PARTI ISLAM SEMALAYSIA

PARTI ISLAM SEMALAYSIA
PAS KAWASAN LENGGONG

Sabtu, 5 Mei 2012

Konvensyen PAS Perak esok suntik semangat

Johari Jaafar, 05 Mei 2012
IPOH, 5 Mei: Seluruh pimpinan parti akan mendapat `suntikan'semangat ke arah gerak kerja yang lebih mantap menjelang Pilihanraya Umum ke-13 apabila Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dijangka merasmikan Konvensyen PAS Perak kali ke 16, esok di Hotel Hill City di sini.


Konvensyen PAS kali penting kerana ianya dijalankan di saat hampir dengan pilihanraya, sudah tentu gerak kerja ditumpukan ke arah menenangkan PAS dan Pakatan Rakyat untuk mengambil alih kembali negeri ini setelah dirampas oleh Umno BN pada tahun 2009 lalu.

Demikian dinyatakan oleh Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussein kepada Harakahdaily.

Menurut beliau lagi, satu pembentangan kertas kerja  bertajuk Menangani dan Mempertahan Kemenangan oleh Adun Kelaboran dari Kelantan, Mohd Zaki Ibrahim, serta sesi perbahasan setiap perwakilan beserta sesi soal jawab akan diadakan.

Katanya, melalui konvensyen ini objektif utama yang ingin dicapai adalah mengumpulkan seluruh kepimpinan PAS Perak di setiap peringkat.

Ujarnya lagi, konvensyen itu penting bagi menyatukan fikiran dan menyelaraskan tindakan kepada `wehdatul fikri dan wehdatul amal' di samping itu juga untuk meningkatkan tahap persediaan para pemimpin dan ahli untuk menghadapi Pilihanraya Umum ke-13.

“PAS Perak menganjurkan program seperti ini kerana ia merupakan salah satu siri-siri pentarbiyahan PAS dengan menggunakan konsep nadwah. Para pimpinan dan ahli perlu mempunyai kefahaman dan fikrah terhadap kemenangan.

“PAS Perak tidak mahu ahlinya memperolehi kemenangan dengan fikrah dan kefahaman yang kosong. Sebaliknya memahami konsep kemenangan dan bersabar dengan ujian kemenangan, bagi memastikan keutuhan pemerintahan Islam selepas PRU 13 nanti,” ujar beliau.

Tambahnya, PAS tidak ingin untuk mencapai kemenangan dengan cara penipuan seperti yang dilakukan oleh Barisan Nasional, khususnya isu rampasan kuasa di Perak.

Tegasnya, PAS juga tidak ingin berhadapan dengan kekalahan yang tidak diredhai olehNya, kerana itu Konvensyen PAS Perak kali ini mengajar erti kemenangan dalam redha Allah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan