Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 26 Mei: Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) memandang serius kewujudan laman web dan blog yang menghina imej serta kesucian agama Islam. Dalam kes ini, Abim merujuk kepada penyebaran beberapa bahan penulisan dalam blog http://makcikhajjahsittalwuzara2u.wordpress.com/ , dan laman Facebook menggunakan nama 'Makcik Hajjah Sitt Al Wuzara'. Setiausaha agungnya, Mohamad Raimi Ab Rahim berkata, berdasarkan daripada keterangan yang diterima serta penyelidikannya, bahan-bahan yang dimuatkan dalam blog terbabit jelas menggambarkan niat jahat dan provokasi penulis blog tersebut. “Tindakan ini amat dikesali dan jelas-jelas telah menimbulkan kemarahan umat Islam,” ujarnya dalam satu kenyataan. Justeru, Abim beserta Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) telah mengajukan laporan polis di Balai Dang Wangi. Katanya, Abim menuntut agar dakwaan dan tindakan tegas dikenakan terhadap beliau dan mana-mana pihak yang bersubahat. “Abim juga dengan ini mendesak agar pemohonan maaf dikeluarkan secara rasmi dan terbuka oleh beliau terhadap seluruh umat Islam,” ujarnya. Abim, tambahnya mengambil kesempatan ini untuk menyeru mana-mana pihak agar tidak menyalahgunakan kebebasan ruang maya untuk menghina agama Islam. “Sebagai agama Persekutuan, kesucian dan kehormatan Islam haruslah dipertahankan dari sebarang unsur-unsur atau usaha untuk mencemarkannya,” ujarnya. |
PENERANGAN UJIAN UKKM MRSM, PKSK SBPi TMUA, UKK JAIS, TKM MITS, SMISTA &
SMAN, KAA
-
Assalamualaikum, Salam perkenalan. Terima kasih singgah di blog ini. Semoga
bermanfaat. Anak sulung saya batch kelahiran 2012, jadi pada 2025 Ahmed
masuk t...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan