PARTI ISLAM SEMALAYSIA

PARTI ISLAM SEMALAYSIA
PAS KAWASAN LENGGONG

Ahad, 8 Julai 2012

Abby Abadi berani sertai demo bebas tahanan ISA esok Ahad 8 Julai

Bebarapa minit sebelum berakhirnya program, Chif Inspektor Aliza dalam drama televisyen Gerak Khas, Abby Abadi telah menyatakan hasratnya untuk menyertai protes Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) bagi menuntut  pembebasan 45 tahanan ISA pada 8 Julai ini di hadapan Kem Tahanan Kamunting (Kemta).
"Saya akan sertai protes menuntut pembebasan 45 tahanan ISA, entah kenapa malam ini hati saya tergerak untuk bersama-sama dengan rakyat turun berhimpun bagi menuntut secebis keadilan," ujar Abby lagi. Beliau menyatakan demikian pada forum yang diadakan di pekarangan Tapak Pekan Selasa, Batu Kurau anjuran PAS Kawasan Larut, lapor laman web Persepsi Kita Berbeza.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan