PARTI ISLAM SEMALAYSIA

PARTI ISLAM SEMALAYSIA
PAS KAWASAN LENGGONG

Ahad, 30 Jun 2013

Gambar Terbaik Yang Tak Di Siarkan Media Pencacai Umno


Alhamdulillah.. hasil tarbiah berterusan dari Tok Guru. Sejuk hati Tok Guru tengok anok-anok Kelate gini...
Kemenangan Pasukan Bolasepak Negeri KELANTAN Menjuarai Piala FA Adalah Hadiah Buat;
1. Sultan Muhammad Ke-V
2, Perkahwinan Tengku Amalin
3. Menteri Besar Baru Kelantan, Ustaz Ahmad Yaakob
4. Persaraan TG Nik Aziz Nik Mat
5. Pengerusi KAFA, Tan Sri Annuar Musa
6. Penyokong Bolasepak Kelantan/Terengganu & Pahang

Gambar ~fb

Menteri Cakap.. Atas Faktor Keselamatan, Syarikat Pembekal Dakwat Kekal Perlu Di Rahsiakan

Kesediaan pembangkang untuk tidak memboikot majlis angkat sumpah di parlimen batu-baru ini adalah merupakan tindakan yang tepat. Barangkali satu kesilapan besar andainya pembangkang memboikotnya kerana di situlah ruang dan peluang untuk mendedah atau bertanyakan sesuatu isu-isu panas. 
Disedari atau tidak,, mahu atau tidak, kini hampir keseluruhan batang tubuh SPR tertelanjang dengan sendirinya. 
Tembelang mereka semakin jelas. Penipuan, keburukan dan kepincangan mereka dalam PRU 13 yang lalu semakin terserlah, walaupun belum seratus peratus! 
Sehubungan itu Pengerusi SPR dan Timbalannya wajib benar dikenakan tindakan dan meletak jawatan kerana kebodohan mereka dalam membuat beberapa keputusan penting. 
Mari kita lihat satu dari babak-babak penting yang berlaku di parlimen kelmarin. Apabila didesak oleh Pembangkang syarikat mana yang membekalkan dakwat yang kononnya berperisa makanan itu, ada menteri menjawab bahawa nama syarikat pembekal bahan tersebut tidak boleh didedahkan atas sebab-sebab keselamatan. 
Wow ! dasyat !...tak lojik langsung,, semakin lucu pula jadinya.. Selama ini pembelian senjata perang termasuk kapal selam pun tidak menjadi rahsia,, apa jadahnya pembekal dakwat (berperisa makanan) mahu dirahsiakan? 
Apa kena mengena dengan isu keselamatan? Keselamatan siapa yang mereka nak jaga? Ish, ish, ish !! Lagi banyak bercakap semakin jelas kebodohan pak-pak Menteri ni.

Khamis, 27 Jun 2013

Dakwat: Tadi kata tiada bahan kimia, sekarang ada

Hazayani Zakaria, 27 Jun 2013
KUALA LUMPUR: Jawapan bercanggah kerajaan termasuk Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengenai dakwat kekal yang digunakan pada Pilihan Raya Umum Ke-13 semakin menimbulkan keraguan banyak pihak.

Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr Mohd Hatta Md Ramli mempertikai jawapan berbeza menteri kepada wakil rakyat yang berbeza pada hari yang sama mengenai dakwat kekal.

Menurut beliau, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim semalam mendedahkan bahawa dakwat kekal yang digunakan hanya mengandungi pewarna makanan dan bukannya bahan kimia Silver Nitrate.

Namun pada hari yang sama, menteri memberi penjelasan berhubung peratusan Silver Nitrate yang terkandung dalam dakwat yang digunakan.

"Semalam kita dengar jawapan kepada Ahli Parlimen Segambut bahawa dakwat tidak ada bahan kimia tetapi mengandungi pewarna makanan.

"Hari yang sama SPR menjawab melalui menteri kepada saya atas soalan mengapa kandungan Silver Nitrate dalam dakwat kekal yang digunakan dalam Pilihan raya Umum ke-13 di bawah paras 1% sedangkan piawaian asal yang ditetapkan ialah 4%.

"Isunya, tadi menteri kata tiada bahan kimia sekarang ada bahan kimia pula, jawapan diberi pada hari yang sama kepada wakil rakyat yang berbeza," kata beliau pada sidang media di lobi parlimen hari ini.

Menjawab soalan beliau itu, menteri memaklumkan bahawa mengikut prosedur operasi standard (SOP) tidak menetapkan sebarang piawaian bagi peratus Silver Nitrate dalam dakwat kekal bagi digunakan dalam PRU13.

"Semakan SPR mendapati kandungan Silver Nitrate dalam dakwat kekal adalah berbeza-beza mengikut negara.

"Mengambil maklum akan pengalaman Kementerian Kesihatan yang menggunakan Silver Nitrate dalam rawatan untuk penyakit kulit tanpa memudaratkan pesakit ialah sebanyak 0.5 hingga satu peratus.

"Atas dasar mengutamakan kesihatan pengundi yang pertama kali menggnakan dakwat kekal, SPR mengambil pendekatan melalui prinsip penggunaan bahan kimia pada paras terendah seterusnya memutuskan kandungan Silver Nitrate satu peratus bagi penggunaan dakwat kekal dalam PRU yang lalu," kata menteri dalam jawapan bertulis kepada Hatta.

Hatta yang juga Ketua Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS juga berkata, dakwaan bahawa penggunaan Silver Nitrate boleh mengakibatkan penyakit sangat tidak masuk akal kerana pengundi hanya menggunakannya dalam kuantiti yang sedikit dan bukan digunakan setiap hari.

"Baru-baru ini SPR ada menyebut dalam temu bual di televisyen bahawa dakwat kekal ini yang mengandungi Silver Nitrate bahaya dan boleh menyebabkan kanser dan buah pinggang.

"Kalau kita guna secara berterusan dalam kuantiti yang banyak mungkinlah boleh sebabkan penyakit tapi kita mencalit sedikit sahaja atas kuku dan mengenai kulit lima tahun sekali.

"Jadi di mana logiknya bahaya dakwat kekal ini?" soalnya.

Prof. Agus Belasah Pak Menteri

Kelmarin saya tergamam apabila Menteri di JPM Menteri menyatakan di Dewan Rakyat tentang dakwat kekal mengandungi pewarna makanan yang dibenarkan. Tetapi kenyataan itu tidak mendesak saya untuk menulis biarpun saya janggal mendengarnya.

Anwar Dedah Pekung Umno BN Lagi.. Saksikanlah!!

KUALA LUMPUR, 27 JUN: Kerajaan meluluskan sukuk berjumlah RM580 juta kepada syarikat milik ahli perniagaan Syed Mokhtar Al-Bukhary, dedah Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Suruhanjaya Security (Security Council) mengambil langkah pertama, dua hari selepas pilihan raya iaitu meluluskkan sukuk RM580 juta kepada syarikat atas permohonan Tan Seri Syed Mokhtar,” kata Anwar.
Beliau berkata demikian ketika menyambung perbahasan menjunjung titah DYMM Yang Dipertuan Agong di Dewan Rakyat hari ini.
Namun, Anwar yang juga ahli parlimen Parmatang Pauh belum mendedahkan nama syarikat tersebut.
Tegas Anwar, tidak ada negara di dunia diberi kelulusan semudah itu kepada sebuah syarikat dan menguasai puluhan industri dan kepentingan strategik negara.
“Kalau ditegur, mereka (BN) bertanya, mengapa Permatang Pauh persoalkan anugerah kepada orang Melayu.
“Ini bukan isu orang Melayu, tetapi kerana ada unsur rasuah, penyelewengan dan penggondolan oleh syarikat kroni. Apakah ini sahaja Melayu yang dipelihara?, kata Anwar
Anwar turut mendedahkan kerajaan menganugerah lapangan minyak kepada tauke syarikat judi, Ananda Krishnan di Sarawak.
“Kelulusan kepada syarikat kroni ini diberi sejurus selepas pilihan raya umum ke-13,” kata Anwar merujuk laporan Sarawak Report.
Menurut Sarawak Report, syarikat milik Ananda Krishnan, iaitu Pexco, syarikat bahagian minyak dan gas telah memulakan penjelajahan mukabumi laut (seismic survey) mulai 4 Mei lalu dan akan diteruskan dalam tempoh 80 hari.
Eksplorasi lapangan minyak tersebut melibatkan kawasan seluas 25,000 kilometer persegi, menjadikan ia pemilikan terbesar lapangan miyak oleh sesebuah syarikat di Malaysia.

Gambar Menarik Yang Tidak Di Siarkan TV3, Utusan Dan Berita..

Jumaat, 21 Jun 2013

Terbaru.. Gambar Sekitar Black 505 Di Padang Merbok

Suasana pagi ini, peserta sudah mula sampai sekalipun acara bermula jam 2.00 petang. Menunjukkan rakyat begitu bersemangat tinggi untuk melawan penipuan yang berlaku di dalam pilihanraya yang lalu.
Berikut ialah dari lensa Telok Bakong yang menyiarkan gambar-gambar sekitar COUNTDOWN BLACK 505 22 JUN di KLSCAH malam tadi:

Final Countdown menuju #KL226 berlangsung di Dewan Perhimpunan Cina Selangor  antara mereka yang hadir seperti  Mat Sabu , Tian Chua, Tamrin Ghafar  serta ramai lagi



 Rakyat yang hadir ke dewan mendengar taklimat akhir menjelang himpunan #KL226   di Dewan Perhimpunan Cina Selangor
 Suasana di dalam dewan
 Skrin di pasang di luar dewan 
 Mat Sabu memberikan sedikit ucapan 
Suasana di Padang Merbok pada tengah malam, kelihatan ada yang sudah sampai awal-awal lagi


Berikut pula suasana pagi ini dari lensa Parlimen Kota Raja.



Khamis, 20 Jun 2013

MB Terengganu Mengamuk

KUALA TERENGGANU: Seperti yang dijangka, isu pembinaan Pasar Besar Kedai Payang yang baru benar-benar menghangatkan sidang Dewan Undangan Negeri (Dun) yang pertama kali diadakan selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).
Selepas usul berhubung isu tersebut ditolak Yang Dipertua Dewan Mohd Zubir Embong Selasa lalu, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi (PAS-Batu Buruk) mengambil peluang membangkitkannya sewaktu sesi penggulungan oleh Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said, petang semalam.
Ketika Ahmad menjelaskan isu tersebut, Syed Azman bangun meminta penjelasan berhubung pemberian projek bernilai RM400 juta itu kepada sebuah syarikat yang berpangkalan di Kuala Lumpur.
"Saya mohon penjelasan adakah benar projek ini diberikan kepada Syarikat Gabungan Granite yang dimiliki oleh Tan Sri Datuk Abu Sahid Muhamed, Lim Chiau Woei, Law Phooi Wong dan Chan Lai Choon.
"Pasar payang ini adalah persoalan warisan Negeri Terengganu. Bukan sahaja saya yang membuat bantahan tetapi Datuk Seri Menteri Besar perlu teliti pandangan ramai (dari) dalam negeri dan luar negeri dan seorang penulis prolifik Anak Terengganu, Awang Goneng menulis dengan jelas dalam akhbar New Straits Times, kalau nak bina hotel, bina di tempat lain," kata beliau ketika bangun mencelah.
Ahmad menafikan projek tersebut mendapat bantahan ramai sebaliknya mendakwa 'pihak-pihak tertentu' mempengaruhi peniaga Pasar Payang supaya membantah projek tersebut.
Beliau tidak menjawab dakwaan Syed Azman berhubung pemberian projek kepada bukan anak tempatan itu.
Tidak berpuas hati, Syed Azman bangun memohon penjelasan sekali lagi.
"Saya tanya soalan yang spesifik iaitu kepada syarikat mana projek ini diberikan. Kalau saya gunakan bahasa 'jawapan bodoh' tak kena dengan dewan tapi jawapan memang jawapan bodoh," katanya.
Ahmad kemudiannya melenting dan berkata 'dah soalan bodoh, jawapan biar bodohlah. Mung (awak) mahu apa lagi?'
"RM400 juta bukan kita beri projek ini kepada kontraktor tapi kepada pemaju yang majukan. PhD apa begini tak faham?" sanggahnya lagi.
Pertikaman lidah berlarutan beberapa minit dan turut disampuk beberapa wakil BN sehingga Mohd Zubir mengarahkan mereka diam dan bertenang.
"Kalau dikatakan panas dan sesak, kenapa tak diperbaiki pasar sedia ada? Kenapa perlu dibina pasar baru sekali dengan hotel dan apartmen?" soal Syed Azman lagi.
"Baik pulih tidak memberikan erti yang besar. Kerajaan bina pasar baru untuk memberikan yang terbaik kepada peniaga dan orang ramai," jawab Ahmad.

Cara Terbaik Tumbangkan Najib Dalam Masa Terdekat

Sama ada memang benar berlaku penyelewengan dan ketidak-adilan (melampau) dalam pilihan raya KE-13 lalu, hakikatnya parti UBN masih berkuasa dan Najib Razak masih menjadi perdana menteri. Dalam permainan politik yang berpaksikan kepada 4C (teori saya) sebagai rukunnya, penegakkan kebenaran dengan segala macam fakta 'akli' atau bayangan tidak merubahkan keadaan.Rakyat apa lagi rakyat berbangsa Melayu tidak mudah untuk digerakkan mengikut apa yang diagendakan.

Bukan mereka cerdik atau pintar tetapi begitulah sifat dan ciri-ciri yang ada kepada mereka, Bangsa Melayu adalah bangsa separuh masak - kebaratan pun tidak ketimurtengahan juga pun tidak. Sebahagian besar orang Melayu masih berfikir secara ortodoks.Puak pembangkang khasnya Anwar Ibrahim yang kagen dan kempunan hendak menjadi perdana menteri masih berusaha dengan cuba menafikan pilihan raya ke-13 tempoh hari.

Anwar yang boleh dipuji beliau tidak pernah berputuas asa dan boleh mengubah segala janji dan ikrar politiknya. Sebelum ini dia bermadah akan bersara dalam politik sekiranya Pakatan Rakyat tidak menang. Saya sudah menduga awal-awal kenyataan (janji) itu sebahagian sebagai gimik dan modal politiknya demi meraih simpati.Maka dicarilah satu dalih atau alasan untuk mengatakan Pakatan Rakyat menang bagi membolehkan beliau terus berada dalam gelanggang politik.

Maka angka 51% diambil untuk menghalalkan tindakan. Kononnya Pakatan Rakyat mendapat suara 51% undi popular berbanding dengan UBN yang mendapat 47%. Dengan figure-figure yang disihirkan itu maka halallah Anwar untuk memungkiri janji politiknya untuk bersara.Apapun kita ucapkan selamat kepada Anwar dan Pakatan Rakyat.

Memang mereka tidak akan berpuas hati selagi Najib tidak jatuh dan di kalangan mereka (Anwar) yang akan dinobatkan sebagai perdana menteri. Orang yang mengatakan politik Pakatan Rakyat, baik Anwar, Lim Kit Siang dan lain-lain sebagai gilakan kuasa, orang itulah yang sebanarnya 'sinting' kerana seakan tidak mahu memahami politik itu yang mahukan kuasa. 'Budak'lah orang yang bermain politik tetapi tidak mahukan kuasa

.Ayuh teruskan Anwar dengan cara anda. Selagi rakyat masih mempercayai degan cara anda, silakan. Cuma ingat sedikit sudah ada bidalan, sepandai-pandai tupai melopat akhirnya ke tanah juga. Setinggi mana bangar terbang akhirnya hinggap di belakang kerbau juga. Hidup ini asa lapan dimensi bukannya empat. Mungkin bidalan ini tidak tepat.

Apa yang hendak diceritakan, rakyat mempercayai kita hari ini esok dan lusa, tetapi bukan selamanya. Makanya tektik dan strategi kena tukar.Bagaimana pun di sini saya ada formul kecil bagaiman kalau hendak jatuhkan Najib sebagai perdana menteri tanpa menunggu pilihan raya umum ke-14. Formula ini saya tidak mengira UBN akan tumbang.

Tetapi khasnya untuk Najib semata-mata. Formula ini agak janggal dan tidak masuk akal. Namun kerana politik itu kadang kala di luar norma rentas pemikiran manusia, maka formula ini boleh dikira masih waras dalam kancah politik dan ia boleh dicuba.Untuk menggugurkan seseorang bukan semestinya menerusi pilihan raya umum.

Pilihan raya adalah cara formal yang yang ketat dengan syarat-syaratnya.Tetapi mereka juga boleh digugurkan secara lain. Kalau semua orang berfikir untuk jatuhkan Najib menerusi pilihan raya, maka pilihan raya ke-14 masih jauh. Masih ada empat tahun 10 bulan lagi. Dalam masa itu Najib boleh mempersiapkan dan memperkemaskan dirinya. Najib boleh berusaha untuk mengukuhkan kedudukannya. Belum tentu PRU-14 jalan mudah dan rapoh menjatuhkan Najib.Makanya masa itu jangan dinanti. Ambil peluang dan cari jalan pintas.

Bagaimana caranya? Umum tahun perhimpunan agung Umno akhir tahun ini melibatkan pemilihan pemimpin disemua peringkat termasuk untuk jawatan presiden Umno. Mereka yang ingin melihat Najib jatuh boleh gunakan kesempatan ini. Anwar yang beriya mahukan Najib tumbang jangan berfikir selepas Najib adalah beliau. Anwar harus rasional dan berfikiran terbuka dalam soal ini. Dalam konteks ini Anwar dan Pakatan Rakyat perlu berfikir untuk menumbangkan Najib.

Ini agendanya.Untuk ini Anwar dan Pakatan Rakyat perlu berusaha agar ada orang melawan Najib dalam perhimpunan itu kelak. Untuk Anwar berbuat demikian mustahil kerana beliau berada di luar Umno. Satu-satu orang yang layak dan sesuai untuk berdepan dengan Najib ialah Tengku Razaleigh Hamzah. Anwar dan Pakatan Rakyat boleh memberi sokongan kepada Tengku Razaleigh untuk berdepan dengan Najib. Dalam erti kata lain Anwar dan Pakatan Rakyat harus bersekongkol dengan Tengku Razaleigh.Mungkin ada yang mengatakan formula ini mustahil tidak masuk akal.

Saya ingatkan mereka yang berfikir separuh dari fikiran politik saya abaikan formula ini dan berhenti bercakap mengenainya. Memang ianya mustahil dan Anwar tidak dapat berbuat apa-apa. Anwar dan Pakatan Rakyat tidak boleh mengundi untuk kemenangan Tengku Razaleigh. Saya sendiri memberi jaminan Tengku Razaleig boleh kalah. Hegemoni politik Najib dalam Umno sangatlah hebat.Tetapi apa yang dikehendaki menerusi pertandingan ini ialah menghimpun berapa ramai orang-orang Umno khasnya yang menjadi ahli parlimen yang kecewa dengan kekalahan Tengku Razaleigh Hazmah ini. Apakah kesemua lebih 80 ahli parlimen Umno itu menyokong Najib Razak?

Sudah pasti apabila ada pertandingan kedudukan ahli Umno akan berbelah bahagi. Mereka yang tidak senang dengan Najib akan mencari alternatif (pemimpin) baru. Mereka secara lumrahnya akan melepaskan wap marah kepada Najib dengan mengundi Tengku Razaleigh Hamzah.Seperti mana dibimbangI Mahathir Mohamad kalau berlaku pertandingan dalam Umno perpecahan tidak dapat dielakkan.

Akan ada hati-hati yang retak dan jiwa yang lara serta berdendam. Nah, perpecahan inilah yang diperlukan. Anwar dan Pakatan Rakat boleh mengambil kesempatan. Perbalahan di dalam Umno disebabkan perpecahan akibat perlawanan itu boleh dibawa ke parlimen. Di parlimen inilah proses untuk menjatuhkan Najib boleh dilakukan.Sekiranya bilangan undi cukup undi tidak percaya boleh dikemukakan ke atas Najib. Tengku Razaleigh atau ahli parlimen yang kecewa dengan Najib boleh mengemukakan undi tidak percaya.

Jika ini berlaku ahli parlimen Pakatan Rakyat akan ikut serta menyokong undi tidak percaya berkenaan. Kedudukan hari sekiranya terdapat 10 atau 15 ahli Parlimen Umno ia sudah mengoyangkan kedudukan Najib sebagai perdana menteri.Angka 10 itu akan ditambah dengan beberapa bilangan lain lagi yang akan mengenapkan menjadi 30 kesemuanya.

Dengan jumlah itu maka akan jatuhlah Najib sebagai perdana menteri dan akan bertukarlah juga kerajaan. Ketika itu mungkin Pakatan Rakyat membentuk kerajaannya dengan memberi laluan kepada Tengku Razaleigh Hamzah sebagai perdana menteri. Soalnya apakah Anwar dan pemimpin Pakatan Rakyat lain, PAS dan DAP sedia untuk melakukan 'kudeta' ini?Untuk menjadikan formula ini sebagai realiti maka Anwar Ibrahim bersama pemimpin Pakatan Rakyat lain hendaklah berkempen memberi semangat dan dorongan agar Tengku Razaleigh menentang Najib untuk jawatan presiden Umno.

Berikan kekuatan dan keyakinan kepada ahli parlimen Gua Musang itu. Masalah kouta pencalonan 30% untuk bertanding kerusi presiden bukan menjadi masalah lagi. Sistem pemilihan baru seseorang yang hendak bertanding jawatan apa saja dalam Umno tidak lagi terikat dengan kouta.Keterbukaan atau tranformasi di dalam Umno inilah yang kini membimbangkan Mahathir dan beberapa pemimpin Umno lain. Masing-masing sudah memberi signal agar jawatan tertinggi dalam Umno jangan dipertandingkan. Macam-macam alasan diberikan semuanya untuk menyelamatkan Najib di atas takhta.

Pun begitu pandangan itu berbelah bahagi kerana ada yang mahukan semua jawatan dipertandingkan untuk melihat demokrasi benar-benar wujud di dalam Umno.Nota, apa yang dikemukakan ini hanya satu formula atau kaedah bagaimana untuk menjatuhkan Najib. Kaedah ini adalah peluang terbaik pada waktu ini. Peluang ini lebih baik daripada cara cuba mengheretkan rakyat agar memberi tentangan berterusan kepada kerajaan. Menjatuhkan Najib dalam partinya kemudian mengakat Tengku Razaleigh sebagai penggantinya lebih realistik daripada apa-apa tindakan provokatif yang dilakukan hari ini. ~mso

Cadangan PAS bersama Umno, pungguk rindukan bulan

Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, 20 Jun 2013
Saya membaca kenyataan yang dikeluarkan oleh seorang penganalisis politik, Prof Datuk Dr Zainal Kling seperti yang tersiar di dalam Sinar Harian hari ini 20 Jun 2013. Saya kira kenyataan yang dikeluarkan sangat tidak terawang-awang dan tidak berpijak di bumi nyata. Nampaknya pandangan karut ini cuba untuk disebarkan atas nama akademik kononnya, padahal jelas nampak kepentingan UMNO timbul di permukaan air.

Di dalam kenyataannya itu, beliau mencadangkan agar PAS bergabung dengan UMNO untuk memperjuangkan Islam. Ini kerana parti-parti yang ada di sekeliling PAS semuanya mengkhianati Islam. Hanya UMNO sahaja yang memperjuangkan Islam.

Pada saya, kenyataan ini sangatlah tidak berasas. Jika umpama dahan pokok untuk berpaut, profesor ini nyata sekali sedang bergayut di dahan yang rapuh. Barangkali kerana bimbang jatuh ke tanah digigit semut, terus menerus tangan memeluk dahan yang menunggu masa untuk tersemban. Lambat laun sebenarnya dahan ini akan jatuh jua.

Amatlah lucu sekali apabila beliau menyatakan bahawa hanya UMNO yang memperjuangkan Islam. Barangkali langkah UMNO membenarkan premis judi di Kelantan sebelum tahun 1990 dahulu salah satu daripada perjuangan Islam menurut kacamata 'orang cerdik pandai' ini?

Di Melaka, pernah seorang Ketua Menteri yang merupakan pimpinan tertinggi UMNO mencadangkan agar pusat hiburan dilanjutkan masa pembukaannya sehingga ke awal pagi, inipun juga barangkali perjuangan untuk menegakkan Islam. Itu belum dicampur kenyataan-kenyataan yang menghina Islam yang dikeluarkan oleh pemimpin-pemimpin UMNO sebelum ini. Semuanya termaktub di dalam lipatan sejarah dan generasi kita tidak buta untuk membaca semula catitan ini.

Saya ingin bertanya, jika sekarang mahu mengajak PAS bersatu dengan UMNO, apa lebihnya UMNO berbanding dengan PAS dalam hal memperjuangkan Islam?

Sewaktu pemimpin parti komponen Barisan Nasional menghina seorang wakil rakyat UMNO di Johor yang mencadangkan hudud dengan label 'hilang akal', di mana pemimpin UMNO menyembunyikan diri? Jika lebihnya UMNO ialah kerana bilangan kerusi, saya suka mencadangkan agar ADUN UMNO di Kelantan menyertai PAS kerana bilangan kerusi yang dimiliki oleh PAS di Kelantan lebih banyak jauh mengatasi UMNO!

Jika UMNO memperjuangkan Melayu, kenapa Kelantan dinafikan hak ke atas royalti minyak dalam keadaan majoriti rakyat Kelantan berbangsa Melayu dan beragama Islam? Kenapa UMNO memainkan peranan untuk menyekat pembangunan ke Kelantan dan ini diakui sendiri Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan satu ketika dahulu? Apakah perkataan yang lebih tepat untuk menggambarkan sikap seperti ini selain daripada pengkhianat?

Pada saya, Islam yang dibawa oleh UMNO ialah Islam celup. Selagi dasar yang menjadi tunjang perjuangan UMNO ialah kebangsaan, tiada apa-apa nilai terhadap gerak laku UMNO sekalipun nampak seolah-olah ia pro-Islam. Di zaman Rasulullah SAW, masjid Dhirar diperintahkan untuk diruntuhkan sekalipun ia sebuah masjid kerana ia didirikan bukan di atas semangat Islam yang sebenar.

Kerana itu, saya tetap berpendirian, PAS tidak akan bersama-sama UMNO selagi UMNO tidak menukar dasar. Berhentilah menjadi pungguk yang rindukan bulan. Saban malam merenung bulan sambil memanggil-manggil, mahu terbang sayap kecil, mahu biarkan sahaja, hati pula tidak sanggup melihat bulan dipagar bintang. Akhirnya si pungguk hanya mampu berbuat bising!

Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat,
Al-Mursyidul Am,
Parti Islam Semalaysia (PAS)
Bertarikh: 11 Syaaban 1434H bersamaan 20 Jun 2013M

Khamis, 13 Jun 2013

Najib Makin Goyah.. Ahli Parlimen BN Rancang Singkir Najib Melalui Undi Tak Percaya?

Tengku Razaleigh Hamzah telah bertemu dengan lebih ramai ahli Parlimen daripada kedua-dua gabungan bertelagah minggu ini dalam usaha untuk dipilih sebagai perdana menteri selepas Parlimen bermula pada 24 Jun, kata sumber.
The Malaysian Insider difahamkan, putera raja Kelantan itu telah mengaturkan mesyuarat di rumah a la White Housenya di Langak Golf di sini untuk membincangkan strategi mendapatkan cukup angka dalam Parlimen ke 13 untuk mengambil alih jawatan Datuk Seri Najib Razak.

Beliau hanya memerlukan 112 undi, termasuk dirinya, jika usul diluluskan bagi 222 anggota Dewan Rakyat memilih perdana menteri.

Akan tetapi masih diragui sama ada beliau boleh mendapatkan cukup sokongan untuk menjatuhkan Najib.

“Sesetengah ahli Parlimen bersetuju Ku Li adalah satu-satunya boleh menyediakan kepimpinan,” kata sumber yang biasa dengan mesyuarat tersebut kepada The Malaysian Insider merujuk kepada nama samaran putera raja Kelantan itu.

“Kita bercakap tentang sokongan dari PAS dan DAP juga,” tambah beliau.

PAS dan DAP masing-masing memenangi 21 dan 38 kerusi Parlimen pada pilihan raya umum 5 Mei yang menyaksikan Barisan Nasional (BN) hanya mendapat 133 kerusi Parlimen, lebih rendah tujuh berbanding 140 dimenanginya pada Pilihan Raya 2008.

Sekutu PAS dan DAP dalam Pakatan Rakyat (PR), PKR mendapat 30 kerusi Parlimen dan pemimpinnya Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat sebagai calon gabungan itu bagi jawatan perdana menteri jika mereka menawan Putrajaya.

Satu sumber lain mengatakan Tengku Razaleigh dilihat sebagai calon kompromi oleh ahli-ahli Parlimen BN yang tidak menyokong sama ada Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin atau Anwar untuk jawatan tertinggi itu.

“Pemilihan untuk ahli-ahli Parlimen BN yang tidak gembira mudah. Ku Li atau Muhyiddin akan tetapi memilih TPM bermakna penerusan polisi Mahathir. Tiada beza diantara Najib dan Muhyiddin.

“Ku Li sebagai PM akan bebas daripada polisi seperti itu,” kata sumber kepada The Malaysian Insider merujuk kepada pesaing ahli Parlimen Gua Musang itu, perdana menteri paling lama berkhidmat, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Kem Mahathir sudah memberikan tekanan kepada Najib untuk membuang penasihat-penasihatnya yang mana strategi mereka menyebabkan prestasi buruk BN dalam PRU13.

Najib masih belum melantik semula setiausaha politiknya yang kalah akan tetapi ahli strategi “bilik perang” kekal bertugas, dengan dua daripada mereka masing-masing dilantik sebagai menteri dan timbalan menteri.

Pelantikan Kabinet Najib bulan lepas menyebabkan kemarahan beberapa ahli Parlimen terutamanya dari Sabah dan Sabah yang merasakan mereka layak diberikan jawatan tinggi kerajaan.

Difahamkan Najib telah menjanjikan sesetengah daripada mereka jawatan dalam agensi kerajaan beberapa minggu lagi.

Akan tetapi beberapa ahli Parlimen BN dari Malaysia Timur yang tidak berpuas hati bertemu dengan Tengku Razaleigh Hamzah Isnin malam bagi membincangkan pilihan masa depan mereka.

Ahli-ahli Parlimen yang dipilih pada pilihan raya umum 5 Mei berada di sini selama dua hari untuk diterangkan tentang prosedur dan etika Parlimen.

BN mendapat 47 daripada 56 kerusi Parlimen di Sabah dan Sarawak, menyumbangkan satu pertiga dari 133 kerusi mereka menangi daripada 222 jumlah kerusi di Parlimen.

Walau bagaimanapun, Najib hanya memberikan 20 jawatan menteri dan timbalan menteri kepada ahli Parlimen Malaysia Timur, menyebabkan parti seperti SPDP dari Sarawak hanya mempunyai satu wakil walaupun menang empat kerusi Parlimen.

Sebaliknya MIC dari semenanjung Malaysia menyaksikan empat ahli Parlimen mereka mendapat jawatan menteri dan timbalan menteri dalam pentadbiran Najib – yang mempunyai 32 menteri penuh termasuk lapan di Jabatan Perdana Menteri. ~the malaysian insider
Sya’ban: antara hadis sahih, dhaif dan palsu Dr Abdul Basit Bin Haji Abdul Rahman, 13 Jun 2013 Bulan Sya’ban merupakan bulan yang mulia, terletak di tengah-tengah antara dua bulan yang mulia, iaitu bulan Rajab yang merupakan salah satu bulan haram dan bulan Ramadhan merupakan bulan yang diwajibkan umat Islam berpuasa padanya. Bulan Sya’ban mempunyai beberapa kelebihan yang tersendiri sebagaimana yang disebut dalam hadis, namun banyak juga tersebar hadis yang dhaif atau maudhu’ (rekaan) tentang fadhilatnya, untuk menjelaskannya, risalah ringkas ini ditulis, semoga menjadi panduan dan peringatan buat kita semua. Terdapat hadis-hadis yang menyebut Nabi SAW banyak berpuasa pada bulan Sya’ban. Kalau dikatakan, apakah hikmahnya memperbanyak berpuasa di bulan Sya’ban? Maka jawapannya adalah perkataan Al-Hafiz Ibn Hajar: “Yang lebih tepat apa yang diriwayatkan oleh Nasa’i dan Abu Daud serta disahihkan oleh Ibnu Khuzaimah dari Usamah bin Zaid, dia berkata, saya bertanya: “Wahai Rasulullah, saya tidak melihat tuan (sering) berpuasa dalam satu bulan seperti tuan berpuasa di bulan Sya’ban?” Baginda bersabda: “Itu adalah bulan yang kebanyakan orang melalaikannya iaitu antara Rejab dan Ramadhan. Iaitu bulan yang di dalamnya di angkat amalan-amalan kepada Allah, Tuhan seluruh Alam. Maka aku ingin amalanku diangkat, sedang aku dalam keadaan berpuasa.” (Dinyatakan hasan dalam Sahih An-Nasa’i, no. 2221). Adalah mendukacitakan, ramai yang tidak berdisiplin dalam memetik hadis-hadis Nabi SAW tanpa mengira kethabitan iaitu kepastian tentang ketulenan sesebuah hadis, juga tidak meneliti takhrij dan tahqiq (keputusan) para ulama hadis terhadap kedudukannya. Lebih teruk lagi jika terus disebarkan kepada masyarakat tanpa menjelaskan kedudukannya. Dengan itu apa-apa sahaja yang mereka temui daripada buku bacaan, yang dikatakan hadis maka mereka terus sandarkan kepada Nabi SAW tanpa usul periksa, sedangkan mereka lupa akan amaran yang diberikan oleh baginda Nabi SAW dalam hadis yang yang diriwayatkan oleh Al-Mughirah bin Syu’bah: “Sesungguhnya berdusta ke atasku (menggunakan namaku) bukanlah seperti berdusta ke atas orang lain (menggunakan nama orang lain). Sesiapa yang berdusta ke atasku dengan sengaja, maka siaplah tempat duduknya dalam neraka.” (Riwayat al-Bukhari, Muslim). Perkara ini termasuk menyebut Nabi SAW bersabda sesuatu yang baginda tidak pernah bersabda, atau berbuat, atau mengakui sesuatu yang Baginda tidak pernah melakukannya. Hadis palsu ialah: “Hadis yang disandarkan kepada Nabi SAW secara dusta, ia tidak ada hubungan dengan Nabi SAW.” (lihat: Nur al-Din Itr, Manhaj al-Nadq fi ‘Ulum al-Hadis, m.s.301, cetakan: Dar al-Fikr al-Mu‘asarah, Beirut). Bukan sahaja membuat hadis palsu itu haram, bahkan meriwayatkannya tanpa diterang kepada orang yang mendengar bahawa ia adalah hadis palsu juga adalah sesuatu yang haram. Contohnya, apabila muncul bulan Rejab dan Sya’ban maka hadis-hadis palsu mengenainya akan dibaca dan diajar secara meluas. Ramai penceramah, imam, khatib dan media massa menyebarkan hadis palsu mengenai amalan yang dikatakan disunatkan pada bulan-bulan tersebut. Antaranya hadis: “Rejab bulan Allah, Sya’ban bulanku dan Ramadan bulan umatku.” Begitu juga semua hadis mengenai puasa bulan Rejab dan solat pada malam-malam tertentu dan malam Nisfu Sya’ban adalah dusta ke atas Nabi SAW (kesemuanya adalah PALSU). Kata al-Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah (wafat 751H): “Hadis-hadis mengenai solat Raghaib pada Jumaat pertama bulan Rejab kesemuanya itu adalah palsu dan dusta ke atas Rasulullah SAW”. Sebenarnya hadis sahih mengenai kebaikan malam Nisfu Sya’ban itu memang ada, tetapi amalan-amalan tertentu khas pada malam tersebut adalah palsu. Kelebihan Khas Malam Nisfu Sya’ban Hadis yang boleh dipegang dalam masalah Nisfu Sya’ban ialah: “Allah melihat kepada hamba-hamba-Nya pada malam Nisfu Sya’ban, maka Dia ampuni semua hamba-hamba-Nya kecuali musyrik (orang yang syirik) dan yang bermusuh (orang benci-membenci) (HR Ibn Hibban, al-Bazzar dan lain-lain. Al-Albani mensahihkan hadis ini dalam Silsilah al-Ahadis al-Sahihah. jilid 3, m.s. 135, cetakan: Maktabah al-Ma‘arf, Riyadh). Hadis ini tidak mengajar kita apakah bentuk amalan malam berkenaan. Oleh itu, amalan-amalan khas tertentu pada malam tersebut bukan daripada ajaran Nabi SAW. Kata Dr Yusuf al-Qaradawi dalam menjawab soalan berhubung dengan Nisfu Sya’ban: “Tidak pernah diriwayatkan daripada Nabi SAW dan para sahabat bahawa mereka berhimpun di masjid untuk menghidupkan malam Nisfu Sya’ban, membaca doa tertentu dan solat tertentu seperti yang kita lihat pada sebahagian negeri orang Islam. Bahkan di sebahagian negeri, orang ramai berhimpun pada malam tersebut selepas maghrib di masjid. Mereka membaca surah Yasin dan solat dua rakaat dengan niat panjang umur, dua rakaat yang lain pula dengan niat tidak bergantung kepada manusia, kemudian mereka membaca doa yang tidak pernah dipetik dari golongan salaf (para sahabah, tabi‘in dan tabi’ tabi‘in). Ia satu doa yang panjang, yang menyanggahi nusus (al-Quran dan sunah) juga bercanggahan dan bertentang maknanya. Perhimpunan (malam Nisfu Sya’ban) seperti yang kita lihat dan dengar yang berlaku di sebahagian negeri orang Islam adalah bidaah dan diada-adakan. Sepatutnya kita melakukan ibadat sekadar yang dinyatakan dalam nas. Segala kebaikan itu ialah mengikut salaf, segala keburukan itu ialah bidaah golongan selepas mereka, dan setiap yang diadakan-adakan itu bidaah, dan setiap yang bidaah itu sesat dan setiap yang sesat itu dalam neraka”. (Dr. Yusuf al-Qaradawi, fatawa Mu‘asarah jilid 1, m.s. 382-383, cetakan: Dar Uli al-Nuha, Beirut). Inilah kenyataan Dr Yusuf al-Qaradawi, seorang tokoh ulama umat yang sederhana dan dihormati. Kata al-Syeikh Muhammad bin Muhammad Abu Syahbah (seorang ulama hadis al-Azhar): “Masih ada para penceramah yang tidak ada ilmu hadis, sama ada ilmu riwayat atau dirayah (mengenai teks hadis)." Mereka hanya membaca hadis yang mereka hafal dan memetiknya tanpa mengetahui dan cuba memastikan kedudukan hadis tersebut. Saya menyeru diri sendiri, para penceramah, ustaz-ustaz, media elektronik dan cetak, bahkan semua pihak yang membaca sesuatu hadis memastikan kesahihannya dahulu. Semoga Rejab dan Sya’ban tahun ini tidak dibaluti dengan pembohongan terhadap Nabi SAW. HADIS-HADIS YANG LEMAH DAN PALSU TENTANG NISFU SYA’BAN Berikut adalah beberapa contoh hadis-hadis lemah dan palsu tentang fadhilat malam Nisfu Sya’ban. HADIS PERTAMA: Daripada ‘Aisyah RA, dia berkata: “Pada suatu malam saya kehilangan Rasulullah SAW lalu saya keluar, ternyata baginda berada di Baqi’, lalu Rasulullah bersabda: “Apakah kamu takut padahal Allah dan Rasul-Nya melindungimu?” Saya (‘Aisyah) jawab: Ya Rasulullah, saya mengira engkau mendatangi sebahagian isterimu (yang lain).” Baginda bersabda: “Sesungguhnya pada malam Nisfu Sya’ban Allah turun ke langit dunia lalu mengampuni lebih banyak dosa daripada banyaknya bulu kambing Bani Kalb.” (Hadis Riwayat Imam Ahmad, Imam Tirmidzi. “Dhaif Jiddan”). HADIS KEDUA: Daripada ‘Ali bin Abi Talib RA, dia berkata Rasulullah SAW bersabda: “Jika datang malam Nisfu Sya’ban, maka bangunlah pada malam harinya (untuk bersolat) dan berpuasalah pada waktu siangnya. Sesungguhnya pada saat itu sejak tenggelamnya matahari, Allah turun ke langit dunia seraya berfirman: “Ketahuilah, sesiapa yang meminta keampunan, maka Aku akan mengampuninya dan ketahuilah sesiapa yang meminta rezeki maka Aku akan memberinya, ketahuilah sesiapa yang sakit maka aku akan menyihatkannya, ketahui sesiapa yang begini aku akan begitu hingga terbit matahari. (Hadis riwayat Ibnu Majah – “Maudhu”). HADIS KETIGA: “Wahai ‘Ali, sesiapa yang solat seratus rakaat pada malam Nisfu Sya’ban, pada setiap rakaat membaca surah al-Fatihah dan Qul huwallahu ahad 10 kali, Nabi SAW bersabda: “Ya ‘Ali, tidaklah seorang hamba yang solat seperti ini kecuali Allah akan memenuhi setiap setiap keinginan dan permintaanya pada malam itu… Komentar: Hadis ini adalah maudhu’ (palsu) sebagaimana dinyatakan Ibn al-Jauzi di dalam al-Maudhu’aat, Ibn al Qayyim di dalam al-Manar al-Munif, al-Suyuthi di dalam al-Lali al-Masnu’ah. HADIS KEEMPAT: “Sesiapa solat 12 rakaat pada malam Nisfu Sya’ban dengan membaca pada setiap rakaatnya Qul huwallahu ahad 30 kali, tidak keluar hingga melihat tempat duduknya di syurga…” Komentar: Hadis ini adalah maudhu’ (palsu) sebagaimana dinyatakan Ibn al-Jauzi di dalam al-Maudhu’aat, Ibn al Qayyim di dalam al-Manar al-Munif, al-Suyuthi di dalam al-Laali al-Masnu’ah. Perhatian: Antara buku yang mengumpul hadis palsu tentang kelebihan bulan-bulan ialah buku: (Kelebihan Rejab, Sya`ban, Ramadhan, Ustaz Budiman Radhi). Tukar Rekod Amalan: Masyhur juga dalam kalangan masyarakat bahawa pada malam nisfu Sya’ban itu ditentukan (taqdir) apa yang akan terjadi tahun itu. Ini adalah khabar yang batil. Malam penentuan takdir kejadian selama setahun itu ialah pada malam (Lailatul Qadar). Allah Ta’ala berfirman, maksudnya: “Ha mim. Demi Kitab (al-Qur’an) yang menjelaskan. Sesungguhnya Kami menurunkannya pada suatu malam yang diberkati dan sesungguhnya Kami-lah yang memberi peringatan. Pada malam itu dijelaskan segala urusan yang penuh hikmah.” (Surah ad-Dukhan : ayat 1-4) Malam diturunkannya al-Qur’an adalah malam Lailatul Qadar. Allah Ta'ala berfirman, maksudnya: “Sesungguhnya kami telah menurunkannya (al-Quran) pada malam kemuliaan.” (Surah al-Qadr : ayat 1). Iaitu pada bulan Ramadhan, kerana Allah Ta’ala menurunkan al-Qur’an pada bulan itu. Allah Ta’ala berfirman, maksudnya: “Bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) al-Qur’an.” (Surah al-Baqarah : ayat 185]. Berkata Al-Hafiz Ibnu Kathir rahimahullah: “Sesiapa yang mengatakan bahawa malam nisfu Sya’ban adalah waktu Allah Ta’ala menentukan apa yang akan terjadi dalam tahun itu, bererti dia telah menyalahi kandungan al-Qur’an.”
Lima kemaksiatan yang disegerakan balasannya Detik Islam, 13 Jun 2013 Menghampiri akhir zaman, semua jenis kemaksiatan sudah dilakukan oleh semua umat manusia. Namun, ada sebuah hadis yang menyatakan bahawa ada beberapa jenis maksiat yang akan disegerakan balasannya dari maksiat itu. Dari Ibnu Umar RA ia berkata: Rasulullah Shallallahu 'Alaihi wa Sallam mendatangi kami (pada suatu hari) kemudian beliau bersabda,' "Wahai kaum Muhajirin, lima perkara kalau kamu telah diuji dengannya (kalau kamu telah mengerjakannya), maka tidak ada kebaikan lagi bagi kamu. Dan aku berlindung dengan Allah subhanahu wa Ta'ala, semoga kamu tidak menemui zaman itu. Perkara-perkara itu ialah: 1. Tidak nampak perzinaan pada suatu kaum sehingga mereka berani berterus terang melakukannya, melainkan akan berjangkit di kalangan mereka wabak penyakit menular (Tha'un) dengan cepat, dan mereka akan ditimpa penyakit-penyakit yang belum pemah menimpa umat-umat yang terdahulu. 2. Dan tiada mereka mengurangkan sukatan / ukuran dan timbangan, kecuali mereka akan diuji dengan kemarau panjang dan kesulitan mencari rezeki dan kezaliman daripada kalangan pemimpin mereka 3. Dan tidak menahan mereka akan zakat harta benda kecuali ditahan untuk mereka air hujan dari langit. Jikalau tidak ada binatang (yang juga hidup di atas permukaan bumi ini) tentunya mereka tidak akan diberi hujan oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala. 4. Dan tiada mereka menyalahi akan janji Allah dan Rasul-Nya, kecuali Allah akan menurunkan ke atas mereka musuh yang akan merampas sebahagian dari apa yang ada di tangan mereka 5. Dan apabila pemimpin-pemimpin mereka tidak melaksanakan hukum Allah yang terkandung dalam Al-Qur'an dan tidak mahu menjadikannya sebagai pilihan, maka (di waktu itu) Allah akan menjadikan bencana di kalangan mereka sendiri. " (HR Ibnu Majah) Keterangan Hadis di atas menerangkan bahawa: 1. Penyakit Taun (berjangkit seperti kolera dan Aids) adalah disebabkan banyaknya terjadi perzinaan. 2. Sukar mencari rezeki dan kezaliman pimpinan adalah disebabkan daripada rakyat yang mengurangkan sukatan, ukuran dan timbangan. 3. Kemarau panjang disebabkan tidak mengeluarkan zakat. 4. Kuasa musuh mengambil sebahagian daripada apa yang dimiliki kaum Muslimin (seperti hilangnya Tanah Palestin daripada tangan kaum Muslimin) disebabkan mereka mengkhianati janji-janjinya kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala. 5. Perang saudara yang berlaku dalam kalangan kaum Muslimin disebabkan mereka mengabaikan hukum-hukum Allah Subhanahu wa Ta'ala dan tidak menjadikan Al-Qur'an sebagai undang-undang di dalam kehidupan. http://detikislam.blogspot.com

Selasa, 4 Jun 2013

Pakatan Rakyat Akan Terbitkan Utusan Rakyat


BANGSAR 2 Jun - Pakatan Rakyat akan terus mendesak Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk memberikan permit kepada mereka bagi mencetak dan menerbitkan Utusan Rakyat.
Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar berkata, pihaknya akan ke Putrajaya bagi bertemu dengan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Zahid Hamidi bagi mendapatkan permit penerbitan.
"Minggu depan, warga Bangsar nantikan pengumuman dari kami. Kami akan ke Putrajaya untuk mendesak KDN berikan permit kepada Utusan Rakyat. Kalau Zahid tak nak berjumpa dengan kita, kita akan jumpa dengan ketua setiausahanya.
"Akhbar berbahasa Melayu ini adalah untuk menjelaskan kepada penduduk pedalaman khususnya, bagi menjawab segala fitnah yang terjadi," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap di hadapan penduduk di Majlis Rumah Terbuka Terima Kasih Lembah Pantai,di Lucky Garden di sini. [VIDEO DI SINI]

Tambahnya, beliau pasti ketidakhadiran media seperti The Star, New Straits Times dan Utusan Malaysia tidak hadir ke majlis tersebut hanya akan menjadi punca pemimpin PR difitnah.
"The Star, New Straits Times dan Utusan Malaysia tidak hadir. Maka, berita fitnah dan mencaci pemimpin Pakatan yang hanya akan dilakukan oleh mereka.
"Oleh itu, agenda kita adalah untuk mendapatkan permit akhbar Utusan Rakyat ini dan menjelaskan segala fitnah yang terjadi," katanya. ~klpos

Inilah Ilmu Anak Kunci Gedung Khazanah Langit Dan Bumi

Iklan Advertorial
BENGKEL REZEKI AGUNG KUBRA

Anak Kunci Gedung Khazanah Langit Dan Bumi

Hadirlah Ke Bengkel Ini: Bagi Anda Yang Memang Perlukan Kewangan, Perniagaan Yang Maju, Rezeki Yang Berlimpah Ruah, Tiada Halangan, Hambatan Dan Rintangan Dalam Urusan Kerezekian, Menjadi Kaya Dunia Dan Akhirat. Jika Anda Ingin Menjadi Jutawan Islam....Jom Ikutilah Bengkel Ini. 

Adalah dikhabarkan bahawa Saidina Uthman Ibn Affan r.a telah meminta penjelasan lanjut tentang Firman Allah SWT berkaitan dengan Kunci Pembuka Khazanah Langit Dan Bumi (yang ada disebut beberapa kali dalam Al Quran), Rasulullah SAW bersabda kepadanya dengan maksud: "kamu bertanya kepada saya apa yang orang lain belum pernah bertanya. Kunci Pembuka Khazanah Langit Dan Bumi itu adalah yang berikut.........."

Seterusnya Rasulullah SAW bersabda dengan maksud: 'Wahai Uthman! Barangsiapa membacanya 100x sehari, akan dikurniakan 10 faedah:
  • Segala dosanya yang lalu akan diampuni.
  • Terlepas dari siksaan Neraka
  • 2 orang malaikat dilantik untuk memeliharanya siang dan malam daripada penyakit dan kesiksaan
  • Dikurniakan PERBENDAHARAAN Rahmat dan Berkat
  • Dia mendapat pahala seperti membesakan 100 orang hamba abdi daripada keturunan Nabi ismail as
  • Diberi pahala seperti membaca seluruh Al Quran, Zabur, Taurat dan Injil 
  • Sebuah rumah akan didirikan untuknya disyurga
  • Dia akan berkahwin dengan bidadari syurga
  • Dia akan dipermuliakan dengan mahkota kemuliaan
  • Permohonan keampunannya bagi 70 orang saudaranya akan dimakbulkan. Wahai Uthman! Kalau kamu mampu, janganlah lupa membacanya setiap hari. kamu akan termasuk dalam golongan orang-orang yang berjaya dan melampaui orang-orang yang sebelum kamu dan selepas kamu"
Antara kelebihan tambahan bagi Amalan Rezeki Agung Kubra ini ialah:
1) Yang mengamalkannya akan mendapat rezeki yang berlimpah ruah dan tanpa diduga-duga.
2) Dapat merawat orang rabun atau buta dan beberapa penyakit lain.

Dalam keilmuan ini, ada Asma pendek yang perlu dihafalkan kerana ianya mengandungi kekuatan Rohaniah yang luar biasa bila di bacanya. 

Lim Guan Eng Buat Hal Lagi..


PERMATANG PAUH 3 JUN: Suri rumah di Pulau Pinang akan menerima RM100 seorang mulai 2014 hasil sumbangan kerajaan negeri. Ketua Menteri, Lim Guang Eng berkata, program ‘Ibu Emas’ itu diberikan tanpa mengira fahaman dan ideologi politik.

Suruhanjaya Bangla Cakap Tak Boleh Undi Tapi PM Bangla Cakap Boleh.. Saksikanlah!!

Suruhanjaya Tinggi Bangladesh di Kuala Lumpur menangkis dakwaan bahawa 40,000 orang warganya dibawa masuk untuk mengundi dalam pilihan raya umum 5 Mei di sini

Tapi bagaimana bila Perdana Menteri sendiri yang membuat pengakuan sendiri?

Perdana Menteri Bangladesh, Sheikh Hasina sendiri telah membuat akuan mengenainya di suatu ketika dulu.

Menurut laman web NGO Biro Hal Ehwal Pejabat Perdana Menteri , Perdana Menteri Sheikh Hasina bertemu dengan rakan sejawatannya dari Malaysia itu Datuk Seri Najib Razak pada tahun lalu di mana mereka membincangkan "isu-isu lama terbengkalai , termasuk menghalalkan pekerja Bangladesh di Malaysia". 

Kedua-dua bertemu ketika menghadiri Forum Dunia ke-66 Ekonomi Islam di Kuala Lumpur pada Mei 2010. 

Ia berkata sumber-sumber yang sangat dipercayai mendakwa bahawa semasa mesyuarat itu, Najib memberi jaminan Sheikh Hasina menimbangkan isu mengesahkan pekerja Bangladesh ke negara Malaysia dengan ikhlas sekali. 

"Hari ini, pejabat Perdana Menteri telah didakwa menerima pengesahan dari beberapa rakyat kita yang bekerja di beberapa sektor di Malaysia sejak tahun lepas bahawa mereka telah diberikan lebih daripada kewarganegaraan dari Kerajaan Malaysia. 

Malah mereka kini telah diberi hak untuk menjadi pengundi dalam pilihan raya umum Malaysia akan datang. 

"Satu lagi sumber yang sangat dipercayai dari pejabat Perdana Menteri telah mengesahkan bahawa pekerja Bangladesh dengan mudah boleh diberikan kewarganegaraan Malaysia dengan syarat untuk mengundi parti yang mewakili kerajaan yang berkuasa," lapor laman web itu. 

Laman web itu juga melaporkan Sheikh Hasina menggesa rakyatnya "mengambil kesempatan ini untuk mengurangkan kemiskinan negara sejajar dengan inisiatif kerajaan dan pelbagai langkah untuk menyelesaikan semua masalah utama, termasuk kuasa dan krisis gas". 

Laman web tersebut ditutup apabila isu ini kecuh. Tapi alhusseyn sempat buat screenshot entri tersebut :


~al-husseyn

Sirul Azhar Muncul Lagi..

PUTRAJAYA - Bekas anggota Unit Tindakan Khas Polis Sirul Azhar Umar, yang disabitkan kesalahan membunuh model Mongolia, Altantuya Shaariibuu, hari ini memfailkan permohonan di Mahkamah Rayuan bagi memohon pembebasannya, mendakwa wujud perbicaraan silap oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam. Notis usul itu difailkan firma guaman The Chambers of Kamarul Hisham and Hasnal Rezua di pejabat pendaftar Mahkamah Rayuan di sini dalam usaha untuk memasukkan alasan rayuan tambahan.

Dalam permohonan itu, bekas Koperal Sirul Azhar mendakwa beliau terdedah kepada "publisiti buruk" secara meluas semasa perbicaraan itu yang jelas mengelirukan dan prejudis terhadap dirinya, dengan itu menafikan dirinya perbicaraan adil.

Beliau memohon Mahkamah Rayuan mengisytiharkan perbicaraan itu sebagai perbicaraan silap, sabitannya diketepikan dan beliau dibebaskan. 

Sirul Azhar, 39, mendakwa publisiti buruk yang diterimanya telah mewujudkan kebarangkalian bahawa hakim mahkamah tinggi bersikap berat sebelah, menyebabkan sabitannya boleh dipertikaikan. 

Sirul Azhar mendakwa beliau terdedah kepada publisiti buruk menerusi tiga akuan bersumpah, dua dibuat oleh penyiasat persendirian mendiang P. Balasubramaniam dan satu lagi oleh Raja Petra Kamarudin.

Beliau berkata akuan bersumpah yang pertama oleh Balasubramaniam, dibuat selepas pihak pendakwaan menutup kesnya pada 23 Jun, 2008, mengandungi perkara-perkara yang prejudis terhadap dirinya kerana perkara itu tidak didedahkan dalam keterangannya (Balasubramaniam) pada perbicaraan.

Katanya Balasubramaniam telah, pada 4 Julai, 2008, membuat satu lagi akuan bersumpah menyatakan beliau menarik balik akuan bersumpah yang pertama. 

Sirul Azhar berkata akuan bersumpah itu telah dimuat naik di pelbagai laman web dan telah menjadi punca pelbagai spekulasi, perdebatan dan ulasan daripada orang awam, pengamal undang-undang dan pemimpin yang telah ditafsirkan sebagai mempersoalkan kesahihan dan ketulenan akuan bersumpah itu.

Katanya persoalan penting yang bermain di fikiran para pembaca yang mendapat akses kepada bahan itu mungkin ialah, "Apa yang mendorong perayu-perayu untuk membunuh mangsa" dan "Siapa yang memberi arahan supaya pembunuhan dilakukan oleh perayu-perayu".

Sirul Azhar berkata Raja Petra telah, pada 21 Jun, 2008, memuat naik akuan bersumpahnya di laman web Internet menyatakan tiga individu lain turut hadir semasa mangsa dibunuh, yang boleh ditafsirkan untuk membawa maksud bahawa beliau (Sirul Azhar) adalah pembunuhnya.

Beliau mendakwa Raja Petra juga telah memuat naik satu salinan kenyataan beramaran dipercayai olehnya (Sirul Azhar) menyatakan beliau (Sirul Azhar) telah mengaku membunuh wanita Mongolia itu.

Sirul Azhar dan bekas Cif Inspektor Azilah Hadri didapati bersalah dan dijatuhi hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 2009 bagi kesalahan membunuh Altantuya, ketika itu berusia 28 tahun, di Mukim Bukit Raja di Shah Alam, Selangor antara 10 malam pada 19 Okt 2006 dan 1 pagi, 20 Okt 2006.

Bekas penganalisis politik Abdul Razak Baginda, yang dituduh bersubahat dengan mereka, dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi pada 31 Okt 2008 selepas pihak pendakwaan gagal mewujudkan kes prima facie terhadapnya.

Rayuan mereka terhadap sabitan dan hukuman mati dijadual didengar Mahkamah Ryuan pada 10 Jun.

Peguam yang mewakili Sirul Azhar, Kamarul Hisham Kamarudin berkata salinan notis usul itu akan diserahkan kepada pihak pendakwaan. ~bernama