PARTI ISLAM SEMALAYSIA

PARTI ISLAM SEMALAYSIA
PAS KAWASAN LENGGONG

Jumaat, 30 Julai 2010

PAS LENGGONG BAWA 88 PESERTA

Himpunan Warga Felcra 31 Julai dan 1 Ogos (hari ni dan esok) bakal menerima penyertaan 88 peserta dari PAS Kawasan Lenggong. Dua buah bas penuh. Peserta tak payah bayar tambang - cawangan yang bayar.

Di tapak program pula peserta dapat makan free. Hebat juga PAS. Jangan anggap Um... no (BN) je yang boleh buat benda-benda macam ni. Um... no buat benda-benda macam ni guna duit rakyat, termasuk duit orang-orang PAS dan PAKATAN RAKYAT.

88 orang - penuh dua buah bas. Ada lebih 10 peserta lagi naik kenderaan persendirian, kena keluar duit sendiri la... Tak apalah tu, yang penting rupa-rupanya bila PAS Lenggong buat macam tu ramai yang nak ikut serta sampai terpaksa ditolak beberapa peserta yang lewat mendaftar.

Apa pun kita tak bolehlah nak ajar buat macam yang Um... no dok buat tu... Ooo lemak la. Sesekali boleh la. Tapi yang mengkagumkan kita, bila kita buat macam tu ramai yang nak ikut pergi bersama, sedangkan kalau Um... no buat - dah la bas dan makan free, dapat duit lagi... tu pun tak penuh bas... kesian.

Lupakan semua itu, yang penting setiap peserta dapat manfaat berguna dari program itu nanti dan mereka perlu berfikir semula bagaimana nasib mereka sebagai peserta Felcra - ada yang tanah sendiri, tapi hasil yang diperolehi tidak seberapa berbanding jika diusahakan sendiri. Tidak setakat itu, ada penduduk sekampung mereka yang tidak ada tanah Felcra tapi dapat bantuan bulanan daripada Felcra lebih banyak daripada hasil yang mereka (tuan tanah) dapat.

Sehingga ketemu lagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan