PARTI ISLAM SEMALAYSIA

PARTI ISLAM SEMALAYSIA
PAS KAWASAN LENGGONG

Isnin, 8 April 2013

Memalukan!! Media Antarabangsa Lapor BN 'Copy Paste' Manifesto Pakatan Rakyat


Barisan Nasional dimalukan oleh media antarabangsa gara-gara 'copy paste' manifesto Pakatan Rakyat menjelang PRU13.

Bukan sahaja Pakatan Rakyat yang mendakwa Datuk Seri Najib meniru manifesto mereka, media antarabangsa Bloomberg juga membuat laporan yang sama.

Laporan bertajuk "Malaysia’s Najib Unveils Poll Manifesto Similar to Anwar’s" itu, Bloomberg melaporkan, Najib Razak berjanji akan melawan rasuah, menurunkan kos sara hidup dan membina lebuhraya pan-Borneo jika kekal sebagai kerajaan selepas PRU13 nanti.

"Semua janji ini dibuat oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika membentangkan manifesto Pakatan Rakyat enam minggu sebelum Barisan Nasional membentangkannya dalam perhimpunan hujung minggu lalu," lapor Bloomberg.

Baca link di bloomberg

Tiada ulasan:

Catat Ulasan