PARTI ISLAM SEMALAYSIA

PARTI ISLAM SEMALAYSIA
PAS KAWASAN LENGGONG

Jumaat, 27 Julai 2012

Melaka Negeri Terselamat Tapi Rumah Exco Di Pecah Masuk

BUKIT BERUANG - Sekumpulan tiga lelaki memecah masuk kediaman seorang anggota Exco Kerajaan Negeri Melaka dan melarikan barangan bernilai lebih RM200,000 termasuk beberapa utas jam mewah, Selasa lalu.

Bagaimanapun, ketika kejadian, Pengerusi Jawatankuasa Negeri Pelancongan, Kebudayaan dan Warisan, Datuk Latiff Tamby Chik itu, tidak berada di rumah yang terletak di Jalan Datuk Palembang kerana sedang menunaikan solat sunat terawih di sebuah masjid berhampiran.

Difahamkan, isteri beliau juga tiada di rumah ketika kejadian kerana sedang berada di sebuah rumah jiran di kawasan berkenaan.

Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Negeri, Asisten Komisioner Raja Shahrom Raja Abdullah berkata, suspek disyaki memecahkan tingkap hadapan rumah banglo milik Exco terbabit serta pintu jeriji besi sebelum masuk dan menggeledah rumah antara jam 9 dan 11.30 malam.

Menurutnya, beberapa barangan berharga milik Latiff dan isterinya, termasuk jam jenama Rolex dan Chopard, barang kemas serta wang tunai dilaporkan hilang dalam kejadian berkenaan.

“Semasa kesemua suspek berkenaan hendak keluar dari rumah berkenaan, mereka terserempak dengan isteri mangsa yang baru pulang dan terkejut lalu menjerit meminta tolong.

“Jeritan isteri mangsa membuatkan suspek terus bergegas melarikan diri dengan menaiki sebuah kereta jenis BMW berwarna putih yang diletakkan di hadapan rumah,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK) negeri, di sini semalam.

Raja Shahrom berkata, siasatan awal polis mendapati nombor pendaftaran tertera pada kereta BMW dinaiki suspek juga dikenal pasti sebagai palsu.

"Polis sedang menyiasat kejadian itu di bawah Seksyen 395 Kanun Keseksaan, manakala gerakan memburu ketiga suspek itu kini sedang giat dijalankan," katanya. ~sinarharian

Tiada ulasan:

Catat Ulasan