PARTI ISLAM SEMALAYSIA

PARTI ISLAM SEMALAYSIA
PAS KAWASAN LENGGONG

Rabu, 3 Julai 2013

ISU SERIA

Syria terus bergolak – siri II

Dr Mujahid Yusof Rawa, 03 Jul 2013
Pendahuluan

Setelah artikel saya yang pertama keluar dalam usaha untuk memahami konflik Syria, ramai yang meminta supaya artikel susulan ditulis bagi mencerakinkan lagi alasan bahawa isu di Syria bukan soal ‘sectarian violence’ antara Sunni vs Syiah tetapi ia lebih merupakan masalah kepincangan kepimpinan dan kepentingan geo-politik yang mengancam kepentingan kuasa besar.

images

Kezaliman Melepasi Mazhab Tidak ada mana-mana mazhab samada Sunni atau Syiah yang mewajarkan sebarang bentuk kezaliman. Pemeliharaan nyawa adalah merupakan titik persetujuan Sunni dan Syiah melainkan mana-mana Sunni dan Syiah tidak menghormati prinsip ini maka tindakannya tidak boleh dianggap sebagai amalan Sunni atau Syiah tetapi amalan individu yang merosakkan nama mana-mana mazhab. Basyar Al Assad hanya mewarisi kezaliman dari ayahnya Hafez Al Assad apabila suara bangkangan terus ditindas. Kebangkitan rakyat sudah sampai ke kemuncaknya di mana mereka melepasi garis takut dan Basyar bertindak balas dengan terus mengancam dan membunuh rakyatnya.
Logik yang mudah difahami dalam konflik hubungan pemimpin dan rakyat ialah keganasan hanya akan melahirkan keganasan seumpamanya. Basyar tidak melihat dalam kerangka demokrasi yang dituntut oleh rakyatnya tetapi Basyar memburukkan keadaan dengan menjadi lebih diktator dalam menghadapi situasi ini. Implikasi reaksi dalam konteks pergolakan politik adalah punca utama dan bukan kerana golongan Sunni memberontak terrhadap golongan Syiah.

NEW-SYRIA

Ironi Majoriti vs Minoriti

Jika kita mengandaikan asas konflik berdarah di Syria ialah kerana pertembungan minoriti vs majoriti, keadaan di Iraq pada zaman Saddam Husin menyaksikan golongan Sunni yang minoriti memerintah Iraq yang majoritinya ialah Syiah. Di Syria pula golongan Syiah yang minoriti dari Alawiyin menjadi pemimpin untuk golongan rakyat yang majoritinya ialah Sunni.
Apakah kebangkitan rakyat di Iraq tempoh hari dengan kehadiran tentera penjajah Amerika merupakan kebangkitan Syiah ke atas Sunni?
Ataukah di Syria kebangkitan Sunni ke atas Syiah?
Saya tidak berfikir demikian tetapi kedua-dua pemimpin sama ada Saddam atau Basyar berkongsi satu sebab mengapa rakyat memberontak iaitu penindasan ke atas rakyatnya sendiri. Jadi isunya ialah penindasan dan penindasan boleh berlaku majoriti menindas minoriti mahupun minoriti menindas majoriti seperti kesnya di Iraq era Saddam dan Syria kini. Kepentingan Kuasa Besar
Ada dua kepentingan kuasa besar di Timur Tengah, pertama minyak dan kedua ialah kewujudan Israel mesti dipelihara. Syria berada pada kepentingan kedua Kuasa Besar. Amatlah kurang bijak untuk kita mengandaikan Amerika yang mewakili Kuasa Besar tidak mengambil kesempatan kebangkitan rakyat di Syria.
Pendekatan Amerika selama ini ialah untuk memastikan ‘regime change’ berlaku supaya kepentingan Israel dipelihara dan penentangan terhadap Israel dari pejuang Palestine dapat dikawal. Syria dalam perspektif Amerika adalah jiran Israel yang buat masa ini tidak banyak membantu dasar Amerika terhadap Israel.
Malah Syria menjadi tempat perlindungan kepada pejuang Hamas yang Sunni dan Hizbullah yang bermazhabkan Syiah. Perlindungan itu bukan kerana mazhab kerana Hamas bukan dari mazhab Syiah, ia lebih merupakan dasar Syria yang tidak mengiktirafi Israel malah menuntut Bukit Golan yang ditawan Israel. Amat jelas perlindungan Syria ke atas Hamas dan Hizbollah adalah tentang kepentingan keselamatan dan memelihara kedaulatan bukan melindungi mana-mana mazhab. Keganasan Kepuakan
Terma ‘Keganasan Kepuakan’ atau ‘Sectarian Violence‘ dipakai untuk menggambarkan konflik antara fahaman atau mazhab atau agama dari penduduk dalam negeri yang sama. Pertembungan Sunni dan Syiah bukanlah isu yang baru, ia bermula sejak peristiwa pembunuhan Saidina Ali dan berterusan pertembungan itu sepanjang sejarah umat Islam.
Masalahnya ialah ketika proses konflik ini berlaku muncul ajaran-ajaran sesat sehingga setiap mazhab mempunyai ajaran sesat masing-masing. Basyar adalah daripada Syiah Alawiyin yang bagi golongan Syiah sendiri menganggapnya sebagai sesat. Jadi ungkapan Syiah lawan Sunni itu sendiri perlu diberi fahaman yang jelas malah Basyar juga seorang yang mengamalkan dasar negara yang berfahaman Baath Nasiriyiah (Sosialis Arab).
Teori Sunni vs Syiah perlu dilihat dalam konteks pertembungan bersifat politik lebih daripada kepuakan. Kepuakan dijadikan alat sahaja untuk mengukuhkan kepentingan politik pihak tertentu sebagai sentimen untuk kepentingan mengekalkan kuasa atau merebut kuasa. Cetusan semangat mazhab dalam hal ini lebih mudah dibangkitan berbandingkan isu ekonomi mahupun politik.
Amat jelas di Syria isu mazhab hanyalah sentimen untuk mendapat simpati namun kesannya amatlah buruk kerana ia menjadi satu medan pertempuran yang lebih luas menjangkau luar bumi Timur Tengah. Usaha dialog demi keharmonian mazhab pasti akan terbantut kerana syak wasangka semakin meningkat dan sentimen prejudis menguasai keadaan. Apakah Penyelesaiannya?
Jelas dalam hal ini remedi mesti berpandukan kepada masalah sebenarnya yang berlaku di Syria. Pastinya Basyar perlu berundur kerana  kezalimannya untuk mempertahankan kuasa berada di kemuncak. Negara Islam mesti memberi tekanan dengan memutuskan hubungan dengan regim Basyar.
Penyelesaian politik melalui kesatuan semua pihak yang memberontak supaya bersetuju untuk menumpukan tekanan pada rekonsiliasi nasional mesti digerakkan oleh negara Islam dan masyarakat antarabangsa. Kesalahan jenayah perang dari kedua belah pihak hendaklah dihadapkan ke mahkamah antarabangsa manakala isu pelarian semestinya perlu mendapat perhatian masyarakat antarabangsa. Dengan menumpukan kepada permasalahan sebenar kita boleh menghindari sentimen Sunni vs Syiah yang kini menguasai polemik isu di Syria.
Penulis ialah AJK PAS Pusat yang juga Ahli Parlimen Parit Buntar.

Ahad, 30 Jun 2013

Gambar Terbaik Yang Tak Di Siarkan Media Pencacai Umno


Alhamdulillah.. hasil tarbiah berterusan dari Tok Guru. Sejuk hati Tok Guru tengok anok-anok Kelate gini...
Kemenangan Pasukan Bolasepak Negeri KELANTAN Menjuarai Piala FA Adalah Hadiah Buat;
1. Sultan Muhammad Ke-V
2, Perkahwinan Tengku Amalin
3. Menteri Besar Baru Kelantan, Ustaz Ahmad Yaakob
4. Persaraan TG Nik Aziz Nik Mat
5. Pengerusi KAFA, Tan Sri Annuar Musa
6. Penyokong Bolasepak Kelantan/Terengganu & Pahang

Gambar ~fb

Menteri Cakap.. Atas Faktor Keselamatan, Syarikat Pembekal Dakwat Kekal Perlu Di Rahsiakan

Kesediaan pembangkang untuk tidak memboikot majlis angkat sumpah di parlimen batu-baru ini adalah merupakan tindakan yang tepat. Barangkali satu kesilapan besar andainya pembangkang memboikotnya kerana di situlah ruang dan peluang untuk mendedah atau bertanyakan sesuatu isu-isu panas. 
Disedari atau tidak,, mahu atau tidak, kini hampir keseluruhan batang tubuh SPR tertelanjang dengan sendirinya. 
Tembelang mereka semakin jelas. Penipuan, keburukan dan kepincangan mereka dalam PRU 13 yang lalu semakin terserlah, walaupun belum seratus peratus! 
Sehubungan itu Pengerusi SPR dan Timbalannya wajib benar dikenakan tindakan dan meletak jawatan kerana kebodohan mereka dalam membuat beberapa keputusan penting. 
Mari kita lihat satu dari babak-babak penting yang berlaku di parlimen kelmarin. Apabila didesak oleh Pembangkang syarikat mana yang membekalkan dakwat yang kononnya berperisa makanan itu, ada menteri menjawab bahawa nama syarikat pembekal bahan tersebut tidak boleh didedahkan atas sebab-sebab keselamatan. 
Wow ! dasyat !...tak lojik langsung,, semakin lucu pula jadinya.. Selama ini pembelian senjata perang termasuk kapal selam pun tidak menjadi rahsia,, apa jadahnya pembekal dakwat (berperisa makanan) mahu dirahsiakan? 
Apa kena mengena dengan isu keselamatan? Keselamatan siapa yang mereka nak jaga? Ish, ish, ish !! Lagi banyak bercakap semakin jelas kebodohan pak-pak Menteri ni.

Khamis, 27 Jun 2013

Dakwat: Tadi kata tiada bahan kimia, sekarang ada

Hazayani Zakaria, 27 Jun 2013
KUALA LUMPUR: Jawapan bercanggah kerajaan termasuk Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengenai dakwat kekal yang digunakan pada Pilihan Raya Umum Ke-13 semakin menimbulkan keraguan banyak pihak.

Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr Mohd Hatta Md Ramli mempertikai jawapan berbeza menteri kepada wakil rakyat yang berbeza pada hari yang sama mengenai dakwat kekal.

Menurut beliau, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim semalam mendedahkan bahawa dakwat kekal yang digunakan hanya mengandungi pewarna makanan dan bukannya bahan kimia Silver Nitrate.

Namun pada hari yang sama, menteri memberi penjelasan berhubung peratusan Silver Nitrate yang terkandung dalam dakwat yang digunakan.

"Semalam kita dengar jawapan kepada Ahli Parlimen Segambut bahawa dakwat tidak ada bahan kimia tetapi mengandungi pewarna makanan.

"Hari yang sama SPR menjawab melalui menteri kepada saya atas soalan mengapa kandungan Silver Nitrate dalam dakwat kekal yang digunakan dalam Pilihan raya Umum ke-13 di bawah paras 1% sedangkan piawaian asal yang ditetapkan ialah 4%.

"Isunya, tadi menteri kata tiada bahan kimia sekarang ada bahan kimia pula, jawapan diberi pada hari yang sama kepada wakil rakyat yang berbeza," kata beliau pada sidang media di lobi parlimen hari ini.

Menjawab soalan beliau itu, menteri memaklumkan bahawa mengikut prosedur operasi standard (SOP) tidak menetapkan sebarang piawaian bagi peratus Silver Nitrate dalam dakwat kekal bagi digunakan dalam PRU13.

"Semakan SPR mendapati kandungan Silver Nitrate dalam dakwat kekal adalah berbeza-beza mengikut negara.

"Mengambil maklum akan pengalaman Kementerian Kesihatan yang menggunakan Silver Nitrate dalam rawatan untuk penyakit kulit tanpa memudaratkan pesakit ialah sebanyak 0.5 hingga satu peratus.

"Atas dasar mengutamakan kesihatan pengundi yang pertama kali menggnakan dakwat kekal, SPR mengambil pendekatan melalui prinsip penggunaan bahan kimia pada paras terendah seterusnya memutuskan kandungan Silver Nitrate satu peratus bagi penggunaan dakwat kekal dalam PRU yang lalu," kata menteri dalam jawapan bertulis kepada Hatta.

Hatta yang juga Ketua Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS juga berkata, dakwaan bahawa penggunaan Silver Nitrate boleh mengakibatkan penyakit sangat tidak masuk akal kerana pengundi hanya menggunakannya dalam kuantiti yang sedikit dan bukan digunakan setiap hari.

"Baru-baru ini SPR ada menyebut dalam temu bual di televisyen bahawa dakwat kekal ini yang mengandungi Silver Nitrate bahaya dan boleh menyebabkan kanser dan buah pinggang.

"Kalau kita guna secara berterusan dalam kuantiti yang banyak mungkinlah boleh sebabkan penyakit tapi kita mencalit sedikit sahaja atas kuku dan mengenai kulit lima tahun sekali.

"Jadi di mana logiknya bahaya dakwat kekal ini?" soalnya.

Prof. Agus Belasah Pak Menteri

Kelmarin saya tergamam apabila Menteri di JPM Menteri menyatakan di Dewan Rakyat tentang dakwat kekal mengandungi pewarna makanan yang dibenarkan. Tetapi kenyataan itu tidak mendesak saya untuk menulis biarpun saya janggal mendengarnya.

Anwar Dedah Pekung Umno BN Lagi.. Saksikanlah!!

KUALA LUMPUR, 27 JUN: Kerajaan meluluskan sukuk berjumlah RM580 juta kepada syarikat milik ahli perniagaan Syed Mokhtar Al-Bukhary, dedah Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Suruhanjaya Security (Security Council) mengambil langkah pertama, dua hari selepas pilihan raya iaitu meluluskkan sukuk RM580 juta kepada syarikat atas permohonan Tan Seri Syed Mokhtar,” kata Anwar.
Beliau berkata demikian ketika menyambung perbahasan menjunjung titah DYMM Yang Dipertuan Agong di Dewan Rakyat hari ini.
Namun, Anwar yang juga ahli parlimen Parmatang Pauh belum mendedahkan nama syarikat tersebut.
Tegas Anwar, tidak ada negara di dunia diberi kelulusan semudah itu kepada sebuah syarikat dan menguasai puluhan industri dan kepentingan strategik negara.
“Kalau ditegur, mereka (BN) bertanya, mengapa Permatang Pauh persoalkan anugerah kepada orang Melayu.
“Ini bukan isu orang Melayu, tetapi kerana ada unsur rasuah, penyelewengan dan penggondolan oleh syarikat kroni. Apakah ini sahaja Melayu yang dipelihara?, kata Anwar
Anwar turut mendedahkan kerajaan menganugerah lapangan minyak kepada tauke syarikat judi, Ananda Krishnan di Sarawak.
“Kelulusan kepada syarikat kroni ini diberi sejurus selepas pilihan raya umum ke-13,” kata Anwar merujuk laporan Sarawak Report.
Menurut Sarawak Report, syarikat milik Ananda Krishnan, iaitu Pexco, syarikat bahagian minyak dan gas telah memulakan penjelajahan mukabumi laut (seismic survey) mulai 4 Mei lalu dan akan diteruskan dalam tempoh 80 hari.
Eksplorasi lapangan minyak tersebut melibatkan kawasan seluas 25,000 kilometer persegi, menjadikan ia pemilikan terbesar lapangan miyak oleh sesebuah syarikat di Malaysia.

Gambar Menarik Yang Tidak Di Siarkan TV3, Utusan Dan Berita..

Jumaat, 21 Jun 2013

Terbaru.. Gambar Sekitar Black 505 Di Padang Merbok

Suasana pagi ini, peserta sudah mula sampai sekalipun acara bermula jam 2.00 petang. Menunjukkan rakyat begitu bersemangat tinggi untuk melawan penipuan yang berlaku di dalam pilihanraya yang lalu.
Berikut ialah dari lensa Telok Bakong yang menyiarkan gambar-gambar sekitar COUNTDOWN BLACK 505 22 JUN di KLSCAH malam tadi:

Final Countdown menuju #KL226 berlangsung di Dewan Perhimpunan Cina Selangor  antara mereka yang hadir seperti  Mat Sabu , Tian Chua, Tamrin Ghafar  serta ramai lagi



 Rakyat yang hadir ke dewan mendengar taklimat akhir menjelang himpunan #KL226   di Dewan Perhimpunan Cina Selangor
 Suasana di dalam dewan
 Skrin di pasang di luar dewan 
 Mat Sabu memberikan sedikit ucapan 
Suasana di Padang Merbok pada tengah malam, kelihatan ada yang sudah sampai awal-awal lagi


Berikut pula suasana pagi ini dari lensa Parlimen Kota Raja.



Khamis, 20 Jun 2013

MB Terengganu Mengamuk

KUALA TERENGGANU: Seperti yang dijangka, isu pembinaan Pasar Besar Kedai Payang yang baru benar-benar menghangatkan sidang Dewan Undangan Negeri (Dun) yang pertama kali diadakan selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).
Selepas usul berhubung isu tersebut ditolak Yang Dipertua Dewan Mohd Zubir Embong Selasa lalu, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi (PAS-Batu Buruk) mengambil peluang membangkitkannya sewaktu sesi penggulungan oleh Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said, petang semalam.
Ketika Ahmad menjelaskan isu tersebut, Syed Azman bangun meminta penjelasan berhubung pemberian projek bernilai RM400 juta itu kepada sebuah syarikat yang berpangkalan di Kuala Lumpur.
"Saya mohon penjelasan adakah benar projek ini diberikan kepada Syarikat Gabungan Granite yang dimiliki oleh Tan Sri Datuk Abu Sahid Muhamed, Lim Chiau Woei, Law Phooi Wong dan Chan Lai Choon.
"Pasar payang ini adalah persoalan warisan Negeri Terengganu. Bukan sahaja saya yang membuat bantahan tetapi Datuk Seri Menteri Besar perlu teliti pandangan ramai (dari) dalam negeri dan luar negeri dan seorang penulis prolifik Anak Terengganu, Awang Goneng menulis dengan jelas dalam akhbar New Straits Times, kalau nak bina hotel, bina di tempat lain," kata beliau ketika bangun mencelah.
Ahmad menafikan projek tersebut mendapat bantahan ramai sebaliknya mendakwa 'pihak-pihak tertentu' mempengaruhi peniaga Pasar Payang supaya membantah projek tersebut.
Beliau tidak menjawab dakwaan Syed Azman berhubung pemberian projek kepada bukan anak tempatan itu.
Tidak berpuas hati, Syed Azman bangun memohon penjelasan sekali lagi.
"Saya tanya soalan yang spesifik iaitu kepada syarikat mana projek ini diberikan. Kalau saya gunakan bahasa 'jawapan bodoh' tak kena dengan dewan tapi jawapan memang jawapan bodoh," katanya.
Ahmad kemudiannya melenting dan berkata 'dah soalan bodoh, jawapan biar bodohlah. Mung (awak) mahu apa lagi?'
"RM400 juta bukan kita beri projek ini kepada kontraktor tapi kepada pemaju yang majukan. PhD apa begini tak faham?" sanggahnya lagi.
Pertikaman lidah berlarutan beberapa minit dan turut disampuk beberapa wakil BN sehingga Mohd Zubir mengarahkan mereka diam dan bertenang.
"Kalau dikatakan panas dan sesak, kenapa tak diperbaiki pasar sedia ada? Kenapa perlu dibina pasar baru sekali dengan hotel dan apartmen?" soal Syed Azman lagi.
"Baik pulih tidak memberikan erti yang besar. Kerajaan bina pasar baru untuk memberikan yang terbaik kepada peniaga dan orang ramai," jawab Ahmad.

Cara Terbaik Tumbangkan Najib Dalam Masa Terdekat

Sama ada memang benar berlaku penyelewengan dan ketidak-adilan (melampau) dalam pilihan raya KE-13 lalu, hakikatnya parti UBN masih berkuasa dan Najib Razak masih menjadi perdana menteri. Dalam permainan politik yang berpaksikan kepada 4C (teori saya) sebagai rukunnya, penegakkan kebenaran dengan segala macam fakta 'akli' atau bayangan tidak merubahkan keadaan.Rakyat apa lagi rakyat berbangsa Melayu tidak mudah untuk digerakkan mengikut apa yang diagendakan.

Bukan mereka cerdik atau pintar tetapi begitulah sifat dan ciri-ciri yang ada kepada mereka, Bangsa Melayu adalah bangsa separuh masak - kebaratan pun tidak ketimurtengahan juga pun tidak. Sebahagian besar orang Melayu masih berfikir secara ortodoks.Puak pembangkang khasnya Anwar Ibrahim yang kagen dan kempunan hendak menjadi perdana menteri masih berusaha dengan cuba menafikan pilihan raya ke-13 tempoh hari.

Anwar yang boleh dipuji beliau tidak pernah berputuas asa dan boleh mengubah segala janji dan ikrar politiknya. Sebelum ini dia bermadah akan bersara dalam politik sekiranya Pakatan Rakyat tidak menang. Saya sudah menduga awal-awal kenyataan (janji) itu sebahagian sebagai gimik dan modal politiknya demi meraih simpati.Maka dicarilah satu dalih atau alasan untuk mengatakan Pakatan Rakyat menang bagi membolehkan beliau terus berada dalam gelanggang politik.

Maka angka 51% diambil untuk menghalalkan tindakan. Kononnya Pakatan Rakyat mendapat suara 51% undi popular berbanding dengan UBN yang mendapat 47%. Dengan figure-figure yang disihirkan itu maka halallah Anwar untuk memungkiri janji politiknya untuk bersara.Apapun kita ucapkan selamat kepada Anwar dan Pakatan Rakyat.

Memang mereka tidak akan berpuas hati selagi Najib tidak jatuh dan di kalangan mereka (Anwar) yang akan dinobatkan sebagai perdana menteri. Orang yang mengatakan politik Pakatan Rakyat, baik Anwar, Lim Kit Siang dan lain-lain sebagai gilakan kuasa, orang itulah yang sebanarnya 'sinting' kerana seakan tidak mahu memahami politik itu yang mahukan kuasa. 'Budak'lah orang yang bermain politik tetapi tidak mahukan kuasa

.Ayuh teruskan Anwar dengan cara anda. Selagi rakyat masih mempercayai degan cara anda, silakan. Cuma ingat sedikit sudah ada bidalan, sepandai-pandai tupai melopat akhirnya ke tanah juga. Setinggi mana bangar terbang akhirnya hinggap di belakang kerbau juga. Hidup ini asa lapan dimensi bukannya empat. Mungkin bidalan ini tidak tepat.

Apa yang hendak diceritakan, rakyat mempercayai kita hari ini esok dan lusa, tetapi bukan selamanya. Makanya tektik dan strategi kena tukar.Bagaimana pun di sini saya ada formul kecil bagaiman kalau hendak jatuhkan Najib sebagai perdana menteri tanpa menunggu pilihan raya umum ke-14. Formula ini saya tidak mengira UBN akan tumbang.

Tetapi khasnya untuk Najib semata-mata. Formula ini agak janggal dan tidak masuk akal. Namun kerana politik itu kadang kala di luar norma rentas pemikiran manusia, maka formula ini boleh dikira masih waras dalam kancah politik dan ia boleh dicuba.Untuk menggugurkan seseorang bukan semestinya menerusi pilihan raya umum.

Pilihan raya adalah cara formal yang yang ketat dengan syarat-syaratnya.Tetapi mereka juga boleh digugurkan secara lain. Kalau semua orang berfikir untuk jatuhkan Najib menerusi pilihan raya, maka pilihan raya ke-14 masih jauh. Masih ada empat tahun 10 bulan lagi. Dalam masa itu Najib boleh mempersiapkan dan memperkemaskan dirinya. Najib boleh berusaha untuk mengukuhkan kedudukannya. Belum tentu PRU-14 jalan mudah dan rapoh menjatuhkan Najib.Makanya masa itu jangan dinanti. Ambil peluang dan cari jalan pintas.

Bagaimana caranya? Umum tahun perhimpunan agung Umno akhir tahun ini melibatkan pemilihan pemimpin disemua peringkat termasuk untuk jawatan presiden Umno. Mereka yang ingin melihat Najib jatuh boleh gunakan kesempatan ini. Anwar yang beriya mahukan Najib tumbang jangan berfikir selepas Najib adalah beliau. Anwar harus rasional dan berfikiran terbuka dalam soal ini. Dalam konteks ini Anwar dan Pakatan Rakyat perlu berfikir untuk menumbangkan Najib.

Ini agendanya.Untuk ini Anwar dan Pakatan Rakyat perlu berusaha agar ada orang melawan Najib dalam perhimpunan itu kelak. Untuk Anwar berbuat demikian mustahil kerana beliau berada di luar Umno. Satu-satu orang yang layak dan sesuai untuk berdepan dengan Najib ialah Tengku Razaleigh Hamzah. Anwar dan Pakatan Rakyat boleh memberi sokongan kepada Tengku Razaleigh untuk berdepan dengan Najib. Dalam erti kata lain Anwar dan Pakatan Rakyat harus bersekongkol dengan Tengku Razaleigh.Mungkin ada yang mengatakan formula ini mustahil tidak masuk akal.

Saya ingatkan mereka yang berfikir separuh dari fikiran politik saya abaikan formula ini dan berhenti bercakap mengenainya. Memang ianya mustahil dan Anwar tidak dapat berbuat apa-apa. Anwar dan Pakatan Rakyat tidak boleh mengundi untuk kemenangan Tengku Razaleigh. Saya sendiri memberi jaminan Tengku Razaleig boleh kalah. Hegemoni politik Najib dalam Umno sangatlah hebat.Tetapi apa yang dikehendaki menerusi pertandingan ini ialah menghimpun berapa ramai orang-orang Umno khasnya yang menjadi ahli parlimen yang kecewa dengan kekalahan Tengku Razaleigh Hazmah ini. Apakah kesemua lebih 80 ahli parlimen Umno itu menyokong Najib Razak?

Sudah pasti apabila ada pertandingan kedudukan ahli Umno akan berbelah bahagi. Mereka yang tidak senang dengan Najib akan mencari alternatif (pemimpin) baru. Mereka secara lumrahnya akan melepaskan wap marah kepada Najib dengan mengundi Tengku Razaleigh Hamzah.Seperti mana dibimbangI Mahathir Mohamad kalau berlaku pertandingan dalam Umno perpecahan tidak dapat dielakkan.

Akan ada hati-hati yang retak dan jiwa yang lara serta berdendam. Nah, perpecahan inilah yang diperlukan. Anwar dan Pakatan Rakat boleh mengambil kesempatan. Perbalahan di dalam Umno disebabkan perpecahan akibat perlawanan itu boleh dibawa ke parlimen. Di parlimen inilah proses untuk menjatuhkan Najib boleh dilakukan.Sekiranya bilangan undi cukup undi tidak percaya boleh dikemukakan ke atas Najib. Tengku Razaleigh atau ahli parlimen yang kecewa dengan Najib boleh mengemukakan undi tidak percaya.

Jika ini berlaku ahli parlimen Pakatan Rakyat akan ikut serta menyokong undi tidak percaya berkenaan. Kedudukan hari sekiranya terdapat 10 atau 15 ahli Parlimen Umno ia sudah mengoyangkan kedudukan Najib sebagai perdana menteri.Angka 10 itu akan ditambah dengan beberapa bilangan lain lagi yang akan mengenapkan menjadi 30 kesemuanya.

Dengan jumlah itu maka akan jatuhlah Najib sebagai perdana menteri dan akan bertukarlah juga kerajaan. Ketika itu mungkin Pakatan Rakyat membentuk kerajaannya dengan memberi laluan kepada Tengku Razaleigh Hamzah sebagai perdana menteri. Soalnya apakah Anwar dan pemimpin Pakatan Rakyat lain, PAS dan DAP sedia untuk melakukan 'kudeta' ini?Untuk menjadikan formula ini sebagai realiti maka Anwar Ibrahim bersama pemimpin Pakatan Rakyat lain hendaklah berkempen memberi semangat dan dorongan agar Tengku Razaleigh menentang Najib untuk jawatan presiden Umno.

Berikan kekuatan dan keyakinan kepada ahli parlimen Gua Musang itu. Masalah kouta pencalonan 30% untuk bertanding kerusi presiden bukan menjadi masalah lagi. Sistem pemilihan baru seseorang yang hendak bertanding jawatan apa saja dalam Umno tidak lagi terikat dengan kouta.Keterbukaan atau tranformasi di dalam Umno inilah yang kini membimbangkan Mahathir dan beberapa pemimpin Umno lain. Masing-masing sudah memberi signal agar jawatan tertinggi dalam Umno jangan dipertandingkan. Macam-macam alasan diberikan semuanya untuk menyelamatkan Najib di atas takhta.

Pun begitu pandangan itu berbelah bahagi kerana ada yang mahukan semua jawatan dipertandingkan untuk melihat demokrasi benar-benar wujud di dalam Umno.Nota, apa yang dikemukakan ini hanya satu formula atau kaedah bagaimana untuk menjatuhkan Najib. Kaedah ini adalah peluang terbaik pada waktu ini. Peluang ini lebih baik daripada cara cuba mengheretkan rakyat agar memberi tentangan berterusan kepada kerajaan. Menjatuhkan Najib dalam partinya kemudian mengakat Tengku Razaleigh sebagai penggantinya lebih realistik daripada apa-apa tindakan provokatif yang dilakukan hari ini. ~mso