PARTI ISLAM SEMALAYSIA

PARTI ISLAM SEMALAYSIA
PAS KAWASAN LENGGONG

Ahad, 31 Mac 2013

Muhyiddin Umum Parlimen Bubar April

Parlimen akan dibubar sebelum 30 April apabila mandat kerajaan Barisan Nasional (BN) tamat bagi memberi lalulan kepada Pilihan Raya 2013, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini.Timbalan perdana menteri itu berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak mungkin akan membenarkan Parlimen terbubar secara sendirinya.

"Saya tidak fikir perdana menteri akan tunggu habis tamat tempoh parlimen lima tahun, baru beliau akan bubar."Saya rasa tak fikir begitu, pilihan raya akan diadakan dalam tempoh beberapa minggu bulan April ini," kata Muhyiddin semasa berucap dalam satu majlis Himpunan Barisan 1Malaysia di Titiwangsa petang ini.

Muhyiddin juga menyedari tentang rungutan orang ramai yang mula bertanya bilakah pilihan raya akan diadakan tetapi berharap mereka bersabar dan apabila tiba masanya laksanakanlah tanggungjawab masing-masing.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan