Assalamu'alaikum...
Kembali ke pentas massa...
Hangat isu mengenai serangan tentera rejim Zionis Israel ke atas flotila bantuan kemanusiaan antarabangsa untuk rakyat Palestin di Laut Mediterranean 31 Mei lalu, Najib dan Umno (BN) dengan lantang 'MENENTANG' keganasan yang menyebabkan 19 maut dan puluhan yang lain cedera itu.
Usul mengutuk Israel pun dibentang dan diluluskan Parlimen hari ini.
Baguslah...
Tapi kita nak tanya sejauh mana tindakan kerajaan Malaysia diterajui Umno (BN) menentang rejim yang terang-terang dilaknat Allah kerana keterlampauannya menentang Islam khususnya sejak zaman Ambia' lagi hingga beberapa Nabi (Rasul) sanggup mereka bunuh. Allah di dalam al-Quran tegas memberi amaran bahawa Yahudi (sepertimana maksud ayat): "Dan tidak sekali-kali (selama-lamanya) Yahudi dan Nasoro meredai kamu sehinggalah kamu mengikut agama mereka".
Justru sejauhmana kita bertindak ke atas segala kekejaman Israel sejak puluhan, ratusan, malah ribuan tahun lalu yang terus menerus menindas, membunuh umat Islam khususnya... ya sejauhmana atau setakat mana kita menangani isu yang tak pernah reda itu. Cukupkah hanya setakat mengutuk saja.
Bolehkah kita percaya kepada kerajaan Malaysia selagi APCO Worldwide (contoh paling nyata) masih menjadi penasihat kita?
Cukup dulu dan jumpa lagi.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan