PARTI ISLAM SEMALAYSIA

PARTI ISLAM SEMALAYSIA
PAS KAWASAN LENGGONG

Selasa, 23 Oktober 2012

Borang kaji selidik yang akan membuatkan Najib terkencing bila melihatnya.. tengokle..


Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) atau nama asalnya Balai Pustaka ialah sebuah jabatan kerajaan yang ditubuhkan pada 22 Jun 1956 untuk menggerak dan memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi dan bahasa ilmu.

Matlamat penubuhan Dewan Bahasa dan Pustaka yang tercatat dalam Akta DBP (semakan tahun 1978, pindaan dan peluasan 1995) adalah:

• Untuk membina dan memperkaya bahasa kebangsaan (bahasa Melayu) dalam semua bidang termasuk sains dan teknologi; 
• Untuk memperkembangkan bakat sastera, khususnya dalam bahasa kebangsaan;
• Untuk mencetak atau menerbitkan atau membantu dalam percetakan atau penerbitan buku-buku, majalah-majalah, risalah-risalah dan lain-lain bentuk kesusasteraan dalam bahasa kebangsaan dan dalam bahasa-bahasa lain;
• Untuk membakukan ejaan dan sebutan, dan membentuk istilah-istilah yang sesuai dalam bahasa kebangsaan;
• Untuk menggalakkan penggunaan bahasa kebangsaan yang betul;
• Untuk menggalakkan penggunaan bahasa kebangsaan supaya ia akan digunakan secara meluas bagi segala maksud mengikut undang-undang yang sedang berkuat kuasa.

Tak ada satu pun dari matlamat penubuhannya itu menyatakan bahawa Dewan Bahasa dan Pustaka juga perlu memainkan peranan untuk menghadapi Pilihanraya.

Tapi untuk PRU13 ini Dewan Bahasa dan Pustaka juga menjalankan analisa pola pengundian Pra Pilihanraya Umum ke 13 dengan mengedarkan borang soal selidik..


Kalau diserahkan borang kaji selidik dengan majoriti jawapan macam dalam gambar di atas.. mahu terkencing Najib bila melihatnya...

Tak puas hati lagi agaknya Najib dengan survey yang dibuat oleh PDRM, MI , KDN dan UMNO sendiri agaknya…

Sumber gambar datangnya dari Zunar.. alaaa.. Zunar Kartunis tu..

Dalang pertemuan Najib dan Soros terdedah!!


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengadakan pertemuan peribadi dengan jutawan George Soros,individu yang dilihat oleh penyokong setia Umno sebagai musuh nombor satu di New York dua tahun lalu.

Pertemuan tersebut yang mula-mula didedahkan oleh ahli parlimen Subang, R Sivarasa semasa berdebat dengan Ketua Penerangan PERKASA, Ruslan Kassim berlangsung di sebuah hotel mewah,Hotel Plaza di Manhattan.

Pertemuan perdana menteri dengan Soros, yang dituduh membiayai NGO Malaysia untuk perubahan rejim, berlaku pada 27 September 2010. Dipercayai sekurang-kurangnya seorang pemimpin tinggi Umno hadir di pertemuan tersebut.

Dan salah-seorang pemimpin tertinggi Umno berkenaan adalah merupakan Penasihat Utama Najib iaitu Datuk Seri Dr. Jamaluddin Mohd Jarjis, Ahli Parlimen Rompin.

BIODATA

~Berasal dari Rompin, Pahang. Beliau dilahirkan pada 25 Mei 1951 di Pekan, Pahang.

~Pernah menjadi pensyarah Universiti Teknologi Malaysia pada tahun 1974 Tahun 1984 meletakkan jawatan untuk memberi tumpuan kepada perkhidmatan perundingan kejuruteraan melalui syarikat yang diasaskannya secara bersama, J & A Associates.

~Menjadi pengerusi Tenaga NasionaL Bhd antara Ogos 2000 - 2002

~ Dilantik sebagai Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi 2004 – 2008

~ Menteri Kewangan Kedua pada 21 November 2002

~ Pada 2009 beliau dilantik menjadi Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat menggantikan Datuk Rajmah Hussain.


JJ didakwa oleh banyak pihak telah mengaturkan satu pertemuan antara PM Najib Razak dan Yahudi penyangak mata wang George Soros di Hotel Plaza, Manhattan, New York pada 27 September 2010.

Sumber mendedahkan seorang pemimpin tinggi Umno menyertai Najib dalam pertemuan itu. JJ merupakan orang paling disyaki menemani Najib kerana beliau adalah penasihat Najib dan Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat ketika itu.

Pertemuan Najib - Soros didakwa sesetengah pihak bagi mendapatkan dana dari organisasi Yahudi.

Pertemuan tersebut tidak mustahil dirancang oleh JJ berikutan rekodnya sebelum itu menjadi orang tengah pembayaran jutaan ringgit kepada pelobi Jack Abrahamof bertujuan melobi Dr Mahathir menemui Presiden George W Bush di White House.

Guna pelobi Yahudi 


JJ turut dikaitkan di dalam skandal Jack A. Abramoff. Abramoff adalah pelobi parti Republikan yang terlibat di dalam skandal “cash for access”

Sebuah pertubuhan Malaysia - US Exchange Association yang diketuai oleh Tan Sri Megat Junid serta JJ dikatakan telah membayar AS$1.2 juta atau RM3.8 juta untuk mengatur pertemuan Dr Mahathir dengan Presiden George W Bush pada tahun 2002 .

Pada tahun 2006, Dr Mahathir mengaku bahawa wang telah dibayar kepada Abramoff untuk mengatur pertemuan.

Skandal itu menjadi buah mulut pelbagai pihak, Mahathir menggunakan wang rakyat semata-mata untuk bertemu Bush tidak sampai sejam

JJ raba punggung wanita 

Peristiwa berlaku di Kelab Havana hotel Maridien, di KL Sentral ketika seorang pelayan wanita sedang menyediakan minuman keras untuk Jamaludin Jarjis (JJ).

Dalam keadaan mabuk JJmemegang tangan gadis itu Gadis itu memarahinya.

Kemudian JJ didakwa mengekorinya dari belakang dan meraba punggung pelayan itu Gadis tersebut membuat laporan polis pada 19 April 2008. D

alam sidang Dewan Rakyat pada 2010, Ahli Parlimen Bukit Gelugur, Karpal Singh menyoal mengapakah Peguam Negara tidak mendakwa JJ di mahkamah.

Kata Karpal, kalau gadis itu membuat laporan palsu maka beliau boleh didakwa kerana laporan yang tidak benar.

Sehingga hari ini kedua-dua mereka tidak pernah dibicarakan.

Elaun tertinggi 

Jamaludin Jarjis disenarai sebagai Ahli Parlimen yang menerima elaun paling tinggi sebanyak RM27,227.20 sebulan, atau RM326,726.40 setahun. Beliau juga menjadi pengerusi beberapa GLC dan mendapat bayaran lumayan.

JJ keluarkan lesen judi


JJ ketika menjadi Menteri Kewangan II pada 2002 didakwa telah meluluskan lesen judi kepada kroni Dr Mahathir, Vincent Tan.

Lesen tersebut untuk operasi di casino Bukit Tinggi, Pahang yang dimiliki Vincent.

Didakwa terdapat sekitar 2,000 buah mesin, seperti jack pot, baccarat dan roulette yang beroperasi di bawah lesen itu.

Anak JJ dapat projek RM280 juta 

Anak JJ, Ikhwan Hafiz Jamaluddin, 25 tahun, didakwa mendapat projek sistem kawalan trafik udara yang baru.

Carian Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), tertera nama Ikhwan Hafiz Jamaluddin sebagai Pengarah Tirai Variasi Sdn Bhd.

Tirai Variasi pemegang saham utama Advanced Air Traffic System (M) Sdn Bhd (AATS) yang dianugerahkan kontrak bernilai RM280 juta.

Sistem radar di Pusat Kawalan Trafik Udara Subang yang dikawalselia AATS gagal berfungsi pada 12 September 2012.

Fungsi radar dan radio tergendala menyebabkan semua penerbangan tergendala.

JJ tak layak ketuai TNB 

Beliau pernah mempunyai syarikat EPE Power Corporation Sdn Bhd yang terlibat di dalam bidang elektrik dan merupakan kontraktor kepada TNB.

EPE Power kemudiannya disenaraikan di papan kedua KLSE.

Bagaimanapun ia jatuh merudum dan disenaraikan sebagai syarikat PN4 (syarikat gagal penuhi syarat kewangan untuk terus didagangkan)

Tetapi kerana hubungan baik dengan pemimpin tinggi Umno beliau tetap dilantik sebagai Pengerusi TNB!

Beliau dikatakan sering menunggang kuda bersama PM Dr Mahathir ketika itu.

Sebab hobi yang sama itu juga Dr Mahathir melantiknya sebagai Menteri Kewangan II ketika Mahathir menjadi Menteri Kewangan I.

TNB pakai arang baru

TNB menggunakan gas asli menjana elektrik. Ketika itu 70 % penjanaan tenaga elektrik menggunakan gas asli.

JJ memperkenal loji arang batu ketika jadi pengerusi TNB.

TNB bukan sahaja membeli arang batu dari Australia dan Indonesia, tetapi di bawah JJ, membeli lombong arang batu di Kalimantan, Indonesia pada 2001 dari Dynamic Acres Sdn Bhd dengan harga AS$85 juta.

Pada tahun 2006, TNB menjual lombong itu pada harga AS$19 juta.

Rugi AS$66 juta Di bawah JJ juga, TNB disaman oleh bank UBS Warburg pada 2002 kerana melanggar kontrak berhubung urusniaga bon.

TNB menyelesaikan kes itu di luar mahkamah tetapi tidak menyatakan jumlah yang dibayar kepada UBS Warburg.

Sumber dari sini ( Marhaen )

Kroni Dan Keluarga Pemimpin BN Berhutang Bank RM210 Bilion.. Ini Buktinya

KUALA LUMPUR 23 Oktober: Kroni dan keluarga pemimpin Umno BN paling banyak berhutang iaitu RM210.5 bilion (b) atau 19.5 peratus dari jumlah keseluruhan pinjaman dalam sistem perbankan negara.Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, 12 peminjam terbesar perbankan negara, tidak termasuk Petronas antaranya,  UEM Khazanah (RM23b), Tenaga Khazanah (RM19b), Axiata Khazanah (RM12b), Plus Khazanah (RM12b) dan IHH Healthcare Khazanah (RM13b).

"Manakala enam kumpulan bukan GLC (agensi kerajaan) iaitu YTL – Tan Sri Francis Yeoh, Syed Mokhtar, Ananda Krishnan, mendiang Lim Goh Tong, Vincent Tan dan William Cheng terdedah kepada pinjaman berjumlah RM134.84 bilion dan membentuk 10 peratus daripada keseluruhan jumlah pinjaman dalam sistem tersebut,” katanya.“Bukankah Bank Negara punyai garis panduan menghadkan pinjaman kepada sesebuah syarikat atau individu?

Apakah jumlah pinjaman ini mengikut garis panduan yang dibenar Bank Negara?” soal Ahli Parlimen Permatang Pauh itu dalam teks perbahasan beliau hari ini.Menurut laporan Pengurusan Pinjaman, Pasaran Kewangan dan Aktuari Kementerian Kewangan merekodkan pinjaman YTL sebanyak (RM53b), Kumpulan Syed Mokhtar (RM34b), Kumpulan TS Ananda Krishnan (RM18b), Genting (RM16b), Berjaya (RM8b) dan Lion Group (RM3.8b).

Tegas Anwar, negara tidak boleh membiar rakyat menanggung risiko ketika krisis ekonomi dan kewangan, sedangkan peminjam-peminjam terus menikmati kemewahan.“Sistem perbankan sudah banyak kali runtuh dan terpaksa diselamatkan kerajaan. Kita pernah mengalami ‘Skandal BMF’ yang membankrapkan Bank Bumiputra.“Kumpulan Carian dipunyai George Tan diberi pinjaman mencurigakan sebanyak RM2.5 bilion dan sistem kewangan runtuh pada 1998-99. Bank-bank terdedah kepada pinjaman yang dicagar dengan aset yang susut nilai akibat krisis kewangan Asia 1999.“Kerajaan kemudian terpaksa bail-out melalui Danamodal dan Danaharta dan penggabungan bank dalam negara,” jelas Anwar. ~kd

Lagi Petanda PRU13 Akan Diadakan Tahun Ini..

SHAH ALAM - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengalu-alukan ahli-ahli Parlimen khususnya pembangkang supaya dengan "serius menggunakan kesempatan pertemuan", yang akan diadakan selepas sambutan Aidiladha, bagi membincangkan apa saja perkara berbangkit mengenai sistem pilihan raya.Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar 
berkata, langkah diumumkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz semalam adalah perkembangan baik kerana membolehkan wakil rakyat Pakatan Rakyat (PR) bertemu dengan suruhanjaya itu.Difahamkan pertemuan itu akan diadakan di bangunan Parlimen.

Menurutnya, pertemuan SPR dengan parti politik salah satu program SPR untuk berbincang serta berinteraksi dengan ahli-ahli Parlimen yang mempunyai keraguan dan sebagainya.Tambahnya, "kita memang nak jumpa sangat dengan semua pemimpin politik yang menjadi ahli Parlimen, mereka selalu mempertikaikan kita di belakang."

"Jangan jadikan persidangan Parlimen sebagai platform untuk meluahkan perasaan tak puas hati dan sebagainya kepada SPR tapi apabila kita adakan perjumpaan tak mahu hadir," katanya kepada Sinar Harian Online, hari ini.

Mengulas lanjut, Wan Ahmad berkata, SPR akan bersedia pada bila-bila masa jika pihak Parlimen mengaturkan pertemuan dimaksudkan.Katanya, "SPR sentiasa bersedia untuk bertemu dengan ahli Parlimen, jika Nazri kata minggu depan kita ikutlah, tapi yang pasti kita akan buat dalam bulan November ini, selepas sambutan Hari Raya Haji."

"Lagi pun memang kita akan buat perjumpaan dengan mereka untuk urusan pilihan raya, seperti penggunaan dakwat kekal dan bersoal jawab dengan mereka," ulasnya lagi. ~sinar

Anwar Belasah Najib.. Apa Kata Najib?

WANGSA MAJU - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak penakut untuk menegur Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek yang menghina Islam, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Chua Soi Lek begitu biadap serang Islam (tetapi) Najib cuma duduk senyum sahaja, (malah) beliau langsung tak suarakan bantahan dalam ucapannya selepas itu,” kata Ketua Umum KEADILAN itu depan 3,500 rakyat pada Ceramah Perdana Demi Rakyat di tapak pasar malam Taman Melati, di sini malam tadi.

Soi Lek dalam ucapannya di Perhimpunan Agung MCA Ahad lalu menyatakan 1.2 juta rakyat akan hilang pekerjaan jika undang-undang Islam dilaksana.

Pemimpin MCA lain pula memfitnah Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat kononnya beliau menggalakkan wanita bukan Islam dirogol.

Anwar berkata, tindakan berkenaan menunjukkan kegagalan Umno menjelaskan kefahaman Islam terhadap parti komponen BN dan tiada kesefahaman sesama mereka.

Tambah Ketua Pembangkang itu, ia berbeza dengan pentadbiran Pakatan Rakyat yang sentiasa mengadakan perbincangan jika berlaku salah faham.

“Ketika DAP buat kenyataan (dan timbul salah faham), saya undang semua pemimpin Pakatan Rakyat dan kita bincang.

“Dari pukul 8 hingga 12 tengah malam, kita bincang di ibu pejabat PAS untuk selesaikan (masalah) dan keluarkan kenyataan bersama,” katanya.

Turut berucap Penyelaras KEADILAN Wangsa Maju, Dr Tan Kee Kwong; Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua; bekas Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Lajim Ukin; bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Fauzi Shaari dan artis tanah air yang juga Ketua Biro Kebudayaan dan Kesenian Majlis Pimpinan Wanita KEADILAN, Dayangku Intan.

Pemimpin Pakatan kecam MCA

Penghinaan MCA terhadap Islam turut mendapat pelbagai reaksi bantahan pimpinan Pakatan Rakyat.

Naib Presiden KEADILAN, Datuk Seri Chua Jui Meng membidas tindakan Soi Lek itu.

“Chua Soi Lek tidak patut hina agama lain. Lebih menghairankan Perdana Menteri langsung tidak tegur,” katanya ketika dihubungi.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Selambau, S Manikumar mengingatkan pemimpin BN supaya mendalami sesuatu isu sebelum buat kenyataan.

“Sebelum buat kenyataan, elok fahami dulu. Jangan hina kerana ia merupakan satu cabang undang-undang Islam,” tegasnya.

Timbalan Pengerusi DAP, Dr Tan Seng Giaw memberi amaran kepada BN agar tidak mencampuri agama lain dan menganggap perbuatan itu tidak wajar.

“Tidak patut pemimpin MCA hina agama lain. Jangan sibuk dengan urusan agama orang lain,” tempelaknya.

Ahli Jawatankuasa DAP, Datuk Teng Chang Kim kesal tindakan MCA, yang disifatkan beliau parti lama, tetapi tidak memahami Islam.

Main isu hudud politik sempit

Mengutuk sama kenyataan Soi Lek adalah Ketua Penerangan Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Lee Khai Loon.

Katanya, Soi Lek cuba mengalih perhatian rakyat daripada isu rasuah dengan memainkan isu hudud.

“Soi Lek banyak kali mempermainkan isu hudud demi politik sempit MCA tetapi memperlekehkan isu rasuah dan penyelewengan kerajaan Umno BN yang didedah dalam Laporan Ketua Audit Negara 2011,” katanya dalam kenyataan. ~kd

Ketua Menteri Bergelar Bilionaire Tapi Rakyat Masih Hidup Dalam Reban Ayam

Sekumpulan ibu-bapa etnik Penan sanggup tinggal dalam reban ayam terbengkalai bagi membolehkan anak-anak mereka bersekolah.

Keadaan menyayat hati itu berlaku apabila tiada sekolah rendah atau menengah didirikan berdekatan rumah panjang di kawasan pedalaman gunung-ganang di Murum, Belaga.

Ia memaksa Labang Paneh, 35, (kanan), berulang-alik ke Sungai Asap yang terletak sejauh dua jam setengah perjalanan untuk menyekolahkan anak-anaknya.

Perjalanan pergi balik hampir lima jam memaksa Labang mengubah gaya hidupnya daripada memburu haiwan hutan di Murum untuk makanan kepada membuat kerja rencam di Sungai Asap untuk menjana pendapatan.

Setiap hari apabila habis bekerja beliau akan menunggu lima anaknya di reban itu sehingga mereka selesai sesi persekolahan di SK Batu Keling dan SMK Bakun.

Kesungguhan beliau dan beberapa orang lagi ibu-bapa Penan akhirnya membuka hati pemilik reban untuk terus membenarkan mereka menetap di situ.

Menurut jurupandu yang menemani pasukan wartawan Malaysiakini, pemilik reban itu dipercayai adalah bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Belaga, Datuk Tajang Laing. "Bila SMK Bakun (dibina) kita minta tumpang sinilah walaupun sini reban ayam.

"Memang susah, jika biar anak kita sendiri sini memang tidak selesai juga."Kalau ibu bapa tidak di sini mereka tidak di sini," kata Paneh sambil menambah bahawa anak-anaknya kini hanya perlu berjalan kaki sejauh satu kilometer untuk ke sekolah.

Sehingga kini, rumah panjang itu hanya diubahsuai dengan sekatan papan lapis nipis untuk membezakan 22 pintu rumah dan memuatkan 106 orang.

Paling menyedihkan, lantai rumah itu diperbuat daripada kayu-kayu sebesar dua batang jari dan papan lapis yang memisahkan pintu rumah juga berlubang-lubang. "Ini reban ayam tapi kami tidak peduli apa-apa.

"Sepatutnya kami berterima kasih kepada Tuhan kerana memberi tempat tinggal seperti ini," katanya sambil menambah mereka mula menetap di situ bermula 6 Januari 2006.

Guru gereja sediakan pendidikan percuma

Sehari sebelumnya wartawan Malaysiakini berkesempatan melihat kanak-kanak rumah panjang Long Jaik belajar membaca dibimbing guru-guru sukarelawan dari gereja.

Guru-guru berkenaan seramai empat orang wanita datang sejauh dari pekan Sibu dan menghabiskan dua jam masa perjalanan untuk sampai ke rumah panjang itu.

Kelas yang berlangsung selama empat jam sehingga pukul 12 tengahari dibuat di ruang bersama rumah panjang.

Ia dimulakan dengan nyanyian lagu-lagu bahasa Melayu dan bahasa Inggeris dan berjaya menarik kira-kira seramai 15 orang kanak-kanak dari rumah panjang sebanyak 50 buah pintu.

Menariknya, ibu-bapa kanak-kanak berkenaan yang menemani anak-anak mereka turut kelihatan 'curi-curi' belajar dari bahagian belakang kelas sewaktu sesi berlangsung.

Menurut Laporan Penilaian Impak Sosial dan Persekitaran Projek Empangan Hidroelektrik, pada tahun 2009 hanya dua peratus daripada populasi Penan belajar di sekolah.
Jumlah itu adalah 33 daripada lebih 1500 orang etnik Penan. Ia terdiri daripada penduduk rumah panjang Long Wat yang berpindah ke Sungai Asap untuk meyekolahkan anak-anak mereka.

Jarak ke sekolah, kos pengangkutan dan kekurangan sokongan menidakkan 593 kanak-kanak Penan mendapat pendidikan sempurna, kata laporan itu. ~mkini

Lagi gambar di sini.

Setelah Menghina Islam, MCA Terima Habuan RM30 Juta Dari Najib..


Berbaloi juga nampaknya Presiden MCA, Chua Soi Lek dan kuncu-kuncunya mempermainkan hukum hudud dan memburuk-burukkan negara Islam yang mengamalkan hukum Hudud dalam Perhimpunan Agung MCA ke-59 baru-baru ini..

Ianya dimulakan oleh Presiden MCA itu sendiri kononnya berdasarkan SMS yang dia terima dia kata 1.2Juta rakyat negara ini akan kehilangan pekerjaan jika Hukum Hudud dilaksana.

Padahal perkara yang sama telah diucapkan oleh dia sendiri dalam satu forum bertajuk 'Hudud & Its Implications On Non-Muslim In Malaysia' di Wisma MCA pada 04 Disember 2011.

Video ucapannya sila lihat di ( SINI ).

Untuk menimbulkan persepsi yang lebih negatif terhadap Hudud Pengerusi Wanita MCA Kebangsaan Yu Chok Tow pula menyuarakan kebimbangan terhadap kemungkinan Hukum Hudud dilaksana.

Ini kerana menurutnya semua anggota parlimen yang beragama Islam, termasuk daripada Umno, terikat secara tanggungjawab untuk menyokong cadangan hudud PAS sekiranya Pakatan Rakyat menawan Putrajaya.

Seterusnya Chua Soi Lek menghina negara Islam yang mengamalkan Hukum Hudud pula.

Katanya lapan daripada 11 negara yang melaksanakan hudud dianggap sebagai antara negara paling korup, tidak stabil dan tidak selamat…

Hasilnya.. sebagi menghargai jasa-jasa mereka itu kepada UMNO dalam Perhimpunan Agung MCA ke-59 itu, Najib umumkan RM30 juta diperuntukkan bagi pembangunan Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan China (SMJKC) di negara ini.


Kalau bukan sebagai menghargai jasa-jasa pemimpin MCA yang menghina dan memperlekehkan Hukum Hudud bagi pihak UMNO itu kenapa perlu Najib umumkan pemberian peruntukan ini dalam Perhimpunan Agung MCA?

Sedangkan beliau baru saja membentangkan Belanjawan 2013, perkara yang melibatkan pelajaran ini sepatutnya dibentangnak dalam belanjawan. bukannya dalam perhimpunan MCA..

Dari RM30 Juta tu.. hanya berapa yang akan sampai ke Sekolah-sekolah Cina tu agaknya??

Ini laporannya..

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak mengumukan peruntukan sebanyak RM30 juta bagi pembangunan Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan China (SMJKC) di negara ini.

Ketika menyampaikan ucapan ketika merasmikan Perhimpunan Agung MCA pada Ahad, Najib berkata perkara tersebut telah dibincangkan bersama Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang juga Menteri Pelajaran telah bersetuju untuk memberikan geran bernilai RM30 juta kepada sekolah berkenaan.

Terdahulu dalam ucapan dasar Presidennya, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek meminta Perdana Menteri merayu agar Perdana Menteri memberi peruntukan kepada sekolah berkenaan, beliau berkata pada ketika ini tiada peruntukan yang diberikan kepada mereka.

"Terdapat 78 SMJKC dengan 125,000 pelajar. Mereka wajar diberikan peruntukan RM50 juta pada tahun hadapan," katanya. 

Tapi.. ada ke duit yang dijanjikan Najib tu? sebab A Kadir Jasin mantan Pengarang dari NST sendiri pun mempertikaikan langkah menabur duit oleh Najib ni sebab ini sememangnya boleh menjahanamkan ekonomi negara katanya.. ~a