PARTI ISLAM SEMALAYSIA

PARTI ISLAM SEMALAYSIA
PAS KAWASAN LENGGONG

Isnin, 19 April 2010

Assalamu'alaikum...

Nak komen sikit mengenai politik di Hulu Perak. Hulu Perak ni kubu kuat Umno(BN). Pembangkang tak pernah menang di Hulu Perak. Punyalah ta'subnya rakyat yang ahli dan pro Umno di Hulu Perak ni sampai pemimpin-pemimpin tak payah bekerja kuat untuk menangkan BN dalam setiap kali pilihan raya.
Dah tu punyalah selesanya sehinggakan YB2 BN di Hulu Perak yang di dalamnya terdapat dua kawasan Parlimen dengan empat DUN, tak payah bersusah payah nak turun padang melihat pelbagai masalah rakyat. Dan tak perlu turun padang pun mereka tetap akan menang selesa.
Tapi selepas rampasan kuasa, nampaklah mereka sering-sering bersama rakyat - baru agak kebimbangan.
Dan apa yang nak saya perkatakan di sini ialah setelah PAS Lenggong diterajui oleh Haji Razman Haji Zakaria sebagai Yang DiPertua (YDP) sejak hampir setahun lalu - baru separuh penggal pemilihan, Umno (BN) Bahagian Lenggong dah mulalahlah kelam kabut dan terkejut beruk.
Ahli Parlimen Lenggong dah kelam kabut hingga terpaksa turun padang pagi petang siang malam.
Apabila PAS anjur program ceramah jelajah Lenggong dua tiga kali setiap bulan, Umno pun terpaksa ikut rentak gendang PAS dengan mengadakan 29 siri ceramah seluruh kawasan Parlimen Lenggong. Tak cukup tv, tak cukup radio, tak cukup akhbar-akhbar arus perdana, terpaksa buat ceramah macam PAS, PKR dan DAP (PR) dok buat ceramah.

Berenti dulu... Tunggu siri lain.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan