PARTI ISLAM SEMALAYSIA

PARTI ISLAM SEMALAYSIA
PAS KAWASAN LENGGONG

Khamis, 22 Julai 2010

PEMBATALAN PENGGUNAAN DEWAN UNTUK CERAMAH PAKATAN RAKYAT DI FELDA BERSIA ( ANGKARA UMNO-BN )






tokkadim.blogspot.com
X





Balas
|

Hisammuddin Hussin

kepada saya
tunjukkan butiran 14:16 (21 jam yang lalu)

Dalang disebalik pembatalan permit Ceramah Perdana bersama Dato’ Seri Nizar Jamaluddin adalah angkara UMNO dan pihak FELDA sebagai KUDA TUNGGANGANYA.

Surat yang dihantar kepada pihak polis telah ditandatangani oleh PENGURUS FELDA BERSIA sendiri, manakala yang menghantar surat tersebut ke Balai Polis Gerik adalah dikalangan pimpinan UMNO Cawangan dan Pengurus Felda Bersia Sendiri. UMNO dan FELDA masing-masing hendak menyembunyikan diri supaya pembatalan ini nampak bukan dari angkara mereka bahkan pihak polis. Pihak FELDA juga tidak memaklumkan kepada pihak penganjur tentang alasan untuk tidak membenarkan Dewan digunakan sedangkan surat dari pejabat felda yang bertarikh 30 Jun 2010 Bil (04) 3026/1-1-1 Pt.2 telah membenarkan Dewan tersebut digunakan. Beberapa orang pimpinan UMNO telah berbincang dengan pihak pengurusan sebelum pembatalan permit ini berlaku.

Alasan yang diberi oleh pihak PENGURUSAN FELDA tidak langsung menepati hasrat SATU MALAYSIA tetapi SATU BARISAN NASIONAL. PENGURUS FELDA berlagak enjadi ORANG POLITIK dengan mengadaikan sesuatu sesuai dan tidak sesuai ceramah diadakan pada masa kini. Ini urusan Parti Politik, bila masa sesuai atau tidak, ini urusan kami yang tidak memerlukan campurtangan PENGURUS FELDA.

PENGURUS FELDA perlu cakna dengan TANGGUNGJAWAB sebagai PENGURUS FE;LDA sepertimana LADANG GETAH DAN SAWIT PENEROKA TIDAK DIURUSKAN DENGAN BAIK, JALAN PERTANIAN MACAM JALAN DALAM HUTAN RIMBA, HARGA GETAH LEBIH RENDAH DARIPADA HARGA KEDAI GETAH YANG BERHAMPIRAN DAN HAK HAK PENEROKA DAN SEBAGAINYA.

Inilah wajah UMNO sebenarnya PEPAT DI LUAR RENCONG DI DALAM. Kini mereka menghulur tangan untuk bersatu dengan PAS, tetapi tindakan mereka sebaliknya.
Mereka mengajak bersatu dengan PAS kerana mereka menyedari kuasa yang ada pada mereka kini akan LENYAP pada pilihanraya ke 13 akan datang. Mereka sayang kepada kuasa bukan kerana untuk membela rakyat tetapi untuk mengaut Harta Negara dan Harta Rakyat untuk kepentingan perut mereka dan kroni-kroni mereka sahaja.

Ketakutan UMNO kini jelas dengan menghalang PAKATAN RAKYAT mengadakan majlis-majlis penerangan terutamanya di kawasan-kawasan FELDA. FELDA dan UNDI POS adalah KUBU TERAKHIR mereka. Kalau benar mereka tidak menyalahgunakan WANG FELDA, MENGAPA HARUS TAKUT ??? Kalau betul UMNO bersikap terbuka dan masih kuat, sila benarkan, jangan ganggu ceramah atau apa sahaja program-program PAKATAN RAKYAT. UMNO boleh menyampaikan hujah mereka melalui TV, RADIO AKHBAR ARUS PERDANA dan sebagainya. PAKATAN RAKYAT hanya melalui AKHBAR-AKHBAR YANG DIKONGKONG OLEH KERAJAAN dan CERAMAHNYA sahaja. Biar rakyat menilai, mengkaji, dan menentukan adakah UMNO-BN mahu melaksanakan slogan satu lagi PROJEK UMNO-BN MEMBODOHKAN RAKYAT


UMAIR ZAKUWAN KHALIT
Ketua Penerangan DPPK Gerik

Resit bayaran penggunaan dewan.JPG
20K Lihat Muat Turun
Surat kelulusan dewan.JPG
30K Lihat Muat Turun
Surat memohon penggunaan dewan.JPGSurat memohon penggunaan dewan.JPG
29K Lihat Muat Turun
Surat pembatalan dewan.JPGSurat pembatalan dewan.JPG
38K Lihat Muat Turun
Ketua Penerangan DPPK Gerik.jpgKetua Penerangan DPPK Gerik.jpg
8K Lihat Muat Turun
Balas

Kirim Semula

Jemput Hisammuddin Hussin untuk bersembang

Tiada ulasan:

Catat Ulasan