PARTI ISLAM SEMALAYSIA

PARTI ISLAM SEMALAYSIA
PAS KAWASAN LENGGONG

Selasa, 17 Mei 2011

Pelajar pondok johan qari Tilawah al-Quran Kelantan
Muhammad Yusri Amin

KOTA BHARU, 17 Mei: Pelajar Pondok Darulnaim Gelang Mas, Pasir Mas Mohd Nazri Daud dari Jajahan Tumpat muncul Johan Qari Tilawah Al-Quran Peringkat Negeri Kelantan ke-54 tahun ini.

Manakala johan menunggu, Muhammad Anuar Ghazali (Machang) diumum sebagai naib johan, tempat ketiga disandang Zulkifli Harun (Pasir Mas).

Sementara Che Aminah Che Awang diumum sebagai johan bahagian Qariah, manakala naib disandang Che Sepiah Mat Daud dan tempat ketiga dimenangi Che Ruhani Mohd Fathil (gambar).

Pengerusi Jemaah Hakim Tilawah Al-Quran Peringkat negeri, Datuk Che Mohd Rahim Haji Jusoh ketika mengumumkan keputusan itu berkata, pada tahun ini seramai 11 orang qari dan 10 orang qariah menyertai tilawah.

“Hanya johan qari saja akan mewakili negeri Kelantan ke Majlis Tilawah Peringkat Kebangsaan yang akan diadakan di Kuching, Sarawak pada 13 hingga 17 Jun 2011,” katanya yang juga Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEIK) pada Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Negeri Kelantan 2011 di Balai Islam, Lundang dekat sini petang semalam.

Johan qari dan qariah menerima hadiah wang tunai RM5,000, piala pusingan, cenderahati dan sijil penghargaan, manakala naib menerima hadiah wang tunai RM4,000, piala pusingan dan sijil penghargaan.

Tempat ketiga qari dan qariah menerima hadiah wang tunai RM3,000, piala pusingan dan sijil penghargaan.

Hadiah-hadiah disampaikan Tengku Mahkota Kelantan Tengku Muhammad Fa-iz Petra Ibni Sultan Ismail Petra.

Turut hadir Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Bentara Setia Nik Abdul Aziz Nik Mat, Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan dan pimpinan negeri.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan