KUALA LUMPUR, 9 Julai: Polis memperhebatkan sekatan dalam usaha menggagalkan himpunan aman Bersih 2.0 yang bermula sekarang dan diarahkan menangkap semua peserta.
2.36 pm: Polis masih lagi menggempur peserta di kawasan Dataran Maybank Pudu. Peserta kini menuju ke Jalan Bukit Bintang.
Hujan lebat yang turun mengurangkan kesan gas pemedih mata.
2.30 pm: DS Anwar Ibrahim didakwa cedera terkena tembakan semasa berada di KL Sentral, sekarang brada di Hilton.
2.24 pm: Presiden PAS sedang menuju ke Dataran MayBank.
2.22 pm: Sebahagian peserta kini berlindung dalam bangunan stesen bas Pudu.
2.21 pm: Hampir 20 orang ditahan di Dataran Maybank selepas polis melepaskan gas pemedih mata.
2.06 pm: Peserta dari lebuh ampang sekitar 2000 kini memasuki Dataran Maybank.
2.03 pm: Menara MayBank - Polis sekali lagi melepaskan beberapa das tembakan gas pemedih mata kepada peserta himpunan.
Hujan mula turun renyai2, peserta turut disembur air water cannon.
2.00 pm: Polis memulakan proses mengejar dan menangkap peserta himpunan di Dataran Maybank. 1.59 pm: Menara MayBank - Polis baru selesai memberi taklimat kepada anggota dan mengarahkan peserta ditangkap.
1.52 pm: Menara MayBank - Polis melepas tembakan gas pemedih mata kepada peserta himpunan.
1.47 pm: Mereka kini bergerak ke Masjid India selepas polis melepaskan tembakan gas pemedih mata.
1.45 pm: Tren tidak lagi berhenti di Masjid Jamek. Kawasan Dataran Merdeka lengang sementara helikopter masih berlegar-legar di udara.
1.43 pm: Ambiga memaklumkan 10 anggota bersih akan pergi menyerahkan memorandum kepada Yang DiPertuan Agong.
1.42 pm: Difahamkan Polis mengerahkan 30 000 anggota bertugas untuk melumpuhkan Bersih 2.0
1.40 pm: Dr Hatta Ramli mengetuai peserta di Maybank, laungan hancur-hancur BN, hidup rakyat bergema.
1.33 pm: Du |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan