PARTI ISLAM SEMALAYSIA

PARTI ISLAM SEMALAYSIA
PAS KAWASAN LENGGONG

Khamis, 8 September 2011

Mat Sabu: Sejarahwan jangan ungkit asal usul
Jimadie Shah Othman
Sep 8, 11
7:19am
Kongsi 271
Prof Emeritus Tan Sri Khoo Kay Kim diselar lagi, kali ini oleh Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu sendiri apabila sejarahwan terkenal itu membangkitkan soal asal usul tokoh kontroversi kemerdekaan Mat Indera.

pengukir nama johor mat sabu pas pc 060911Mohamad berkata, dalam membincangkan soal sejarah kemerdekaan, tidak perlu membangkitkan asal usul seseorang seperti kerana perkara itu “tidak elok”.

“Asal usul ini tak payah sebutlah. Yang bercakap itu (Khoo) pun asal mana? Tak eloklah.

"Bila duduk sini kita anggap semua rakyat Malaysialah,” kata Mohamad dalam forum membincangkan isu Mat Indera di Kuala Lumpur malam tadi.

Dua lagi ahli panel forum tersebut ialah aktivis gerakan mahasiswa sekitar 1970-an Hishamudin Rais dan pensyarah Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Prof Dr Abdul Aziz Bari.

Semalam, PAS Johor juga mempersoalkan kenyataan Khoo, antaranya yang didakwa menolak kajian ahli akademik lain berkenaan peristiwa Bukit Kepong dan Mat Indera tanpa menghasilkan kajian sendiri, dengan menganggap lelaki itu pengganas.

'Tidak sana, tidak sini'

Khoo (kanan) sebelum ini dilaporkan mendakwa Mat Indera bukan pejuang kemerdekaan, menyokong gerakan komunis yang cuba mewujudkan orde baru dunia berdasarkan fahaman itu dan bukan anak tempatan.

upm student suhakam memo 211107 khoo kay kimSebaliknya, menurut Khoo, Mat Indera berasal dari Indonesia dan bukan rakyat jajahan takluk kesultanan Melayu.

Adik Mat Indera – Baharum Shah – bagaimanapun semalam tampil dalam sidang media Pemuda PAS Johor menafikan dakwaan itu.

Membahaskan isu yang sedang hangat itu, Khoo berpendapat bahawa sejarah diputar belit oleh ahli politik dari "kedua-dua belah gabungan politik" dan mereka sebenarnya tidak memahami sejarah.

Sementara itu, aktivis gerakan mahasiswa sekitar 1970-an Hishamudin Rais berkata, pendirian Khoo yang “tidak sana dan tidak sini” dilihatnya sejak tahun 1974 apabila menuntut jurusan sejarah di fakulti tempat Khoo mengajar di Universiti Malaya (UM).

Katanya, ketika beliau menganjurkan forum membincangkan gerakan rakyat Vietnam melawan Amerika Syarikat, dua lagi pemforum dikenakan tindakan keras – termasuk seorang profesor Amerika Syarikat dihantar pulang – Khoo tidak dikenakan sebarang tindakan.

Jenayah akademik

“Sejak dulu lagi dia tidak sana, tidak sini. Tarik balik gelaran profesornya. Kalau di luar Malaysia sudah sudah lama dipecat.

“Tetapi di Malaysia profesor kangkung dan 'kongkang' terus memperbodohkan rakyat,” katanya sambil menyifatkan kesalahan sebegitu sebagai “jenayah” dalam akademik.

after permatang pauh 916 an oppotunity to change forum 100908 hishamuddin raisSementara itu, bercakap di hadapan hampir 500 orang hadirin, Mohamad mengambil peluang menjelaskan sebab beliau mengetengahkan Mat Indera, antaranya dalam ceramah kontroversinya pada 21 Ogos lalu.

“Sebab selama ini orang sebut Cina saja (haluan kiri lawan British), padahal Melayu, Cina, India sama-sama menentang penjajah,” katanya.

Mengulas puluhan laporan polis terhadapnya dan gesaan beliau dikenakan tindakan keras seperti ditahan bawah akta ISA dan dibuang negeri, Mohamad berkata reaksi itu disebabkan kenyataannya dicampur "rekaan" Utusan Malaysia.

“Saya tidak meniaga tetapi di hujung hayat aku kaya dengan menyaman Utusan,” katanya yang sedang merundingkan perkara itu dengan peguammnya Hanipa Maidin.

Laporan muka depan Utusan 27 Ogos lalu yang dipertikaikan Mohamad antaranya berhubung gelaran komunis kepada Mat Indera. Mohamad menafikan menyebut lelaki itu sebagai komunis.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan