PARTI ISLAM SEMALAYSIA

PARTI ISLAM SEMALAYSIA
PAS KAWASAN LENGGONG

Sabtu, 23 Februari 2013

Penjelasan Terbaru Ustaz Azhar Idrus Berkenaan Isu Penerima BR1M Di Tuduh Haiwan Oleh TGNA

KUALA TERENGGANU: Serangan yang dibuat oleh Perdana Menteri dan timbalannya terhadap Mursyidul Am PAS dijawab oleh penceramah selebriti, Ustaz Azhar Idrus (gambar).Beliau berkata, Tuan Guru Nik Aziz bukan kata penerima BR1M itu seperti haiwan tetapi menjadikan penerimanya seperti haiwan.

"Sebenarnya apa yang kita dengar dalam video clip bukan Tok Guru kata kepada penerima BR1M seperti haiwan, cuma Tok Guru kata orang yang memberikan BR1M tulah cuba menjadikan orang yang menerima seperti haiwan."Umpama bagi makan, lepas tu sembelih."Maknanya jahatnya orang nak bagi bantuan bila perlu sahaja, bila jauh dengan pilihanraya tak hulur pun bantuan," kata Ustaz Azhar dalam kuliahnya di Masjid Pengadang Baru dekat sini.

Beliau ditanya, "apa komen ustaz mengenai Tuan Guru Nik Aziz kata orang yang ambil BR1M ni seperti haiwan?"Ini ekoran tuduhan Datuk Seri Najib Razak dan Tan Sri Muhyidin Yasin bahawa Tuan Guru Nik Aziz menganggap penerima BR1M ini haiwan.

Bagi Ustaz Azhar, ini semua punca mencari pembalahan, "Ni buah cari baloh."Sehubungan dengan itu, beliau meminta semua pihak berhati-hati dengan sebarang laporan media."Jadi lening (sekarang ini) kene hati-hati lah banyak putar belit dan spin berita nak nak musim mengundi ni."Yang tak pernah nampak muka pun dan kerap masuk kampung dah. Tujuan ape?

Nak tolong ke untuk kepentingan tertentu?"Jadi kene bijoklah, jangan percaya tanpa selidik," tegas penceramah bebas dari Terengganu yang sangat terkenal itu.Baru-baru ini, Tuan Guru Nik Aziz berkata,"Orang yang menawarkan (wang) kepada orang, (sama seperti) kalau kita panggil ayam nak suruh ayam datang dekat, kita tabur hampas kelapa, tabur padi."Kalau nak panggil lembu kita bubuh (bagi) jerami.

Tapi kalau nak beri Islam, kita nak panggil ayam cakap nak ceramah, mana ayam datang, nak panggil lembu, mana datang."Jadi kalau kita beri barang kepada orang, beri RM10, RM50 (orang akan datang ambil)."Ini bukan cara Islam, (cara) Islam ialah beri ilmu kepada manusia," kata Tuan Guru Nik Aziz.

Analogi haiwan

Sementara itu, para pengguna laman sosial mula menyebarkan analogi mengenai kenyataan kedua-dua pemimpin Umno itu ketika mereka mengulas isu ini.Berikut adalah analogi itu:Seorang atok memarahi dua orang cucunya, Ali dan Abu yang suka bergaduh..Atok: Korang ni macam anjing dengan kucing.. pantang jumpa asyik nak bergaduh..Ali: Sampai hati atok cakap kami haiwan....Abu: Ali! Itu peribahasa la samdol! ~harakahdaily

Kerana Takut Kalah, Najib Tak Jadi Bubar Parlimen 22 Februari

LANGKAWI: Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya SPR, Tan Sri Abdul Aziz Yusof menjangka Parlimen akan dibubarkan selepas berakhirnya Pameran Udara dan Maritim Langkawi (LIMA) 2013. LIMA 2013 akan berlangsung selama lima hari mulai 26 Mac hingga 30 Mac ini.

Astro Awani online memetik Aziz berkata demikian ketika ditemui media selepas taklimat bersama Pengarah-Pengarah Pilihan Raya zon utara di Langkawi hari ini. Jangkaan itu bagaimanapun, tegas Aziz, adalah pandangan peribadi beliau. Beliau percaya, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hanya akan menasihati Yang di-Pertuan Agong untuk membubarkan Dewan Rakyat selepas selesai LIMA 2013 kerana pameran itu telah dirancang sejak dua tahun lalu.

"Ini logik saya lah, takkan lah dia (Najib) yang pernah jadi Menteri Pertahanan, banyak kali terlibat dalam LIMA, tiba-tiba nak bubar sebelum LIMA," kata Aziz lagi.

Pengerusi SPR itu juga ditanya mengenai desas-desus yang mengatakan ramai pelabur dari luar negara akan menarik diri jika Parlimen dibubarkan sebelum LIMA 2013.

Menurut Abdul Aziz, Najib sangat arif mengenai kepentingan pelaburan asing yang akan dijana sempena penganjuran pameran berkenaan.

Justeru, Aziz secara peribadi yakin PRU-13 akan berlangsung selepas penganjuran LIMA 2013.

Ini Penjelasan Dr. Fadhilah Kamsah Berkenaan Isu Video Kritik PAS Doa KO BN

KENYATAAN MEDIA DR FADZILAH KAMSAH

Bismillah hirrahman nir rahim

As salamu'alaikum shbt yg di muliakan Allah SWT. Selawat & salam ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW. Di doakan semuga kita semua di rahmati Allah SWT. Saya terpanggil utk memberi penjelasan krn maruah keluarga saya terjejas & utk mengelakkan salah faham & penjanaan dosa yg berterusan. Saya tak mampu nak jawab semua isu, cuma nak sebut mana yg termampu.

Mempertahankan maruah diri & keluarga adalah jihad & jika mati dlm usha mempertahankan maruah diri & keluarga, insya Allah di kira mati syahid.Pertamanya saya memohon ampun & maaf kpd semua pihak yg tersinggung dgn komen saya tersebut. Saya cuma seorg rakyat biasa & bkn bercakap sbg org politik. Saya langsung tidak bermaksud utk memalukan mana2 pihak. Amat malang sekali bila komen saya di politikkan hingga menyebabkan kemarahan berbagai pihak.

Rakaman temuramah tersebut di lakukan di PWTC selepas majlis Bantuan Amal Palestin. Saya telah di temuramah lebih 10 kali oleh berbagai stesyen TV, radio, akhbar, majalah & blogger. Suasana sekitar yg agak bising menyebabkan saya menguatkan suara saya utk menenggelamkan kebisingan di persekitaran. Ini menyebabkan suara saya di anggap kasar bila menjawab soalan2 yg di ajukan.

Bila dah menjawab terlalu byk soalan, maka soalan drp blogger (penemuramah terakhir) saya jwb dlm kedaan yg tergesa gesa & mungkin tak berfikir dgn mendalam.Bila bercakap tentang kezaliman, saya memberikan pandangan secara umum & membandingkan situasi di Malaysia dan situasi & penderitaan rakyat Palestin. Di Majlis Bantuan Amal palestin itu kita telah di terangkan melalui ucapan YABhg Tun Dr Mahathir Mohamad, mengenai kezaliman Israel terhadap saudara seIslam kita di Palestin. Itu sebab saya katakan, berbanding penderitaan rakyat Palestin, kita di Malaysia amat bahagia & tidak di zalimi. Inilah konteks hujah saya ketika itu.

Sejak kecil saya telah di didik oleh ibubapa & guru2 saya utk sentiasa berbuat baik kpd org lain, membantu org lain setakat kemampuan & mendoaakan kebaikan org lain. Justeru, saya amat sedih bila org mendoakan kehancuran saudara seIslam sama ada di Malaysia atau di mana2 di dunia ini. Saya juga amat sedih jika tindakan kita itu di salah ertikan oleh org bukan Islam di Malaysia. Tindakan sedemikian juga boleh memberi ganbaran yg kurang positif kpd anak2 yg masih belum mampu berfikir dgn rasional spt org dewasa. Saya yakin masih byk cara yg lebih tertib & berhikmah yg boleh di gunakan.Saya lihat diri saya sebagaai guru & pendakwah kerdil (walaupun saya bkn ustaz & jahil agama), dan akan berterusan mencari ilmu, berkongsi ilmu & membantu sesiapa saja yg perlukan bantuan nasihat & kaunseling. Inilah jihad kecil yg saya akan lakukan hingga akhir hayat saya.

Saya juga telah memberi teguran setakat kemampuan kepada berbagai pihak termasuk media di Malaysia melalui kursus yg saya kendalikan atau prog motivasi di media tempatan. Insya Allah teguran saya tidak tertumpu kpd pihak2 yg tertentu sahaja. Saya tak takut kpd sesiapapun di dunia ini, saya cuma takut kpd Allah SWT.Di Mekah & Madinah tempohari saya telah berpesan kpd sahabat2 dari Malaysia utk tidak lupa mendoakan keselamatan Malaysia, agar semua org Islam di Malaysia bersatu & kita mati dalam husnul khatimah.Saya amat sedih bila gambar2 anak2 saya yg sudah lebih 9 tahun yg lalu, di sebarkan semula.

Gambar anak lelaki saya & isterinya juga di sebar seolah2 gambar masa berdating, walhal itu gambar2 selepas mrk berkahwin. Insya Allah anak2 saya telah berubah & saya telah berwasiat kpd mereka utk: Jaga solat 5 waktu, baca Quran tiap hari, tutup aurat setiap masa, buat apapun dgn terbaik, bantu org & jangan menyusahkan org lain.Pesan Nabi SAW: Barangsiapa yg menutup aib saudaranya, maka Allah akan tutup aibnya di dunia & di akhirat.

Saya seru diri saya & shbt yg di muliakan supaya tidak mengaibkan sesiapa di dunia ini. Bila nampak org buat silap, nasihatkan dia jika mampu & doakan agar Allah beri mrk hidayat, segera bertaubat & dpt berubah. Bila kita mengutuk org lain, kita seolah olah mengatakan kita ni sempurna & kita lebih baik drp org yg di kutuk itu.Ingat pesanan Imam al Ghazali: Jika kamu nampak org jahat depan kamu, jgn sangka kamu lebih baik drp org itu. Org yg jahat itu mungkin sempat bertaubat sebelum mati, & kita yg kononnya baik ini (pastinya byk dosa) belum pasti sempat bertaubat sebelum mati.Kita tidak maksum & semua kita buat silap.

Org yg bertaubat, insya Allah akan di ampunkan semua dosanya. Moga shbt yg mulia dpt ampunkan semua dosa kami sekeluarga.Dengan rendah diri saya memohon agar saudara Norsammudin dapat menurunkan atau delete video tersebut & semua shbt dpt delete gambar2 yg boleh memalukan keluarga saya. Doakan saya sekeluarga agar dpt menjadi insan yg Allah redha & dapat memberi sumbangan kpd rakyat di Malaysia.Salam hormat & salam ukhwah drp saya sekeluarga. Moga Allah rahmati & lindungi kita semua. Aamiin.

Wassalam..

Panas!! Teman Rapat Najib Ni Nyaris Kena C4?

KUALA LUMPUR 23 FEB: Flora Ong, wanita yang didedah Deepak Jaikishan kerana didakwa memiliki hubungan rapat dengan Datuk Seri Najib Razak, dipercayai hampir mengalami nasib sama dengan warga Monggolia, Altantuya Shaariibu.Bercakap kepada Keadilan Daily, Deepak mengaku menerima arahan daripada Datin Seri Rosmah Mansor untuk mencari Flora di rumahnya di Ampang bersama beberapa orang lain untuk dibawa menemui isteri Perdana Menteri itu.

"Rosmah marah apabila dapat tahu Flora dianugerah projek dari suaminya. Bagaimanapun, Flora enggan mengikut Deepak untuk bertemu Rosmah kerana bimbang mengalami nasib sama seperti Altantuya,” katanya.

Deepak mendakwa, Rosmah mengarahkannya untuk mencari dan  membawa Flora bertemu dengannya selepas mengetahui wanita berkenaan  dianugerah dua kontrak secara runding terus oleh Najib Razak berdasarkan hubungan ‘rapat’ mereka.

Katanya, Flora dianugerah projek bernilai RM2 bilion di Sabah dan Sarawak yang dibayar pendahuluan melalui sebuah bank utama Amerika berpangkalan di Singapura manakala satu lagi projek ialah rawatan air di Lembah Pantai.

"Bagaimanapun, hal ini ‘reda’ beberapa hari kemudian selepas Setiausaha Kanan Politik dari Kementerian Kewangan, Datuk Zakiah Ibrahim yang bertanggungjawab memperkenal Flora kepada Najib, dipecat..“Saya juga diarah menyampaikan amaran kepada Flora supaya tidak berhubung dengan Najib,” katanya.

Najib Pasti Menggelupur Baca Berita Panas Ni..

KUALA LUMPUR 22 FEB: Bekas penyiasat persendirian P Balasubramaniam (PI Bala), menjadi masyhur kerana membuat dua akuan bersumpah (SD) yang bercanggah berkaitan dengan pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu, akan kembali semula menetap di Malaysia Ahad ini. Balasubramaniam berkata, beliau juga mahu menjelajah ke seluruh negara berkempen untuk Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum akan datang.
“Ianya rasmi. Saya akan kembali semula ke tanahair pada hari Ahad, mudah-mudahan berkekalan.
“Terdapat keperluan untuk berubah dan saya berharap Pakatan akan memerintah. Saya berharap untuk menjelajah ke seluruh membantu kempen Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum ini,” katanya, menerusi emel kepada Malaysikini.
Ini juga disahkan oleh peguamnya, Americk Singh Sidhu, yang berkata, orang ramai akan hadir menyambut Balasubramaniam apabila dia tiba pada hari Ahad.
Americk berkata, beliau juga akan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk menyambut Balasubramaniam, dengan mengambil kira kemungkinan bekas PI itu menghadapi masalah dengan Jabatan imigresen.

Balasubramaniam, yang selama ini tinggal di India, beberapa kali pulang ke Malaysia secara senyap-senyap.

Semasa berada di tanahair Ogos lalu, beliau mengadakan temubual dengan Malaysiakini dan beliau mendakwa, antara lain, terdapat tawaran untuk merasuahnya untuk memburuk-burukkan Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Isnin, 4 Februari 2013

Sebab Ustaz Fathul Bari Tarik Diri Dari Forum..

Bekas mufti Perlis, Profesor Madya Datuk Dr Asri Zainul Abidin mengulangi pendirian beliau yang bersetuju sekiranya hukum hudud mahu dilaksanakan di negara ini.

Meskipun begitu beliau menegaskan, ia hanya boleh direalisasikan saat negara berada dalam keadaan kondusif yang bila mana penggubalan undang-undang itu dilakukan, ia menampakkan sisi indahnya Islam itu.

"Saya setuju (laksana hudud) tetapi kita kena ada kesedaran bahawa pelaksanaan hukum hudud itu perlu ada roh, ada keadaan di mana apabila hukum hudud itu dilaksanakan orang akan melihat kecantikan Islam," katanya dalam forum Implimentasi Syariah Dalam Negara Bersifat Sekular: Adakah Malaysia Menepati Syariah Islam?" di ibu negara malam bukan hanya terletak pada istilah semata-mata, namun ia perlu dizahirkan dalam konteks yang menyeluruh.

"Kalau saudara tanya sekarang, adakah negara-negara sekarang negara Islam, ya, mereka wilayah Islam. Saya baru bercakap tentang istilah belum lagi nilai budi.

"Kita mengatakan negara-negara yang ada Malaysia, Indonesia, negara-negara Arab, wilayah Islam, dalam erti kata lain, kalau negara-negara ini diserang, wajib bagi umat Islam bangun mempertahankannya. Tetapi dengan istilah itu tidak bererti saya boleh mendiamkan diri kalau berlaku apa-apa kesalahan atau penyelewengan hanya atas dasar ia negara Islam.

"Sepertimana saya tak boleh untuk mendiamkan diri apabila orang Islam buat sesuatu, hanya kerana dia orang Islam, kalau dia merasuah, merompak dan sebagainya, 'eh tak apalah dia orang Islam'," tegas Asri. Sementara itu, Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya menegaskan, bila bercakap tentang negara Islam, ia mestilah menyeluruh dan tidak ketinggalan dalam mana-mana aspek sepertimana di negara ini.

"Islam bukan hanya slogan, Islam itu melibatkan teks, konteks, bentuk, isu, mesti semuanya Islam. "Negara ini Islam atau tidak. Sebab itu jika kita lihat balik, dari segi teks dan konteksnya, ia tidak ada kaitan dengan tulis atau tak tulis (Perlembagaan), soalnya pelaksanaan bagaimana?

"Dirikan solat, masjid kita macam mana? Apakah dirikan solat bermakna kita harus membina masjid besar-besar tetapi jemaah tidak ada. Ada orang hendak berceramah, kena tangkap. Tunaikan zakat, negara kita kutip berapa zakat? RM1 bilion. Apakah orang tidak bayar? Orang bayar, tetapi di mana duit itu pergi?" soal beliau. ~sinar harian

Addin:

Mungkin sebab ketajaman hujah Dr. Asri ini membuatkan Ustaz Fathul Bari tarik diri.. mungkin..

Sabtu, 2 Februari 2013

Cerita sedih mahasiswa berkunjung ke Pengerang

Safwan Anang, 02 Feb 2013


PENGERANG: Pada 27 Januari yang lalu Jelajah Mahasiswa telah tiba di Pengerang bertemu sendiri dengan wakil Gabungan NGO Pengerang untuk mendapatkan maklumat dan pandangan sebenar daripada penduduk tempatan mengenai isu hangat di sana.

Seawal jam 10.15 pagi, mahasiswa yang dipimpin oleh wakil NGO Pengerang, Cik Anis Afida dan Bendaharinya,  Chong Ah Sin atau dikenali sebagai Ah Chai telah melawat ke kawasan perkuburan baru di Kg Tunggal, di mana kubur baru tersebut hanyalah panjang sekitar 3 kaki dan jarak di antara kubur adalah tidak menepati syarat malahan tidak berpagar. Lebih mengejutkan kami, terdapat bekas tapak kaki babi hutan dikesan kawasan kubur tersebut sehingga kesan sondolan jelas kelihatan.

Kami turut dikejutkan apabila kontraktor terlibat, Encik Salleh hanya menjawab dengan mengakui bahawa projek ini dilakukan secara tergesa-gesa walaupun beliau menafikan bahawa pemindahan itu menyalahi prosedur pemindahan.

Namun, apa yang melegakan kami adalah apabila bantahan dibuat Mufti Johor mengarahkan supaya pemindahan tersebut dihentikan serta-merta sehinggalah syarat-syarat dipenuhi.

Seterusnya, kami bertemu beberapa penduduk di sekitar Air Tawar, dimana kawasan perumahannya terkesan dengan projek mega Rapid ini. Namun, masih jelas bahawa gerakan di peringkat rakyat masih kurang kesedaran akan besarnya isu ini dan masih takut untuk menyuarakan ketidakpuasan hati mereka sendiri.

Kemudian, kami teruskan ke tapak rumah baru yang akan ditawarkan kepada penduduk asal di Pengerang. Pampasan tanah yang diberi hanya sekitar RM20,000 dan mereka ini perlu membeli rumah yang baru, sedangkan rumah yang ditawarkan paling murah berharga RM65,000! Sedangkan lokasi perumahan sangat jauh dari pantai bagi yang bekerja sebagai nelayan dan jauh dari tanah subur untuk pertanian bagi petani.

Kami turut melawat sekitar kawasan perumahan asal penduduk yang terletak bersebelahan dengan tapak projek yang tingginya 1.5 meter dari jalanraya. Buat pertama kalinya kawasan tersebut banjir akibat aliran hujan lebat turun ke kawasan perumahan.

Kami ke Sungai Rusa pula, di mana akan dijadikan pengkalan 1,000 orang nelayan. Dijanjikan untuk siapkan jeti nelayan dengan peruntukan lebih RM3 juta, namun walaupun sudah hampir setahun masih tiada apa-apa perkembangan. Kami turut bersama Pak Yahya , salah seorang dari NGO Pengerang, yang pertama ditangkap atas sebab mempertahankan perkuburan Islam di sekitar Pengerang. Menurut rakan NGO Pengerang lagi kawasan perkuburan Cina juga akan dipindah tempat namun masyarakat Cina lantang untuk membantah perpindahan kubur Cina.


Waktu petang kami dibawa ke rumah rakan NGO Pengerang untuk meniliti peta dan segala maklumat berkenaan projek yang akan dijalankan. Selain itu gambar gambar tiga anak beranak yang dipercayai penduduk setempat membunuh diri akibat tekanan isu rampasan tanah juga ditunjukkan.

Dalam penerangan yang diberikan, rakan NGO Pengerang yang juga sering bersama mangsa iaitu Ah Cai memberitahu bahawa sebelum mangsa membunuh diri, si mangsa sering menjaja sekiranya beliau dapat pampasan yang diberikan sedikit, si mangsa akan bunuh diri.

Kenyataan mangsa ternyata ada kebenarannya, namun ada pihak yang cuba mempolitikkan isu bunuh diri tersebut sehingga ada pihak tidak bertanggungjawab mengeluarkan surat palsu yang kononnya surat tersebut ditulis oleh mangsa. Akhirnya apabila surat tersebut dirujuk pada jurubahasa ternyata surat tersebut adalah palsu berdasarkan ayat dan penggunaan tulisannya.

Setelah itu, kami dibawa ke kawasan asal kubur Islam di Kg Jawa Darat untuk melihat tapak perkuburan yang asal, namun dihalang oleh Pak Cik Yaakob atau dikenali sebagai Pak Itam Salleh yang mendakwa bahawa beliau adalah orang yang bertanggungjawab untuk menjaga kawasan kubur tersebut dan pagarnya terpaksa dikunci. Tanpa melengahkan masa lagi, Ah Cai terus membawa kami menziarahi rumah mendiang 3 beranak yang membunuh diri.

Kami teruskan lagi tinjauan ke kampung nelayan Sungai Kapal, di mana terletaknya kilang belacan yang menjadi pusat pengeluar utama bagi Semenanjung Malaysia yang turut dieksport ke negeri-negeri lain seperti Pulau Pinang untuk proses pembungkusan semula.

Malah kami turut dimaklumkan bahawa hasil keluaran kilang tersebut mencecah ratusan ribu ringgit dengan setiap kali tangkapan kira-kira 5 tan anak udang. Akhirnya disebabkan projek Rapid ini, persisiran pantai yang menempatkan bot-bot nelayan telah berlumpur dan nelayan terpaksa menggunakan bot rata untuk ke tengah laut sebagai ‘transit’ ke bot mereka. Turut kami perhatikan, beberapa bot yang dibiarkan di tengah-tengah lumpur sebagai tanda protes nelayan kepada projek Rapid ini.

Bot-bot dibiarkan supaya projek tambak tanah dibelakang tidak menghalang laluan nelayan.

Akhirnya, kami ke rumah penduduk yang telah lama menetap di Pengerang, Ah Teck yang merupakan seorang mekanik. Beliau meluahkan rasa kecewanya kepada pemerintah sedia ada, walaupun dahulu beliau antara penyokong kuat parti politik.

Beliau beranggapan bahawa pihak tidak bertanggungjawab yang melaksanakan projek atas angin ini terlalu memikirkan keuntungan tanpa mendapatkan persetujuan semua pihak terutama penduduk setempat.

Beliau mempersoalkan pampasan yang diberikan tidak setimpal dan tiadanya jaminan pekerjaan kepada penduduk Pengerang sekiranya projek berskala besar ini dilaksana nanti.

Apa yang kami ceritakan ini adalah bertujuan membangkitkan kesedaran di kalangan mahasiswa dan rakyat keseluruhannya. Kita perlu cakna mengenai apa yang sedang berlaku di sekeliling kita kerana antara peranan mahasiswa juga adalah sebagai agen penyampai maklumat sebenar.

Sejarah Baling 1974 dahulu juga telah memperlihatkan peranan besar yang mahasiswa mainkan dalam usaha membela petani miskin sehingga kerajaan mula menggubal Akta yang mengekang mahasiswa daripada turun bersama dengan rakyat. Ayuh mahasiswa, kita bangkit bersama rakyat!


Penulis ialah Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia.

Abdullah Saamah Tanding Atas Tikit Umno?

BERITA MALAM                                                                                                            

Satu maklumat yang baru saya terima dari Kelantan, guru pondok tersohor di Tumpat yang lantang mengkritik Nik Abdul Aziz Nik Mat, Abdullah Samaah katanya akan diletakkan sebagai calon UBN di salah stau kerusi DUN dalam pilihan raya akan datang.
Abdullah: Calon BN di Kelantan?

Beberapa orang tertentu yang menganggotai satu unit kajian bebas mengenai bakal calon Umno di Kelantan mengemukakan cadangan ini langsung kepada presiden parti Mohd Najib Razak tanpa melalui Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan, Mustapa Mohamed.

Alasan untuk menurunkan Abdullah untuk mempengaruhi pengundi Melayu di Kelantan mengenai isu-isu agama seperti kalimah Allah, doa KO Umno, Umno KO dan juga 'keceluparan' Nik Aziz dalam ceramahnya seperti menyebut 'Tuhan mencarut', Nabi Muhammad sama dengan budak kampung bernama Mamat saja dan sebagainya.

Unit kajian itu juga mencadangkanh kepada Najib agar Umno menguar-uarkan Abdullah bakal dilantik menjadi Menteri Besar Kelantan. Alasannya keilmuan dan kedudukan beliau sebagai guru pondok amat sesuai dilantik sebagai MB Kelantan.

Menurut unit ini satu survey telah diadakan di kalangan pengundi Melayu berusia 55 tahun ke atas bersetuju kalau Abdullah diletakkan sebagai calon dalam pilihan raya akan datang. Bagaimana pun menurut kajian itu mereka tidak setuju kalau Abdullah diuar-uarkan bakal MB Kelantan kerana beliau tidak ada pengalaman sebagai seorang adimstratif.

Sementara itu difahamkan kerusi yang kemungkinan akan diberikan kepada Abdullah ialah di Pengkalan Kubur yang kini disandang oleh Nur Zaidi Omar. Kerusi itu tepat kerana pusat pengajian Abdullah berada dalam kawasan berkenaan iaitu di Genting Tumpat.

Sementara Nur Zaidi pula katanya dicadangkan supaya dipindah ke kerusi parlimen.

Sebelum ini setiap kali pilihan raya UBN menurunkan tokoh-tokoh atau guru agama menjadi mereka calon tetapi semua tewas. Antara calon UBN bertaraf ustaz atau tok guru termasuklah Mustapa Taib, Wan Ismail Wan Ahmad, Dusuki Ahmad, Mohd Nor Deris, Zainal Abidin Abdul Kadir dan Shukeri Mohamad dan lain-lain. [wm.kl.9:09 pm 31/01/13]

Ustaz Fathul Bari Cabut Lari Bertemu Dr. Asri

Mungkin dilangsungkan tanpa kehadiran ostad terkemuka umno bernama ostad Fathul Bari yang dimaklumkan menarik diri di saat-saat akhir. Dr Asri melaporkan bahawa program tetap akan berlangsung seperti dirancang bersama Dr Juanda sebagai panel. 
Bukti keikhlasan seorang pejuang agama..Apa dirisau dengan dialog? Ia hanya perbincangan untuk mencari kebenaran dalam agama.  Ruang untuk memperkasa ilmu dengan berbincang bersama insan-insan yang diperakui keilmuannya tidak harus ditolak.
Jika kita silap maka gunakan tunjuk ajar mereka untuk berubah. Simple macam tu sahaja. Dialog tentang agama bukan medan menunjuk jaguh tetapi sekadar berkongsi ilmu masing-masing untuk kepentingan ummah. 

Kerana Kebodohannya, Ali Rustam Di Bidas

KOTA BHARU - Cabaran yang dilontarkan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam kepada Pas untuk memecat keahlian Nasharudin Mat Isa dalam parti itu dianggap tidak relevan.

Ketua Penerangan Pemuda Pas Negeri, Fadhli Shaari berkata, cabaran ahli majlis tertinggi Umno itu dianggap tidak relevan dan tidak sepatutnya dipersoalkan.

“Beliau (Nasha) hanya melakukan beberapa kesilapan yang tidak wajar dilakukan oleh seorang Ahli Majlis Syura, bukanlah sehingga peringkat wajib dikenakan tindakan keluar parti,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Beliau diminta mengulas isu Ali Rustam yang mencabar Parti kepimpinan Datuk Abdul Hadi Awang itu membuang keahlian Pas yang dimiliki Nasharudin Isa kelmarin.

Menurutnya, Nasha juga tidak pernah dikaitkan dengan politik wang untuk menang pemilihan parti dan tidak juga mencadangkan supaya kelab malam dibuka sehingga jam 3 pagi.Beliau berkata, walaupun Nasha kini bukan lagi Ahli Majlis Syura, namun beliau masih tetap sebagai ahli Pas.

"Sebagai contohnya, walaupun majlis perkahwinan anaknya (Nasha) sedikit besar, namun tidak sampai ratusan ribu duit rakyat dihabiskan, jangan pandang rendah pada kepimpinan kami.

"Cabaran itu tidak masuk akal dan Pas tidak akan runtuh jika apa-apa berlaku pada Nasha, bukan sebagaimana yang didakwa beliau (Ali) yang menganggap nasib Pas bergantung pada Nasha,” katanya.

Fadhli berkata, Pas juga tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan yang berkaitan dengan pemecatan keahlian Nasha dalam parti tersebut walaupun tidak dicalonkan mana-mana kawasan untuk Pilihan Raya Umum ke-13 nanti. ~ sinar harian

Gempar!! Zambry Kadir Bakal Di Sepak Macam Ali Rustam

 1) ADUN Pangkor, Zambry Abd Kadir dikatakan akan bertanding di kerusi Parlimen Bagan Serai.

2) Ahmad Husni Hanadzlah pula disebut-sebut bertanding di dua kerusi sama ada Dun Hulu Kinta atau Dun Manjoi.

3) Ahmad Zahid Hamidi yang sebelum ini pernah menjadi Timbalan Pengerusi BN Perak pula dijangka akan bertanding di Dun Rungkup jika beliau menjadi calon menteri besar.

Saya jarang jumpa Zambry
Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Perak, Ahmad Husni Hanadzlah menafikan hubungannya dengan Menteri Besar Haram, Zambry Abd Kadir semakin renggang.
Menurutnya, dakwaan kononnya hubungan antara beliau dengan Zambry tidak begitu baik adalah tidak benar sama sekali. Katanya, mungkin faktor tempat tinggal yang menyebabkan mereka jarang berjumpa menyebabkan timbul spekulasi hubungan mereka renggang.
“Saya tinggal di Kuala Lumpur manakala Zambry berada di Perak. Disebabkan kekangan tersebut, kami tidak rapat seperti dahulu terutama untuk minum bersama.
“Sebagai Menteri Kewangan II, banyak kerja yang perlu saya lakukan begitu juga dengan menteri besar yang perlu laksanakan tugas-tugasnya,”katanya ketika ditemui pada Majlis Pra-Pelancaran Pusat Transformasi Bandar (UTC) Ipoh, disini, semalam.
Ahli Parlimen Tambun itu berkata, tiada apa-apa yang berlaku antara beliau dan Zambry kerana mereka saling menyokong antara satu sama lain.
Menurut beliau, orang ramai tidak perlu percaya dengan khabar angin tersebut kerana politik bukan hanya tentang pilihan raya.
“Kita perlukan pilhan raya untuk membentuk kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri bagi masa depan rakyat. Setelah apa yang kami buat, takkan tiba-tiba kami berdua bergaduh pula,” katanya.
Ahmad Husni berkata, Zambry mempunyai matlamat dan kerjanya sendiri termasuk dirinya menyebabkan mereka jarang bertemu kerana rajin bekerja.
Ini kerja pembangkang
Tindakan pihak pembangkang yang dilihat cuba melaga-lagakan pemimpin-pemimpin BN memperlihatkan mereka kekeringan idea untuk menarik sokongan rakyat.
Zambry berkata, cubaan untuk melaga-lagakan beliau dengan Husni bertujuan menunjukkan Umno dan BN Perak lemah.
“Ia (isu berkenaan) bukanlah khabar angin tetapi satu spekulasi yang sengaja digembar-gemburkan. Mereka tak tahu apa yang boleh dilakukan, isu timbul apabila sesetengah pihak melihat kekuatan Umno dan BN Perak.
“Oleh itu, mereka cucuk sana, cucuk sini. Jadi jangan layanlah,” katanya ketika mengulas isu itu selepas bersama-sama Ahmad Husni dalam Majlis Pra Pelancaran Pusat Transformasi Bandar (UTC) Ipoh, di sini semalam.
Zambry menegaskan, isu itu juga merupakan satu lagi agenda politik yang cuba dibawa oleh pihak pembangkang untuk menjatuhkan kerajaan BN.
“Mereka seperti sudah kekeringan idea dengan mereka-reka cerita kononnya kami tidak sehaluan.
“Mereka turut menimbulkan isu bahawa Husni akan menggantikan saya untuk kerusi Menteri Besar,” katanya.
Sebelum ini beberapa pemimpin pembangkang tidak menolak kemungkinan Zambry akan bertanding di kawasan Parlimen pada Pilihanraya Umum ke-13.
Jika spekulasi ini benar, Zambry bakal menerima nasib yang sama seperti ketua menteri Melaka, Ali Rustam yang dikatakan akan ditendang ke Pusat dan bertanding di parlimen Jasin, itu pun sekiranya BN menang dalam keadaan Pakatan Rakyat bersiap sedia memerintah Malaysia buat kali pertama sejak merdeka 55 tahun lalu.

Jumaat, 1 Februari 2013

Mahathir Belasah Ibrahim Ali

KUALA LUMPUR, 1 Feb — Datuk Ibrahim Ali boleh jadi menyokong Umno akan tetapi beliau bukanlah jurucakap parti tersebut, kata penaung Perkasa Tun Dr Mahathir Mohamad dalam usaha untuk meredakan ketegangan agama menjelang Pilihan Raya 2013.
Ibrahim yang lantang itu adalah pengasas Perkasa dan presiden yang tercetus akibat ancaman pembakaran bible, terbaru dalam kontroversi “Allah”.
Ibrahim, ahli parlimen sayap kanan Melayu itu, mencetuskan kekecohan minggu lalu apabila beliau dilaporkan menggesa umat Islam agar membakar kitab suci penganut Kristian dalam bahasa Melayu jika menggunakan “Allah” sebagai tujukan kepada tuhan mereka.
“Allah” itu perkataan Arab yang ramai orang Islam di sini percaya hanya eksklusif kepada komuniti mereka.
“Adalah malang Ibrahim Ali perlu mencadangkan membakar bible yang baru dicetak,” tulis Dr Mahathir dalam blog chedet.cc malam tadi. “Itu boleh menjadi cara kita menjauhkan diri dari penerbitan yang tidak diingini. Ia tidak boleh dilakukan kepada Bible sepertimana ia tidak boleh dilakukan kepada Al-Quran.
“Tetapi apa yang Ibrahim katakan tidak mencerminkan pandangan Umno. Malangnya, beberapa ahli politik ingin menjadikannya begitu dalam usaha untuk mendapat keuntungan politik,” bekas perdana menteri itu menambah.
Dr Mahathir, yang masih mempunyai pengaruh besar dalam Umno, dengan cepat menegaskan parti tunjang pemerintah Barisan Nasional (BN) itu percaya “Allah” adalah eksklusif kepada Islam tetapi “ia tidak menyokong pembakaran bible berbahasa Melayu yang menggunakan perkataan ini”.
“Saya menganggap cubaan untuk mengaitkan sokongan Ibrahim kepada Umno bersamaan dengan apa yang beliau katakan adalah pendirian Umno sebagai nakal,” kata bekas presiden parti itu.
“Ibrahim bukan ahli Umno. Beliau boleh menyokong Umno tetapi beliau bukan seorang jurucakap Umno.”
Dr Mahathir di acara sebagai penaung Perkasa. Mahathir yang pada 2011 menasihatkan Umno supaya tidak bermusuh dengan Perkasa jika mahu memenangi kembali undi Melayu yang hilang pada Pilihan Raya 2008, dilihat menjauhkan diri dengan pendirian keras kumpulan tersebut.
“Walaupun kita boleh mempunyai perbezaan politik, kita tidak perlu mengambil jalan keluar dengan menggunakan perbezaan agama untuk memenangi pilihan raya. Ia adalah pedang bermata dua dan orang-orang yang hidup dengan pedang akan mati oleh pedang.
“Biarkan kontroversi ini diselesaikan secara tertutup oleh orang-orang yang bertanggungjawab. Jangan benarkan pelampau mengambil alih dan mengeksploitasi isu-isu agama,” katanya dan merayu kepada semua pihak untuk menghentikan “penyalahgunaan” mereka dalam isu sensitif ini.
Perdana menteri paling lama berkhidmat selama 22 tahun itu mengingatkan bahawa kontroversi “Allah” telah telah diselesaikan tahun lalu “melalui penerimaan bahawa Kristian Sabah dan Sarawak boleh terus untuk menggunakan perkataan Allah dalam bible bahasa Melayu mereka dan dalam pengajaran tetapi tidak boleh digunakan di seluruh negara”.
Pemimpin berumur 87 tahun itu memainkan peranan penting dalam potensi krisis keimanan daripada meletus apabila pertikaian kalimah “Allah” mula-mula timbul pada awal 1980an — sejurus selepas beliau mengambil alih jawatan perdana menteri.
Umat Islam dan pemimpin Kristian telah bertelagah dalam isu penggunaan kalimah “Allah” walaupun penghakiman Mahkamah Tinggi 2009 memutuskan umat Islam tidak mempunyai hak eksklusif kepada perkataan Arab itu.
Umat Islam adalah kumpulan agama terbesar di Malaysia sebanyak 60 peratus, manakala minoriti Kristian hanya di bawah 10 peratus daripada 28 juta rakyat Malaysia.
Perdebatan timbul semula bulan lalu selepas Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng yang juga ketua menteri Pulau Pinang dalam perutusannya sempena Hari Natal mendesak kerajaan persekutuan agar menarik semula pengharaman terhadap penggunaan kalimah Allah dalam bible berbahasa Melayu.
Kumpulan gereja Sabah juga telah mendakwa kebebasan beragama Bumiputera Kristian diserang sambil menegaskan kebanyakan penganutnya datang daripada Malaysia Timur dan menggunakan bahasa Melayu.
Kumpulan penganut agama Buddha telah menggesa Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional di bawah Jabatan Perdana Menteri untuk campur tangan menyelesaikan pertikaian tentang penggunaan kalimah “Allah” daripada terus berlarutan.
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) juga mengecewakan pemimpin gereja dengan khutbah Jumaat lepas, di mana ia memberi amaran kepada umat Islam di seluruh negara “musuh-musuh Islam” akan cuba untuk mengelirukan mereka supaya mempercayai semua agama berkongsi tuhan yang sama.
Bekas Peguam Negara, Tan Sri Abu Talib telah mendesak kerajaan agar tidak berlengah-lengah mengambil tindakan terhadap Ibrahim diatas gesaannya agar bible dibakar, dengan mengatakan jika tindakan terus ditangguh terhadap ahli politik veteran itu, memberikan kesan kepada imej kerajaan menjelang Pilihan Raya 2013. ~the malaysian insider

Rupanya Mahathir Sudah Tahu Pakatan Rakyat Akan Menang PRU 13.. Ini Buktinya

Pakatan pembangkang akan bertindak terhadap pesaing politiknya sebaik sahaja ia berkuasa, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.Katanya, mereka akan mengambil tindakan terhadap orang yang tidak baik dengan mereka atau yang mereka rasa tidak baik dengan mereka.
Berucap di Kuala Lumpur hari ini, Dr Mahathir berkata, terdapat desas-desus bahawa kerajaan persekutuan yang dikuasai Pakatan, akan menangkap orang seperti itu, termasuk dirinya sendiri.
Bekas perdana menteri itu berkata, ada yang mengatakan beliau harus meninggalkan Malaysia sebelum keputusan pilihan raya diumumkan.

"Itu perkara pertama yang mereka (Pakatan) akan lakukan (apabila berkuasa) ialah menutup semua lapangan terbang supaya tidak ada pesawat persendirian boleh berlepas.
"
Tetapi saya tidak fikir mereka akan berbuat demikian. Pembangkang adalah orang baik. Mereka mungkin menangkap orang dan mendakwa mereka.
"Mahathir secara berseloroh berkata, beliau gembira Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) tidak lagi wujud dan bahawa Pakatan, yang menentang undang-undang tersebut, tidak boleh sebarangan menyumbat orang ke dalam penjara jika ia berkuasa."Tanpa ISA, saya berasa lebih selesa," katanya.