KONVOI PAS PUSAT SELURUH PERAK
Sempena Program Konvoi PAS Pusat pada 17 Mac ini, Lenggong dapat 3 penceramah daripada pusat. Mereka ialah Ahli Parlimen Parit Buntar, Yang Berhormat Dr Mujahid Yusuf Rawa, Ahli Parlimen Kota Raja, Yang Berhormat Dr Mariah Mahmud dan Setiausaha Dewan Ulamak PAS Pusat, Ustaz Nik Zawawi Salleh
PAS Lenggong bersetuju memilih Kampung Changkat Berangan sebagai tuan rumah untuk program ceramah pada sebelah malamnya, bagaimanapun berdasarkan keputusan mesyuarat pada malam ini (12 Mac). Sekiranya mesyuarat membuat keputusan muktamat, bermakna program itu akan diadakan di Markaz PAS Changkat Berangan.
Changkat Berangan merupakan kubu kuat Umno, tetapi PAS Lenggong berjaya menembusinya selain banyak lagi kubu kuat Umno yang telah ditembusi.
Sekiranya jadi program itu nanti, ahli-ahli dan penyokong PAS dan Pakatan Rakyat diharap dapat mengajak sahabat-sahabat dari parti lain untuk hadir sama mendengar penerangan daripada pimpinan PAS Pusat.
Ada penceramah tokoh Agamawan dan ada tokoh isu-isu semasa malam itu nanti.
Dari Top 20 ke Top 3: Kisah Lonjakan Prestasi Angah & Rahsia Kami Konsisten
Belajar Cara Moden
-
Assalamu’alaikum warahmatullah wabarakatuh, pembaca budiman blog sekalian.
Moga semuanya berada dalam rahmat, kesihatan yang baik, dan peliharaan
Allah SWT...

Tiada ulasan:
Catat Ulasan