PARTI ISLAM SEMALAYSIA

PARTI ISLAM SEMALAYSIA
PAS KAWASAN LENGGONG

Isnin, 21 Mac 2011



Anwar gesa henti segera politik kotor, lucah
Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 21 Mac: Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengecam konspirasi terbaru untuk memfitnah dan mengaibkan beliau serta keluarga.

Beliau berkata, visual yang ditayangkan tengah hari tadi di Carcossa merupakan satu rekayasa jahat musuh politik yang berhasrat untuk membantutkan kemaraan Pakatan Rakyat.

“Kita beri amaran kepada musuh politik Pakatan Rakyat agar hentikan segera politik kotor dan lucah ini. Jangan heret rakyat dan negara ini terjebak ke dalam politik kotor kamu,” ujarnya yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh dalam satu kenyataan.

Tambahnya, tayangan tengah hari tadi kelihatannya dirancang dengan penuh teliti.

“Rancangan untuk mengadakan tayangan ini juga hanya didedahkan kepada ketua-ketua editor media arus perdana terlebih dahulu. Saya difahamkan acara tadi juga membabitkan ahli pasukan Special Branch (SB),” katanya.

Menurutnya, fitnah terbaru itu muncul pada ketika pendakwaan fitnah II pasti berkecai dan hampir pasti tewas.

Beliau menyifatkan kerana terdesak musuh politiknya, terpaksa mereka fitnah baru demi memburukkan serta menjejaskan reputasi beliau.

Ini juga, katanya bertujuan untuk mengalih perhatian rakyat dari isu nasional serta pilihan raya negeri Sarawak.

Menurutnya, musuh politik Pakatan Rakyat terdesak untuk lari dari membahaskan rasuah dan kepincangan pentadbiran Taib Mahmud.

Maka, katanya tidak hairanlah sekiranya sekali lagi musuh politik bertindak menurut warisan politik usang yang jelik.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan