PARTI ISLAM SEMALAYSIA

PARTI ISLAM SEMALAYSIA
PAS KAWASAN LENGGONG

Isnin, 30 Januari 2012

Bomoh-bomoh pilihan raya

Di Malaysia ini kita tidak tahu bila pilihan raya akan dijalankan. Kalau di zaman Mahathir Mohamad dahulu, kita berpilihan raya apabila Mahathir telah mendapat ilham.

Ini bukan kenyataan fitnah. Orang ramai selalu terbaca tentang ‘menunggu ilham' yang datangnya dari mulut Mahathir sendiri.

Di zaman Abdulalh Badawi keadaan agak lucu. Ada pemerhati politik mendakwa bahawa tarikh pilihan raya ditetapkan oleh Khairy Jamaludin - menantu Abdullah.

Ini tidak betul. Yang sahih ialah tarikh pilihan raya hanya diumum setelah Perdana Menteri Abdullah terbangun dari mimpinya.

Di zaman Najib Razak ini, bila pilihan raya akan dijalankan menjadi lagi pelik. Mengikut surah Haji Desas bin Lebai Desus, tidak ada sesiapa yang tahu tarikh pilihan raya kecuali Rosmah Mansor.

Amat pelik bunyinya. Lagi pelik dari ilham Mahathir. Lagi menakjubkan dari mimpi Abdullah Badawi.

Mengikut surah yang semakin tersebar, Rosmah Mansor akan mendapat tarikh ini dari Guru Ji yang akan menilik bintang-bintang di langit dan melihat perjalanan cakerawala di alam semesta.

Pak bomoh dari Mumbai ini akan menasihatkan Rosmah Mansor bila saat dan ketika yang terbaik untuk mengadakan pilihan raya. Saat dan ketika yang molek berpilihan raya ialah apabila bintang kelahiran Anwar Ibrahim mula tergelincir.

Ini bukan perkhabaran fitnah. Jangan lupa bagaimana seluruh jantung negara berdebar-debar apabila tarikh 11 haribulan sebelas, tahun dua ribu sebelas hampir sampai.

Debaran jantung ini berpunca dari Najib Razak sendiri yang percaya bahawa angka sebelas ini membawa ong. Najib dikatakan taksub dengan angka 11. Sebenarnya bukan Najib seorang sahaja menteri kabinet yang pecaya ada angka-angka khusus yang akan membawa tuah. Lihat Menteri Pertahanan Zahid Hamidi yang gila dengan angka 38, hinggakan semua kereta yang dimiliki memakai angka yang sama.

Di sini saya ingin menyebarkan maklumat bahawa pengunaan nujum dan bomoh untuk menetapkan tarikh pilihan raya ini bukan hanya amalan di Malaysia.

Di Afrika, peranan bomoh dalam politik harian cukup besar. Emperor Bokassa dari Afrika Tengah menggunakan khidmat bomoh siang dan malam. Ini sama seperti apa yang dilakukan oleh Idi Amin Dada di Uganda dan Mobuto Sese Seko dari Congo.

Kita juga jangan buat-buat lupa pada satu ketika dahulu bomoh juga telah memainkan peranan yang penting dalam realpolitik di Eropah.

Sila buka kitab sejarah Revolusi Bolshevik 1917. Selain dari nama Lenin dan Trotsky kita akan berjumpa dengan nama Rasputin. Jantan yang berselindung di belakang agama ini ialah seorang bomoh yang mempengaruhi Emperor Nicholas dan pemaisuri Alexandra.

Mungkin ramai yang akan bertanya kenapa agaknya para politikus ini menggunakan khidmat bomoh. Untuk persoalan ini jawabnya cukup senang. Khidmat bomoh ini diperlukan kerana semua kerajaan dan pentabiran di negara-negara ini tidak mendapat sokongan ramai. Kerajaan yang bersikap ganas dan zalim memerlukan bomoh.

Emperor Bokassa dan Idi Amin menjadi pemimpin negara kerana merampas kuasa. Manakala Mobuto dinaikkan oleh rampasan kuasa Agensi Perisikan Pusat (CIA). Emperor Nicholas di Russia dibenci oleh rakyat hingga berlaku revolusi.

Apa perlunya khidmat bomoh untuk mereka? Kenapa Najib percaya kepada angka 11? Soalan ini akan membuka persejarahan politik negara kita. Jangan ketawa atau mengeleng-gelengkan kepala apabila membaca apa yang saya surahkan di sini.

Di Indonesia, 17 Ogos dipilih kerana ditarikh itu rakyat Indonesia yang mengangkat senjata telah berjaya menghalau Belanda. Di Rusia, 17 Oktober dipilih kerana di saat itu Revolusi Bolshevik telah berjaya menghalau Czar dan Czarina dan Lenin telah mendirikan sebuah republik.

Di tanah besar China mereka merayakan 1 Oktober kerana di hari itu Republik Rakyat China diisytiharkan oleh Mao Tse Tung pada tahun 1 Oktober 1949. Tarikh-tarikh ini diambil kerana sejarahnya.

Bagimana pula dengan Tanah Melayu? Untuk warga yang peka pasti akan teringat bagaimana sekali sekala kita terbaca dari media arus perdana tentang sejarah tarikh pengistiharan British memberikan pentabiran ini kepada United Malay National Organisation. Sila jangan ketawa kerana di Tanah Melayu tarikh 31 Ogos telah dipilih oleh bomoh... Opss, maaf bukan bomoh.

Tarikh 31 Ogos telah ditemui setelah menilik bulan dan bintang. Orang yang menilik bulan dan bintang ini pula dikatakan tidak lain dan tidak bukan ialah ayahanda kepada Abdullah Badawi. Sayangnya ilmu menilik bintang dan bulan ini tidak turun kepada Abdullah Badawi maka terpaksalah Pak Dollah kita tidur untuk memimpikan tarikh pilihan raya.

Justeru, dalam budaya United Malay National Organisation, khidmat bomoh ini bukan sesuatu yang asing. Ini bukan fitnah dari saya. Ini bukan cerita dari Haji Desas bin Lebai Desus. Sesiapa yang rajin membaca dan mentelaah akan menyedari bahawa apa yang saya tulis ini adalah fakta sejarah. Ini bukan sejarah silam. Ini berlaku pada tahun 1993 dahulu.

Cuba ingatkan kembali kepada kisah perjuangan seorang penyanyi yang hanya sempat mengeluarkan sebuah album. Malah klip videonya pernah disiar oleh televisyen kita.

Perempuan cun, langsing dan berambut panjang ini gagal menjadi penyanyi pop tetapi bejaya menjadi bomoh. Khidmatnya dikatakan amat amat diperlukan oleh orang-orang politik dalam United Malay National Organisation terutama ketika di tahun pemilihan dan tahun pilihan raya.

Sejarah membuktikan betapa Datuk Mazlan Harun seorang ADUN dari Batu Talam, Pahang yang percaya kepada kuasa tongkat Sukarno. Dengan memiliki rotan pendek yang pernah tersepit di celah ketiak Bung Karno,

YB kita ini berharap dia akan terus dipilih sebagai calon untuk menjadi ADUN. Yang terserlah bijak di sini ialah bomoh Mona Fendy. Minah cun ini cukup faham tentang keberahian politikus Melayu Islam.

Dari fakta perbicaraan kes Mona Fendy ini orang ramai difahamkan bahawa memang ramai politikus United Malay National yang menggunakan khidmat bomoh. Yang diketahui umum hanya seorang berdua tetapi hakikatnya pastilah lebih ramai lagi.

Apa sangkut pautnya fakta sejaran ini dengan pilihan raya umum ke-13? Untuk menjawab soalan ini, para pembaca yang budiman wajib menonton kembali klip video bertajuk "Rosmah Perempuan Puaka" di Youtube.

Dari klip bersejarah ini kita semua diberitahu oleh adik wanita itu sendiri bagaimana sang kakak telah menggunakan khidmat bomoh. Klip ini juga memuatkan pengakuan isteri bekas tuan speaker Dewan Undangan Negeri Sembilan.

Bekas isteri tuan speaker ini mungkin tidak sedar bahawa dirinya bukan sahaja membocorkan rahsia wanita itu. Pengakuan ini cukup jelas membuktikan bahawa dia sendiri pernah bersama wanita berkenaan mencari segala macam khidmat bomoh.

Di sini saya ingin menerangkan betapa para pemerhati politik dari luar negara gagal memahami politik Malaysia. Para wartawan dari akhbar dan majalah luar telah beberapa kali memberikan ramalan tentang tarikh pilihan raya.

Banyak pemerhati dari luar yang mengkaitkan tarikh pilihan raya dengan keadaan ekonomi dunia, dengan harga minyak dan dengan kejayaan Najib membuat beberapa kenyataan yang mungkin dilihat menuju ke landasan demokratik.

Pandangan-pandangan dan analisa politik ini ada salah dan ada benar. Mengikut kajian ilmu politik moden maka pastilah kedudukan turun naik ekonomi yang akan menjadi penentu tarikh pilihan raya.

Analisa sebagini amat tepat untuk negara-negara Eropah Barat telah memasuki era pasca Rasputin. Tetapi menggunakan pendekatan ilmu politik moden yang sama untuk memahami keseluruhan politik Malaysia pasti satu kesilapan besar.

Untuk memahami lebih dalam politik kontemperori Malaysia biar saya bawa para pembaca kembali ke zaman Rasputin. Sosok ini hanyalah satu-satunya bomoh yang kewujudannya tercatit dalam sejarah moden Eropah. Malah apa yang dilakukan oleh Rasputin ketika berkhidmat dalam Istana Czar Nicholas juga telah dirakamkan oleh sejarah.

Rasputin boleh keluar masuk istana tanpa larangan. Pemaisuri Alexandra mempercayai Rasputin lebih dari mempercayai penasihat rasminya. Ketika Putera Alexei gering, Pemaisuri Alexandra bukan mencari khidmat doktor tetapi telah meminta Rasputin mengubati anakandanya. Lelaki berambut dan berjanggut panjang diyakini oleh keluarga Czar Nicholas kerana Rasputin dikatakan memiliki ilmu mistik yang dapat melihat masa depan.

Rasputin wujud di detik-detik akhir sebelum monarki dihapuskan di Rusia. Ketika itu rasuah dan penyalahgunaan kuasa sedang berleluasa. Siapa yang kaya dialah yang betul. Di Rusia ketika itu ada dua hukum - satu untuk yang memerintah dan satu lagi untuk yang diperintah. Tidak ada hukum hakam yang dapat mengusik puak yang memerintah.

Apakah para pembaca yang budiman tidak dapat melihat persamaan antara Rusia sebelum menjadi republik dengan apa yang sedang berlaku di hadapan mata kita hari ini?

Jika para pembaca telah dapat menggambarkan Rasputin keluar masuk ke istana Czar Nicholas dengan menaiki kereta kuda, cuba pula bayangkan bomoh Ji dari Mumbai yang dikatakan keluar masuk dengan Mercedez ke rumah rasmi perdana menteri di Putrajaya.

Kemudian cuba bayangkan rupa bentuk muka Guru Ji yang sedang menilik bulan dan bintang untuk mencari tarikh terbaik untuk Najib mengadakan pilihan raya. Jika masih tidak yakin dengan perbandingan dan tanda-tanda yang saya tulis ini maka sila cari kembali akhbar harian minggu lalu. Buka dan baca berhati-hati. Lihat dan teka berapa ramai agaknya Guru Ji dan Rasputin sedang menjerit-jerit, berdoa dan berbaiah di bangunan PWTC.

Jangan lupa, sebelum Czar Nicholas dan Permaisuri Alexandra cuba melarikan diri dari istana, mereka juga telah berbaiah dengan Rasputin.

Apa yang membezakan Rusia di zaman Rasputin dengan Malaysia di zaman Guru Ji hanyalah satu - lembu di Rusia pada tahun 1917 tinggal dalam kandang manakala lembu di Malaysia pada thun 2011 menginap dalam kondo.

PRU13: Ambil iktibar daripada politik semut

Khairil Abdul Rahim, 30 Jan 2012

BERA, 30 Jan: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengajak rakyat, terutamanya orang Melayu menjadi ‘hakim’ dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang iaitu berani membuat keputusan.

Katanya, rakyat perlu berani berubah daripada keadaan sekarang di mana apabila tiba musim PRU seolah-olah sebagai pesta dan musim untuk mendapatkan wang.

Tambahnya, hasil daripada tidak memahami konsep sebenar politik dan pilihan raya inilah yang menyebabkan rakyat akhirnya boleh diperkotak-katikkan kerana mereka seolah-olah boleh dibeli.

“Sekarang sudah menjadi trend apabila menjelang pilihan raya, rakyat memikirkan berlumba-lumba nak dapat duit yang ditabur kerajaan dan peluang nak dapat durian runtuh tanpa menyedari kesilapan memilih kerajaan menyebabkan sengsara selama lima tahun selepas itu.

“Sepatutnya kesempatan yang ada diambil rakyat jadi hakim. Bila parti memerintah silap mereka tukar kerajaan seperti berlaku di England, Amerika, India, Indonesia dan lain-lain negara yang mengamalkan demokrasi. Maknanya mereka menjadi hakim.

“Malangnya di tempat kita sejak 50 tahun dulu, bila tiba musim PRU orang kita sibuk nak dapatkan duit menjadikan kuasa rakyat yang sebenar seolah-olah dapat dibeli,” katanya ketika berceramah dalam ucara kemuncak Sambutan 60 Tahun PAS Peringkat Parlimen Bera malam tadi.

Turut berceramah pada hari terakhir sambutan ialah Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Presiden Anak, Mazlan Aliman, Pengerusi SAMM, Badrul Hisham Shaharin dan Pengerusi DAP Negeri Pahang, Leong Ngah Ngah yang juga Adun Triang.

Abdul Hadi turut mengajak pendengar supaya mengambil iktibar daripada kisah politik semut pada zaman Nabi Sulaiman di mana apabila tentera melalui kawasan mereka, semut-semut yang lemah itu berfikir untuk menyelamatkan diri.

Tambahnya, kisah dalam Al-Quran ini sepatut boleh membuatkan kita berfikir bagaimana semut yang lemah menghadapi sebuah kerajaan.

“Cuba tengok orang kita bila orang besar datang, mereka sibuk berkerumun nak dapatkan duit tanpa sedar kuasa dan peranan yang kita ada. Jadi saya seru marilah menjadi rakyat yang bijaksana.

“Cukuplah kita beri peluang kepada Umno-BN memerintah. Selama 50 tahun merdeka masih banyak rakyat yang miskin, orang muda ramai yang menjadi penganggur.

“Maknanya selama ini masalah kemiskinan tak boleh selesai kerana kekayaan berlegar di kalangan kroni. Semua orang tahu bahawa hasil negara dan sumber mentah begitu mewah tetapi rakyat miskin,” tegasnya.

Iklan Teks
7 Rabi'ul Awal 1433 H | 31 Januari 2012

| Print |

Selangor berusaha perbanyak sekolah agama

Afeeqa Afeera, TVSnews, 30 Jan 2012

KUALA LANGAT, 29 Jan: Kerajaan Selangor memerlukan sokongan dari ibu bapa bagi mengujudkan lebih banyak sekolah aliran agama dalam usaha menyeimbangkan tuntutan keperluan fizikal dan spiritual dikalangan generasi pelapis akan datang.

(Dr Yunus menyampaikan sumbangan kepada pelajar cemerlang)

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Adat Resam Melayu, Belia dan Sukan, Dr Ahmad Yunus Hairi berkata, bimbingan ibu bapa dan tunjuk ajar para guru sememangnya diperlukan bagi mrealisasikan generasi berhemah serta bertanggungjawab di masa depan.

"Kerajaan negeri sentiasa berusaha membantu rakyat tidak kira golongan mana sekalipun. Kita akan membina lebih banyak sekolah agama khusus buat anak-anak di Selangor supaya mereka boleh menerima pembelajaran terbaik di negeri ini.

"Ini kerana, sekolah integrasi tahfiz dan sekolah agama seringkali menjadi pilihan ibu bapa untuk menghantar anak-anak mereka ke sekolah. Saya juga berharap wujudnya komitmen dan kerjasama daripada ibu bapa sendiri untuk mendirikan sekolah agama swasta bagi pendidikan anak-anak," katanya yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sijangkang.

Dr Yunus berkata demikian selepas merasmikan Program Pemimpin Bersama Rakyat Dun Sijangkang di Dewan Batu 7, Kampung Sijangkang di sini pagi tadi.

Hadir sama, Adun Meru, Dr Abdul Rani Osman dan kira-kira 200 penduduk Kampung Sijangkang.

Dalam majlis sama, Dr Ahmad Yunus turut menyerahkan pengiktirafan dan saguhati kepada kira-kira 135 pelajar daripada beberapa buah sekolah terpilih di Dun Sijangkang berdasarkan keputusan cemerlang yang diperolehi dalam Penilaian Sekolah Rendah Agama (PSRA) 2011.

Pelajar-pelajar cemerlang ini adalah antara para peserta yang telah menyertai program Mumtaz Milikku yang dianjurkan di sekolah untuk membimbing mereka sebagai persediaan sebelum menghadapi peperiksaan.

Tambah beliau, program berbentuk ilmiah ini akan dilakukan secara berterusan di sekolah-sekolah terpilih supaya lebih ramai pelajar cemerlang dapat dihasilkan.

"Apabila program ini mula diperkenalkan, kita berkaya menghasilkan leboh 60 pelajar mumtaz (cemerlang) dan bertambah sehingga 106 orang pada tahun berikutnya, manakala untuk tahun ini sahaja seramai 135 pelajar cemerlang berjaya kita hasilkan.

Walaupun program ini menumpukan kepada pelajar yang baik-baik, namun pelajar yang lemah tidak dilupakan sebaliknya mereka berterusan menerima sokongan dan tunjuk ajar daripada para guru di sekolah," jelasnya.

Program Mesra Rakyat yang berlangsung selama dua hari itu turut melibatkan beberapa aktiviti lain seperti forum "Mumtaz Dunia, Mumtaz Akhirat : Agenda Negara Berkebajikan", gotong-royong, bicara ilmuan bersama Profesor Dr Aziz Bari, program Jom Shopping, Jogaton Pulau Carey , pemeriksaan kesihatan percuma dan sebagainya

Iklan Teks

Rabu, 18 Januari 2012

RAKYAT TIDAK PERCAYA ANWAR KAKI LIWAT - BLOGGERS UMPORNO MESTI SALAHKAN MAHDEY KUTTY DAN TOK JIB

Oleh: WFAUZDIN NS

MAHDEY KUTTY meroyan sakan bila sehingga kini Peguam Negara belum buat keputusan samada mahu merayu atau tidak di atas keputusan Mahkamah yang membebaskan Anwar pada 09 Jan yang lalu. Sebagaimana bloggers Umporno yang lain, Mahdey Kutty amat bimbang jika Anwar terlepas begitu sahaja, maklumlah bukan sedikit `belanja' dan masa yang mereka habiskan semata-mata untuk memperbodohkan rakyat di dalam perancangan menjatuhkan Anwar.

Aku mahu sebut sikit saja. Andainya perancangan mereka gagal kali ini, mereka sepatutnya kena salahkan Mahdey Kutty dan Tok Jib serta sekutu-sekutu mereka. Salah Mahdey Kutty dulu, apabila beliau tidak mahu jadi saksi beri keterangan di dalam kes Azizan Abu Bakar. Semua tahu ketika itu Mahdey Kutty bercakap di dalam Mesyuarat Majlis Tertinggi Umporno sewaktu mahu memecat Anwar bahawa beliau tahu semua kisah dan skandal Anwar, maka Anwar mesti dipecat dari parti dan kerajaan.


Di hadapan media dan TV, Mahdey Kutty beriya-iya sunguh mengaku beliau yakin dan percaya serta mempunyai bukti bahawa Anwar meliwat Azizan. Malangnya, apabila kes tersebut dibicarakan dan Mahdey Kutty ini dipanggil sebagai Saksi, Mahdey Kutty tidak berani tampil. Beliau mahu `soalan bocor' dahulu. Jelas, kegagalan Mahdey Kutty membantu mahkamah untuk beri keterangan apa yang beliau tahu dan bukti apa yang beliau ada menyebabkan kes Liwat I ditertawakan dunia. Akhirnya, Anwar setelah dipenjarakan didapati tidak bersalah.

Begitu juga kes fitnah Liwat II yang melibatkan seorang pemuda yang tertinggal seluar dalam di rumah teman wanitanya dan pemuda yang mempunyai `skandal' dengan salah seorang Tim Pendakwa dan juga pemuda yang tidak mencuci duburnya dua hari, bernama Sepol ini. Mereka patut menyalahkan Haji Tok Jib kerana Tok Jib tidak mahu menjadi Saksi di mahkamah di dalam kes ini. Semua tahu, Tok Jib melalak di depan media dan TV mengaku bertemu Sepol dan menceritakan Sepol mohon biasiswa, kemudiannya Sepol mengadu diliwat sehingga sejuk-sejuk tangan Sepol dan pucat wajah pemuda ini ketika bertemu dengannya di rumah Tok Jib.

Tok Jib juga pernah berkata, Anwar jangan mencabar beliau kerana beliau tahu semuanya tentang moral Anwar dan beliau takut Anwar demam jika beliau dedahkan. Di dalam keadaan Tok Jib tahu segala-galanya itu, mengapa Tok Jib tidak mahu membantu mahkamah untuk memperkuatkan kes dan dakwaan bahawa Anwar meliwat Sepol pemuda yang sembahyang Jumaat tanpa mencuci dubur dan mandi hadas ini? Itu lah yang menjadi sebab mengapa amat sukar untuk meyakinkan rakyat bahawa Anwar memang bermoral rendah. Jadi, Bloggers pencacai Umporno harus menyalahkan Mahdey Kutty dan Tok Jib kerana tidak bersedia untuk membantu mahkamah di dalam kes yang mereka berdua `amat tahu' sebenarnya.

Oleh yang demikian, nasihat aku usahlah Bloggers Umporno menyalak lagi menyalahkan pihak lain. Di dalam kes fitnah Liwat II ini, Anwar berkata Sepol ada hak untuk merayu. Anwar tidak takut dan gentar jika Sepol merayu. Biarpun seratus kali Anwar dibicarakan pun, rakyat tidak hairan samasekali kerana fokus rakyat kini ABU (Asalkan Bukan Umno). Jika mahu fitnah ini lenyap dari muka bumi, lenyapkan Umno dahulu./

ROAD SHOW HASSAN ALI - JANGAN BIARKAN BELIAU DISANGKA GILA

Oleh: WFAUZDIN NS

TERTARIK dengan kenyataan yang dibuat oleh Naib Presiden PAS, Mahfuz Omar yang menawarkan keselamatan buat Dr Hassan Ali untuk `Road Show' mendedahkan `Parasit-Parasit' di dalam PAS sehingga menyebabkan beliau tercampak keluar dari PAS. Baca di SINI.

Maka, bermulalah episod di mana `Pelesit akan memburu Parasit'. Jika mahu diikut `fatwa' Hassan Ali, elok benarlah jika kita semua, ahli keluarga kita serta semua mahasiswa jangan melibatkan diri di dalam `Road Show' Hassan Ali kerana itu adalah `masalah peribadi' beliau. Bukankah Hassan Ali pernah beranggapan sedemikian terhadap DS Anwar ketika menghasut kita serta para mahasiswa agar tidak terlibat menyokong Ketua Pembangkang tersebut di mahkamah pada 09 Jan yang lalu atas `fatwa'nya bahawa itu `masalah peribadi' DS Anwar?

Beliau berkata, DS Anwar tidak perlu mengheret rakyat di dalam masalah peribadinya. Nah, sekarang Allah bayar `cash' dan kini Hassan Ali menghadapi `masalah peribadi' dan ingin membuat `Road Show' pula. Namun, atas ihsan dan budi baik Mahfuz Omar, Naib Presiden PAS ini berjanji akan menentukan keselamatan Hassan Ali untuk bercakap apa sahaja yang terlintas di kepala otak Pakar Motivasi itu. Mungkin tidak cukup ruang media pencacai yang selama ini Hassan Ali gunakan untuk menunjukkan betapa hebatnya beliau sebagai seorang pejuang Islam yang terbuang.

Saya rasa kita patut hadir untuk menyaksikan episod `Pelesit mencari Parasit' di dalam `Road Show' ini nanti. Biarpun itu sebagai masalah peribadi Hassan Ali, tetapi kita sebagai manusia yang bermasyarakat patut simpati dengan beliau. Masakan kita sanggup melihat beliau bertegang urat leher dan kembang kempis hidungnya bercakap seorang diri di atas pentas itu nanti. Jika ini berlaku, saya khuatir Hassan Ali akan ditangkap oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat kerana disangka gila berceramah seorang diri. Bagi mengelakkan Hassan Ali ditangkap dan dimasukkan ke Hospital Tg Rambutan, marilah kita meraikan beliau beramai-ramai

HASSAN ALI KINI MULAI BELAJAR MEMBUAT FITNAH

Oleh: WFAUZDIN NS

DR HASSAN ALI setelah dipecat dari PAS kini mulai belajar dari beberapa pemimpin Umno untuk melakukan kerja fitnah. Kononnya seorang pejuang Islam yang tulen, tetapi melakukan fitnah terang-terangan apabila mendakwa DS Anwar menyokong golongan Homoseks hanya berpandukan kepada media pencacai dan wawancara di Youtube yang beliau sendiri tidak melihatnya sepenuhnya wawancara berkenaan. Baca apa yang `Pejuang Islam, kaki fitnah' itu sebut di SINI.

