PARTI ISLAM SEMALAYSIA

PARTI ISLAM SEMALAYSIA
PAS KAWASAN LENGGONG

Khamis, 16 Jun 2011

BERSIH alu-alukan demo Pemuda Umno
Jimadie Shah Othman
Jun 17, 11
11:06am
Kongsi 10
BERSIH mengalu-alukan keputusan Pemuda Umno untuk turut sama berarak pada masa dan tempat yang sama dengan mereka pada 9 Julai ini.

NONEAnggota jawatankuasa pemandu BERSIH Maria Chin Abdullah berkata, pihaknya tidak akan cuba menghalang pergerakan itu kerana setiap pihak mempunyai hak berhimpun.

"Kami tidak akan cuba hentikan mereka. Mereka mempunyai hak berhimpun dan begitu juga kami.

"Kami menghormati hak masing-masing. Mereka hendak berhimpun atau berjalan, itu hak mereka," katanya.

Malam tadi, Pemuda Umno memutuskan berhimpun 'berdamping' dengan bersih bagi menyokong sistem pilihan raya sedia ada. Butiran lanjut bagaimanapun belum diumumkan.

Sebelum ini, PERKASA juga mengumumkan akan menganjurkan perhimpunan pada masa dan tempat yang sama. Jika semuanya menjadi kenyataan, tiga kumpulan tersebut dijangka bertembung pada hari berkenaan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan