PARTI ISLAM SEMALAYSIA

PARTI ISLAM SEMALAYSIA
PAS KAWASAN LENGGONG

Rabu, 26 Mei 2010

Iftor Jamaie dan Liqa' Fikri

Program Iftor Jamaie dan Liqa' Fikri anjuran Lajnah Tarbiyyah dan Pengkaderan (giliran) bertempat di Kampung Luat 24 Mei lalu mencatat sejarah apabila kehadiran paling ramai setakat ini. Lebih 100 pimpinan dan ahli PAS Lenggong hadir.
Turut menjadi yang teristimewa setakat ini kerana kehadiran Ketua Penerangan PAS Perak yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Titi Serong, Yang Berhormat Mohd Khalil Idham Lim Abdullah. YB Khalil Idham yang singgah di Surau Ibnu Zakaria (lokasi diadakan program itu) dalam perjalanan hendak ke Gerik menziarani jenazah Setiausaha PAS Gerik, Allahyarham Mohd Damanhuri Din yang meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya.
YB Khalil Idham diberi peluang menyampaikan tazkirah selepas maghrib, manakala Bekas Pesuruhjaya PAS Perak, al-Fadhil Ustaz Azizan Mohd Desa membentang kertas kerja selepas Isyak bertajuk Adab Dalam Berjamaah.
Program itu bagaimanapun terpaksa diteruskan walaupun selepas Isyak, Yang DiPertua PAS Kawasan Lenggong, Haji Razman Zakaria berlepas ke Gerik untuk sama-sama menyembahyangkan jenazah pejuang PAS yang kembali ke Rahmatullah itu.
Catatan agak terperinci akan saya susuli kemudian.

Terima kasih kerana meluangkan masa membacanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan