PARTI ISLAM SEMALAYSIA

PARTI ISLAM SEMALAYSIA
PAS KAWASAN LENGGONG

Jumaat, 10 Disember 2010


Assalamu'alaikum...

Lama betul Tok Kadim tak turunkan catatan di laman blogg ni, dah rsa rindu pula untuk bertemu khalayak...
Lama tak mencatat terasa pula kekuknya, tapi bila berkesempatan mengikuti program Maal Hijrah di Masjid Lama Kampung Temelong malam kelmarin - Rabu malam Khamis, ada baiknya sedikit maklumat yang saya dapat saya perturunkan dalam ruangan ini.
Al-Fadhil Ustaz Mohd Hanafiah Idris yang berceramah malam itu, walaupun tidak panjang tetapi padat dengan beberapa intipati daripada peristiwa sebelum, sedang dan selepas hijrahnya Rasulullah SAW dan para sahabat Radhiallahu anhum ajmain yang sewajarnya kita semat dalam ingatan.
Pertamanya, saya nak petik mengenai kiraan bulan di dalam Islam yang diputuskan pada zaman Khalifah Umar Al Khattab, bermula daripada peristiwa hijrah itu walaupun ada cadangan-cadangan lain, termasuk bermula tarikh kelahiran Baginda SAW.
Pemilihan bermula tarikh itu adalah kerana umat Islam seluruh dunia sewajarnya amat terkesan dengan peristiwa itu, di mana ia adalah 'Pembeda antara haq dan batil' - sebelumnya jamaah yang berjuang untuk menegakkan Islam berada di bawah pemerintahan golongan yang mensyirikkan Allah dan selepasnya jamaah pimpinan Rasulullah SAW dengan dibantu golongan Ansor (di Madinatun Munawwarah) berjaya memerintah sendiri dengan berperlembagaankan perlembagaan yang didasarkan kepada al-Quran dan Hadith.
Keduanya, ialah dasar yang dijadikan pegangan ketika Nabi Muhammad SAW menyatupadukan pelbagai kaum yang beragama Islam, khususnya antara Muhajirin dan Ansor, di mana golongan Ansor terdiri daripada Aus dan Khazraj adalah Aqidah. Ertinya persaudaraan yang bertunjangkan Syari'at Islam, bukan atas dasar bangsa.
Kalaulah Nabi SAW meletakkan bangsa sebagai tunjang kepada perpaduan antara kaum di Madinah ketika itu dengan istilah orang la ni, Ketuanan Arab - sindiran kepada 'Ketuanan Melayu', mungkin perpaduan itu akan hancur dan Islam pun akan lenyap kerana sejak ribuan tahun sebelum itu pun bangsa Arab sering berpecah, sering bergaduh dan sering berperang antara satu puak dengan puak lain.
Tetapi oleh kerana ketunjangan kepada perpaduan itu ialah Aqidah Tauhid, Islam sampai kepada kita hari ini - nikmat terbesar daripada Allah SWT.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan