PARTI ISLAM SEMALAYSIA

PARTI ISLAM SEMALAYSIA
PAS KAWASAN LENGGONG

Ahad, 12 Jun 2011

Markaz - ada gambar.

Monday, 30 May, 2011 2:44 AM
From:
View contact details
To:
taufekyahya@yahoo.com
Message contains attachments
1 File (2166KB)
Keterangan gambar:

Tuan Ibrahim mendatangani plug prasmian Markaz PAS Cawangan Kampung Gelok, Lenggong. Razman (kanan sekali), Kiri - Ketua PAS Cawangan Gelok, Haji Hamzah Ramli dan Ketua Penerangan cawangan, Yaakob Man.

Gambar Mohd Syamil Azhar.

Markaz - ada gambar.
Oleh Mohd Syamil Azhar.

LENGGONG: Perasmian Markaz PAS Cawangan Kampung Gelok dekat sini oleh Naib Presiden PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man baru-baru ini diharap dapat menyuntik semangat kepada cawangan-cawangan yang belum ada premis masing-masing untuk pelbagai aktiviti parti.
Bagaimanapun hasrat Yang DiPertua PAS Kawasan Lenggong, Haji Razman Zakaria untuk melihat terbinanya sebuah markaz di setiap cawangan semakin menjadi kenyataan apabila 50 peratus daripada 30 cawangan telah berjaya mewujudkannya.
Katanya, ketika Markaz PAS Gelok hampir siap sepertimana keadaannya sekarang ini, dua buah markaz lagi sedang dalam pembinaan, iaitu Markaz PAS Cawangan Kampung Bukit Sapi dan Markaz PAS Cawangan Belum Baru.
"PAS Cawangan Kampung Gelok bertuah kerana markaz mereka dirasmikan oleh Naib Presiden PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang juga sudi menyampaikan ceramah beliau pada malam perasmian itu.
"Justru saya bagi pihak PAS cawangan khususnya dan PAS Kawasan Lenggong amnya, mengucapkan jutaan terima kasih kepada Tuan Ibrahim yang sudi merasmikan markaz baru itu," katanya kepada Harakah.
Haji Razman berkata, PAS Cawangan Kampung Gelok wajar diberi pujian kerana berjaya membina sebuah markaz sebesar 30' X 30' dengan cara bergotong-royong dalam masa kira-kira setahun sahaja.
Katanya, setahun lalu beliau datang ke tapak markaz berkenaan meraikan majlis doa selamat dan untuk memulakan pembinaannya sambil menyampaikan sumbangan RM1000 yang disumbang oleh seorang dermawan dari Parit Buntar.
Pada tahun ini, katanya bangunan markaz itu telah siap dan berjaya dirasmikan dalam satu majlis ceramah oleh Tuan Ibrahim dengan kehadiran lebih 2000 orang dari sekitar Lenggong dan Gerik.
"Ada sebuah lagi markaz di Cawangan Changkat Berangan yang sudah pun siap dan diharap dapat dirasmikan tidak lama lagi, manakala cawangan-cawangan yang belum ada markaz, usahakan supaya dapat mewujudkannya," katanya .

Tiada ulasan:

Catat Ulasan