PARTI ISLAM SEMALAYSIA

PARTI ISLAM SEMALAYSIA
PAS KAWASAN LENGGONG

Selasa, 8 Mac 2011

beberapa kumpulan yang mengkasari DS Anwar yang ber...
Blog Ini
Dipautkan Dari Sini
BLOG KELUARGA
LINK PILIHAN
LAIN-LAIN BLOG
TEMAN BLOGGER
Blog Ini
Dipautkan Dari Sini

BLOG KELUARGA

LINK PILIHAN

LAIN-LAIN BLOG

TEMAN BLOGGER

Rabu, 9 Mac 2011

BODOHNYA PAS JIKA MEMUSUHI BLOGGERS YANG MENYOKONGNYA

Oleh: WFAUZDIN NS

ADAKAH benar bahawa PAS memusuhi atau menjauhi Bloggers Pro-PR sehinggakan PAS tewas di dalam PRK baru-baru ini? Sekali lagi saya rasa Tulang Besi menembak tidak tepat ke sasarannya.

Jika tidak silap, Tuan Guru Nik Aziz bersama Kerajaan Negeri Kelantan ada membuat satu program berjumpa dengan Bloggers Pro PR di Selangor jika tidak salah dan dihebahkan kepada semua Blogger untuk hadir. Tidak tahu pula saya samada Tulang Besi hadir atau tidak. Saya sememangnya tidak hadir pada perjumpaan tersebut tetapi mengikutinya dari jauh. Bukankah ini salah satu program merapatkan hubungan Kerajaan Negeri di bawah PAS dengan Bloggers?

Dan, sebelum kempen bermula di PRK Dun Merlimau terdapat juga satu pertemuan di antara PAS dengan Bloggers di sana. Pertemuan tersebut juga dihebahkan melalui beberapa blog pro PR. Justeru itu, di mana Tulang Besi mendapat ilham untuk mengatakan Bloggers PR dipinggirkan?

Tulang Besi masih tidak jemu membicarakan soal Kerajaan Perpaduan yang pimpinan PR telah secara terbuka mahu isu tersebut dihentikan. Beliau juga seolah-olah tidak berputus asa dan masih bekerja kuat untuk menentukan kepimpinan PAS ditukar. Adakah Tulang Besi juga mahu DS Anwar ditukar setelah beberapa MP dari PKR melompat atau PKR tewas di dalam pilihanraya? Jika itu formula yang beliau fikir untuk menjayakan cita-cita PR, saya rasa bukan sahaja ianya akan berjaya malahan PR akan hancur lebih teruk.

Memang benar, ada waktunya Bloggers juga dikritik oleh pimpinan PAS sepertimana Bloggers juga mengkritik pimpinan. Jika kita boleh kritik pemimpin, mustahil pemimpin tidak boleh kritik kita sebagai pengikut. Tegur menegur sesama kita akan memperbaiki perjuangan kita bersama. Jika kita ada hujah, kita tulis dan berhujah lah dengan baik. Jika pemimpin pula merasakan perlu menjawab hujah kita, maka pemimpin akan berhujah. Setahu saya belum ada Bloggers samada dari PKR atau PAS yang dipecat sebagai ahli semata-mata mengkritik pemimpin. Jika itu lah keadaannya, mustahil pemimpin pula perlu berundur semata-mata dikritik oleh Bloggers.

Tulang Besi cuba membawa kisah seorang sahabat Aduka Taruna yang kununnya di belasah di perkarangan masjid Rusila. Saya ada mengulas isu tersebut sebelum ini di dalam blog saya. Pandangan saya tidak berubah iaitu Aduka Taruna bersalah dan lebih bersalah lagi adalah mereka yang didakwa memukulnya. Pendapat saya ini adalah berpandukan cerita dari Aduka Taruna sendiri. Maksud saya, Aduka yang bersalah tetapi tidak berhak untuk sesiapa memukulnya. Itu pandangan saya.

Justeru itu, pendapat Tulang Besi bahawa PAS meminggirkan atau memusuhi Bloggers PR adalah satu tuduhan semata-mata. Tiada satu bukti pun menunjukkan Bloggers PR dipinggirkan bahkan bukti PAS semakin mendekati para Bloggers boleh kita buktikan. /wfauzdin.blogspot.com

MENENTANG LARANGAN JUDI DI KELANTAN - BEZA MCA DAN DAP, PAS DAN UMNO

Oleh: WFAUZDIN NS

APABILA Chua Soi Lek mengambil langkah untuk menyaman Kerajaan Negeri PAS Kelantan di dalam isu mengharamkan judi, terfikir pula oleh saya apa tindakan Umno selanjutnya? Kita tahu bahawa beberapa pemimpin DAP juga menentang tindakan Kerajaan Negeri PAS di bawah Tuan Guru Nik Aziz di dalam isu tersebut, tetapi tidak seorang pun pemimpin DAP yang menentang sehingga ke tahap mahu menyaman Kerajaan Negeri.

Itu beza MCA dan DAP walaupun mereka kebanyakan dari bangsa dan agama yang sama. Tetapi oleh kerana MCA berkawan dengan Umno, dan DAP pula berkawan dengan PAS maka itulah bezanya pendekatan mereka. Bukan susah untuk difahami mengapa mereka menentang tindakan Kerajaan Negeri Kelantan tersebut. Pertamanya, mereka Non Muslim dan sudah tentu mereka tidak tahu apa yang Islam mahu capai dengan langkah pengharaman tersebut. Keduanya, mereka berhujah dari segi Perlembagaan Persekutuan yang sedia ada iaitu kebebasan kepada Non Muslim.

DAP walaupun menentang tetapi masih boleh Kerajaan Negeri runding dan beri kefahaman agar mereka faham aspek perlaksanaannya serta kesan dari larangan tersebut. Ertinya, DAP tidak menentang secara mutlak. Tuan Guru Nik Aziz juga telah membuat kenyataan untuk berjumpa dengan kepimpinan DAP agar mereka memahami tentang hukum ini kepada orang Islam. Berbeza dengan pemimpin MCA, mereka menentang secara mutlak iaitu bercadang untuk menyamannya tanpa meminta penjelasan atau keterangan terlebih dahulu daripada Kerajaan Negeri. Jika mahu ditafsirkan siapa `Kafir Harbi' di sini, saya tidak berani huraikan.

Langkah MCA ingin menyaman Kerajaan Negeri di dalam isu ini tidak ubah dengan cara Mahathir yang pernah mengutus surat kepada Kerajaan Negeri Kelantan dahulu agar tidak melaksanakan Hukum Hudud di negeri tersebut. Kedua-duanya sama iaitu menentang hukum Islam secara mutlak. Bezanya, Mahathir itu mengaku Islam dan Chua Soi Lek adalah Non Muslim. Sekeras-keras teguran dari DAP adalah dari Karpal Singh suatu ketika dahulu di mana beliau pernah berkata, 'langkah mayat saya dahulu jika mahu Hudud dilaksanakan'.

Di dalam konvensyen PR baru-baru ini, Karpal menyebut perkataannya itu adalah di luar konteks sebenar. Beliau mengambil pendirian terbaru bahawa DAP bersedia untuk berbincang dengan PAS berkaitan hukum Islam. Pendirian terbaru DAP ini tidak dihebahkan oleh media pencacai melainkan sering mengungkit kenyataan lama Pengerusi DAP tersebut. Oleh itu, tindakan Tuan Guru Nik Aziz yang sanggup berbincang dengan DAP di dalam isu ini adalah selaras dengan apa yang Karpal Singh suarakan.

Chua Soi Lek berani berbuat demikian kerana beliau beranggapan bahawa haramnya judi itu adalah kehendak PAS semata-mata, sedangkan itu bukan kehendak PAS tetapi itu adalah perintah Allah. Mengapa Chua Soi Lek tidak faham? Jawapannya mudah, kerana beliau berkawan dengan Umno dan Umno tidak memaklumkan kepadanya tentang hukum berjudi di dalam Islam. Bahkan, Umno sebagai tunjang kerajaan pusat meluluskan lesen judi terbesar di genting dan pernah bercita-cita untuk melaksanakan judi bolasepak Piala dunia baru-baru ini. Oleh yang demikian, pemimpin di dalam MCA dan Gerakan atau MIC menganggap judi dibenarkan di dalam Islam kerana Umno sendiri redha dan pemimpin dan ahli Umno semuanya mengaku Islam. Pada fikiran Chua Soi Lek, jika Umno yang Islam kata boleh mengapa PAS yang Islam juga kata tidak boleh? Justeru itu, siapa yang menyesatkan siapa? Jangan nanti Chua Soi Lek mahu agar hubungan seks bebas atau oral seks dibenarkan kerana itu hak mereka yang Non Muslim.

Kepada Kerajaan Negeri Kelantan, teruskan usaha tersebut di dalam masa yang sama terangkan kepada mereka bahawa hukum Islam ini menjamin keharmonian semua. Biarlah Umno pula menerangkan kepada sekutu mereka dari MCA, Gerakan dan MIC tentang hukum berjudi di dalam Islam pada pandangan Umno. Adakah berjudi itu `halal' bila berlesen dan `haram' bila tidak berlesen, biarlah pemimpin Umno terangkan. Persoalannya, mampukah pemimpin Umno terangkan tentang Islam kepada sekutu mereka itu sedangkan isteri sendiri pun tidak tahu hukum menutup aurat. /wfauzdin.blogspot.com

Selasa, 8 Mac 2011

USAHA NAJIB MAHU PECAH BELAHKAN PAS DAN PKR

Oleh: WFAUZDIN NS

AKHBAR hari ini memetik kenyataan Najib bahawa semasa PRK Dun Merlimau dan Dun Kerdau, terdapat pimpinan PAS tidak menggalakkan DS Anwar datang berkempen ke kawasan tersebut. Satu lagi usaha Najib untuk melaga-lagakan kerjasama PKR dan PAS setelah usaha memperdayakan PAS dengan `Kerajaan Perpaduan' gagal.

Najib selaku PM tentunya mempunyai ramai SB yang ditugaskan meninjau kempen PR di dua kawasan tersebut, malangnya beliau masih tidak tahu apa-apa maklumat atau sememangnya beliau tidak diberitahu. Najib tidak tahu betapa Anwar telah menjelajah dari satu tempat ke satu tempat di dalam satu hari sahaja di Merlimau. Begitu juga di Kerdau, di mana kehadiran Anwar disambut secara `samseng' berperangai `monyet' oleh sekumpulan pemuda yang mengepung dan melontar batu ke kereta Anwar.

Kehadiran Anwar di dalam mana-mana kempen PRK amat dinantikan oleh semua penyokong PR termasuk PAS, ini dibuktikan semua ceramah Anwar mendapat sambutan yang hangat. Jika tidak, masakan ada `monyet upahan' yang menanti kehadiran Ketua Pembangkang itu. Tidak seperti Umno, jika Najib atau Muhyiddin tidak membawa `bekal' serta uncang-uncang yang mahu ditaburkan kepada pengundi, sudah pasti kehadiran beliau tidak dipedulikan rakyat. Bayangkan, Umno sampai ke tahap memanggil betina tua yang masih bujang itu untuk mengajar anak-anak muda dio Merlimau dan Kerdau bagaimana untuk mencarut, bercakap lucah dan melakukan fitnah.

Betina itu mahu anak-anak muda Melayu khususnya menjadi sepertinya yang tiada moral sehingga dibuang oleh keluarganya sendiri. Umno juga sanggup menjemput raja golek punggung M.Daud Kilau dan berdangdut selepas ceramah Ezam sesumpah dan Berahim raja katak. Mengapa bergelek dan berdangdut selepas ceramah? Ini adalah kerana untuk mengelakkan penonton lari sebaik sahaja selesai bergelek dan ceramah pun tidak laku. Itu bezanya cara kita dengan cara mereka.

Namun puak mereka menang bukan kerana Najib, Muhyiddin, betina tua atau ketiga-tiga raja itu iaitu raja gelek, raja sesumpah atau pun raja katak. Mereka menang kerana `habuan' yang diberi dan dijanjikan. Dijanjikan wang tunai RM13 Ribu dibayar Isnin selepas selesai pilihanraya bagi beberapa ratus Peneroka Felda. Terbukti ianya dibayar juga tetapi dengan cek. Tidak kisah cek atau tunai, tetapi mereka telah mendapat apa yang mereka mahu. Peduli apa mereka dengan perjuangan Islam yang ingin dibawa oleh PAS. Selepas ini mereka akan bayar balik wang itu, itu tiada masalah kerana setiap tahun mereka sudah pasti ada bonus kerana harga sawit tetap akan tinggi sehingga kiamat. Peneroka felda orang bertuah di Malaysia sekarang.

Bagaimana dengan warga felda yang lain yang mencukupi syarat untuk mendapat imbuhan seperti yang diperolehi oleh wara felda di Kerdau? Kamu jangan bimbang, bersabarlah manalah tahu ada pula PRK di kawasan kamu selepas ini. Cuma, jangan berdoa Wakil Rakyat kamu mati pula. /wfauzdin.blogspot.com

TIDAK CUKUP DENGAN MULUT, MAHATHIR BURUKKAN ANWAR MELALUI TULISAN PULA

Oleh: WFAUZDIN NS

KES liwat DS Anwar `Siri 2' kini sedang dibicarakan oleh mahkamah. Di dalam kes Liwat `Siri 1' mahkamah akhirnya membebaskan Anwar dari pertuduhan tersebut walaupun pihak tertentu menyebut bahawa pembebasan Anwar hanyalah kerana teknikal sahaja.

Jika mahu disebut soal teknikal, di dalam kes Liwat `Siri 1' dulu terlalu banyak teknikal bahkan fakta yang dipersoalkan. Kita masih ingat bagaimana tarikh kejadian di dalam pertuduhan dipinda beberapa kali kununnya `typing error'. Kita juga tidak lupa keterangan Azizan yang menyebut beliau tidak diliwat oleh Anwar, dan banyak lagi. Oleh itu, pelik apanya Anwar dibebaskan kununnya atas sebab teknikal?

Kini, Anwar diheret lagi di dalam kes yang sama melibatkan seorang pemuda yang kuat dan gagah berani jika dibandingkan dengan Azizan. Tidak cukup dengan itu, kini Mahathir mengeluarkan sebuah buku atau Memoir Dr Mahathir bertajuk "A Doctor In The House' yang menulis juga tentang kisah seks Anwar bersama lelaki dan wanita.

Malaysiakini melaporkan, "Tun Dr Mahathir Mohamad memuatkan 20 halaman dalam memoirnya yang bertajuk - A Doctor In The House - mengenai bagaimana beliau mendapat tahu tentang dakwaan kisah seks Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan lelaki dan wanita, yang membawa kepada pemecatannya pada 1998. Ia diceritakan di bawah bab bertajuk 'Anwar's Challenge' dalam memoir setebal 800 halaman itu. Mahathir menulis, empat tahun selepas ketua polis negara, Tun Hanif pertamakali memberitahunya tentang dakwaan yang mengaitkan Anwar dengan aktiviti homoseksual, seseorang menghantar kepadanya buku '50 Dalil Kenapa Anwar Ibrahim Tidak Boleh Jadi Perdana Menteri'."

Ertinya, kerja-kerja untuk memusnahkan karier politik Anwar tidak akan terhenti di mahkamah. Mahathir tidak akan berpuas hati selagi Anwar masih memimpin PR untuk ke Putrajaya kerana beliau cukup bimbang rahsia beliau dan kroni-kroninya akan terbongkar sekiranya Anwar berada di Putrajaya. Mahathir cukup ngeri membayangkan apa yang telah terjadi kepada pemimpin Tunisia dan juga Hosni Mubarak di Mesir.

Apa yang ditulis oleh Mahathir di dalam buku tersebut, seolah-olah Mahathir tahu kesemua cerita seks Anwar dan Mahathir akui beliau mempunyai bukti. Hairannya, Mahathir tidak berani tampil ke mahkamah sebagai saksi di dalam kes liwat `Siri 1' ketika itu. Bukan Mahathir sahaja, wanita-wanita yang Mahathir menyimpan fotonya yang dikatakan terlibat dengan seks bersama Anwar juga tidak tampil sebagai saksi ketika itu. Hanya Umi Hafilda sahaja yang tampil, tetapi wanita ini tidak membawa apa-apa bukti kukuh untuk menyabitkan Anwar di dalam kes tersebut. Berbeza dengan ceramah Umi sejak kebelakangan ini yang mendakwa beliau punyai bukti kukuh, malahan mempunyai pita video rakaman lagi. Mengapa tidak didedahkan di mahkamah dahulu? Kununnya, Umi tidak mahu dedahkan ketika itu kerana mahu beri peluang kepada Anwar untuk insaf. Jika benar ingin memberi peluang, mengapa sanggup jadi saksi ketika itu?

Ini semua kerja-kerja jahat puak yang begitu takut Anwar berada di Putrajaya. Kehebatan Anwar bukan saja ditakuti oleh penguasa sekarang bahkan yang sudah bersara pun takut seperti Mahathir. Mengapa takut jika tidak pernah melakukan penyelewengan? Mahathir sentiasa berdendam dengan Anwar, jika beliau tidak mampu lagi bersuara kerana sudah semakin tua, beliau tetap akan burukkan dan aibkan Anwar melalui tulisan pula.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan