PARTI ISLAM SEMALAYSIA

PARTI ISLAM SEMALAYSIA
PAS KAWASAN LENGGONG

Sabtu, 30 Oktober 2010

Ayat 63 surah al-Furqan

Mari kita sama-sama tadabbur ayat al Quran berikut :

أعوذ بالله من الشيطان الرجيم

و عباد الرحمن الذين يمشون على الأرض هونا و إذا خاطبهم الجهلون قالوا سلما ( 63 )

سورة الفرقان

Dan hamba-hamba ( Allah ) ar Rahman , ialah mereka yang berjalan di bumi dengan sopan santun, dan apabila orang-orang yang berkelakuan kurang adab hadapkan kata-kata kepada mereka, mereka menjawab dengan perkataan yang selamat dari perkara yang tidak diingini.

ayat 63 surah al-Furqan

صدق الله العظيم

................................................................................................................

Mulia sungguh perilaku mu , wahai .....

Bekas calon BN maki hamun Tok Guru

Wartawan Kita

GUA MUSANG, 30 Okt: Bekas calon BN Pengkalan Chepa, Nor Idris memaki hamun Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika menziarahi rumah bekas Adun Galas, Haji Omar Mohamad, petang ini.

Kejadian yang mengejutkan itu berlaku ketika Tuan Guru Nik Abdul Aziz menziarah bekas wakil rakyat Dun Galas dari Semangat 46 di Kampung RPT Sungai Terah selepas merasmikan mesyuarat agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru-Guru (PIBG) Maahad Muhammadi Gua Musang.

Rombongan Menteri Besar yang turut disertai anggota Exco kerajaan negeri, Datuk Mohd Amar Abdullah, calon PAS, Dr Zulkefli Mohamed dan pegawai-pegawai kanan Yayasan Islam Kelantan (Yik).

Sebaik sahaja Tuan Guru Nik Abdul Aziz tiba, Haji Omar yang berada di dalam rumah keluar menyambut mesra kehadiran Menteri Besar dan rombongannya.

Kemudian tuan rumah mempersilakan Tuan Guru Nik Abdul Aziz masuk dan diikuti anggota rombongan. Bagaimanapun ketika tiba di ruang tamu Nor yang juga bekas pensyarah Akademi Islam Universiti Malaya enggan bersalam dengan Menteri Besar.

Sebaliknya beliau terus menengking dengan mempersoalkan mengapa PAS berkawan dengan DAP.

“Ana tidak mahu bersalam dengan anta selagi PAS berkawan dengan DAP,” kata Nor dengan suara nyaring.

Dengan suara yang keras dengan dilaungkan sekuat hati beliau mengajak Mursyidul Am PAS berdebat.

Ekoran itu Mohd Amar cuba menenangkan keadaan dan meminta Ustaz Nor bertenang, namun pada awalnya beliau enggan dan terus menegangkan urat lehernya.

Beliau yang memakai baju kameja biru tertera gambar 1Malaysia enggan mendengar nasihat anggota Exco terbabit sehingga menyebabkan anggota rombongan lain cuba menangkan keadaan.

“Sebagai tetamu kita hendaklah menghormat tuan rumah. Kita sama-sama tetamu. Saya datang bukan hendak berbahas dengan sesiapa cuma hendak menziarahi tuan rumah,” kata Menteri Besar.

Ustaz Nor (kanan) terus menengking dengan mengatakan semuanya hendak berpolitik.

Ketika tuan rumah mengangkat air, Menteri Besar meminta Ustaz Nor minum air dahulu bagi menyejukkan emosinya.

Haji Omar hanya memerhati telatah Ustaz Nor yang dianggap boleh mencemarkan imejnya sebagai tuan rumah kerana menengking Menteri Besar yang datang ke rumahnya.

Beliau merupakan bekas Adun Semangat 46 Dun Galas dua penggal pada 1990 dan 1995. Bagaimanapun kerusi itu dirampas semula BN pada pilihan raya 1999 dan 2004 melalui Mohd Saufi Deraman.

Ustaz Nor pernah bertanding di kerusi parlimen Pengkalan Chepa menentang Mohd Amar.

Mohd Amar yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan ketika ditemui kemudian melahirkan rasa kesal di atas sikap pemimpin Umno terbabit yang langsung tidak menghormati tetamu yang berkunjung.

“Beliau bukannya tuan rumah untuk menengking tetamu yang datang. Tuan rumah tidak ada masalah cuma Ustaz Nor yang tidak ada kaitan dengan tuan rumah tiba-tiba tidak dapat menahan emosi,” katanya.

Seorang pegawai Yik menyifatkan orang yang waras tidak mungkin menengking orang lain tak tentu pasal.

Insiden yang berlaku itu menambah lagi koleksi ketempangan kempen Umno. Ia secara langsung mencemarkan moral Umno yang masih terkial-kial mencari arah.


..............................>> Sedikit penjelasan untuk orang melayu yang tak reti "melayu"


Telah berkata "koran" utusan kalian di sini bahawa :

Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden UMNO berkata, parti itu sejak dulu lagi berpendapat kerjasama dengan MCA atau mana-mana parti komponen BN lain yang bukan Islam tidak salah sama ada dari segi hukum agama mahupun kepentingan awam.

''Hasil kerjasama yang kita jalin sejak 53 tahun lalu, bermula dengan Perikatan, ia mendatangkan kebaikan kepada negara. Mereka belajar daripada kita.

''Oleh itu kenapa perlu ada satu pandangan yang berbeza berhubung kerjasama ini," katanya.

Beliau berkata, BN tidak menganggap apa yang dilakukan oleh Pas bekerjasama dengan DAP adalah salah tetapi mempersoalkan kenapa parti itu dahulu menuduh UMNO kafir kerana bekerjasama dengan orang kafir.

Manakala "koran" harian kalian pula di sini menaqalkannya begini :

"Kenapa perlu ada berbeza pandangan, kita tidak katakan (hubungan) mereka salah tetapi dulu mereka (PAS) tuduh kita bersubahat dengan orang kafir, tetapi sekarang ini apa yang mereka tuduh kita dulu, itulah yang mereka sedang lakukan, hakikatnya mereka belajar dari kita," katanya.


Itu daripada lidah pemimpin kalian sendiri. Bukankah ketaatan mutlak kalian kepada pemimpin tidak berbelah bahagi pada perkara taat dan perkara maksiat .

Maka sami'na wa atho'na hendaknya kalian .



Mengapa tidak dipertimbangkan juga hujah-hujah yang bertentangan dengan hawa nafsu kalian? Kasihanilah "orang tua" ini, biarlah dia tidak mengulangi perkataannya berkali-kali ( baca ini ) hanya kerana sikap "pura-pura jahil" kalian.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan