PARTI ISLAM SEMALAYSIA

PARTI ISLAM SEMALAYSIA
PAS KAWASAN LENGGONG

Khamis, 30 Mei 2013

Perancangan SPR Benarkan Pengundian 2 Kali Terbongkar

PETALING JAYA 29 MEI: KEADILAN hari ini mendedahkan bukti terbaru berhubung helah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam pilihan raya lalu bagi membolehkan pengundian dibuat lebih dari sekali.

Naib Presidennya, Fuziah Salleh berkata, beberapa hari sebelum hari mengundi, SPR mengeluarkan tatacara proses pengundian bagi mengatasi masalah kesesakan di saluran tempat mengundi, dan garis panduan itu turut diserahkan kepada Pengarah Pilihan Raya setiap parti tetapi tanpa sebarang taklimat.

"Menerusi tatacara tersebut, kerani SPR dibolehkan untuk membuka buku daftar pemilih yang baru sekiranya terdapat lebih 20 orang beratur bagi setiap saluran, dan mereka boleh membuka sehingga tiga buku daftar pemilih,” kata Fuziah dalam sidang media di ibu pejabat parti hari ini.“SPR telah memberi ruang kepada satu keadaan yang membolehkan pengundian lebih dari sekali berlaku kerana buku tersebut tidak bertanda.

Sekiranya pengundi datang lagi sekali selepas mengundi, buku itu boleh ditanda lagi untuk kali kedua,” jelasnya.Ahli Parlimen Kuantan itu turut menunjukkan salinan laporan polis oleh saksi yang dibenarkan SPR mengundi sebanyak dua kali.“Ia terjadi kepada Fadli Kaharuddin yang mengundi di saluran empat, Sekolah Kebangsaan Sungai Isap (Kuantan).

Selepas mengundi lebih kurang jam 10 pagi dia pulang ke rumah dan mendapati dakwat kekal boleh dibasuh.“Marah dengan keadaan itu, lebih kurang jam 1.15 petang beliau kembali ke sekolah tersebut untuk menguji samada boleh mengundi lagi, dan mendapati dia dibenarkan mengundi sekali lagi,” jelas Fuziah.Fadli bagaimanapun tidak membuang undi tetapi membawa kertas mengundi dan menyerahkan kepada polis lalu membuat laporan.

"Tapi apa yang (Datuk) Wan Ahmad (Wan Omar) kata, pemuda tersebut boleh didakwa kerana mengundi dua kali dan bawa kertas keluar,” katanya.“Justeru, apabila kita kaji, ini rancangan SPR yang membolehkan penipuan berlaku, dan ia berkemungkinan berlaku di seluruh negara,” tegasnya. ~keadilandaily

Isu Bot Karam, TV3 Hina Rakyat Sarawak


Tragedi bot karam di Belaga, Sarawak telah mengguris hati rakyat Sarawak. Ini berikutan tiada sensiviti laporan di Berita TV3. Bagi penonton berita TV3, kami rakyat Sarawak ingin menyatakan bahawa ada kesilapan dalam berita tersebut apabila dikatakan ianya pengangkutan termurah yang kami pilih.

Untuk pengetahuan anda, di kawasan Belaga ini,hanya ada bot express sebagai pengangkutan. Tiada jalan raya dll.. Jadi tiada istilah termurah atau termahal. Yang wujud hanya INI YANG KAMI ADA.Ada pilihan?



Tiada pilihan..Jadi mau tak mau, penduduk di sana kena naik juga bot express untuk pergi dan pulang ke kampung.Di harapkan anda faham dan tidak memikirkan rakyat kami ni hanya mau naik yang termurah dan abaikan keselamatan. 

Zambry Kadir Akan Bubarkan DUN Dalam Tempoh 6 Bulan Lagi?


Beberapa ADUN UMNO didakwa akan melompat dan juga petisyen dari PR Perak yang peluang cerah untuk menang 2 atau 3 kerusi, DS Zambry Kadir mungkin menghadap DYMM Sultan Perak untuk membubarkan DUN Perak.

UMNO kemungkinan besar tidak akan membenarkan keputusan mahkamah menentukan kerajaan rakyat Pakatan Rakyat.

Bagi UMNO mereka tidak akan serah ,kuasa dengan begitu mudah. Pilihan baik DS Zambry Kadir membubarkan DUN Perak ,lantas mengadakan Pilihanraya Negeri Perak sekali lagi.

UMNO sekali mengharapkan undi orang Melayu untuk menyelamatkan kerajaan mereka.

Veteran Umno Bantai Najib Seorang Hipokrit

Dalam tulisan di blognya, zamkata.blogspot.com semalam, beliau berkata usaha Najib untuk menonjolkan diri sebagai pemimpin popular menyebabkan perdana menteri itu dilihat sebagai seorang yang meniru orang lain dan bukannya seorang pemimpin.

Katanya, beliau juga melihat Umno dalam keadaan "panik" apabila timbul cadangan untuk menjadikan BN sebagai sebuah parti tunggal.

"Sesuatu cadangan yang serius patut dikemukakan dalam keadaan tenang bukan dalam keadaan masih ribut. Tidakkah ini menunjukan pemimpin-pemimpin UMNO berada dalam keadaan panik."Jika mahu uji pandangan akar umbi pun bukanlah masa sekarang ini," tulis Zainuddin yang juga pernah bertugas sebagai wartawan Utusan Melayu.

Beliau mengkritik pengedaran kain rentang 'I love PM' pada kempen pilihan raya umum ke-13 yang menurutnya mungkin diilhamkan oleh penasihat Najib.Katanya, tindakan tersebut hanyalah untuk menunjukkan kepada Najib bahawa pengerusi BN itu telah mendapat sokongan khususnya daripada masyarakat Cina di Malaysia.

Sikap yang ditunjukkan oleh golongan pengundi berkenaan dalam pilihan raya umum lalu adalah sebaliknya.Dalam tulisan itu, Zainuddin berkata Najib ditonjolkan sebagai pemimpin yang hidup seperti rakyat biasaa dan sanggup makan dan minum bersama rakyat antaranya di gerai, kafe dan gerai mamak."Penasihatnya berfikir bahawa gambar ini akan menunjukan Najib yang elitis dari keluarga bangsawan hidup seperti rakyat biasa tetapi kepada rakyat adalah 'luar biasa' kerana tidak pernah mereka terserempak dengan Najib di tempat-tempat begini.

"Lebih luar biasa apabila diiringi oleh pengawal dan pembantu peribadi. Nampaklah kepura-puraan," kata Zainuddin."Kata mantan Menteri Kewangan Daim Zainuddin, Anwar Ibrahim adalah clown (lebih tepat dipanggil Raja Lawak). Kata saya, Najib adalah imitator. Penasihatnya berkepala di awan tanpa kaki mencecah daratan.

Inilah penasihat yang patut disingkirkan."Zainuddin berkata beliau menerima kiriman SMS daripada seorang kawan dalam dunia korporat yang mendakwa tindakan menunjukkan kain rentang 'I Love PM' adalah "menjijikan" dan meminta Najib berhenti bersikap seperti pemimpin mahasiswa.Zam yang juga karyawan tamu Universiti Utara Malaysia berkata sepatutnya Najib sedar negara ini masih belum keluar dari keruncingan politik dengan cabaran daripada "raja lawak dan kepala cauvanisme Cina" yang tidak dinamakannya.

"Negara belum keluar dari keruncingan politik; keselamatan diancam oleh communist surrogate, tiap hari ada tunjuk perasaan cina baju hitam cemarkan pilihan raya yang sah, berbagai laporan palsu polis dibuat; blackout, dakwat padam," katanya. ~malaysiakini

Dr. Asri Belasah Mufti Pencacai Umno


SHAH ALAM – Mana-mana pihak yang cuba menentang kerajaan yang sah boleh dianggap sebagai penderhaka kepada negara.Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, mereka yang tidak berpuas hati sepatutnya guna saluran betul iaitu mahkamah dan bukan melakukan demonstrasi di jalan raya.

"Sebarang usaha untuk menentang kerajaan yang sah, itu namanya penderhaka. Menentang secara aman pun dianggap sebagai penderhakaan kepada negara.“Apatah lagi, jika ada yang mahu melakukannya dengan keganasan. Kalau tidak puas hati, failkan petisyen ke mahkamah. Mengapa mahu tunjuk perasaan?” katanya semalam.

Beliau berkata demikian ketika mengulas usaha sekumpulan NGO pro-pembangkang yang mahu mengadakan protes jalanan besar-besaran sekiranya pegawai kanan SPR tidak meletak jawatan.

Sabtu lalu, penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin atau CheguBard menyeru rakyat Malaysia menjadi sukarelawan ‘Suara Rakyat 505' untuk menggesa pimpinan SPR meletakkan jawatan.

Kayanya, gerakan itu akan ke ibu pejabat SPR di Putrajaya bagi menuntut peletakan jawatan pimpinan badan tersebut.

Beliau turut mendakwa, selagi kedua-dua pentadbir tertinggi SPR tidak meletak jawatan, rakyat akan terus bersama PR membuat tuntutan tersebut melalui himpunan.

Menurut Harussani, mereka yang terlibat perlu dikenakan tindakan keras sekiranya ia ke tahap menggugat ketenteraman awam.“Kalau sampai mengancam nyawa orang lain, itu sudah tergolong dalam dosa besar. Mereka perlu bertaubat segera,” katanya.

Rabu, 29 Mei 2013

Sejarah!! Rupanya Umno Berlindung Di Bawah Ketiak British Dalam Tragedi Natrah

Orang-orang Melayu dari UMNO didapati tidak bersama rakyat berbangsa Melayu dalam mempertahankan akidah Natrah, walaupun parti perkauman Melayu itu ditubuhkan sejak 1946.

Sebaliknya, sejarah Natrah menyaksikan rakyat Melayu bersatu atas beberapa pertubuhan berhaluan kiri seperti Kesatuan Melayu Muda (KMM), Angkatan Pemuda Insaf (API) dan Angkatan Wanita Sedar (AWAS). "Waktu isu Natrah berlaku pada tahun 1950, Umno diam membisu, yang ke depan adalah API, KMM (dan) AWAS,"

Dr. Burhanuddin al-Helmi, iaitu salah seorang pemimpin KMM yang kemudiannya menyertai PAS sebagai Presiden Pertama PAS turut dipenjarakan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) atas hasutan UMNO terhadap pihak British kerana dilihat mengepalai beberapa siri demontrasi dan mogok di Malaya dan Singapura

Dr. Burhanuddin al-Helmi sendiri pernah berdepan dgn Tunku Abdul Rahman secara face to face dalam mencari penyelesaian bagi menyelamatkan Akidah Natrah..

" Hang dengan aku kena turun bersama-sama dengan rakyat bagi mempertahankan akidah anak kecil tu... kalau hang masih dok sembunyi kat belakang British, hang jawablah depan Allah di Padang Mahsyar nanti... bagi aku hang ni cuma takat jadi tukang sarung sepatu Inggeris ja.. Hina sungguh orang macam hang ni..." - ujar Dr. Burhanuddin al- Helmy..

18 org muslim mati syahid ditembak oleh askar Ingeris yg berbangsa melayu ketika kes perhimpunan menyelamatkan akidah Natrah...

"Yang ditahan adalah Dr. Burhanuddin al-Helmi yang ditahan oleh penjajah (dan) pemimpin Umno tidak ada yang ke depan. kerana UMNO adalah Anjing perlihartaan British...

"Maka, (dakwaan Muhyiddin) itu mitos dan kata orang Melayu bersatu bersama UMNO juga adalah tidak berasas sama sekali," ~TEUKU ZACHARYAH BIN TEUKU NYAK KHAIRY ISKANDAR..

Sedikit maklumat tambahan tentang Natrah
Natrah menjadi isu di Singapura pada 1950 akibat perebutan terhadapnya antara ibu angkatnya, Che Aminah dengan keluarga asal beliau yang berketurunan Belanda.
Natrah ketika itu berumur 13 tahun dan telah memeluk Islam dan bernikah gantung dengan seorang guru berusia 22 tahun bernama Mansor Adabi.
Namun undang-undang British/Belanda tidak membenarkan wanita di bawah umur 18 tahun daripada berkahwin dan Natrah akhirnya diperintahkan supaya dipulangkan kepada ibu bapa kandungnya di Belanda.
Keputusan mahkamah itu menimbulkan kemarahan masyarakat Islam di Singapura sehingga berlaku rusuhan yang dikenali sebagai Rusuhan Natrah.
Dilaporkan seramai 18 orang terbunuh dan kira-kira 200 orang cedera dalam tragedi itu ketika mereka bertempur dengan tentera dan polis British, sehingga Singapura diletakkan di bawah perintah berkurung selama dua hari dua malam.
Natrah meninggal dunia pada 9 Julai 2009 pada umur 72 tahun di Huijbergen, Belanda

Gambar Tamrin Ghaffar Baba Di Tahan Di Balai Polis Tersebar


Aktivis PAS Datuk Tamrin Abdul Ghafar dan pemimpin NGO Asalkan Bukan Umno Haris Ibrahim ditahan semula hari ini, empat hari selepas dibebaskan.

"Ya... Polis berada di rumah saya di Ampang sekarang," kata Tamrin yang menambah pasukan polis itu tiba pada kira-kira jam 7.15 petang."Mereka ada waran tangkap berhubung isu sama dan membawa saya ke ibu pejabat polis Dang Wangi," katanya lagi kepadaMalaysiakiniketika dihubungi.



Peguam Gobind Singh Deo juga mengesahkan bahawa Haris ditahan semula pada jam 7 petang ini dan turut dibawa ke ibu pejabat polis Dang Wangi."Kami boleh sahkan bahawa mereka berdua (Haris dan Tamrin) ditahan semula mengikut Akta Hasutan," katanya kepada Malaysiakini ketika dihubungi.

Penemuan 'minyak' di Tumpat, R hantar sampel untuk kajian



(Nazri dan Shakur menunjukkan sampel minyak yang ditemui di Pasir Pekan)

TUMPAT: NGO menuntut royalti untuk Kelantan, R telah menghantar sampel minyak yang ditemui di sebuah telaga dekat sini untuk dianalisa oleh sebuah syarikat geosains terkemuka di Kuala Lumpur.

Presiden R, Nazri Deraman dalam kenyataannya berkata, pihaknya telah mengambil sampel minyak itu dan dihantar kepada syarikat berkenaan untuk dianalisa semalam.

Penduduk Pasir Pekan semalam mendapati minyak keluar melalui telaga mereka.

Ekoran itu, pihak R yang diketuai Nazri dan di iringi oleh Timbalan Presiden R, Haji Shakur Shariee dan Setiausaha R, Mohd Hisyamuddin Ghazali telah pergi melawat tapak penemuan minyak di dalam telaga di Pasir Pekan pada jam 5.30 petang semalam.

Hasil penemuan dan temubual dengan penduduk agak mengejutkan, kerana minyak memang terdapat dalam telaga di 3 buah rumah berasingan.


(Nazri meneliti minyak yang diambil dari sebuah telaga di Pasir Pekan)

Lebih 100 liter telah dikumpul sejak 4 bulan yang lalu, malah minyak tersebut mampu menghidupkan enjin mesin rumput.

Bagi membantu penduduk setempat, pihak R telah mengambil langkah segera dengan mengambil sampel minyak tersebut untuk dihantar ke sebuah syarikat swasta geosains terkemuka di Kuala Lumpur.

Sebelum ini mantan Exco Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Husam Musa pernah menyatakan bahawa terdapatnya minyak di dalam perut bumi Tumpat dan Kota Bharu mengikut kajian geosains semasa.

Sebenarnya penemuan minyak di darat adalah bukan perkara mustahil kerana di Indonesia, penemuan Minyak di Darat di Blok Cepu, Jawa Timur dan Jawa Tengah sejak dulu lagi.

Malah di Malaysia juga ditemui minyak di darat seperti penemuan minyak di Sarawak oleh Petronas, iaitu penemuan di daratan yang pertama di negara ini selepas 24 tahun.

Penemuan itu dibuat di telaga Adong Kecil West-1, yang terletak kira-kira 20 kilometer di timur laut bandar raya Miri. Ia digerudi oleh JX Nippon Oil & Gas Exploration (Onshore Sarawak) Ltd, iaitu operator bagi Blok SK333 dengan usaha sama Petronas Carigali Sdn Bhd.

Kali terakhir minyak dan gas ditemui di daratan Malaysia ialah pada 1989, iaitu di medan Asam Paya yang juga terletak di Sarawak.

Pada masa yang sama R menuntut Perdana Menteri agar membayar Royalti 20% kepada Kerajaan Negeri Sabah dan Sarawak seperti yang dijanjikan beliau semasa berkempen Pilihanraya 13 di Sabah tempohari.

Sekiranya beliau tidak melaksanakan janji tersebut, rakyat Sabah dan Sarawak perlu bangkit menuntut hak mereka seperti dijanjikan untuk pembangunan negeri mereka sendiri.

Selasa, 28 Mei 2013

SULIT...SULIT...

Seakan terkejut aku bila mendengar ada pertemuan sulit antara DSAI dengan Najib... Disaksikan oleh Jusuf Kala dari Indonesia... Ia terdedah juga apabila media antarabangsa melaporkannya... Aku tak pasti apakah DAP dan PAS mengetahui berhubung pertemuan tersebut...  Tiada komen setakat ini...

Bagi aku tak salah pertemuan itu jika bertujuan kebaikan... Namun ada pihak yang suka melihat sesuatu yang sulit itu sebagai salah dan berniat jahat. Namun aku cuma nak tanya... apakah yang sulit dan salah itu hanya jika ia dilakukan oleh Ulama...

Dan tak salah jika dilakukan oleh bukan Ulama... Istimewanya DSAI...?? aku nantikan komen dari kome...

Jangan bagi macam macam alasan... aku cuma kata apabila ianya sulit...kerana ada orang yang suka berhujjah bahawa ia tak sepatutnya dilakukan secara sulit...!!! itu hujahnya... tak payah bagi jawapan kepada aku tujuan pertemuan... itu boleeh dijadikan alasan..

Apabila ada pimpinan PAS yang berjumpa umNo maka hangpa kata UG... Nak khianat PR... biarpun ulama telah menjelaskan tujuan tersebut...maka hujah popularnya ialah... MENGAPA SULIT... MENGAPA SECARA BERSEMBUNYI???

Nah...sekarang terdedah pertemuan DSAI secara sulit..SULIT...BERSEMBUNYI... apakah ini tidak dikatakan khianat?? apakah disebabkan ianya DSAI atau bukan Ulama maka segalanya betul...

Bagi aku sesuatu yang bersifat strategi sememangnya tak perlu diberitahu secara umum... Kalau semua pengikut nak tahu ...susah le... Kalau nak tahu juge ...jadi le pemimpin... Jangan bagi alasan.. PENYOKONG DAN AHLI BERHAK TAHU...!! setiap kedudukan ada peranan dan tahap meklmat yang perlu diketahui... sebab itu dalam Islam ada istilah wala'  malangnya ada yang mengatakan wala' tu macam candu... inilah pemikiran komunis yang kata agama itu candu..

aku belum nak berhujjah bahawa terbukti semua yang DSAI buat tak salah... Yang pimpinan Ulama PAS buat semuanya salah... Ko tunggu ulasan aku kalau ko terus serang pimpinan aku.. wahai Samsul...  Jangan ingat dah jadi MP ko boleh buat ikut suka ko...

Sunday, May 26, 2013

Firasat Tok Kenali : Golongan bersimbolkan besi dan keris nanti akan dibinasakan Allah!!!

Tok Kenali, adalah seorang tokoh agama dan wali Allah di alam Melayu yang rasanya sudah tidak perlu diperkenalkan lagi berkaitan dengan ilmu dan kehebatannya . 

Syair karya arwah Tok Kenali seperti dibawah ini jarang jarang sekali kita temui dan baca , antaranya ialah : 

 “Maharaja Daulat Tuanku, umat islam mereka memangku, 
Adam dan Hawa nenek Tuanku, langit dan bumi ia memangku, 
Merah Puteh Bendera Muhammad, Kuning Hijau Auliya’ keramat, 
Kelabu Hitam dicela ummat, jangan menerima umat Muhammad, 
Simbol besi serta keris, 
sekeliannya itu dibinasakan Allah” 

Mengikut sumber syair ini dicetak dalam Risalah Gerak Kilat Menyambar dan Mutiara Di Tengah Mata, tulisan Syaikh Mahmud Nasri Uthmani, Baling Kedah.

Beliau merupakan khadam dan murid kepada Tok Kenali. Untuk makluman korang, risalah tersebut telah diharamkan Pada Hari Isnin 23/8/1976, Hari Isnin 25/10/1976 Dan 10/11/1976 . Sila baca di sini atau di sini  

Walau apa pun, saya ingin mengajak korang sama-sama mengikuti satu kupasan tentang Syair diatas:


Pada baris pertama syair itu ada perkataan atau kalimah “Daulat Tuanku”, kalaulah ini merupakan kalimah syirik seperti yang pernah didakwa oleh sesetengah pihak, takkan Tok Kenali masukkan kedalam syairnya pula, takkan beliau tidak faham akan maksudnya atau tidak tahu akan hakikat kalimah itu!

Siapakah golongan bendera merah puteh itu? Golongan Merah ialah golongan para mujahiddin yang menjaga agama dan berjuang menegakkan agama Allah dengan diri dan darah mereka! 

Contoh mereka yang berjuang dengan cara ini ialah Tok Janggut, Mat Kilau, Dato’ Bahaman, Tok Gajah, Dol Said dan ramai lagi… Golongan Puteh pula ialah puak pondok, puak yang menjaga agama islam dengan kitab, mereka belajar dan mengajar ilmu. Golongan Kuning ialah puak Raja – Raja Melayu, puak yang menjaga agama dalam kesulthanan. 

Mereka juga memikul amanah untuk memastikan Melayu-Islam akan kekal sehingga ke akhir zaman. Golongan Hijau ialah ialah puak Al-Khaidir a.s, puak yang menjaga agama dengan kesaktian. 

Contoh mereka yang berada dalam puak ini ialah Tok Ku Paloh , semua Jundullah atau pendekar sufi. Nabi Khaidir a.s dikatakan pernah sembahyang sebanyak dua kali bersama Tok Ku Paloh, kali pertama Tok Ku Paloh berimamkan Nabi Khaidir a.s , kali kedua Nabi Khaidir a.s hadir sembahyang subuh berimamkan Tok Ku Paloh pula. 

 Kelabu pula ada 2 tafsiran iaitu merujuk kepada fahaman Ibnu Taimiyyah dan satu lagi merujuk kepada Syiah. 

Hitam pula merujuk kepada fahaman golongan wahabi. Kelabu dan hitam ini dicela pegangan dan fahaman mereka oleh Ahli Sunnah Waljamaah. 

Ramai diantara pengikut sebuah parti pembangkang sekarang ini yang berfahaman syiah dan wahabi. 

Simbol besi pula merujuk kepada dacing, alat penimbang yang digunakan oleh satu komponen beberapa parti di negara ini, manakala simbol keris pula digunakan oleh sebuah parti di negara ini.

 Mengikut Firasat dan Kasyaf Tok Kenali kesemua golongan kelabu,hitam dan golongan bersimbolkan besi dan keris nanti akan dibinasakan Allah!!!

 Lihat dan renunglah sendiri wahai sahabatku sekalian, mutu dan keunggulan semua parti atau golongan diatas sudah semakin merosot kini , malah telah mengalami zaman kejatuhannya.

Para pemimpin mereka asyik mengejar harta dunia, pangkat, malah sudah ada yang sanggup bersekongkol dengan kafir demi kelansungan kuasa mereka.

Atas sebab itulah marilah kita bersatu agar kita termasuk kedalam 3 golongan iaitu golongan Merah atau Puteh atau Hijau manakala golongan Kuning berada dalam kategori nya yang tersendiri dan akan bangkit dengan sendirinya atas sokongan dari 3 golongan lain iaitu; [merah-puteh-hijau] InsyaAllah!!!

Ketepikan soal politik sempit yang menyebabkan perpecahan ummah ! Melayu -islam harus bersatu ! Melayu- islam harus kuat!

Bila tengok seruan akhir kalamnya, 'Melayu Islam harus bersatu' aku dah boleh agak fahaman politik mamat nih!

Tapi aku tak mahu pula nak ulas  mengenai pentafsirannya  di atas itu. Cumanya aku agak tertarik dengan konklusi diakhir yang menyeru :

 “marilah kita bersatu agar kita termasuk kedalam 3 golongan iaitu golongan Merah atau Puteh atau Hijau manakala golongan Kuning berada dalam kategori nya yang tersendiri dan akan bangkit dengan sendirinya atas sokongan dari 3 golongan lain iaitu; [merah-puteh-hijau] InsyaAllah!!!"


Korang kena perhati dengan teliti katanya , Simbol besi pula merujuk kepada dacing, alat penimbang yang digunakan oleh satu komponen beberapa parti di negara ini, manakala simbol keris pula digunakan oleh sebuah parti di negara ini.

Lebih baik  cepat-cepat korang caww dari Umno/BN tu! Kerana dia bagi tau, "golongan bersimbolkan besi dan keris nanti akan dibinasakan Allah!!!" Subhanallah!

Korang nak tunggu dan fikir apa lagi? Korang tengoklah sendiri ~ Merah, Puteh, Hijau itu ada pada bendera PAS! Korang kena ikut seruan mamat nih! Ayuh apa lagi!

Merah, Puteh, Hijau itu ada pada bendera PAS !Allahu akbar!