PARTI ISLAM SEMALAYSIA

PARTI ISLAM SEMALAYSIA
PAS KAWASAN LENGGONG

Isnin, 25 Oktober 2010

Syarikat cabar kuasa Jakim

Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin dan Siti Nadirah Hafidzin
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
BUKTI...laman web milik syarikat mengedar sijil halal swasta yang mengarahkan laporan polis dibuat sekiranya pegawai Jakim membuat pemeriksaan di premis yang menggunakan logo halal milik mereka.
BUKTI...laman web milik syarikat mengedar sijil halal swasta yang mengarahkan laporan polis dibuat sekiranya pegawai Jakim membuat pemeriksaan di premis yang menggunakan logo halal milik mereka.

KUALA LUMPUR: Tidak ubah seperti sengaja mencabar bidang kuasa pegawai Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) apabila syarikat swasta yang menjual logo halal palsu kepada pengilang dan restoran tempatan mengarahkan pelanggannya membuat laporan polis jika didatangi pegawai agensi berkenaan.

Arahan tidak masuk akal itu dianggap sebagai langkah terdesak syarikat swasta berkenaan selepas ribuan syarikat yang sebelum ini diserbu dan diperiksa Jakim mula gusar dengan status sijil dikeluarkan syarikat itu.


Malah lebih memberi tekanan apabila kebanyakan pemilik restoran dan pengilang yang sebelum ini membayar ribuan ringgit bagi memperoleh sijil halal swasta berkenaan mula beralih minat terhadap sijil halal dikeluarkan Jakim berikutan ia lebih sistematik dan diperakui di peringkat antarabangsa.


Salah seorang pengusaha syarikat makanan yang enggan namanya didedahkan berkata, dia terkejut apabila menerima kiriman e-mel dari syarikat pengeluar sijil halal swasta berkenaan yang seolah-olah mencabar kuasa Jakim sebagai badan kerajaan yang diberikan tanggungjawab penuh dalam menyelia isu halal di negara ini.

Menurutnya, melalui hebahan syarikat logo halal celup itu yang diedarkan pada pertengahan Ogos lalu, pemilik syarikat berkenaan mendakwa sijil halal dikeluarkan syarikatnya sah diguna pakai mengikut undang-undang Malaysia dan Jakim tiada kuasa mengambil sebarang tindakan.


“Melalui kenyataan rasmi syarikat itu, pemilik restoran boleh menghalang pegawai Jakim memasuki dapur bagi membuat pemeriksaan dan hanya pegawai Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) boleh melakukan tugas itu.

Click Here

“Malah melalui kenyataan itu, pemilik restoran diarah meminta surat kuasa dari KPDNKK sebelum membuat pemeriksaan di dalam premis dan dapur restoran atau premis perniagaan mereka,” katanya.


Lebih mengejutkan apabila syarikat logo halal swasta itu mengarahkan pemilik premis mengambil nama, gambar serta membuat laporan polis secepat mungkin sekiranya ada pihak selain KPDNKK menanggalkan atau menurunkan logo milik syarikat berkenaan.


Dia yang tidak lagi menggunakan pakai logo halal syarikat swasta berkenaan mendakwa arahan diberikan itu keterlaluan berikutan Jakim menjalankan kuasa mengikut peruntukan dengan kerjasama dengan KPDNKK.


“Apa yang saya lihat sijil halal Jakim lebih diperakui masyarakat berikutan setiap pengilang dan restoran perlu mematuhi syarat dan prosedur ditetapkan membabitkan kandungan produk, pekerja, kebersihan kilang atau restoran selain beberapa perkara lain yang perlu dipatuhi,” katanya.


enurutnya, berdasarkan pengalaman sebelum ini, pihak syarikat swasta yang mengedarkan sijil halal terbabit hanya mengutamakan jumlah wang ribuan ringgit yang perlu dibayar setiap tahun tanpa melakukan pemeriksaan rapi terhadap kandungan produk dijual terutama oleh peniaga atau pemilik premis bukan Islam yang membeli logo halal milik mereka.


Sementara itu, Pengarah Bahagian Hab Halal Jakim, Saimah Mukhtar, yang dihubungi wartawan Harian Metro berkata, tindakan yang dilakukan syarikat terbabit seperti sengaja memburukkan integriti Jakim sebagai badan yang dipertanggungjawabkan kerajaan berhubung penguatkuasaan isu halal sejak sekian lama.


Menurutnya, mereka ternyata bukan saja mencabar Jakim tetapi turut menghina undang-undang yang ditetapkan di negara ini.


Beliau berkata, pihaknya diberi kuasa KPDNKK menjalankan pemeriksaan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan