PARTI ISLAM SEMALAYSIA

PARTI ISLAM SEMALAYSIA
PAS KAWASAN LENGGONG

Ahad, 19 Disember 2010

Memo Editor
Masalah jambatan selesai


LENGGONG – Masalah jambatan di Kampung Banggol Belimbing dan Kampung Bor Banggol Belimbing Lenggong yang runtuh akibat bencana banjir selesai apabila peruntukan sebanyak RM300,000 diluluskan Menteri Kewangan 11 yang diusahakan Ahli parlimen Lenggong, Datuk Shamsul Anuar Nasarah bagi tujuan baik pulih termasuk empat jambatan termasuk tebing runtuh.

Shamsul Anuar berkata, tuduhan menyatakan kononnya beliau bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Tampan, Datuk Saarani Mohamad tidak bertindak untuk menyelesaikan masalah itu adalah tidak benar.

Menurutnya, beliau bersama Saarani lebih awal melihat keadaan jambatan itu dan beberapa kawasan lain pada hari kejadian dan telah berusaha mendapatkan peruntukan daripada kerajaan.

“Sebenarnya agak sukar mendapatkan peruntukan di penghujung tahun begini, namun kerana jambatan itu amat mustahak dan perlu diselesaikan segera, maka kerajaan bersetuju menyelesaikannya

"Sebab itu, apabila saya bertemu Menteri Kewangan 11 dan peruntukan itu akan disalurkan melalui Unit Penyelarasan Perlaksanaan Jabatan Perdana Menteri (ICU) Negeri tidak lama lagi," katanya ketika melawat kawasan kejadian.

Beliau berharap penduduk kampung dapat bersabar kerana perkara itu mengambil sedikit masa walaupun begitu saya telah minta pembinaannya disegerakan.

Shamsul turut menyatakan rasa kecewanya apabila pihak pembangkang cuba me�ngambil kesempatan terhadap isu tertentu untuk memburukkan kerajaan.

"Pembangkang bukan mahu menyelesaikan masalah tetapi menimbulkan kemarahan rakyat sedangkan mereka tidak tahu apa yang kami buat.

"Contohnya, masalah jambatan runtuh di Kampung Chepor yang berulang kali dimasukkan dalam berita, ada yang mereka cerita kononnya ada orang jatuh ke dalam sungai tetapi apabila jambatan itu siap, tiada berita dilaporkan," katanya.

Beliau berkata, itu antara cara pembangkang dan beliau meminta rakyat menilai mana pihak yang sebenarnya ikhlas membantu mereka menyelesaikan masalah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan