PARTI ISLAM SEMALAYSIA

PARTI ISLAM SEMALAYSIA
PAS KAWASAN LENGGONG

Ahad, 29 Ogos 2010

mengata dulang....

Situasi :Menunggu kenderaan awam di stesyen yang tak tahu bila nak sampai
Waktu : Lebih kurang pukul 12 tengah hari
Watak : Aku sebagai narrator.
Karam Singh Walia ( kot ) sebagai watak utama.
Manusia-manusia yang aku tak kenal sebagai watak-watak sampingan.

Mamai betul kalau tak tidur siang. Tambah dengan lapar berpuasa lagi. Tak cerita lagi terik mentari yang mengeringkan tekak yang hanya boleh dibasahkan tatkala berkumandang azan maghrib bagi kawasan Lenggong dan kawasan-kawasan yang sama waktu dengannya. Saat aku terawang-awangan di antara dua alam , tiba-tiba aku dikejutkan dengan satu suara yang agak garau...

Cis...mengata dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih..

Rupanya suara itu datang dari sesusuk tubuh yang sasa yang dimiliki oleh tuannya yang ber"turban" yang seolah-olah tidak berpuas hati terhadap sesuatu menuju ke keretanya lalu masuk dengan menghempaskan pintu dengan kuat seraya memecut laju meninggalkan sekumpulan manusia. Aku kurang periksa apa sebenarnya yang terjadi, tetapi patah-patah perkataannya berjaya memecahkan lamunanku. Berkata aku dalam benakku :

Depa ni berbahasa melayu lebih fasih lagi daripada melayu sendiri. Kalaulah melayu yang dok tempat dia jangankan kata nak berperibahasa, silap-silap dia pi hambun dengan kata-kata kesat. Ni la nak kabo kate orang melayu la ni tak reti bahasa

Aduh sedapnya mengata kat orang. Ingat awak tu berpuasa. Tak baik bersangka buruk kat orang ni. Tapi, mengata orang dia yang lebih ya.....





haih haih.. apa dok bayang benda yang bukan-bukan ni..bersangka baiklah sesama muslim. Astaghfirullah...puasa ni..tak baik tau.

Dalam ketika melayan otak memikirkan isu-isu yang tak berfaedah lagi remeh temeh ini, kelibat bas yang dinanti-nantikan pun kelihatan...

Sabtu, 28 Ogos 2010

Tak boleh ke non muslim merapati masjid???



Anak : Abah abah, betul ke orang bukan Islam tak boleh masuk masjid?

Abah : Di era Nabi S.A.W dan sahabat, peranan masjid tak terbatas pada solat dan ceramah agama yang hanya boleh dihadiri oleh orang Islam sahaja, bahkan masjid juga dijadikan tempat pertemuan manusia tanpa mengira agama, Rasulullah S.A.W sendiri pun pernah menyambut tetamu bukan Islam di masjid baginda. Dan dasar itulah yang sedang cuba dipraktikkan oleh umat Islam di serata dunia kini. Kan kita diminta supaya menyampaikan agama Allah kepada seluruh manusia tanpa mengira bangsa ? dan kita juga dituntut supaya memperbetulkan salah tanggap penganut agama lain terhadap agama suci kita.

Kita sudah 53 tahun merdeka, tapi masih ramai orang-orang bukan Islam dan orang-orang Islam sendiri yang masih tidak celik-celik tentang Islam. Menjadi tugas kita sekarang untuk mendekatkan mereka dengan agama Allah Ta'ala ini kerana itu amanah yang Allah Ta'ala pikulkan ke atas kita; bangsa melayu di tanah air kita ini. Dan kalau mereka semakin tak faham Islam, manakala kita pula semakin jauh dari agama Allah ini ( na'uzu billah ) pasti ada sesuatu yang tidak kena yang perlu kita perbaiki. Jadi pembaikiannya kita mulakan di masjid dahulu.

Anak : Jadi orang bukan Islam boleh masuk masjid lah begitu...

Abah : Siapa kata tak boleh, tengok ni











Anak : Tapi ada pengikut-pengikut seorang ustazah kata, orang bukan Islam bila masuk masjid, itu sudah mencemarkan kesucian rumah Allah. Sampai begitu sekali mereka ni jijik ke abah ?

Abah : Ya Allah ! Siapa yang beritahu begitu ? pengikut ustazah mana yang dimaksudkan ?

Anak : Mereka-mereka ini....



Abah : ( tepuk dahi ) no comment and no wonder.....
.............................................................

terima kasih

Rabu, 25 Ogos 2010

kalau dah terdesak tu....

عن أبي مسعود عقبة بن عمرو الأنصاري البدري رضي الله عن
ه قال :
قال رسول الله صلى الله عليه وآله وسلم :
إن مما أدرك الناس من كلام النبوة الأولي إذا لم تستح فاصنع ما شئت
3224 رواه البخاري في أحاديث الأنبياء

Dari Abi Mas'ud 'Uqbah bin 'Amru al-Anshari al-Badri ( r.a) katanya : Rasulullah sallallahu alaihi wa aalihi wa sallam bersabda : bahawasanya setengah yang didapati manusia dari perkataan nabi yang terdahulu ialah apabila engkau tidak malu maka kerjakanlah apa yang engkau kehendaki.
diriwayatkan oleh al-Bukhari ( 3224)
sila rujuk hadith 40 an-nawawi ,hadith yang ke 20

Makna hadith nabawi ini ikut faham mudah kita ; kalau mike dah tak dak rase malu tu nak buat ape pun lantak ke mike lah..suke hati mike la nak cakap apa. lihat sini

Alhamdulillah puak parti sana masih mahu memastikan kesucian agama Islam dan masjid tidak dicemari oleh pihak-pihak tidak bertanggungjawab.

Terima kasihlah sebab mereka dalam isu ini terlalu mahu "memastikan kesucian agama" sangat.Terharu benarlah kita yang masih hijau dalam agama ini.

Tapi harap-harap dacing yang diguna untuk menimbang tak lah senget sebelah. Kalau doa untuk seorang penganut budhaa dapat hidayah tak boleh, haram "jaddah" hukumnya, tapi doa biar seorang penganut hindu "berjaya di dunia" boleh pula ye.Siap bersolat hajat sambil baca yasin lagi mike ye. Sunat muakkadah kot hukumnya kalau ikut timbang dacing mike.




Sebut pasal "permainan letak hukum" ni, masa tadarus lepas terawih hari tu, ada lalu kat ayat 8 surah al-Maidah, bunyinya begini

يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ كُونُواْ قَوَّٲمِينَ لِلَّهِ شُہَدَآءَ بِٱلۡقِسۡطِ‌ۖ وَلَا يَجۡرِمَنَّڪُمۡ شَنَـَٔانُ قَوۡمٍ عَلَىٰٓ أَلَّا تَعۡدِلُواْ‌ۚ ٱعۡدِلُواْ هُوَ أَقۡرَبُ لِلتَّقۡوَىٰ‌ۖ وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَ‌ۚ إِنَّ ٱللَّهَ خَبِيرُۢ بِمَا تَعۡمَلُونَ
maksudnya : Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan.

Berlaku adil la yob. Kita berpuasa pun sebab nak jadi orang bertakwa kan...

يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ كُتِبَ عَلَيۡڪُمُ ٱلصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى ٱلَّذِينَ مِن قَبۡلِڪُمۡ لَعَلَّكُمۡ تَتَّقُونَ


maksudnya : Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.
[183]


Kalau ini pun tak mampu nak praktik, sia-sia la puasa kita yob. Tak bertakwalah kita.

Kalaulah dimakbulkan Allah doa khatib tu, dalam bulan Ramadhan yang berkat lagi, dapat hidayah orang yang didoakan untuk masuk Islam, tak ke bertambah seorang lagi saudara seislam kita. Kan umat Islam ini bersaudara. Bangga kita sebagai umat Islam ( tak kira la dok belah mana, dok cerok mana ) mempunyai seorang ketua menteri berbangsa cina beragama Islam. Tak kan sebab dia ni seorang cina berparti DAP bukan MCA atau GERAKAN maka dia tak dialu-alukan di dalam agama Allah ni? Mike ni mempergunakan parti untuk berjuang demi Islam atau mempergunakan Islam demi memperjuangkan kepentingan parti? Lepas ni kita sama-sama berdoa agar pemimpin-pemimpin MCA dan MIC supaya mendapat hidayah Allah. Pemimpin umno pun boleh juga kita doakan sekali, terutama sekali PM kita Datin Seri Rosmah Mansor dan suaminya. Nak tak Tok Menteri Pertahanan Malaysia ? kat mana pun kami sanggup jadi makmum nak aminkan doa tu.

Soalan fiqh :
Apa hukum doakan orang bukan Islam mendapat hidayah? adakah masa atau tempat terlarang untuk kita berdoa ataupun masa atau tertentu yang mana kita terikat dengan sesuatu doa? dan apa pula hukumnya baca al-quran dan solat hajat meminta kemenangan orang bukan islam ?

Ustaz atau mufti mana nak tolong jawabkan ni??????

rujuk sini dan sini untuk jawapan.

Semoga Allah Subhanahu wa Ta'ala memberikan hidayah untuk hamba-Nya ini ke jalan yang diredhai-Nya. Ameen :




Isnin, 16 Ogos 2010

وَإِذَا الْمَوْءُودَةُ سُئِلَتْ* بِأَيِّ ذَنْبٍ قُتِلَتْ

وَإِذَا الْمَوْءُودَةُ سُئِلَتْ* بِأَيِّ ذَنْبٍ قُتِلَتْ
رقم 8/ 9 سورة التكوير

Dan apabila anak perempuan yang ditanam hidup-hidup: ditanya, -
[9]
Dengan dosa apakah ia dibunuh?
[10]
-surah at takwir


فصل في تفسير قوله تعالى وإذا الموؤودة سئلت بأي ذنب قتلت

وقال شيخ الإسلاَم رَحِمهُ الله:

قوله: { وَإِذَا الْمَوْؤُودَةُ سُئِلَتْ بِأَيِّ ذَنبٍ قُتِلَتْ }، دليل علي أنه لا يجوز قتل النفس إلا بذنب منها، فلا يجوز قتل الصبي والمجنون؛ لأن القلم مرفوع عنهما، فلا ذنب لهما، وهذه العلة لا ينبغي أن يشك فيها في النهي عن قتل صبيان أهل الحرب، وأما العلة المشتركة بينهم وبين النساء فكونهم ليسوا من أهل القتال علي الصحيح الذي هو قول الجمهور، أو كونهم يصيرون للمسلمين.

فأما التعليل بهذا وحده في الصبي فلا، والآية تقتضي ذم قتل كل من لا ذنب له من صغير وكبير، وسؤالها توبيخ قاتلها

مجموع فتاوى ابن تيمية – التفسير

Sheikh Islam Ibn Taimiyyah ( rahimahullah) berkata dalam majmu' fatawa :

Firman Allah Taala ( dan apabila anak perempuan yang ditanam hidup-hidup ditanya#dengan dosa apakah ia dibunuh ? ) adalah menjadi satu dalil bahawa tidak harus ( haram) membunuh mana-mana jiwa melainkan dengan dosa yang dilakukan oleh jiwa tersebut.Dan 'illah ini ( sebab;haramnya membunuh mana-mana jiwa ) tak seharusnya diragui sebagai satu tegahan daripada membunuh kanak-kanak ahli harb ( musuh) . Manakala 'illah yang berkongsi antara mereka dan golongan wanita adalah keadaan mereka yang bukan terdiri daripada orang-orang yang layak berperang di atas pendapat yang sahih yang merupakan qaul jumhur, ataupun keadaan mereka yang menjadi milik orang-orang islam.
Adapun meletakkan illah pada kanak-kanak sahaja maka tidak, sedangkan ayat al Quran tersebut menuntut kepada celaan pembunuhan setiap yang tidak berdosa kecil atau besar, dan soalan yang diajukan kepadanya
sebagai tempelak kepada yang membunuhnya...
...........................................

Kemodenan apa yang dibanggakan sedangkan sikap masih seburuk manusia jahiliyyah.Takutlah bala Allah yang menimpa bukan hanya kepada si pembuat dosa sahaja ( nau'zu billah min zalik).Kembalilah kepada Islam. Hanya Islam sahaja jalan penyelesaian....


video



Buang bayi: Antara musim mengawan dan menetas
http://episodeperjuangan.blogspot.com/

Iklim sosial negara kita kian teruk dan parah . Nilai maruah dan harga diri telah turun semurah sekeping kad prepaid .

Jika seketika dulu dunia dikejutkan oleh tindakan Natalie Dylan dari San Diego USA [ 22 tahun ] melelong daranya dan dibida oleh seorang lelaki Britain dengan harga 2.5 juta pound [ RM 13 juta ] , kemudian Miss Spring [ 17 tahun ] melelong daranya turun pada bidaan serendah RM 1 juta dan Alina Persia [ 18 tahun ] pula menerima bidaan 10 Ribu euro apabila beliau turut melelong daranya .

Tetapi anak - anak gadis Malaysia ada yang melelong daranya dengan mee goreng sepinggan dan kad prepaid sekeping . Demikianlah harga maruah yang semakin susut malah hancur dan binasa .

Apabila maruah dan harga diri boleh dilelong dan digadai semurah itu , apalagi nilai yang ada pada manusia seperti itu untuk dipertahankan . Mereka akhirnya menjadi hamba nafsu yang tidak lagi mengenal syurga dan neraka atau dosa dan pahala . Hidup mereka hanya diabadikan kepada perut dan apa yang berada dibawah perut . Rosak nilai , hancur maruah dan binasa tamadun .

Akhir - akhir ini , negara kita semakin menggerunkan . Sungguh menakutkan apabila statistik jenayah rogol , zina dan buang bayi ini semakin berleluasa seperti tidak menunjukkan tempoh tamatnya. Bermula dengan pergaulan bebas , pil ectasy , dadah , arak , pusat pelacuran , filem porno , laman lucah dan sebagainya sehinggalah sekatan ke atas majlis agama , sekolah agama rakyat [ SAR ] , mengurangkan sukatan pengajian Islam di pusat pengajian tinggi , mengambil tindakan ke atas khatib yang tidak bertauliah telah menyuburkan mungkar dan maksiat yang sedang berleluasa ini .


Saya memerhatikan sejak kebelakangan ini untuk tempoh beberapa tahun seperti menunjukkan satu trend bahawa bulan Julai , August dan Sept adalah bulan yang cukup banyak kes buang bayi dilaporkan dan ditemui . Jika bulan julai , august dan september ini bulan menetas ertinya bulan december sebelumnya adalah musim mengawan . Dalam bahasa mudah , jika bulan julai , august dan september ini adalah bulan buang bayi ertinya bulan december sebelumnya adalah bulan berzina . [ sebab tidak mungkin berzina bulan ini , bulan depan buang bayi ]

Bulan December adalah bulan terakhir bagi setiap tahun menurut kalendar masihi . Biasanya di negara kita akan menyambut kedatangan tahun baru detik 12.00 am 1 january dan sambutan itu akan rayakan dengan pesta - pestaan , konsert hiburan , tari menari sedari awal malam sehingga ke awal pagi esoknya . Tentunya pula pesta - pesta itu akan diserikan lagi dengan arak , pil ectasy , pil kuda dan pelbagai bahan khayal untuk membekalkan tenaga kepada melakukan maksiat semaksima mungkin .

Pengalaman saya meronda bersama dengan skuad Dewan Pemuda PAS Pusat dan negeri - negeri jelas menunjukkan bahawa malam sambutan tahun baru inilah menjadi musim mengawan beramai - ramai atau besar - besaran pasangan - pasangan yang tidak mengenal lagi batas dosa dan pahala . Sebahagian besar mereka adalah remaja atau anak - anak yang mengawan semahunya memuaskan nafsu liar mereka . Akhirnya 7 atau 8 atau 9 bulan kemudian tibalah masa menetas . Kini kita boleh saksikan bagaimana pesta menetas pula di dada - dada akhbar yang saya yakin akan berkurang sedikit selepas september nanti .

SANDAKAN [ 3 Julai 2010 ] Mayat seorang bayi perempuan ditemui di tapak pelupusan sampah di Batu 8 Jalan Fook Kim . Sandakan Sabah .

JOHOR BHARU [ 12 Julai 2010 ] Mayat bayi lelaki yang disimpan di dalam sebuah beg plastik di kawasan semak ditemui oleh orang awam yang melalui kawasan itu . Johor Bharu .

JOHOR BHARU [ 22 Julai 2010 ] seorang bayi perempuan ditinggalkan dalam sebuah beg berhampiran hentian bas dekat Hospital Sultan Ismail sebelum ditemui seorang pekerja kilang wanita yang sedang menunggu bas di tepi jalan pesiaran Mutiara Emas yang mengesyaki sesuatu apabila melihat sebuah beg bergerak - gerak .

KUALA LUMPUR [ 24 Julai 2010] Mayat bayi perempuan baru lahir yang dibungkus dalam beg plastik ditemui bersama longgokan sampah di Flat Sri KelantanBandar Baru Sentul. Mayat yang masih bertali pusat dan diselimuti dengan kain batik itu ditemui dalam tong sampah oleh pengutip barangan lusuh ketika menggeledah tong sampah di flat itu .

NIBONG TEBAL [ 31 Julai 2010 ] Seorang bayi perempuan yang masih hidup ditinggalkan berbalut dengan plastik dan kertas surat khabar di kaki lima sebuah bangunan kedai di taman Cegar Simpang Ampat .

KUALA LUMPUR [ 6 August 2010 ] seorang bayi perempuan yang baru dilahirkan ditinggalkan dalam sebuah lubang paip dalam longkang berhampiran sebuah stesen minyak di Klang Gate.

GEORGE TOWN [ 9 August 2010 ] Janin bayi lelaki dipercayai digugurkan ditemui seorang lelaki pemungut tin kosong dalam tong sampah di Pasar Borong Pulau Mutiara Jalan Makloom.

TAMPIN [ 10August 2010 ] Tidak sampai 4 jam selepas dilahirkan , seorang bayi perempuan terpaksa menahan sejuk lapar sambil menangis akibat ditinggalkan dihadapan sebuah rumah di Air Kuning Selatan dekat Gemencheh .

TANAH MERAH [ 12 August 2010 ] Bayi perempuan masih bertali pusat dipercayai dibuang sejak seminggu lalu ditemui seorang murid di dalam lubang kumbahan najis di belakang asrama sebuah kolej di bandar Bukit Bunga .

MELAKA [ 12 August 2010 ] Bayi baru dilahirkan dan masih hidup ditemui dalam tong sampah berdekatan pondok kawalan sebuah kilang plastik di Ayer keroh . Bayi perempuan yang masih bertali pusat itu dimasukkan dalam sebuah beg pakaian berwarna hitam sebelum dibuang ke dalam tong sampah.

KELANTAN , MELAKA DAN KUALA LUMPUR [13 August 2010 ] 3 kes lagi pembuangan bayi telah dilaporkan dalam tempoh 24 jam di kelantan , Melaka dan Kuala Lumpur .

PETALING JAYA [ 15 August 2010 ]- Meskipun kerajaan telah mengumumkan akan bertindak tegas terhadap pesalah kes buang bayi, ia masih gagal memberi kesedaran malah perbuatan itu berlaku lagi. Kali ini, mayat seorang bayi perempuan ditemui dalam sebuah beg sandang yang tersangkut di tebing Sungai Tambun, Kota Damansara di sini hari ini.

Insyaallah Dewan Pemuda PAS Pusat akan mengadakan satu Sidang Meja Bulat di Anjung Rahmat Gombak pada 22 hb August 2010 [ jam 2 pm hingga 5.30 pm ] bagi membincangkan isu Jenayah rogol , zina dan buang bayi serta jalan penyelesaiannya . Sidang meja bulat ini akan turut mengundang parti - parti politik , ngo - ngo dan tokoh - tokoh tertentu .

Ustaz Nasrudin Hassan at Tantawi,
Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat.

Sabtu, 14 Ogos 2010

رمضان كريم - كل عام و أنتم بخير

video

Selamat menunaikan ibadah di bulan "promosi" pahala. Moga beroleh "ganjaran lumayan"..

تقبّل الله صالح أعمالنا... أمين


بسم الله الرحمن الرحيم*

والضحى*
Demi waktu dhuha

والليل إذا سجى*
Dan malam apabila ia sunyi-sepi

ما ودعك ربك وما قلى*
(Bahawa) Tuhanmu (wahai Muhammad) tidak meninggalkanmu, dan Ia tidak benci (kepadamu, sebagaimana yang dituduh oleh kaum musyrik)

وللآخرة خير لك من الأولى*
Dan sesungguhnya kesudahan keaadaanmu adalah lebih baik bagimu daripada permulaannya

ولسوف يعطيك ربك فترضى*
Dan sesungguhnya Tuhanmu akan memberikanmu (kejayaan dan kebahagiaan di dunia dan di akhirat) sehingga engkau reda - berpuas hati.

ألم يجدك يتيماً فأوى*
Bukankah dia mendapati engkau yatim piatu, lalu la memberikan perlindungan?

ووجدك ضالاً فهدى*
Dan didapatiNya engkau mencari-cari (jalan yang benar), lalu Ia memberikan hidayah petunjuk (dengan wahyu - Al-Quran)?

ووجدك عائلاً فأغنى*
Dan didapatiNya engkau miskin, lalu Ia memberikan kekayaan?

فأما اليتيم فلا تقهر*
Oleh itu, adapun anak yatim maka janganlah engkau berlaku kasar terhadapnya,

وأما السائل فلا تنهر*
Adapun orang yang meminta (bantuan pimpinan) maka janganlah engkau tengking herdik;

وأما بنعمة ربك فحدث
Adapun nikmat Tuhanmu, maka hendaklah engkau sebut-sebutkan (dan zahirkan) sebagai bersyukur kepadaNya.

....................................................................................................................

"Bahasa Terindah"

Yang diucap dalam bahasa terindah.
jawapan yang bertanya didengar nabi.
antara kagum dan khusuk setiap ayatnya.

lereng gunung menjadi amat sunyi.
suara saja tegas bergema.
disampai arah berkias maksud serentak,
tapi jelas intinya.

tidak sedetikpun Allah menghindar.
atau mencemuh nabi disisi segala didoa.
dipenuhi segala yang dipinta tulus dan,
penuh baraqah.

yatim ia tak berlindung,
tidakkah tersedia juga bumbung baginya.

awal begitu bergantung,
kini tidakkah merdeka,
bebas hidupnya.


lirik: Dato' A Samad Said
lagu: Ramli Sarip

Isnin, 2 Ogos 2010




Keterangan gambar:



0197 - Gambar sekatan oleh FRU di salah satu persimpangan masuk ke jalan berhampiran tapak program Himpunan Warga Felcra Kebangsaan (HWFK) di Changkat Lada, Pasir Salak.




0196 - Sebahagian daripada 80 peserta program HWFK dari Parlimen Lenggong terpaksa berjalan kaki kira-kira 100 meter apabila bas tidak dibenarkan masuk ke jalan depan tapak program.



0179 - Sebahagian peserta HWFK pada majlis perasmian oleh Mohammad Nizar.
0182 - Mohammad Nizar lancarkan risalah bertajuk Felda Bankrap? selepas merasmikan program HWFK.
0187 - Zaid Ibrahim (kiri sekali) hadir sebentar pada program itu.

Tahan - ada gambar.
Oleh Mohd Syamil Azhar.

PASIR SALAK: Program Himpunan Warga Felcra Kebangsaan (HWFK) kali pertama di Changkat Lada dekat sini, menyaksikan 16 anggota Unit Amal Malaysia (UAM) dan petugas program ditahan polis kerana dikatakan menghalang tugas pasukan keselamatan.
Pengarah program, Haji Razman Zakaria, berkata 13 daripada mereka dibebaskan jam 1 pagi tadi selepas soal siasat di Balai Polis Kampung Gajah sejak lewat petang semalam, manakala bakinya ditahan reman 4 hari sehingga 5 Ogos setelah dibawa ke Mahkamah Batu Gajah.
Katanya, mereka ditahan kerana menggunakan lambang PAS, baju T bertulis HWFK serta baju-baju lain yang ada lambang PAS apabila puluhan FRU mengadakan beberapa sekatan jalan raya di beberapa jalan masuk ke program anjuran Lajnah Tanah dan pembangunan Wilayah itu.
"Selain kesalahan berkaitan lambang-lambang PAS, mereka juga dikatakan menghalang tugas pihak berkuasa keselamatan.
"Saya dan beberapa sahabat telah pergi ke Balai Polis Kampung Gajah lewat petang semalam dan 13 daripada mereka dibebaskan jam 1 pagi tadi (Isnin 2 Ogos), kecuali tiga lang lain," katanya.
Razman berkata, tiga daripada mereka dibawa ke Mahkamah Batu Gajah pagi ini (Isnin) dan mereka ditahan reman selama 4 hari hingga 5 Ogos.
Sementara itu, katanya program HWFK buat julung-julung kalinya itu dianggap berjaya walaupun dihalang pihak berkuasa dengan mengarahkan puluhan FRU membuat sekatan jalan raya.
Kehadiran pada malam terakhir berkali-kali ganda lebih ramai berbanding malam pertama, walaupun ceramah perdana oleh Presiden PAS, Tuan Guru Datuk Seri Abdul Hadi Awang terpaksa dibatalkan kerana tidak mahu berlaku kekecohan, katanya.
Katanya, tayangan cd debat di Kelantan membabitkan Bekas Mufti Perlis, Dr Asri Zainul Abidin dijadikan pengisian untuk tidak menghampakan hampir 4,000 yang hadir tanpa menghirau amaran FRU.
"Walaupun diadakan beberapa sekatan jalan raya oleh puluhan anggota FRU, kesemuanya tidak menghalang orang ramai ramai daripada hasrat untuk mendengar maklumat terkini melalui ceramah perdana membabitkan pimpinan tertinggi PAS dan Pakatan Rakyat," katanya.
Beliau yang juga Yang DiPertua PAS Lenggong, berkata program HWFK dianggap berjaya kerana kedua-dua kertas kerja berjaya dibentangkan dengan kehadiran yang memberangsangkan.
Katanya, sambutan hangat daripada peserta-peserta terbukti apabila banyak soalan mengenai masalah tanah, dividen dan lain-lain berkaitan Felcra dikemukakan dan dijawab oleh pembentang kertas kerja.

Tamat.