PARTI ISLAM SEMALAYSIA

PARTI ISLAM SEMALAYSIA
PAS KAWASAN LENGGONG

Khamis, 26 Julai 2012

Najib Hanya Umum 1/2 Bulan Bonus, Khalid Ibrahim Umum 2 Bonus Raya

SHAH ALAM 26 Julai: Kerajaan Selangor hari ini meluluskan pemberian bonus setengah bulan gaji atau sekurang-kurangnya RM500 kepada semua kakitangan awam negeri itu bagi membuat persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri. Berbeza dengan bonus yang diumum Perdana Menteri kepada penjawat awam semalam, Kerajaan Selangor turut meluluskan bonus tambahan dalam bentuk Simpanan Selangorku sebanyak RM200.
“Bagi yang beragama Islam, wang ini akan dimasukkan dalam Simpanan Tabung Haji manakala bukan beragama Islam akan diberikan dalam bentuk Sijil Simpanan Premium Bank Simpanan Nasional (BSN).

“Kedua-dua bonus ini akan dimasukkan dalam akaun kakitangan awam pada minggu hadapan,” kata Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam kenyataan.

Menurutnya, sebanyak RM20 juta diperuntukkan untuk tujuan itu.

Khalid berharap pemberian bonus kali ini dapat meringankan beban penjawat awam untuk membuat persediaan Aidilfitri.

“Pada masa sama, Kerajaan Selangor mahu menggalakkan kakitangan awam menabung demi masa depan,” katanya. ~keadilandaily

Tiada ulasan:

Catat Ulasan