Pada saya Dr Hassan Ali lebih bangsat dari segala bangsat demi kerana dendam dan hati yang busuk terhadap DS Anwar. Beliau melepaskan dendamnya akibat terbuang dari PAS dan ingin meletakkan dirinya sebagai Pejuang Islam yang agung. Apa sebenarnya masalah bangsat ini? Mula-mula menuduh PAS tidak betul kerana prinsip Negara Berkebajikan. Kemudiannya, tarik balik dakwaan beliau itu kononnya beliau terlebih cakap. Selepas itu, menghasut orang ramai agar tidak menyokong DS Anwar Ibrahim semata-mata beliau mendengar khabar bahawa DS Anwar tidak bermoral.

Apabila dipecat dari PAS, beliau menuding jari ke atas DS Anwar mengakibatkan beliau dipecat. Kemudiannya menyebut terdapat `parasit-parasit' di dalam PAS yang menyebabkan beliau dipecat. Ertinya, sudah tentu bukan DS Anwar `parasit' kerana DS Anwar bukan berada di dalam PAS. Tetapi mengapa si bangsat ini menuduh DS Anwar menyebabkan beliau dipecat? Ini bermakna, hujah yang lintang pukang dari awal menunjukkan Dr Hassan Ali ini mempunyai hati yang busuk dan tidak hairanlah orang seperti ini dicampakkan oleh PAS selayaknya ke dalam tong najis.

Beliau menyebut, Tuan Guru Nik Aziz dan Hj Hadi lebih layak jadi PM dari DS Anwar. Memanglah, jika ditanya pada kita sekalipun kita pun beranggapan sedemikian. Tetapi, jika Tuan Guru Nik Aziz atau Hj Hadi bersetuju DS Anwar menjadi PM sepertimana Almarhum Ustaz Fadzil Noor juga pernah bersetuju DS Anwar jadi PM, apa masalahnya yang menyakitkan hati bangsat ini? Apakah kerana dia rasa jika bukan Tuan Guru Nik Aziz atau Hj Hadi yang layak menjadi PM, maka beliau merasa beliau yang layak? Jijik aku membayangkan orang ego, sombong dan bongkak ini mahu dilantik menjadi PM.

Dr Hassan Ali masuk PAS ketika PAS sudah segar bugar. Beliau tidak pernah merasai kesusahan di dalam PAS sebagaimana Mat Sabu, Mahfuz dan beberapa orang lain rasai. Usahkan mahu menyebut bangsat ini pernah dipenjarakan atau ditangkap di lokap mahu pun di bawah Akta ISA, mahu melihat bangsat ini hadir berhimpun di dalam demontrasi selaku pejuang pun susah. Beliau masuk PAS beberapa tahun kemudian terus berada di pejabat penghawa dingin selaku Exco. Apa keperitan yang beliau rasai sepanjang di dalam PAS?

Islam tidak boleh tertegak hanya dengan ucapan tegang-tegang urat leher mahu pun kembang-kembang hidung berteori, wahai Hassan Ali. Islam tidak boleh ditegakkan dengan bersekongkol dengan musuh-musuh Islam dan membuat fitnah. Islam juga tidak boleh didaulatkan secara bersendirian.

Allah tidak memandang seseorang itu pada awal kehidupannya, tetapi Allah memandang seseorang itu pada akhir penghidupannya. Dan, bangsat ini telah memilih jalan yang beliau lalui sekarang iaitu meninggalkan Jemaah Islam untuk bersama golongan-golongan munafik yang menjadikan fitnah sebagai cara hidup

| Print |

Azizan tingkat hasil balak, mana pergi masa BN

Aziz Muda, 18 Jan 2012

KUALA LUMPUR, 18 Jan: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak ternyata seorang pemimpin yang berintegriti sehingga menjadikan pendapatan negeri itu meningkat berkali ganda berbanding semasa Kedah berada di bawah BN dulu.

Disebabkan kebolehan dan kejujuran Azizan dalam mentadbir negeri, hasil balak di Kedah sahaja mencatatkan keuntungan berkali ganda, apabila ia ditangani dengan baik, sejajar dengan amanah yang diserahkan kepadanya.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, walaupun Azizan seorang ustaz yang diragui kebolehannya untuk menjadi pemimpin oleh sesetengah pihak khususnya Umno BN, tetapi beliau kini ternyata seorang yang berkebolehan dan berintegriti.

Menurutnya, setelah Azizan menjadi Menteri Besar Kedah, semua pihak telah tahu hasil balak di Kedah telah meningkat sehingga menyebabkan semua pihak tertanya-tanya ke mana perginya hasil balak semasa BN memerintah Kedah dulu.

"Semasa Umno BN perintah Kedah dulu, nampaknya balak dinilai dengan harga RM1,000 untuk satu ekar, tetapi setelah Datuk Seri Azizan menjadi menteri besar, satu ekar balak dinilai dengan harga RM19,000.

"Keluasannya sama, jadi mana perginya RM18,000 lagi semasa Umno BN memerintah Kedah dulu?" tanya beliau sinis sebagai mengulas perkembangan memberangsangkan bagi ekonomi Kedah setelah berada di bawah pemerintahan PAS atau Pakatan Rakyat.

Menurut beliau, dengan perkembangan yang memerangsangkan itu, kini semua pihak boleh menilai betapa berbezanya sesebuah kerajaan itu apabila ia dipimpin oleh seseorang yang berpegang kuat dengan ajaran Islam dan bersikap jujur, berbanding mereka yang dikatakan bijak dalam memimpin tetapi tidak jujur, penuh rasuah dan sering melakukan penyalahgunaan kuasa.

Ketika berucap pada acara Ucapan Penggulungan Pimpinan pada Konvensyen Pakatan Rakyat Ke-3 di Stadium Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah di Alor Setar, Kedah, Sabtu lalu, beliau turut menyebut perkara itu dan disambut tepukan gemuruh daripada lebih 2,000 perwakilan.

Katanya, dengan peningkatan hasil negeri yang sedemikian tinggi, Azizan ternyata telah berkemampuan mematikan dakwaan tidak berasas pihak-pihak tertentu selama ini yang kononnya golongan agama, ustaz atau ulama tidak boleh menjadi pemimpin kerajaan.

"Malah dengan peningkatan hasil negeri setelah Kedah berada di bawah kepimpinan Datuk Seri Azizan, rakyat Kedah ternyata turut berbangga kerana akan dapat dibela dengan lebih menyeluruh berbanding semasa Kedah berada di bawah BN dulu yang hanya memberikan bantuan kepada kroni-kroni pemimpin parti itu sahaja," tegasnya yang juga Ketua Umum PKR.

Manakala dalam satu kenyataan, Datuk Seri Azizan berkata, Kerajaan Kedah di bawah Pakatan Rakyat telah berjaya meningkatkan hasil balak hampir 205 peratus berbanding hasil yang dikutip oleh BN semasa pemerintahan mereka sebelum ini.

Harakahdaily pada 3 Januari lalu melaporkan Azizan berkata, pencapaian memberansangkan itu berlaku hasil dari sistem tender terbuka yang dilaksanakan oleh kerajaan di bawah Pakatan Rakyat yang berjaya memberi pulangan menggalakkan kepada negeri.

"Sistem tender terbuka yang diperkenalkan memberi pulangan positif kepada kerajaan dan rakyat negeri ini. Pada tahun 2008 yang lalu semasa pengambilalihan kuasa pentadbiran, hasil pungutan balak hanyalah sebanyak RM35 juta. Ia meningkat kemudiannya kepada RM39 juta pada tahun 2009 yang lalu.

"Namun begitu pada tahun 2010 hasilnya premium balak berjaya mencecah sehingga RM50 juta," ujarnya yang juga Pesuruhjaya PAS Kedah.

Beliau berkata, hasil ketelusan dan sistem tender terbuka yang menjadi polisi kepada Kerajaan Kedah turut membuktikan bahawa gejala rasuah dan kronisme dapat dielakkan.

Sebelum ini Ketua Audit Negara telah melaporkan Kedah berjaya meningkatkan pendapatan dari hasil balak sebanyak 205 peratus pada tahun 2010 jika dibandingkan dengan tahun sebelum 2008 semasa pemerintahan BN dengan mendapat pulangan dalam lingkungan RM8 juta sahaja.