PARTI ISLAM SEMALAYSIA

PARTI ISLAM SEMALAYSIA
PAS KAWASAN LENGGONG

Jumaat, 18 Mac 2011

Isu Injil bagaikan 'periuk api' kepada akhbar
Kuek Ser Kuang Keng
Mac 18, 11
5:58pm
Kongsi 20
Beberapa akhbar harian di negara ini dilaporkan menerima surat teguran berhubung liputan mereka mengenai penahanan kitab Injil berbahasa Melayu. Ini menjadikan mereka lebih berhati-hati melaporkan kontroversi itu, termasuk menolak beberapa komentar penulis kolum.

Malaysiakini
difahamkan selain the Star yang melaporkan menerima surat seumpama itu daripada Kementerian Dalam Negeri, beberapa akhbar lain juga dibidas atas alasan yang sama.

azlanIni kerana mereka menyiarkan kenyataan dari setiausaha agung, National Evangelical Christian Fellowship (NECF) Sam Ang pada 9 Mac lalu yang mendakwa kerajaan merampas dan menahan 5,000 salinan alkitab Injil berbahsa Melayu di sebalik kelulusan daripada jemaah menteri untuk tidak lagi menahannya tahun lalu.

Berita itu menyaksikan Kementerian Dalam Negeri menghantar surat teguran dan mendakwa kenyataan berkenaan tidak tepat dan menuntut akhbar-akhbar berkenaan mematuhi Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.

Pembetulan dibuat keesokan harinya dengan kenyataan bahawa kerajaan belum membuat sebarang keputusan untuk tidak lagi menahan kitab-kitab tersebut.

Kenyataan itu juga menafikan kitab-kitab tersebut dirampas tetapi sebaliknya hanya tidak dibenarkan dibawa masuk kerana tidak memenuhi syarat-syarat kementerian.

Katanya lagi, kenyataan NECF adalah tidak tepat dan mengelirukan.

Dilaporkan sekurang-kurangnya sebuah akhbar bahasa Inggeris dan dua akhbar bahasa Cina menerima surat teguran tersebut.

[Baca berita penuh]

Tiada ulasan:

Catat Ulasan