PARTI ISLAM SEMALAYSIA

PARTI ISLAM SEMALAYSIA
PAS KAWASAN LENGGONG

Isnin, 20 Jun 2011

Iklan Top inside
Dokumen Negara Berkebajikan tak bercanggah
Aziz Muda
KUALA LUMPUR, 20 Jun: Usaha PAS menerbitkan Dokumen Konsep dan Ciri-ciri Negara Berkebajikan tidak menimbulkan sebarang masalah kepada Pakatan Rakyat kerana ia tidak mempunyai sebarang perrcanggahan dengan Buku Jingga yang diperkenalkan oleh Pakatan Rakyat.
Sehubungan itu, usaha PAS memperkenalkan dokumen itu disambut baik oleh Pakatan Rakyat kerana ia selaras dengan konsep Negara Berkebajkan yang diperjuangkan oleh PAS dan sekali gus turut membantu perjuangan Pakatan Rakyat sendiri.
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, usaha PAS mengeluar dan memperkenalkan dokumen itu adalah untuk menerangkan tentang konsep Negara Berkebajikan yang diperjuangkannya.
Menurut beliau, usaha seperti itu memang perlu dilakukan oleh PAS bagi menjelaskan konsep Negara Berkebajikan yang diperjuangkannya untuk membolehkan setiap pihak mengetahui lebih jelas tentang konsep tersebut.
Katanya, konsep Negara Berkebajikan adalah untuk membela kebajikan kepada semua pihak, di samping bertujuan untuk menjaga kepentingan umat Islam terutama dari segi akidah agar terus terpelihara.
"Dari segi kandungannya, dokumen itu tak pun menentang ketetapan Pakatan Rakyat untuk menjadikan Malaysia negara berperlembagaan, memperkukuhkan sistem beraja dengan raja berperlembagaan.
"Dokumen itu juga tak menentang ketetapan Pakatan Rakyat untuk menjadikan Islam agama rasmi negara kita dan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi," katanya pada sidang media di lobi bangunan Dewan Rakyat, di sini, hari ini.
Dokumen Konsep dan Ciri-ciri Negara Berkebajikan yang diperkenalkan oleh PAS, menurut beliau, wajar dibaca oleh semua pihak dan beliau sendiri mengakui sudah membaca sebahagian daripadanya.
"Ia adalah untuk menerangkan tentang konsep Negara Berkebajikan yang yang diperjuangkan oleh PAS yang melibatkan semua pihak dan amat baik untuk menjaga akidah umat Islam," ujarnya.
Sementara itu, Salahuddin Ayub memberitahu, Dokumen Konsep dan Ciri-ciri Negara Berkebajikan akan diterbitkan oleh PAS untuk menjadi bahan bacaan umum tidak lama lagi.
Selaku pengerusi panel dokumen tersebut, beliau yang juga ahli parlimen Kubang Kerian berkata, pihaknya akan menyiarkan draf berkenaan yang diambil daripada ucapan dasar Presiden PAS pada Muktamar Tahunan ke-57, kandungan buku yang akan ditulis oleh presiden mengenai negara berkebajikan dan kertas-kertas tulisan ahli akademik.
"Kami juga mengumpul pandangan tokoh-tokoh dalam proses menyiapkan dokumen ini," ujarnya ketika ditemui di pejabat Harakah selepas mempengerusikan mesyuarat panel, tengah hari tadi.
Katanya, draf awal itu akan dibawa pada mesyuarat panel pada 27 Jun ini untuk diperkemaskan lagi sebelum dibawa ke mesyuarat PAS Pusat untuk diteliti dan diterbitkan.
Antara anggota panel itu ialah Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Dr Siti Mariah Mahmud, AJK PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan