PARTI ISLAM SEMALAYSIA

PARTI ISLAM SEMALAYSIA
PAS KAWASAN LENGGONG

Selasa, 15 Jun 2010

1 Cawangan 1 Wartawan & 1 Cawangan 1 Isu

Assalamu'alaikum kepada semua peminat Tak Kadim...

Semalam (15Jun2010/Jam 8.30 malam/Pejabat Badan Perhubungan PAS Perak), saya bersama Sdr Mohd Saidi Sobri, Bukhori dan Ku Azwan menghadiri mesyuarat AJK Lajnah Penerangan dan dakwah PAS Perak.

Antara resolusi diambil ialah penundaan tarikh XPDC daripada 19 dan 20 Jun kepada 17 dan 18 Julai melalui laluan sama, di mana Lenggong turut menjadi tuan rumah pada 17 Julai.

Tiga kawasan (Sungai Siput, Kuala Kangsar dan Lenggong) kemukakan laporan bertulis. Saya nak perkatakan secara serba ringkas mengenai program yang bakal Lajnah Penerangan dan Dakwah PAS Lenggong adakan. Programnya ialah Kursus Kewartawanan.

Kursus itu bertujuan melahirkan sekurang-kurangnya seorang wartawan bagi satu cawangan PAS seluruh Parlimen Lenggong. Slogannya ialah 1 Cawangan 1 Wartawan dan 1 Cawangan 1 Isu.

Kita mempunyai ramai blogger yang boleh kita muatkan banyak berita/rencana - isu-isu lokal wajar juga menjadi topik utama untuk diisi dalam blogg supaya terdedah kepada umum.

Tentatifnya mungkin bermula jam 3 petang dengan kursus serta bengkel menulis berita/rencana. Selepas solat maghrib makan malam dan selepas Isyak perasmian penutup oleh Ketua Penerangan dan dakwah PAS Perak, YB Khalil Idham Lim.

Melalui bengkel selepas teori penulisan dan pemprosesan berita, setiap peserta dikehendaki menulis berita berdasarkan isu yang masing-masing bawa. Tiga peserta terbaik akan dipilih untuk menerima hadiah sebagai wartawan terbaik.

Jumpa lagi.

Wassalam...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan