PARTI ISLAM SEMALAYSIA

PARTI ISLAM SEMALAYSIA
PAS KAWASAN LENGGONG

Jumaat, 31 Disember 2010

Program gunting rambut perdana dapat sambutan
Khairil Abdul Rahim

KUANTAN, 31 Dis: Program “Jom Ke Sekolah, Gunting Rambut Perdana Percuma" anjuran Dewan Pemuda PAS Kawasan Kuantan yang diadakan sempena sesi baru persekolahan 2011, berjaya menarik lebih 200 penyertaan pelajar-pelajar sekolah daerah ini.

Ketua Pemuda PAS Kawasan Kuantan, Fadli Ibrahim berkata, program kemasyarakatan yang julung-julung kalinya diadakan serentak di empat kawasan dalam Dewan Undangan Negeri (Dun) Inderapura itu berjaya merapatkan hubungan tanpa mengira parti.

"Ramai yang mengambil kesempatan membawa anak masing-masing untuk bergunting rambut secara percuma dalam program ini. Secara dasarnya program kemasyarakatan kali ini telah berjaya mencapai matlamatnya kerana bukan saja orang PAS yang datang tetapi juga orang Umno.

“Seperti kebiasaan apabila tiba musim penggal persekolahan baru hendak bermula, kedai-kedai gunting akan penuh. Di sinilah kami mengambil kesempatan membantu ibu bapa dengan menawarkan gunting rambut percuma,” katanya.

Tambahnya, 8 orang tukang gunting terdiri daripada ahli-ahli PAS sendiri. Sementara lokasinya ialah di Kampung Razali, Pasti Batu 3, Kampung Sungai Isap dan pusat bandar.

Pelajar yang mengambil bahagian juga disediakan dengan jamuan.

Sementara itu, pada awal cuti persekolahan yang lalu Pemuda PAS Kuantan telah menaja program berkhatan beramai-ramai yang juga mendapat sambutan menggalakan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan