube dan dipanjangkan juga oleh media porno kita, jelas penipuan mereka. Tambahan pula apabila Eskay berbelit di dalam ceritanya. Sebab itu Eskay terlalu ingin untuk bersumpah kerana beliau tidak perlu menjawab apa jua kemusykilan.

Kita tidak pelik berapa ribu kali Eskay mahu bersumpah kerana yang kita inginkan adalah kes ini mesti mengikut apa yang Allah ajar pada kita. Sebelum itu, kita juga mahu tindakan ke atas Eskay dan juak-juaknya yang telah mengaku menayangkan video lucah berkenaan agar didakwa segera. Eskay boleh bersumpah setiap hari, ada kita kisah?/wfauzdin.blogspot.com

Sumpah laknat Datuk T tak ikut ajaran Islam- Ustaz Shamsul


KUALA LUMPUR: Bekas Imam Masjid Saidina Omar Al Khattab, Bukit Damansara, Ustaz Shamsul Firdaus Alhafiz berkata, sumpah laknat yang dilakukan Trio Datuk T, tidak mengikut ajaran Islam yang sebenar.

Beliau merujuk tindakan salah seorang individu terbabit, Datuk Shazryl Eskay Abdullah yang dikatakan mahu mengangkat sumpah laknat di Masjid Amru Al-As di Sentul selepas solat Jumaat esok. “Sumpah untuk nak buktikan tuduhan zina cuma boleh dilakukan terhadap isteri sahaja. Itu dipanggil sebagai sumpah Li’an. Itu dinyatakan dalam Al Quran Surah An Nur ayat ke 6 hingga ke 10, ” ujarnya kepada Keadilandaily.

“Sumpah li’an ini pula adalah sumpah saling rela dilaknat, ia tak ‘laku’ kalau hanya sebelah pihak sahaja. Kedua, ia tidak ‘laku’ kalau tidak membabitkan suami dan isteri, “Sumpah yang dilakukan Datuk T ini tidak terpakai dan tak boleh pakai,” tegas beliau. Katanya, sumpah mubahalah seperti yang diperkatakan ramai orang pula, hanya melibatkan persoalan akidah dan tidak ada kaitan dengan hukum syarak. “Sumpah Mubahalah cuma nak menyatakan dalam soal perdebatan akidah dan ia tidak menyangkut paut dengan hukum syarak. Ia berkenaan akidah sahaja.

Misalnya perdebatan antara ahli kitab dan orang Islam, dalam tuduhan seks tidak ada sumpah muhabalah. Justeru, katanya, tindakan Datuk T yang terdiri daripada Shazryl Eskay, Bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik, dan bendahari Perkasa, Datuk Shuib Lazim itu tidak diterima dalam kaedah perundangan Islam. Dalam kes fitnah membabitkan Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim itu, Shamsul berkata, di dalam Islam, ia perlu mengikut saluran yang ditetapkan hukum syarak.

“Dia (Datuk T) kena ikut proses, sebab itu perlu membawa empat saksi. Kriteria saksi ini mesti lah memenuhi syarat seperti adil, tidak fasik dan tidak buat dosa-dosa besar,” jelas beliau. Ketika ditanya mengenai hukum daripada tindakan individu berkenaan, Shamsul berkata sumpah yang dilakukan itu tidak memberi sebarang kesan kepada yang dituduh mahupun yang menuduh. “Ia tidak boleh dijadikan asas sebagai penerimaan bukti samada betul atau tidak,” tambahnya.

Sementara itu, bekas pensyarah Universiti Islam Antarabangsa, Ustaz Dr Badrul Amin Bahron pula mengingatkan umat Islam supaya jangan sewenangnya mempermainkan agama dengan merujuk tindakan individu berkenaan. “Jangan sampai kita semua dilaknat Allah! Siapa ajar sumpah-sumpah ini? Agama apa? Kenapa di masjid? Sumpah bukan ajaran Islam, ikut Islam sebat saja mereka ini,” katanya sambil menyeru umat Islam merujuk surah An-Nur ayat 4./KeadilanDaily

Khamis, 28 April 2011

VIDEO SEKS - KANTOI LAGI, KEJAP KATA TERJUMPA KAMERA, KINI MENGAKU ADA BERSAMA DALAM BILIK, MANA SATU ESKAY?

Oleh: WFAUZDIN NS

BULETIN TV3 sebentar tadi, terang-terang Datuk Eskay bagitahu dia berani buat sumpah laknat esok kerana dia sendiri berada di dalam bilik sewaktu aksi seks DS Anwar berlaku. Bertambah pening orang yang sedia bodoh dengan pengakuan Eskay ini. Mengapa saya berkata demikian?

Bukankah Eskay awal dulu mendakwa bahawa dia terjumpa kamera tersembunyi tersebut di dalam bilik hotel sewaktu Anwar menyuruhnya mengambil jam yang tertinggal? Kununnya untuk memastikan bahawa itu adalah Anwar, beliau mengajak beberapa orang termasuk Rahim, Shuib juga YB Johari Abdul termasuk Chegu Bard menontonnya.

Sekejap beliau kata terjumpa kamera tersebut, sekarang ini mengaku beliau ada di dalam bilik berkenaan. Adakah kerana video itu sudah terkantoi kerana kelihatan kelibat lelaki lain selain lelaki yang kununnya Anwar di dalam video tersebut, maka dia terpaksa mengubah cerita?

Jika beliau memang benar berada di situ, apakah tujuannya? Jika untuk memerangkap Anwar, tidakkah lebih baik dan berkesan dengan menghubungi pihak berkuasa Agama untuk menangkapnya? Tentu lebih berkesan dan Anwar tidak boleh mendakwa itu satu konspirasi lagi.

Lojikkah Anwar mahu buat projek dengan Eskay berada di dalam bilik? Eskay kununnya memanggil beberapa orang untuk mengesahkan itu adalah Anwar. Mahu sahkan apa lagi jika beliau sendiri kata beliau berada di dalam bilik bersama Anwar? Jika beliau berkata beliau ada bersama Anwar, mengapa beliau sebelum ini memberitahu kejadian berlaku di sebuah hotel tetapi Polis menyebut di sebuah apartment? Siapa yang berbohong?

Tunggu kawan-kawan lain tolong sambung..../wfauzdin.blogspot.com

DATUK SK BOLEH BERSUMPAH SERIBU KALI SEBELUM BELIAU DITANGKAP

Kerana mu si buncit....
Oleh: WFAUZDIN NS

SETELAH dikatakan Datuk SK menyerahkan DNA nya kepada Polis, kini mara terus dengan kejahilannya untuk melakukan sumpah pula di sebuah masjid selepas Solat Jumaat esok. Adakah dengan caranya melakukan dua perkara itu akan membuatkan kita lupa bahawa beliau sepatutnya ditangkap atas kesalahan menayang dan mengedar video lucah?

Datuk SK mencabar DS Anwar untuk bersumpah bersamanya sekiranya Ketua Pembangkang itu menafikan beliau terlibat di dalam video seks berkenaan. Persoalannya, adakah DS Anwar akan mematuhi `ajaran' Datuk SK atau mematuhi nasihat dan fatwa dari Ulamak tersohor dunia Syeikh Yusof Al-Qardawi? Di dalam kaedah Islam, berani bukan bermakna berani melanggar hukum Islam tetapi berani sebenarnya adalah untuk menerima hukum Islam. Adakah Datuk SK berani berdepan dengan DS Anwar di dalam perundangan Islam di Mahkamah Syariah? Jika benar beliau berani, lupakan saja sumpah laknat yang sesat itu.

Ruang telah terbuka kini apabila kes video seks tersebut telah dibawa ke JAWI untuk dibicarakan di mahkamah syariah. Mungkinkah akan ada tangan ghaib yang akan menghalangnya seperti di dalam kes Liwat II sebelum ini? Sekiranya teramat sangat untuk melihat DS Anwar bersumpah, ini lah peluangnya kerana setelah kesemua bahan bukti atau saksi dibawa, jika Hakim berpendapat DS Anwar dan Datuk SK perlu bersumpah, maka DS Anwar sudah pasti akan mematuhinya. Itu pun jika mahkamah berpendapat dalam kes tuduhan zina ini ada atau tidak kaedah bersumpah setelah ketiadaan saksi.

Justeru itu, tiada bezanya perbuatan Datuk SK dengan Saiful sebelum ini. Saiful juga bersumpah dan Najib pun pernah bersumpah. Lojik pada akal, jika seseorang yang berani melakukan fitnah yang dosanya lebih besar dari membunuh itu, apa peliknya dengan bersumpah? Apatah lagi bila mengetahui segala kerja jahatnya itu dijadikan bahan ketawa orang ramai maka mereka tiada pilihan lain melainkan menggunakan senjata akhir iaitu bersumpah laknat. Rakyat pun tahu, tanpa sumpah laknat pun puak ini memang telah dicop sebagai laknat kerana menayangkan video lucah.

Bayangkan Ketua Paderi Kristian Katholik pun mengkritik pihak media terutamanya TV3 suku yang suka menayangkan video seks berkenaan. Di mana suara Jamil Khir, Mashitah dan yang lain-lain itu? Memalukan kita kepada Paderi Kristian ini./wfauzdin.blogspot.com

VIDEO SEKS SIRI II - SYABAS BLOGGER KITA BERJAYA BONGKAR TIPU DAYA MEREKA..




Kali ini satu lagi kepincangan jelas terbongkar dalam sedutan video klip seks kedua lelaki mirip Anwar Ibrahim yang disebarkan di YouTube sejak semalam, apabila kehadiran seorang lagi individu dikesan saat aksi seks sedang berlangsung. Rujuk gambar-gambar di bawah.

Pelakon video seks dilihat mengambil kotak tisu untuk diserahkan kepada seseorang yang tidak kelihatan di dalam video, manakala pelacur yang berbogel menuju ke bilik air


Pelakon video seks menyerahkan kotak tisu, manakala pelacur terus masuk ke bilik air dan kemudian dilihat menutup pintu.


Selepas tisu selesai digunakan, kelihatan jelas di dalam video, seseorang melontar tisu itu mungkin ke dalam tong sampah yang terletak di bawah meja, pelacur pada masa ini berada di dalam bilik air.

Jelas sekali memang ada seseorang yang sedang menyaksikan adengan seks berlangsung.

Saksikan pada sela masa 0:28 sehingga 0:31 di dalam video seks sedutan kedua yang disebarkan sejak semalam, lelaki mirip Anwar Ibrahim menyerahkan kotak tisu kepada seseorang, kemudian pada sela masa antara 0:45 hingga 0:47 tisu itu dilontarkan ke dalam tong sampah.

APABILA SESUMPAH SUDAH TERBAU BANGKAI....

Siapa si buncit ini?

Belah kiri tu cam askar je rambut dia...

Mana misai dan janggut?


Oleh: WFAUZDIN NS

AKU nasihatkan Ezam sesumpah sudah-sudahlah buat kerja fitnah tu. Takkan dendam kat Anwar tak habis-habis lagi? Dari kes Liwat, Ezam sesumpah tahu, kes video seks pun dia tahu, kes Anwar ejen Yahudi pun dia tahu sehinggakan apa yang DS Wan Azizah tak tahu, semua Ezam sesumpah tahu. Hebat betul Senator lantikan ini.

Malam tadi giliran Ezam sesumpah pula keluar TV3 suku setelah beberapa hari yang lalu bergilir-gilir pencacai katak yang keluar di stesyen TV berlidah Syaitan itu. Tak lama lagi, percayalah Zul Kulim pula akan keluar, lepas tu Zahrain pula. Masing-masing berebut nak cari peluang muncul dikaca TV sambil mengusap punggung Tok Jib.

Patutnya Ezam sesumpah bertegas suruh pihak berkuasa siasat keseluruhan video seks berkenaan, bermula dari yang menayangkan video tersebut sehinggalah siapa pelakunnya. Bukannya muncul di TV 3 suku hanya menuduh Anwar kununnya tidak bermoral. Bermoral sangatkah Ezam sesumpah yang bersubahat dengan puak kaki fitnah itu? Kalau ada yang berkata Ezam sesumpah sudah bernikah satu lagi di Indonesia, tentu Ezam sesumpah terasa hati dan mungkin dia akan kata itu fitnah. Itu baru bernikah, benda yang baik belum dikatakan Ezam sesumpah ada gundik di sana. Itulah fitnah yang boleh memecah belahkan sesama Islam.

Serupa juga Zul Kulim. Kalau ada yang mendakwa Zul Kulim masih belum bayar hutang orang sewaktu kempen Pilihanraya Umum dulu, tentu Zul Kulim terasa. Zul Kulim akan kata itu fitnah. Zahrain pula, beliau mesti marah jika ada yang kata dia keluar PKR jadi katak pasal tak dapat projek di P.Pinang. Mesti Zahrain kata fitnah juga. Jadi, fitnah ini bahaya jika terus dicanangkan.

Jika cukup bukti, cukup saksi, ada kes bawa saja ke mahkamah. Buat apa guna media canangkan benda yang menjijikkan ini. Tidak terfikirkah kita isu ini akan merosakkan minda anak-anak kita? Jangan kerana nak jaga maruah laki bini kat Putrajaya tu kita sanggup nak rosakkan minda anak bangsa dan ugama kita?/wfauzdin.blogspot.com

DATUK SK SERAH DNA, ADA KITA KISAH ?

Siapa si buncit ini?


Bila pulak Anwar Masuk Tentera?....Tengok rambut dia tu, tapi esoknya sudah panjang pulak..

Oleh: WFAUZDIN NS

Datuk SK @ Three Strooges katanya dah serah DNA beliau kepada pihak Polis. Ada kita kisah? Peduli apa dia nak serah DNA samada disuruh atau secara sukarela. Kalau dia pelawa Rahim Thamby Chik atau Shuib untuk serah DNA pun peduli apa kita. Ada kita kisah?

Yang kita kisah adalah mengapa tukang tayang video lucah masih belum ditahan atau didakwa? Mereka sudahj mengaku tayang video lucah di sebuah hotel di khalayak umum, maka pengakuan sudah ada, tunggu apa lagi? Pasal siapa yang beraksi tu, biarkan je TV 3 suku main tiap-tiap malam sampai rakyat Malaysia percaya bahawa pelaku lelaki yang berperut buncit dan berambut ala-tentera tu adalah Anwar, insan yang paling ditakuti oleh sekutu Apco. Selagi seluruh rakyat Malaysia tidak percaya bahawa itu adalah Anwar, menjadi kewajipan TV3 suku menyiarkannya setiap hari.

Aku kesihan juga dengan kakitangan TV 3 suku terutamanya pembaca berita tu, tak pasal-pasal bersubahat mengeluarkan kata-kata busuk dan jijik meracuni pemikiran anak bangsa sendiri. Buat kaum Cina dan India, ada mereka kisah? Kaum Melayu saja yang tak habis-habis diperbodohkan.

Sudah berapa lama isu video seks ini bermain di media dan entah berapa pikul di antara kita yang menanggung dosa akibat tidak mahu kembali kepada Islam. Allah sediakan undang-undang dan peraturan untuk manusia yang beriman, tetapi manusia jahil ini tetap dengan sikap degil dan angkuh mereka. Aku pun tak tahu mengapa nasihat para Mufti yang mereka lantik sendiri, mereka tidak pakai dan humbankan ke dalam tong taik. TV 3 suku paling biadab sekali tanpa sedikit pun menghormati pandangan Ulamak. Maklumlah siapa bos TV 3 suku tu? Semenjak bila TV 3 Suku hormat Islam? Tengok sajalah program mereka penuh dengan program maksiat. Memang sesuai untuk jadi penyambung lidah Syaitan.

Susah sangat ke nak ikut kaedah Islam? Kita bukan mahu Anwar dibela atau disanjung, tetapi jangan sampai insan ini diaibkan sedemikian rupa. Mana hati perut menteri-menteri Melayu yang mengaku Islam ini, tidak beranikah bersuara? Rais Yatim yang terkenal dengan budaya ini, di mana budaya Melayu sekarang ini? Rais Yatim sukakah melihat TV 3 Suku buat kerja lucah setiap hari?

Ada yang kata pihak Polis terlibat, aku tak percaya Polis terlibat di dalam isu video seks ini tetapi aku hairan mengapa baru saja Blogger yang disiasat Polis kerana menyiarkan klip video lucah di dalam blognya, tiba-tiba melakukannya lagi. Mengapa begitu mudah video seks yang dikatakan ada satu saja yang asal dan telah diserah kepada Polis boleh dimuat turun ke dalam youtube? Kalau ada yang dakwa pihak Polis terlibat, susah juga aku nak bela Polis dalam hal ini walaupun aku percaya Polis di negara ini teramat telus dan jujur./wfauzdin.blogspot.com

Rabu, 27 April 2011

VIDEO SEKS SIRI II -JOM LIHAT FOTO, SYABAS TUKANG KAJI PRO PR, TERNYATA KERJA BODOH MEREKA GAGAL !!

Mana misai dan janggut?

Bila plak Anwar rambut nipis cam askar tu.....esoknya dah panjang pulakkkk...huhuhu


Hahahaha...Tak puas pulak tengok hasil kerja puak Apco yang kantoi lagi ni......Terima kasih la ye TV 3 suku yang keluarkan cerita ni....ada gak member-member kita yang cerdik cepat buat kajian dan terbukti jelas betapa bodohnya hasil kerja mereka yang kaki fitnah tu....ehehhh..

Seterusnya baca lagi di sini, Klik Je SINI

TERIMA KASIH TV 3 - VIDEO SEKS SIRI II MENAMBAH KANTOI KERJA SEKUTU APCO !!

Ternyata Sah: Ia Bukan Anwar Ibrahim

Video Seks Bahagian Kedua Muncul Di Internet

PETALING JAYA: Video seks bahagian kedua yang didakwa melibatkan pemimpin pembangkang tersebar di internet petang Rabu termasuk di blog www.papagomo.com.

Klip video yang dipercayai mirip pemimpin pembangkang disiarkan menerusi laman youtube petang Rabu.

Klip video berdurasi 1 minit 47 saat itu dimuat naik oleh pemilik akaun youtube wakparjosudorno.

Rakaman video hitam putih berkenaan memaparkan aksi seseorang lelaki bertuala dan seorang wanita tanpa seurat benang dalam sebuah bilik dipercayai selepas melakukan aksi seks.

Lelaki berkenaan kemudian pada minit ke 39 dilihat menanggalkan tualanya di hujung katil sebelah kiri video sebelum berjalan dalam keadaan bogel mengambil baju dalam nipis yang terdapat di atas katil.

Individu yang mempunyai fizikal perut buncit berkenaan kemudiannya dilihat mengambil seluar dalamnya dan membongkokkan badan pada durasi 1 minit 9 saat sehingga melihatkan wajahnya di hadapan kamera.

Isu rakaman video seks itu tercetus apabila sekumpulan wartawan dijemput oleh sekumpulan individu menamakan mereka sebagai `Datuk T' untuk menonton tayangan video seks hitam putih di Hotel Carcosa Seri Negara di sini pada 21 Mac lalu.

Rakaman video berdurasi selama 22 minit bermula pada pukul 10.23 malam 21 Februari lalu itu didakwa berlaku di sebuah apartmen di Ampang.

Sehari selepas rakaman itu dipertontonkan kepada wartawan, Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi menafikan pembabitannya sebagai pelaku dalam rakaman video seks tersebut.

Identiti `Datuk T' yang mendedahkan rakaman itu terbongkar apabila bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, bekas Bendahari Pertubuhan Peribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Shuaib Lazim dan seorang ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah muncul membuat pengakuan bahawa mereka merupakan trio `Datuk T'. -mstar


Video seks bahagian kedua di Youtube

Klip video bahagian kedua yang didakwa membabitkan seorang pemimpin kanan pembangkang mengadakan hubungan seks dengan seorang pelacur kini disebarkan di Internet.

Malaysiakini difahamkan bahawa video yang berjudul 'Papa Nurul Izzah Part II' yang dipertontonkan kepada wartawan terpilih pada 21 Mac lalu boleh didapati di Youtube sejak jam 1.30 tengahari.

Semakan Malaysiakini juga mendapati video sepanjang 1.46 minit itu dimuat-naik oleh seorang pengguna yang menggunakan nama "wakparjosudorno."

Ia dipercayai dilakukan dari Indonesia dan pengguna yang tidak dikenali itu menyertai Youtube hanya semalam.

Namun pada jam 6.45 petang tadi, video berkenaan telah dikeluarkan kerna didakwa melanggar syarat-syarat penggunan Youtube kerana memaparkan bahan lucah dan gambar bogel.

Namun dipercayai video berkenaan masih boleh didapati di beberapa laman web pembangkang dan juga di Youtube yang dimuat-naik oleh pengguna lain.

Sebelum ini, bahagian pertama video berkenaan dimuat-naik pada 4 April lalu.

Ia menunjukkan lelaki yang sama menggunakan tuala memeluk seorang gadis berkulit cerah yang hanya berkemban.

Pada bahagian kedua video ini, ia dipercayai disunting pada bahagian akhir. Ia menunjukkan lelaki berkenaan memakai pakaiannya semula selepas aksi seks tersebut manakala wanita yang bogel itu berjalan menuju ke bilik air.

Video kedua juga tidak mempunyai sarikata dalam bahasa Thai dan jelas memaparkan tarikh dan masa rakaman iaitu 2011/02/21 manakala rakaman masa adalah antara jam 22.43 malam hingga 22.45 malam.

Beberapa pihak sebelum ini mendakwa lelaki dalam video berkenaan mirip ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bagaimanapun Anwar yang juga ketua umum PKR telah menafikan beliau adalah lelaki dalam video itu dan mengemukakan beberapa bukti termasuk catatannya di Twitter dan Facebook.

Serentak dengan tayangan itu, kumpulan yang mengaku bertanggungjawab di sebalik video itu yang menamakan diri sebagai 'Datuk T” mendedahkan identiti mereka - Tan Sri Rahim Thamby Chik, Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan Datuk Shuib Lazim.

Sebelum ini, Eskay berkata mereka belum menyerahkan video penuh 22 minit itu kepada sesiapa dan salinan tunggal hanya diserahkan kepada polis.

Eskay hari ini memberitahu wartawan bahawa beliau telah memberikan sampel DNA miliknya bagi melancarkan siasatan polis.

"Saya dipanggil pagi ini untuk disoal-siasat lanjut dan saya secara sukarela menyerahkan sampel DNA,” katanya.

Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan butiran pertemuannya dengan polis di ibu pejabat polis di Bukit Aman, Kuala Lumpur itu tetapi sekadar berkata tunggu sidang akhbarnya esok. -mk



Ulasan GB

Terima kasih kepada pihak yang memuat-naik video itu di youtube kerana dengannya kita akan dapat melakukan penganalisaan yang lebih tepat mengenai lelaki yang dikatakan mirip Ketua Pembangkang itu.

Pembesaran imej-imej akan membuktikan DENGAN JELAS bahawa lelaki itu BUKAN Anwar Ibrahim.

Lihat:



Jika dilihat dari jauh gambar dari video itu hitam putih itu nampak seolah-olah ia mirip Ketua Pembangkang. Disebarkan bertujuan untuk mengaibkan Anwar. Tetapi penelitian yang lebih rapi dengan apa kaedah sekalipun akan menjurus kepada rumusan bahawa ia bukan Anwar.

Hanya si bengong yang mabuk, yang tembel matanya dan yang busuk hatinya akan menyatakan ia Anwar Ibrahim!/Sumber: Greenboc

Ulasan Saya: Paling ketara - Perut buncit. Rambut Anwar potongan cam tentera je...nipis tepi...hahahaha...

VIDEO SEKS - DEDAHKAN SEGERA KERANA SUDAH TIDAK `SUSPEN' LAGI

Oleh: WFAUZDIN NS

DI DALAM isu video seks yang ditayangkan oleh `Three Strooges' @ Datuk T di Seri Carcosa itu, pihak Polis memaklumkan berkali-kali bahawa siasatan lebih tertumpu kepada kes penayangan dan pengedaran video seks tersebut setelah disahkan tulin. Apabila ini disebut, ertinya pihak Polis sedang menyiasat `Three Strooges' yang tanpa dipaksa mengaku terlibat di dalam tayangan filem lucah di khalayak umum.

Rasanya tidak susah untuk menyiasat kerana sudah ada pengakuan dari puak mereka di mana pengakuan tersebut dibuat secara rasmi melalui sidang media dan semua rakyat di negara ini menontonnya melalui TV dan dibaca juga di dalam akhbar dengan cerita penuh sensasi. Tetapi, mereka masih belum ditahan dan didakwa, mungkin masih ada yang belum selesai.

Semalam Timbalan KPN memaklumkan bahawa siasatan tertumpu kepada kes tayangan video lucah, tetapi jika perlu pelakun di dalam video berkenaan akan didedahkan. Ada yang bertanya, jika siasatan tertumpu kepada penayangan dan edaran video seks berkenaan, adakah pihak Polis tidak menumpukan kepada mengenalpasti pelaku di dalam video tersebut? Jika tidak, bagaimana pihak Polis boleh berkata jika perlu akan didedahkan siapa yang beraksi di dalam video berkenaan?

Sebenarnya, kita di dalam PR sudah bersedia untuk mendengar pengumuman yang kita rasa tidak lagi `suspen' untuk mendengarnya. Di dalam negara ini kadangkala banyak kes terutamanya yang ada kaitan dengan politik, tidak sukar untuk membacanya. Kes Teoh Beng Hock, misalnya dan kes Penolong Pegawai Kastam yang dikatakan mati mengejut di bangunan SPRM juga mudah untuk kita baca. Sebab itu, di dalam kes video seks ini kita sudah tidak teruja untuk mengetahui siapa pelakun yang berperut buncit, sekejap berjanggut dan sekejap tidak itu. Saya yakin 110 % (pinjam kata Zul Kulim) di antara kita telah boleh meneka siapa yang bakal diumumkan `aktor' filem porno itu nanti.

Sehubungan itu, tidak perlu lagi melambat-lambatkan pengumuman berkenaan. Kita berharap pihak Polis umumkan sahaja sekiranya mereka telah mendapat pengesahan siapa pelaku seks yang terdapat di dalam video berkenaan. Apabila telah diumumkan, kita harap mesti ada dakwaan kepada yang terlibat. Jangan umum, tetapi diam begitu sahaja kerana ini akan mengaibkan insan yang tidak dapat mempertahankan dirinya jika beliau tidak bersalah.

Katakanlah, pelakun lelaki berkenaan telah dikenalpasti kemudiannya didakwa dan dikenakan hukuman, maka jangan lupa ada seorang lagi tokoh utama dari parti komponen Bn yang wajib juga dikenakan tindakan yang serupa. Kesemua pasangan mereka mesti didakwa dan saya tidak pasti dakwaan akan dibuat di bawah peruntukan undang-undang mana.

Balik kepada tukang tayang video lucah berkenaan. Mereka tidak boleh dilepaskan begitu sahaja atas alasan kununnya mereka `berniat baik'. Mana ada sesiapa yang menayangkan video lucah mempunyai niat yang baik dan mulia? Saya `salute' sekiranya mereka menyerahkan video berkenaan kepada pihak Polis untuk disiasat. Malangnya di peringkat awal, mereka tidak terfikir langsung untuk menyerahkan video seks berkenaan kepada pihak berkuasa sebaliknya berbangga menayangkan video tersebut kepada para wartawan dan editor. Setelah tertekan dengan laporan Polis yang dibuat, akhirnya mereka menyerahkan video berkenaan kepada pihak Polis.

Baiklah, kita tunggu saja berapa lama pihak berkuasa akan mengambil masa di dalam kes ini. Kita sudah tidak sabar menanti apakah `ramalan dan jangkaan' kita tepat tentang pelaku lelaki yang beraksi di dalam video berkenaan. Jadi, baik umumkan saja segera kerana ianya sudah tidak `suspen' lagi. Sebelum umum, jangan bertanya Mufti atau Majlis Fatwa terlebih dahulu tentang hukum kita mendedahkan keaiban orang yang belum tentu kesahihannya dan orang itu tidak berpeluang untuk membela dirinya. Jika bertanya para Mufti atau Majlis Fatwa, saya rasa banyak menyusahkan mereka untuk memberi hukum nanti, ...maklumlah !!/wfauzdin.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan